ASEAN Perlu Bersatu Perangi Keganasan


PUTRAJAYA: Malaysia menyeru negara ASEAN untuk bersatu dan memainkan peranan bersama komuniti antarabangsa dalam memerangi keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata agensi keselamatan dalam kalangan negara ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan berkongsi serta menganalisa amalan terbaik bagi menangani jenayah itu.

"Saya memberi jaminan Kerajaan Malaysia akan terus mengambil langkah yang perlu dan anggota keselamatan berada dalam keadaan siap siaga yang tinggi.

"Militan IS dan kezalimannya, ideologi terpesong tidak ada tempat dalam negara yang aman, penuh kepelbagaian serta bertolenransi dan dalam rantau kita," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan ASEANAPOL Ke-36 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA