Kerajaan Tidak Apologetik Dalam Isu Keselamatan Rakyat



PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan memohon maaf kerana meletakkan keselamatan sebagai keutamaan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, oleh sebab itu, kerajaan telah meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata, undang-undang ini adalah perlu dan telah membantu pihak berkuasa dalam memantau golongan yang bersimpati dengan pangganas dan Daesh di mana negara lain telah mengikuti jejak langkah Malaysia ini.

"Kita telah dikritik kerana meluluskan sesetengah daripada undang-undang ini. Tetapi kerajaan saya tidak sama sekali akan memohon maaf kerana meletakkan keutamaan kepada keselamatan rakyat Malaysia.

"Di wilayah kita, Jakarta diserang pada Januari dan seperti yang berulang kali saya katakan, kita tidak terlepas daripada bahaya ini di Malaysia," katanya ketika merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Polis ASEAN Ke-36 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Pengerusi Persidangan ASEANPOl Ke-36. - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA