Kampung Temedak Potensi Bangunkan Industri Pelancongan


KUCHING: Terletak ditengah-tengah jalan penghubung antara bandar raya Kuching dan daerah Lundu, Kampung Temedak berpotensi untuk pembangunan industri pelancongan.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pada masa akan datang kawasan berkenaan menjadi laluan utama dan sibuk.

"Sudah ada usaha pihak kerajaan untuk membangunkan dan menggembangkan industri pelancongan di kawasan ini.

"Apabila perancangan ini dilaksanakan, ia akan melibatkan Kampung Temedak," katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ranting PBB Temedak hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, pelbagai prasarana akan dibangunkan sekaligus memberi peluang kepada masyarakat sekitar mengambil bahagian dalam pelbagai bidang menerusi pembangunan tersebut nanti.

"Golongan muda juga disarankan mengambil bahagian dalam dan merebut peluang yang disediakan kerajaan," ujarnya.

Dr Abdul Rahman turut memuji PBB Ranting Temedak kerana berjaya menganjurkan majlis berkenaan untuk menghimpunkan penduduk daripada pelbagai latar belakang. -Sarawakiana.








No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA