• Kerajaan Negeri Pastikan Rumah Dijual Pada Kadar Berpatutan

    Published: Saturday, 12 March 2016
    A- A+

    Pelaksanaan projek pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) merupakan perkongsian strategik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa pada kadar harga yang berpatutan.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kerajaan negeri akan memastikan rumah yang dibangunkan di Sarawak dijual pada harga jauh lebih murah dari harga pasaran serta tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    “Jika di Semenanjung, keluasan tanah yang amat terhad menyebabkan peningkatan harga rumah sehingga mencecah jutaan ringgit berbanding Sarawak yang mempunyai tanah luas dan murah sekaligus rumah yang dibangunkan dapat dijual pada kadar harga rendah daripada harga pasaran,”

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Ekspo Rumah PR1MA @ Sarawak yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di sini hari ini.

    Adenan menambah, dengan adanya projek PR1MA ini sekaligus akan dapat membantu mengurangkan masalah kawasan-kawasan setinggan di Sarawak pada masa akan datang. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Pastikan Rumah Dijual Pada Kadar Berpatutan "