Malaysia Perlu 40 Peratus Pekerja Berkemahiran Tinggi


Kuching : Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada seluruh tenaga kerja dalam usaha menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, bagaimanapun, ketika ini negara hanya memiliki 28 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Katanya menyedari masih ada jurang untuk diisi, kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 telah menyasarkan untuk meningkatkan nisbah tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 35 peratus menjelang tahun 2020.

"Komposisi guna tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia adalah masih rendah berbanding dengan negara maju yang telah mencapai peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi melebihi 40 peratus.

"Oleh itu, kementerian komited untuk menggembleng usaha-usaha pembangunan kemahiran bagi mempertingkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi," katanya. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA