Anggota Polis Dedikasi Sepanjang SUKMA Ke18 Sarawak


KUCHING: Pengorbanan anggota polis dalam menjalankan tugas sepanjang temasya SUKMA Ke18 berlangsung amatlah dihargai.

Koperal Jong Jin Lian,46 telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Batalion 11 telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan di Pusat Media Sukan Malaysia (SUKMA) ke18  yang dibuka di Pusat Akuatik, Jalan Stadium Petra Jaya disini.

Menurut Koperal Jong, seramai empat orang anggota yang telah dijadualkan untuk bertugas di Pusat Media mengikut jadual masa yang disediakan.

Antaranya ialah Koperal Rudy Entaba, 41 tahun merupakan salah seorang anggota yang bertugas bersamanya turut memastikan keselamatan semua petugas Pusat Media.

Koperal Rudy telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Jalan Simpang Tiga.

Mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan para petugas, pengamal media serta tetamu kehormat yang bertandang ke Pusat Media.

Kawalan keselamatan amat perlu khususnya semasa lawatan khas daripada tetamu kehormat dan juga memastikan supaya sidang media berlangsung dengan lancar.

Menurut Koperal Jong, beliau pernah bertugas menjaga keselamatan di perlawanan bola sepak, pilihanraya dan juga majlis yang melibatkan orang kenamaan.

Bagi Koperal Rudy, penglibatan beliau dalam temasya SUKMA Ke18 ini merupakan salah satu pengalaman yang amat berharga sepanjang beliau bertugas.

Mereka berdua sangat berbangga dan berbesar hati kerana dapat menyumbang tenaga dalam temasya sukan ini.-JAPEN

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA