Korban serangan di pusat OKU meningkat kepada 19 orang



TOKYO: Angka korban serangan bersenjata pisau di sebuah pusat penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sagamihara, dekat sini, meningkat kepada 19 orang.

Jurucakap Jabatan Bomba berkata, 25 lagi mangsa cedera, dengan 20 daripadanya dilaporkan kritikal.

Stesen penyiar NHK melaporkan, serangan berlaku kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan apabila lelaki berusia lingkungan 20-an memasuki pusat berkenaan.

Agensi Berita Kyodo mengenal pasti penyerang yang ditahan sebagai Satoshi Uematsu, 26.

"Kami masih mengesahkan butiran lanjut mengenai kes ini," kata jurucakap polis kepada AFP. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA