Adenan Berharap Rakyat Bersatu Tuntut Hak



KUCHING : Sarawak berusaha menuntut kedudukan yang sama daripada kerajaan persekutuan terutama dalam arus pembangunan dan hak negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berharap rakyat Sarawak akan bersatupadu dan menyokong usaha kerajaan negeri untuk menuntut hak-hak Sarawak yang diberikan kepada Sarawak pada 1963.

"Selama 50 tahun terdapat perkara yang telah diabaikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963," katanya.

"Ini menyebabkan Sarawak agak ketinggalan dalam pembangunan kemudahan asas dan infrastruktur negeri ini," jelasnya.

Adenan berkata ketika berucap pada Hari Sarawak di Tebingan Kuching pagi tadi berkata bahawa Sarawak inginkan sebuah pembangunan yang baik dimasa hadapan serta kedudukan sama seperti Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah.

"Selama 50 tahun kita mempunyai sekolah yang tiada elektrik, air dan sekolah yang usang.

"Kita masih bersabar jika 20-30 tahun tetapi kita terpaksa bertindak jika sudah menjangkau 50 tahun," tegasnya.

Beliau turut mengharap keputusan perbincangan mengenai hak-hak Sarawak dapat diputuskan pada penghujung tahun ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA