Kampung Telaga Air Kaya Produk Pelancongan


KUCHING: Kampung Telaga Air yang terletak di pinggir bandar raya ini mempunyai banyak produk menarik bukan sahaja dalam sektor perikanan tetapi turut mencakupi pelancongan.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, terdapat beberapa sudut boleh diceburi masyarakat kampung tersebut.

Menurutnya, banyak peluang yang dibuka kerajaan untuk diterokai dalam usaha menambah pendapatan.

"Kita dapat melihat terdapat beberapa sudut yang boleh diceburi oleh masyarakat kampung seperti pelancongan.

"Banyak peluang yang dibuka kerajaan untuk memberi ruang kepada masyarakat menambah pendapatan," katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Telaga Air hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, penduduk kampung berkenaan juga perlu terus memupuk perpaduan yang telah dipupuk sejak sekian lama.

"Saya berbangga melihat penduduk kampung ini kerana berjaya memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman," ujarnya.

Mengulas mengenai majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 malam tadi, Dr Abdul Rahman menjelaskan, kejayaan itu membuktikan kerajaan negeri serius dalam membangunkan sukan.

"Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu pergi ke venue acara untuk memberi sokongan kepada kontinjen bertanding," jelasnya.

Pada majlis tersebut, Dr Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan kepada 10 orang warga emas. -Sarawakiana.





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA