Dua Emas Boling Sejarah Bagi Sarawak


KUCHING: Sarawak melakar sejarah tersendiri dalam acara tenpin boling apabila meraih dua emas menerusi kategori individu wanita.

Kedua-dua pingat itu disumbangkan Nerosha Keligit Thiagarajan dan Nur Syafiqah Sajeli yang mencatatkan 1,241 jatuhan pin.

Meskipun timbul persoalan siapa menduduki tempat kedua, namun para juri memberikan pingat emas bagi dua atlet tersebut selepas memperolehi jumlah skor sama secara keseluruhan.

Kejayaan meraih dua emas itu ternyata memberi kelebihan kepada tuan rumah sekali gus menambah koleksi dalam carta pungutan pingat.

Saingan hari pertama tenpin boling berlangsung di Megalanes Bowling Emart Batu Kawa di sini menyaksikan seramai 72 peserta mengambil bahagian.

Sementara itu, gangsa dimenangi oleh pemain dari Johor, Nurul Syafiqah Mustaffa dengan catatan 1,215 jatuhan pin.

Pengurus pasukan tenpin boling Sarawak, Robert Lu ketika ditemui berkata kejayaan itu tidak dijangka kerana Sarawak meraih dua emas dalam satu acara.

“Kita tidak menjangkakan perlawanan ini berakhir dengan keputusan sedemikian, sudah pasti merupakan satu kejutan kepada kita.

“Pada masa, ia juga memberi peluang dan kelebihan kepada kontinjen Sarawak mendahalui kutipan pingat emas,” katanya. - TheBorneoPost

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA