Angka Kematian Mencecah 10 Termasuk Suspek


BERLIN: Angka kematian meningkat kepada 10 orang susulan kejadian tembakan di sebuah pusat membeli belah di Munich termasuk suspek, kata jurucakap polis bandar raya itu.

Katanya, seorang lagi terbunuh berikutan kecederaan yang dialami dalam serangan itu.

Stesen penyiar Bayerischer Rundfunk melaporkan 20 cedera dalam tragedi berkenaan.

Terdahulu polis berkata, mereka memburu tiga suspek tetapi awal Sabtu menegaskan mereka kini percaya kejadian dilakukan penyerang tunggal.

Sementara itu, polis Munich menggesa orang ramai tidak memuat naik video atau gambar kejadian di media sosial sebaliknya memberikan ia kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan dengan memuat naik di pautan khas. - REUTERS/AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA