Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio


Sesuai dengan langkah pertama menjadikan Cyberjaya spot kandungan Islami, TV Alhijrah menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah & Sahabat dan Mini Konsert Mahabbah sempena Majlis Jamuan Hari Raya pada 2 Ogos ini.

20 artifak Rasulullah dan para sahabat akan menjadi Pameran Eksklusif buat tatapan 1000 tamu jemputan. Sebagai perkongsian umum, penonton akan dapat menyaksikan dokumentari khas mengenai artifak ini yang akan disiarkan sempena Hari Raya Haji nanti.

Selain pameran artifak, Mini Konsert Mahabah akan turut mengisi acara sempena memperknalkan Alhijrah Big Studio (ABS). Konsert khas ini akan dirakamkan untuk siaran pada tarikh diumumkan kelak.

Caravan of Praise yang terkenal dengan aplikasi selawat unplugged diketuai Andy Flop Poppy akan mengetuai senarai sepuluh artis persembahan.

TV Alhijrah secara rasmi mengambil alih bangunan ABS pada 1 Ogos ini. Fokus utama kewujudan studio ini bertujuan menjadikan Cyberjaya sebagai hab utama perfileman tempatan dan serantau.

ABS juga akan berfungsi sebagai studio rakaman serta lokasi siaran langsung program TV berskala primier.

Krew ABS kini agresif menyiapkan keperluan bagi Majlis Jamuan Hari Raya yang turut mengundang Menteri Kabinet, kepimpinan GLC, operator stesyen TV, produser, selebriti serta tetamu jemputan khas dari Kanada, India, Indonesia dan Singapura.-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA