“Kami Tidak Berasa Asing Di Sini,” Jurulatih Kedah



KOTA SAMARAHAN: Meskipun terpalit dengan isu vandalisme yang di viralkan di media sosial, namun Sukan Malaysia ke 18 (SUKMA), Sarawak tetap mendapat pujian daripada pegawai negeri negeri yang bertanding.

Antara yang mendapat pujian ialah layanan serta kemudahan yang disediakan Sarawak selaku tuan rumah.

Menurut jurulatih tinju kontinjen Kedah Ganesan Ramasamy, sepanjang berada di Sarawak beliau begitu selesa dengan layanan serta kemudahan disediakan pihak penganjur kepada para atlet dan juga petugas.

“Bukan sahaja kemudahan yang memuaskan, malah kami tidak berasa terasing di sini,” katanya

Beliau yang enggan mengulas tentang isu vandalisme yang menjadi kontroversi di media sosial berkata, urusan makan minum, tempat tinggal dan kemudahan pengangkutan semua dalam keadaan teratur dan mudah difahami.

Sebagai jurulatih berpengalaman mengendalikan ramai atlet di pelbagai peringkat penganjuran , beliau menjelaskan masalah cuma timbul di peringkat awal namun perkara itu adalah asam garam dalam setiap temasya sukan.

“Jika ada, ia hanya masalah kecil, selang sehari dua pasti masalah-masalah kecil tersebut dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau yang sudah sebelas kali mengendali atlet tinju negeri Kedah pada sukan SUKMA ditemui Sarawakiana di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pagi tadi. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA