10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS

10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch:

Walaupun Peguam Negara AS Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan awam sepanjang 136 muka surat bagi merampas aset beberapa rakyat Malaysia, mereka tiada langsung menyertakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaan mereka. Oleh itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan dalam aduan awam tersebut masih belum dibuktikan. Maka, Lynch dan DOJ perlu menjawab 10 soalan berikut bagi memastikan bahawa dakwaan yang dibuat mereka tidak boleh disangkal.

1. Apakah yang menyebabkan DOJ begitu yakin bahawa terdapatnya “satu konspirasi antarabangsa bagi mencuri wang yang diselewengkan daripada 1MDB” sedangkan mereka tidak pernah menghubungi atau menemuduga 1MDB, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Kerajaaan Arab Saudi bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi secara menyeluruh? Bukankah secara semula jadinya semua siasatan haruslah mengambil kira temuduga dengan “mangsa” dan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum memohon tindakan mahkamah?

2. Pernahkah Lynch menemuduga pegawai-pegawai IPIC dan adakah DOJ sedar bahawa 1MDB mempunyai dokumen yang membuktikan bahawa Aabar BVI (British Virgins Islands) pernah dimiliki oleh Aabar PJS? Ini membuktikan bahawa 1MDB telah melakukan bayaran kepada entiti yang secara sah dimiliki oleh Aabar dan IPIC.

3. Adakah DOJ pernah menghubungi Kerabat Diraja Saudi bagi mengesahkan bahawa dana yang dinyatakan datang daripada mereka? Adakah mereka sedar bahawa Pihak Penyiasat di Malaysia mempunyai surat-surat rasmi dari Kerabat Diraja Saudi yang membuktikan ketulenan derma tersebut, dan Menteri Luar Saudi, Adel Al Jubeir telah pun mengesahkan bahawa ia tersebut merupakan derma yang sah.

4. Adakah Lynch sedia maklum bahawa Wall Street Journal telah mengesahkan bahawa sebahagian daripada dana tersebut datang daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa pihak Saudi secara rasminya menghulurkan derma tersebut? Dan adakah DOJ kini berani menuduh bahawa Kementerian Kewangan Saudi telah mencuri wang 1MDB untuk mendermakannya kepada Perdana Menteri Malaysia?

5. Sudahkah Lynch dan DOJ mempertimbangkan fakta bahawa Kerabat Diraja Saudi mendermakan berbilion dolar kepada Negara-negara Islam (Jordan, Morroco, Sudan dan Mesir) dan kebarangkalian bahawa mereka menggunakan pelbagai saluran akaun bank termasuk saluran akaun yang digunakan perniagaan dan individu-individu tertuduh (yang sudah sekian lama banyak mempunyai urusan dengan mereka) bagi menyampaikan derma secara sulit kepada pemimpin-pemimpin negara tersebut, memandangkan operasi ini adalah rahsia rasmi kerajaan Arab Saudi?

6. Adakah Lynch sedar bahawa aduan asal yang difailkan kepada DOJ telah dibuat oleh individu-individu yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan semua bukti dan dokumen curi yang dikemukakan oleh individu-individu tersebut tidak lengkap dan boleh diragui, memandangkan bahawa orang yang mencuri dokumen-dokumen tersebut pun mengakui ia telah diubah.

7. Oleh demikian bukankah seperti ada yang tidak kena bahawa dakwaan-dakwaan DOJ seolah terlalu sama dengan senarai tuduhan dan dakwaan Kelab Anti Najib?

8. Adakah pendakwa raya yang bijak pandai di DOJ tidak pernah tertanya-tanya mengapa Kerabat Diraja Saudi langsung tidak bersuara menafikan derma yang dibuat kepada Malaysia, memandangkan betapa besarnya isu ini dilaporkan di seluruh Timur tengah dan dunia? Malah Menteri Luar mereka telah mengakui ketulenan derma tersebut?

9. Apakah kredibiliti Lynch dalam menegaskan bahawa keadilan perlu ditegakkan sedangkan beliau sendiri telah melanggar undang-undang? Bukankah telah terbongkar bahawa beliau pernah berjumpa dengan bekas Presiden AS Bill Clinton dalam satu pertemuan rahsia ketika DOJ sedang menyiasat skandal Hillary Clinton dalam penggunaan “server” emel peribadi keluarganya untuk urusan rahsia kerajaan, semasa beliau memegang jawatan Setiausaha Negara AS. Adakah Lynch mahu menjelaskan jika ini merupakan satu konflik kepentingan, dan adakah beliau telah berpegang kepada prinsip demokrasi atau “Good Governance” dengan mengadakan pertemuan rahsia yang jelas merupakan satu konflik kepentingan?

10. Mengapa Lynch dan DOJ tidak berterus terang menyatakan identiti “Malaysia Official 1”? Adakah kerana mereka takut dengan sebuah negara kecil di Asia Tenggara, atau adakah mungkin kerana mereka belum mempunyai bukti-bukti yang kukuh atau lengkap bagi mengaitkan individu tersebut dengan kesalahannya? Adakah hal ini kerana peguam-peguam di DOJ sedar bahawa mereka masih hanya mempunyai dakwaan daripada sebelah pihak sahaja dan tidak mempunyai bukti lengkap daripada orang-orang suruhan Mahathir Mohamad ini? Adakah mereka juga sedar bahawa menamakan seseorang individu tanpa penyertaan bukti akan menunjukkan kepada dunia “keadilan” yang diperjuangkan DOJ kini boleh dipersoal?

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA