Bersyukur Dengan Keharmonian Yang Dikecapi


KUCHING: Rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa perlu merasa bersyukur dengan keharmonian yang dikecapi dari dahulu hingga sekarang.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, keharmonian yang dikecapi hendaklah dikekal untuk menjadi warisan generasi akan datang.

"Kita merasa bwrsyukur dengan keharmonian yang dikecapi selama ini dan diharap ia dapat dikekal untuk diwarisi generasi akan datang," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Tambahnya, perasaan bersyukur perlu diterjemahkan dalam aspek keharmonian sebaliknya mencakupi keamanan hasil pengorbanan pemimpin dahulu.

"Selaras dengan sambutan Hari Sarawak, kita telah hidup dalam keharmonian sejak diurus tadbir anak Sarawak sendiri.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Kesyukuran di Kampung Semarang hari ini.

Dr Abdul Rahman turut memuji usaha jentera yang membolehkan BN menang besar di Pantai Damai pada Pilihan Raya Negeri lepas. -Sarawakiana.




No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA