Adun Tupong Kesal Sikap Pemaju


 KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemaju yang menjalankan projek berdekatan Taman Rassnorm 3 kerana tidak mempunyai pendekatan sistematik untuk pengangkutan yang keluar dari tapak pembinaan.

Beliau berkata, sikap tidak prihatin dan bertanggungjawab pemaju itu mengundang masalah kepada penduduk setempat.

"Sebelum ini kita pernah membawa pemaju berbincang bersama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tetapi mereka menghantar pegawai yang tidak dapat membuat keputusan.

"Ini menunjukkan sikap tidak serius mereka untuk menangani isu ini," katanya menerusi aplikasi WhatsaApp.



Menurutnya, pemaju tersebut sebelum ini bersetuju dengan langkah-langkah mengurangkan masalah berkenaan namun tidak melakukannya.

"Saya akan pastikan agensi kerajaan yang berkenaan menguatkuasakan segela peraturan dan undang-undang lebih ketat lagi," ujarnya.

Jalan di kawasan berkenaan rosak dan agak berdebu disebabkan sikap pemaju yang tidak membersihkan sisa tanah yang terjatuh daripada lori. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA