Barcelona ikat Andre Gomes


BARCELONA mengumumkan pasukan berkenaan telah mengikat perjanjian bersama Valencia bagi menandatangani pemain tengah pasukan kebangsaan Portugal, Andre Gomes.

Gomes sebelum ini telah beraksi selama dua musim di La Liga selepas berpindah dari Benfica pada Julai 2014 lalu.

Difahamkan, Gomes juga telah membuat sebanyak 30 penampilan dan turut menjaringkan tiga gol dalam liga pada musim lalu.

Selain daripada Barcelona, pasukan gergasi Real Madrid juga turut dilaporkan berminat bagi mendapatkan khidmat pemain tengah tersebut.

Gomes turut menjadi pemain terbaru dalam senarai perpindahan pengendali Barcalona, Luis Enrique bagi jendela perpindahan kali ini bersama dengan beberapa pemain lain iaitu Samuel Umtiti , Lucas Digne dan Denis Suarez.

Dengan perpindahan ini, ia merupakan satu tamparan hebat buat Madrid memandangkan pasukan berkenaan dilihat seolah-olah seperti akan terlepas untukmendapatkan khidmat pemain tengah Perancis, Paul Pogba.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA