Laporan FBI Buktikan MO1 (NAJIB RAZAK) Tidak Melakukan Apa-apa Kesalahan (Siri 1)


1. Apa yang berlaku Rabu malam lepas ialah pengumuman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department Of Justice, US – DOJ) untuk melakukan saman sivil bagi merampas harta-harta dan syarikat milik ahli perniagaan Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Mohd Najib Razak) dan Khadem Al Qubaisi, Khadem adalah bekas Pengarah Urusan IPIC; syarikat dana kekayaan Abu Dhabi yang berurus niaga dengan 1 Malaysia Development Berhad (IMDB). Saman ini adalah melalui Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

2. KARI merupakan tindakan Sivil yang dipohon kepada Mahkamah Amerika Syarikat (US) bagi merampas aset-aset yang disyaki terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram.

2. Ada 12 saman sivil yang akan dikemukakan di bawah harta-harta (Bombardier Jet complaint, EMI Music complaint, Hillcrest Property complaint, L’Ermitage business complaint, L’Ermitage complaint, Park Lane complaint, Van Gogh drawing complaint, Wolf of Wall Street complaint, 212 West complaint, Columbus Circle complaint, Greene Street complaint, Park Laurel complaint), kerana dikatakan bersumberkan wang penyelewengan 1MDB.

3. Jika diteliti dokumen setebal 136 muka surat yang disediakan oleh FBI, setiap dokumen tersebut memaparkan butiran transaksi yang sama dari 1MDB kepada beberapa kecuali nama defendan sahaja yang berubah. Kebanyakan butiran dalam dokumen tersebut jelas bersumberkan SARAWAK REPORT dan Wall Street Journal.

4. FBI tidak pernah mendapat sepina ke atas akaun-akaun yang dituduh menyeleweng duit 1MDB terutama akaun Malaysian Official 1. Jadi bagaimana mereka membuat kesimpulan adanya transaksi-transaksi sedemikian atau sekadar mengutip dari laporan pihak ketiga seperti Sarawak Report dan Wall Street Journal? Sungguh pun demikian kita beranggapan ia mungkin telah disiasat dan disahkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI). Justeru akan ada bukti-bukti yang jelas dokumentasi membuktikan aliran wang tersebut.

5. Antara isu terbesar di kalangan rakyat Malaysia ialah siapakah Malaysian Offcial 1 (MO1)? Membaca dokumen terbabit memang jelas Malaysian Official 1 merujuk kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

6. Selain Mohd Najib diberi gelaran MO1, pegawai-pegawai 1MDB turut hanya dirujuk sebagai 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, 1MDB Officer 3 tanpa nama sebenar. Nama mereka tidak disebut kerana mereka bukan pihak yang terbabit dengan saman ini, (dan kemungkinan besar FBI tidak pasti sama ada mereka terbabit dalam konspirasi ini) tetapi perlu dimasukkan dalam keterangan saman kerana terbabit dalam keputusan-keputusan dana 1MDB.

7.Oleh kerana Mohd Najib Razak dirujuk dalam dokumen ini dan anak tiri Najib Razak terbabit dalam saman ini, maka anggapan yang sedang disebarkan ialah Najib terbabit dalam penyelewengan Dana 1MDB (sekiranya ada penyelewengan).

8. Katakanlah dakwaan FBI dan DOJ benar bahawa Jho Low, Riza Aziz dan Khadem al Qubaisi telah menyeleweng wang 1MDB, mengapa Mohd Najib perlu dipertanggungjawabkan? Adakah ada apa-apa bukti jelas menunjukkan Mohd Najib INVOLVED dalam skandal ini.

9. Pembabitan Riza Aziz sahaja tidak boleh dijadikan andaian Mohd Najib terbabit. Riza Aziz tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Mohd Najib. Hubungan beliau dengan Mohd Najib hanyalah melalui perkahwinan Najib dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Riza Aziz adalah anak Rosmah dengan suami pertama. Riza juga dibesarkan oleh keluarga bekas suami Rosmah, bukannya oleh keluarga Mohd Najib.

10. Jika Mohd Najib terbabit, adakah beliau akan memberi wang sebegitu banyak kepada anak tiri beliau sedangkan beliau mempunyai anak sendiri dan juga adik beradik yang lebih rapat dan dipercayai oleh beliau? Logiknya JIKA ADA penyelewengan 1MDB ia pastinya diatur dengan licik oleh sekumpulan orang seperti Jho Low dan Khadem al Qubaisi dengan mempergunakan Riza Aziz.

11. Ini menimbulkan persoalan apakah Jho Low diberi “blessing” oleh Mohd Najib untuk masuk campur dalam urusan 1MDB kerana beliau rapat dengan Perdana Menteri? Ini sangat tidak benar kerana pembabitan Jho Low telah bermula sejak penubuhan Terengganu Invesment ARM (TIA) lagi.

12. Dalam dokumen saman DOJ, bahagian I: BACKGROUND ON THE FORMATION OF 1MDB, (muka surat 12), FBI melaporkan 1MDB asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) yang dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa ini tiada sebarang pembabitan dari MO1 (Mohd Najib Razak).

13. Menurut FBI pada Februari 2009, TIA telah bekerjasama dengan Goldman menerbitkan bon islamik bernilai USD 1.4 Bilion (1,425,680,000.00). Pada ketika ini Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho sudah berkhidmat sebagai penasihat TIA.

14. Malah pengaruh Jho Low dalam TIA sangat besar sehinggakan 1MDB Officer 1, yang ketika itu berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan TIA telah menghantar emel kepada Goldman supaya Jho Low dirujuk dalam setiap peringkat membuat keputusan membabitkan bon TIA.

15. Jika dilihat laporan FBI ini, campur tangan Jho Low dalam urusan 1MDB adalah kerana beliau telah berada dalam TIA dan rapat dengan 1MDB Officer 1.

16. Jika benar ada komplot penyelewengan ia telah bermula sejak di TIA lagi kerana hubungan baik baik Jho Low dengan 1MDB Officer 1 semasa di TIA. 1MDB Officer 1 juga berurusan dengan Jho Low apabila beliau berada dalam kuasa Eksekutif 1MDB.

17. Anda tentu akan berkata ini semua andaian dan teori pemakan dedak Mohd Najib. Baiklah ia adalah andaian dan teori. Tetapi masih dalam kerangka logik bukan? Sekarang mari kita lihat faktanya pula dalam bahagian 2 nanti.-MYKMU.NET

1 comment:

  1. Semua tak salah....yang salah Anwar Ibrahim dan parti pembangkang.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA