7 Sekeluarga Maut Ditembak Di Mexico


MEXICO CITY: Tujuh sekeluarga termasuk dua kanak-kanak, mati ditembak di Guerrero Mexico, menurut agensi keselamatan awam negeri itu. 

Serangan itu berlaku di perbandaran Tepecoacuilco de Trujano.

Tepecoacuilco de Trujano terletak berhampiran Iguala, lokasi 43 pelajar hilang pada tahun 2014.

Pelajar berkenaan disahkan dibunuh.

Tahun lalu, terdapat 20,525 kes pembunuhan di Mexico, termasuk 2,402 kes pembunuhan di negeri Guerrero, menurut agensi statistik kebangsaan (INEGI). - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA