• Pan Borneo Akan mengubah Landskap Pembangunan Sarawak

    Published: Sunday, 13 March 2016
    A- A+

    SERIAN: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan membawa transformasi kepada landskap pembangunan negeri ini secara menyeluruh, sepertimana projek-projek lebuhraya lain di Malaysia yang telah berjaya mentransformasikan pembangunan kawasan sekitarnya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran Bulatan Serian – Simpang Pantu di sini hari ini.

    Menurutya setiap projek mega akan mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi rakyat, terutama kepada masyarakat yang berhampiran.

    Namun katanya, ia bukan sahaja soal pembangunan tetapi juga ekonomi dan perpaduan antara rakyat yang akan terjalin dengan lebih erat dengan adanya connectivity melalui jaringan lebuhraya.

    “Menyedari hakikat itu projek Lebuhraya Pan Borneo akan dilaksanakan mengikut jadual walaupun menghadapi cabaran keadaan ekonomi semasa dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi,” katanya

    Beliau menambah, Projek Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai lebih RM16 bilion adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya menunaikan janjinya kepada rakyat.

    Menurut Najib, Jajaran Bulatan Serian – Simpang Pantu melibatkan pembinaan laluan sepanjang 75 kilometer dengan kos RM1.46 bilion dan sebagai pakej yang terpanjang dalam projek tersebut.

    “Ia pakej ketiga projek lebuh raya berkenaan di Sarawak selepas Jajaran Simpang Bakun-Simpang Nyalau di Bintulu dan Jajaran Telok Melano-Sematan di Kuching.

    “Pada tahun ini (2016) sebanyak 10 pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak akan dilancarkan, dengan harapan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan di negeri ini,” katanya dihadapan kira-kira 10,000 penduduk Daerah Serian dan sekitar yang hadir ke masjlis tersebut, yang mana majorti kaum Bidayuh.

    Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pan Borneo Akan mengubah Landskap Pembangunan Sarawak "