Ibu Mertua Bos F1 Diculik, Penjenayah Minta RM148juta


Ibu mertua kepada CEO Formula One, Bernie Ecclestone dilaporkan telah diculik di Brazil.

Mangsa, Aparecida Schunck dikatakan diculik di kawasan kejiranannya di Interlagos, Sao Paulo.

Menurut laporan media Brazil, penjenayah menuntut sejumlah wang tunai 120 juta reais (RM148.83 juta) sebagai wang tebusan.

Media melaporan itu adalah wang tebusan paling tinggi pernah dituntut di negara itu.

Schunck adalah ibu Fabiana Flosi iaitu isteri Ecclestone yang dikahwini sekitar tahun 2012 selepas bertemu di Grand Prix Brazil pada tahun 2009.

Ini bukanlah kejadian pertama keluarga Ecclestone menjadi sasaran penjenayah.

Terdahulu, anak perempuannya Tamara dilaporkan juga pernah diculik sekitar tahun 2012. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA