1MDB Akan Terus Mantap Dan Kukuh



PUTRA JAYA : 1MDB dipercayai dan berkeyakinan akan lebih mantap dan kukuh dalam masa terdekat malah usaha untuk memantapkan 1MDB akan terus dilakukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kesal 1MDB sering menjadi bahan celaan walaupun telah menjayakan banyak program sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya

"Banyak yang lupa bahawa program sosial 1MDB adalah banyak," katanya.

"Program tawaran haji baru satu yang diketahui malah baik pulih rumah, menolong nelayan, wanita, mangsa banjir dan sebagainya yang melibatkan perbelanjaan yang beratus-ratus juta daripada 1MDB," jelasnya.

Beliau yang hadir pada Majlis Menyerah Surat Tawaran Haji di Masjid Tuanku Zainal Abidin di Putra Jaya turut menyatakan bahawa program tersebut melibatkan tajaan kepada golongan Imam, Ketua Kampung Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung bagu menunaikan ibadah haji dan Yayasan 1MDB telah menaja sejumlah 1100 peserta untuk tahun ini.-tv3

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA