• Dr Hilmi Minta Ibu Bapa Beri Vaksin Kepada Anak-Anak

    Published: Wednesday, 27 July 2016
    A- A+

    BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan mengulangi peringatan kepada ibu bapa agar memberi vaksin kepada anak-anak mereka untuk mengelak daripada dijangkiti difteria yang kini menyebabkan enam kematian.

    Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata 16 kes telah dilapor di seluruh negara dengan enam kes di Pulau Pinang.

    Beliau menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid-murid diberi vaksin.

    “Kanak-kanak mudah dijangkiti virus berbanding orang dewasa kerana antibodi mereka masih lemah. Saya harap menerusi sesi penerangan mengenai kepentingan vaksin kepada ibu bapa, mereka akan lebih memahaminya,” katanya.

    Sementara itu beliau berkata belum terdapat kajian yang dilakukan bagi membuktikan daun ketum mempunyai manfaat perubatan.

    Tidak juga terdapat undang-undang yang melarang penanaman daun itu, walaupun pengambilannya diharamkan, katanya.

    “Kini ketum diletak di bawah akta racun dan usaha untuk menempatkannya di bawah akta dadah berbahaya ditangguhkan kerana memerlukan kajian menyeluruh terlebih dahulu,” katanya.

    Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mencadangkan agar pekebun kecil nenanam pokok ketum bagi dieksport kerana mendapat permintaan di luar negara bagi menghasilkan bahan farmasi. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Dr Hilmi Minta Ibu Bapa Beri Vaksin Kepada Anak-Anak "