Guan Eng Semakin Buntu



Pilihanraya Pulau Pinang adalah idea nak menyelamatkan Lim Guan Eng yang sedang bergelut dengan masalah yang beliau sendiri cipta. Malangnya beliau cuba mengaitkan pihak lain bahawa kes yang beliau hadapi adalah konspirasi Barisan Nasional.

Memang mudah melontar tuduhan kepada pihak lain kerana ia adalah strategi DAP sejak dari dahulu lagi. Pada masa ini Guan Eng sudah tidak senang duduk memandang masalah yang beliau hadapi sebenarnya akan menjatuh dan melenyapkan karier beliau sebagai ahli politik.

Idea mengadakan pilihanraya adalah idea terakhir beliau bagi melepaskan diri serta mengalih perhatian rakyat dari kes yang beliau hadapi. Jangkaan beliau pada awalnya idea tersebut akan mendapat sokongan rakan pakatan harapan.

Persetujuan daripada PAN membolehkan beliau tersenyum, namun sangkaan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengahari. Kali ini PKR menjadi badi yang menghalang idea beliau.

PKR mula menunjuk belang untuk tidak bersetuju. Nampaknya PKR mula sedar kerana setiap kali isu yang mereka pakatan harapan selama ini dibincang di meja bulat seringkali tidak memihak kepada keinginan PKR kerana keputusan tetap memihak kepada Lim Guan Eng.

Perang mula berlaku antara DAP dan PKR apabila status di Facebook ahli politik PKR sering menghentam Lim Guan Eng. Keputusan kini bukan lagi dibincang di meja bulat tetapi laman Facebook menjadi perantara peperangan antara mereka.

Sudah pasti kehendak Guan Eng kali akan menjadi impian kosong kerana PKR sudah naik kepala akibat sikap Guan Eng sendiri. Persoalannya kini adakah PKR juga akan mengikut jejak PAS yang keluar dari pakatan. Bukan apa, PKR sudah merasai jerit perih bersama DAP yang sudah berlagak seperti Taiko yang seolah-olah diktator.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA