Lori Diletak Di Tepi Jalan Terbakar



KUCHING: Sebuah lori yang diletakkan di tepi Jalan Batu 11, Jalan Kuching-Serian musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Selepas menerima panggilan sekitar jam 5.15 pagi, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. -Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA