Lupa Nama & Identiti Diri Namun Bijak Godam Komputer


Lelaki ini memang misteri. Dia tidak ingat nama atau umurnya namun boleh menggodam kata laluan di komputer dengan mudah, hanya dengan satu klik sahaja.

Selain bijak mengendalikan komputer, dia juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan dapat menyelesaikan permasalahan dalam matematik dengan mudah.

Lelaki itu dipercayai menghidap insomnia dan menetap di sebuah rumah perlindungan di Shenzhen sejak dua tahun lalu selepas dijumpai merayau-rayau di jalanan.

Dia yang bergelut untuk mengetahui identitinya telah menghubungi polis pada 1 Julai lalu dan selepas gambarnya disiarkan oleh media tempatan, seorang lelaki telah muncul dan memberitahu bahawa mereka pernah berkhidmat dalam angkatan tentera bersama-sama.

Susulan itu, polis berjaya mengesan keluarganya yang menetap di Nanbu, iaitu kira-kira 1,050 batu dari Shenzhen.

Daripada latar belakang yang diperolehi polis, Li merupakan pelajar pintar ketika muda dan selepas tamat sekolah, dia menyertai tentera pada 2003. Dia berhenti pada 2006 dan mula mencari kerja di merata tempat,

Apabila gagal mendapat kerja, Li berasa malu lalu keluar dari rumah keluarganya. Sejak itu dia menghilangkan diri selama empat tahun.

Polis berjaya mengatur pertemuan antara Li dengan keluarganya namun disebabkan Li lupa dialek pertuturan keluarganya, keadaan menjadi agak sukar. Namun keluarganya menerima Li dengan hati yang terbuka. -mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA