Laluan Trafik Terkawal Sepanjang SUKMA ke-18 Sarawak


WALAUPUN keadaan cuaca sepanjang SUKMA tidak menentu namun tugas sebagai seorang polis trafik tetap menjadi keutamaan.

Menurut Inspektor Jafri Junat, 30 pegawai penyiasat trafik yang berasal dari Sabah dan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Meradong hampir tiga tahun lalu berkata sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 kali ini beliau telahpun diberi tugasan untuk mengawal lalu lintas di sekitar lokasi pertandingan.

Baginya, tugas yang diberikan dalam temasya sukan kali ini sangat berbeza dengan tugasannya di pejabat kerana sebelum ini beliau menjalankan tugas lebih kepada siasatan kemalangan.

Koperal Abdullah, 42 ketika ditemu ramah pula menceritakan pengalamannya bertugas sebagai polis trafik sepanjang 10 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah Kuching.

Selain daripada mengiringi orang kenamaan, Koperal Abdullah juga turut mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan jalanraya.

Ujarnya faktor yang membolehkan terjadinya kesesakan lalu lintas adalah seperti kerosakan lampu isyarat, cuaca buruk, kemalangan dan bencana alam seperti kejadian tanah runtuh.

Beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan setugas walaupun terdiri daripada unit-unit yang berlainan sepanjang SUKMA ke-18 ini.

Harapan mereka berdua untuk SUKMA ke-18 pada kali ini agar Sarawak akan merangkul banyak pingat emas dan muncul sebagai juara keseluruhan.-Penerangan

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA