Empat Daripada 40 Pintu Rumah Panjang Terbakar



LIMBANG: Empat daripada 40 pintu rumah panjang di Rumah Aping, Jalan Mendamit terbakar dalam insiden yang berlaku petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku sekitar jam 5.46 petang.

Jurucakap bomba berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapai kebakaran melibatkan empat daripa 40 pintu rumah panjang jenis separuh kekal," katanya. -Sarawakiana




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA