• Adenan Komited Meneruskan Hak Milik NCR Untuk Rakyat

    Published: Wednesday, 13 April 2016
    A- A+


    Perkara yang masih diteruskan diperkatakan di Sarawak sejak dari dulu sehingga sekarang adalah isu Tanah Adat (NCR). Kerajaan Sarawak tetap meneruskan berbagai cara untuk menyelasaikan masalah NCR agar rakyat yang memiliki NCR akan mendapat status sah memiliki NCR.

    Apa yang menjadi diantara 50 prinsip Adenan pada masa ini ialah Program Penyukatan Tanah Adat (NCR) inisiatif baru yang lebih sistemetik untuk setiap pemilik NCR akan diwartakan sebagai pemilik yang sah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh menyokong pemilik NCR sebagai pemilik yang sah.

    Dengan Program tersebut juga Adenan telah memansuhkan perusahan ladang berskala besar. Adenan lebih berminat agar rakyat mengusahakan ladang berskala kecil dan ia boleh menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi pemilik NCR.

    Dasar tanah adat Adenan diteruskan demi kepentingan hak rakyat terbela dan rakyat mendapat apa yang sepatut mereka dapat sebagai hak yang sah. Hal sedemikian perlu kerjasama daripada rakyat untuk meneruskan agenda berteraskan rakyat.

    Justeru pada pilihanraya yang akan datang ini, Adenan bersama pasukan Barisan Nasional memerlukan mandat yang penuh daripada rakyat agar setiap inci masalah dan pembangunan rakyat dapat diteruskan serta Sarawak akan mencapai negeri berstatus maju pada 2030.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Adenan Komited Meneruskan Hak Milik NCR Untuk Rakyat "