Beijing Keluarkan Pesawat Amfibia Terbesar


Beijing: China semalam mempamerkan pesawat amfibia terbesar dunia buatan negara itu yang akan digunakan untuk tujuan memadamkan kebakaran hutan serta operasi menyelamat di laut.

Pesawat itu yang dinamakan AG600 hampir sama saiz dengan Boeing 737, lebih besar berbanding pesawat lain yang boleh berlepas dan mendarat di atas air.

Ia mempunyai jarak penerbangan maksimum sejauh 4,506 kilometer dan mampu menyedut 12 tan air dalam masa 20 saat.

Berat maksimum untuk berlepas ialah 53.5 tan.

Perbadanan Industri Penerbangan China, syarikat milik negara, mempamerkan pesawat pertama itu di Zhuhai, bandar pelabuhan di selatan negara itu, kelmarin.

Ia usaha terbaru kerajaan China untuk mengurangkan kebergantungan pada pesawat buatan syarikat negara asing.

Sebelum AG600, pesawat amfibia terbesar ialah H-4 Hercules yang dikenali sebagai Spruce Goose dan direka pada 1940an untuk mengangkut tentera bersekutu ke medan tempur. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA