Kereta Honda Jazz Hadiah Utama SUKMA 2016 Sarawak



KUCHING : Pelbagai hadiah menarik yang melalui cabutan tiket bertuah disediakan oleh penganjur kepada semua pengunjung yang hadir sempena majlis perasmian SUKMA ke-18 di Stadium Sarawak pada sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata sebuah kereta jenis Honda Jazz merupakan hadiah utama daripada 21 hadiah yang ditawarkan untuk cabutan bertuah tersebut.

"Hadiah-hadia lain termasuk 3 buahmotorsikal berjenama Bemak dan Basikal Lasak, Komputer riba dan televisyen berjenama terkenal.

"35,000 keping tiket bertuah akan diberikan kepada orang ramai yang hadir ke majlis perasmian tersebut," katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapat tiket bertuah di pintu masuk A1, A2, C1 dan C2 di Stadium bermula pada pukul 3 petang sabtu ini.

Beliau yang bercakap pada sidang media di Stadium Sarawak petang tadi turut menasihati orang ramai yang akan hadir ke perasmian itu supaya datang awal bagi mengelak kesesakan dan dijangkakan 45,000 orang akan datang ke Stadium bagi menyaksikan perasmian itu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA