Kem Renang Sarawak Membanggakan, Lepasi Sasaran Pingat



KUCHING: Kejayaan merangkul enam pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 membanggakan Penolong Ketua Kontinjen Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Salah satu daripada sukan di bawah jagaan Hasidah merupakan akuatik.

Walaupun tanpa kelibat dua bintang Welsom Sim dan Vernon Lee menurutnya, perenang Sarawak masih mampu menampilkan prestasi yang menakjubkan.

Welson pada masa ini menjalani latihan untuk temasya Sukan Olimpik manakala Vernon mengalami kecederaan dan berehat enam bulan.

"Sarawak mampu meraih enam pingat emas berbanding sasaran awal lima pongat emas sahaja biarpun tanpa dua kelibat bintang utama," katanya.

Pingat emas Sarawak dirangkul Angela Chieng dan Erika Kong.

Hasidah menjelaskan, dua perenang muda itu berpotensi menggantikan bintang renang Sarawak seperti Tania Bugo dan Daniel Bego yang turut menempa nama di peringkat antarabangsa.

"Saya berharap Sarawak akan terus memperkasakan latihan sistematik dan konsisten mengikut standard tinggi.

"Ia penting untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa renang dan menjadi lubuk melahirkan bintang renang kebangsaan serta antarabangsa," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA