Tiga Pesilat Wanita Sarawak Mara Ke Separuh Akhir


KUCHING: Acara Pencak Silat SUKMA 2016 yang membuka gelanggang selama lima hari di Stadium Tertutup Kota Samarahan bermula Jumaat lepas menyaksikan tiga pesilat wanita Sarawak layak ke separuh akhir.

Tiga Pesilat itu Cynthia Li Ying Ci, Vanessa Sylvia.K dan Olivia Chong mengalahkan lawan masing-masing dalam kategori kelas bebas (65kg-90kg), acara kelas C (55kg-60kg) serta acara kelas F 70-75kg.

Pada peringkat suku akhir, Cynthia mengalahkan Nur Hanis Fatin dari Wilayah Persekutuan Vanessa menumpaskan Iain Safazalinah (Wilayah Persekutuan), manakala Olivia menewaskan Wan Noorulsyaffiqa dari Pahang. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA