• Masyarakat Iban Dan Dayak Perlu Rebut Peluang Pinjaman Rumah Tanpa Faedah

    Published: Thursday, 14 April 2016
    A- A+


    Sarawak sememangnya begitu sinonim dengan kawasan rumah panjang yang menjadi rumah kediaman utama masyarakat Iban dan Dayak. Kedudukan mereka jauh di pendalaman lebih mudah untuk mereka mendirikan rumah panjang yang merupakan kediaman resam mereka sejak berzaman.

    Memang sudah menjadi kebiasaan budaya masyarakat Iban dan Dayak mendirikan rumah panjang kerana ia merupakan lambang kerjasama dan perpaduan sesama mereka.

    Kerajaan Barisan Nasional memandang berat terhadap masalah masyarakat tersebut untuk memiliki rumah kediaman. Dengan ini kerajan pusat menyediakan peruntukkan yang besar untuk kaum tersebut mendapatkan sumber kewangan bagi membina tempat kediaman.

    Pada pengumuman bajet 2016 lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan pinjaman dengan had RM50,000 unit rumah panjang tanpa faedah kepada masyarakat Iban dan Dayak.

    Peluang sebegini harus direbut oleh masyarakat berkenaan kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri.

    Pinjaman tersebut flesibeliti kepada peminjam berdasarkan kemampuan membayar balik pinjaman.

    Bertepatan pada masa sekarang kos pembinaan meningkat, jumlah pinjaman tersebut berpatutan dan ia satu jumlah yang mampu bagi mereka untuk membayar balik pinjaman malah mereka dapat memiliki unit rumah tanpa menunggu masa yang lama.

    Inilah dasar yang diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sarawak untuk melihat masyarakat luar bandar dapat memiliki tempat kediaman sendiri.

    Dalam ekonomi yang mencabar, kerajaan Barisan Nasional masih mampu memberi kepentingan dan faedah untuk rakyat terutama rakyat di pendalaman Sarawak dan masyarakat tersebut harus merebut peluang yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masyarakat Iban Dan Dayak Perlu Rebut Peluang Pinjaman Rumah Tanpa Faedah "