Bom Tangan Serangan Daesh Di Puchong Berharga RM800


PENGGANAS Daesh menggunakan sebutir bom tangan model 1967 berharga RM800 sebutir ketika menyerang pusat hiburan di IOI Boulevard, Puchong yang mencederakan empat orang awam pada 28 Jun lalu.

Menurut Ketua Bahagian Counter Terorism E8 Bukit Aman, Datuk Ayob Maidin Pitchay, bom tangan model lama itu diperolehi secara haram dan diseludup masuk melalui sempadan Thailand.

“Kita bernasib baik kerana pengganas Daesh yang terlibat tidak mahir mengubah suai bom yang dimiliki. Jadi kesan letupan tidak besar,” katanya pada Dialog Keselamatan Negara, anjuran Biro Tata Negara di Wisma Negeri Melaka baru-baru ini.

Polis masih memburu seorang saspek berbahaya yang dipercayai masih memiliki 11 butir bom tangan model sama.

Dua saspek telah ditahan dan dipercayai terbabit secara langsung dalam serangan itu.

“Seorang saspek adalah saudara baru. Dia diajar untuk berjihad cara Jihadi Salafi untuk mati syahid,” kata Ayob Khan. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA