"1MDB, Siasatan Ambil Masa Panjang," Khalid


PUTRAJAYA - Siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh pihak berkuasa di Malaysia, mengambil masa yang panjang disebabkan kekangan dalam proses mengambil keterangan dan fakta berkaitan secara terperinci.

Selain itu, semakan pelbagai dokumen berkenaan suspek terbabit yang terlalu banyak dan daripada syarikat pelaburan negara itu sendiri turut memanjangkan tempoh siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya membuat segala yang perlu dalam usaha mengenal pasti ketirisan yang berlaku merangkumi setiap sudut siasatan.

"Ada antara suspek yang mempunyai pelbagai dokumentasi sehingga memerlukan tempoh hampir dua minggu atau lebih untuk kita periksa dan kenal pasti.

"Saya harap semua pihak yakin dengan usaha kami dalam menyelesaikan siasatan kes ini," katanya pada sidang media perasmian Persidangan ASEANPOL ke-36, di sini, sebentar tadi. - KLXpress

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA