Browsing "Older Posts"

  • Polis Thailand Buru Dua Suspek Kes Pengeboman Bangkok

    By uMieySurianie → Monday, 31 August 2015

    BANGKOK: Polis Thailand memburu dua suspek baharu susulan pengeboman di Bangkok selepas bahan membuat bom ditemui di apartmen kedua di pinggir bandaraya ini.

    "Suspek pertama ialah seorang wanita, Wanna Suansan, 26," kata jurucakap polis, Prawut Thavornsiri, menerusi siaran televisyen yang untuk pertama kali menamakan suspek dan menunjukkan gambar wanita muda memakai hijab.


    "Ada seorang lagi yang tinggal di dalam bilik itu, iaitu seorang lelaki, kewarganegaraan tidak diketahui," katanya. - AFP
  • Google Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Doodle Teh Tarik

    By uMieySurianie →

    BERSEMPENA dengan tarikh keramat 31 Ogos 2015, Google Malaysia seperti biasa tidak ketinggalan menyediakan doodle khusus bersempena dengannya.

    Melalui doodle untuk Hari Kemerdekaan tahun ini, Google menggabungkan penggunaan elemen jalur gemilang, bulan dan bintang serta lakaran teh tarik yang berjaya memberikan gambaran menyeluruh tentang penyatupaduan antara semua rakyat di Malaysia.

    Lambang teh tarik juga bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Sehati Sejiwa memandangkan minuman ini bagai mewakili campuran pelbagai rakyat dan budaya di Malaysia yang hidup dalam harmoni.

    Tahun lepas, Google turut menyediakan doodle khusus bersempena dengan hari Kemerdekaan dan tahun ini nampaknya tradisi itu masih diteruskan.

    Bagaimanapun masih tidak diketahui lagi sama ada Google akan menyediakan doodle khas sempena Hari Malaysia kelak memandangkan tiada pertandingan yang dianjurkan seperti pada tahun lepas. - MYNEWSHUB


  • Ops Bersepadu Ambang Merdeka 2015 Kuching

    By Yusz Man →


    KUCHING: Sebanyak 69 saman dikeluarkan sepanjang Ops Bersepadu Ambang Merdeka 2015 yang diadakan malam tadi.

    Operasi tersebut melibatkan seramai 250 anggota dan juga pegawai yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.

    Objektif utama Ops tersebut rondaan cegah jenayah dan sekatan jalan raya di kawasan Jalan Tun Abdul Rahman, Jalan Tabuan dan juga sekitar kawasan Masja.

    Walaubagaimanapun, operasi pemeriksaan tidak dapat dilaksanakan berikutan cuaca yang hujan lebat.

    Menurut Roslan, saman-saman yang telah dikeluarkan meliputi saman no pendaftaran kenderaan, ketiadaan lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh, topi keledar, tali pinggang keledar, cermin sisi dan juga saman kepada pemandu yang gagal mempamerkan pelekat "P" dan "L". - Sarawakiana
  • Semangat Patriotisme Rakyat Terserlah Pada Hari Kebangsaan

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Semangat cintakan negara terpancar di setiap wajah ribuan insan daripada segenap lapisan dan kaum yang membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

    Lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang menghayati tema sambutan 'Sehati Sejiwa' dengan menampilkan semangat patriotisme dan kebersamaan pada acara sambutan peringkat kebangsaan penuh warna-warni dan meriah itu.

    Semangat kesatuan itu ditunjukkan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh hampir 13,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

    Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

    Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan barisan menteri Kabinet serta perwakilan asing.

    Sejurus berangkat tiba, Tuanku Abdul Halim menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Mohd Herdi Ismail.

    Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

    Serentak dengan itu, kedengaran 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja.

    Acara sambutan dimulakan dengan acara 'Derap Seragam', iaitu persembahan terbaharu oleh 900 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli persembahan serentak bersama-sama pelajar dengan melakukan kawad berirama.

    Acara sambutan turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

    Penonton di lokasi turut dapat menyaksikan menerusi acara secara jelas menerusi skrin LED berukuran 108 meter panjang dan sembilan meter tinggi, iaitu skrin terbesar pernah digunakan dalam mana-mana sambutan dalam negara.

    Acara bacaan ikrar oleh lima ikon generasi muda dengan diketuai Noradzmi Baba daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah terlibat dalam acara sambutan Hari Kebangsaan sejak 1987.

    Mereka adalah anak muda kelainan upaya Muhammad Zahriff Affandi yang juga penerima anugerah Ikon Belia Negara, personaliti televisyen dan radio Fara Fauzana, ratu wushu negara Diana Bong Siong Lin, malim gunung Mohd Rizuan Kauhinin dan guru, Louis Marie Neubert Ambrose.

    Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme pada acara itu, gandingan tiga pengacara majlis iaitu Saiful Khairi Ahmad, Rudiyan Shah dan Atikah Mahali, turut menyelitkan bacaan puisi antaranya sajak 'Di Tanah Malaysia', karya Razali Mohd Yussof dan 'Lentera Zaman' oleh Mahaya Mohd Yassin.

    Mendahului acara perbarisan adalah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri oleh para pelatih Institut Kemahiran Belia Negara, disusuli kontinjen Eksplorasi Sehati Sejiwa.

    Kontinjen eksplorasi itu yang dipelopori Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan gabungan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat menjelajah ke seluruh negara dengan membawa gelombang semangat patriotisme 'Sehati Sejiwa' untuk rakyat dan ia akan menamatkan ekspedisi pada Hari Malaysia.

    Turut menarik perhatian adalah penyertaan sekumpulan malim gunung yang menyertai kontinjen negeri-negeri.

    Mereka memainkan peranan tersendiri dalam melaksanakan misi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun lepas.

    Penonton khususnya kanak-kanak pula dilihat teruja menyaksikan pelbagai maskot daripada animasi terbitan syarikat-syarikat animasi tempatan antaranya Upin dan Ipin dan BoboiBoy yang menyertai kontinjen animasi, diikuti beberapa kontinjen lain.

    Perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya motosikal Kawasaki GTR 1400 dan Honda ST 1300 yang digunakan untuk mengawal lalu lintas, kenderaan pengiring orang-orang kenamaan dan rondaan, selain beberapa kenderaan lain turut menarik perhatian orang ramai.

    ATM mempersembahkan aset pertahanan terkini daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu darat, laut dan udara termasuklah kenderaan pembawa senjata jenis G Wagon yang digunakan pasukan infantri untuk membuat tinjauan, selain kenderaan perisai dan meriam.

    Deruan jet-jet aset pertahanan udara yang melintasi ruang udara sekitar Dataran Merdeka turut membuatkan penonton teruja sebaik ia melaksanakan pelbagai formasi di udara.

    Antara yang memukau penonton ialah formasi penerbangan sembilan pesawat Pilatus PC 7 yang digunakan sebagai pesawat latihan asas untuk juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pengangkut TUDM, selain 11 pesawat tempur Sukhoi SU 30 MKM.

    Majlis sambutan diakhiri dengan persembahan khas tarian kebudayaan oleh Komponen Rakyat Bersepadu yang menampilkan lebih 1,000 peserta pelbagai kaum. - BERNAMA

  • Amanat Hari Kebangsaan 2015

    By Salfian Nawawi → Sunday, 30 August 2015

    Ucapan penuh amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Plenary, KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi:

    Sebelum memulakan ucapan, saya difahamkan bahawa, yang dijemput hadir dalam dewan ini, terdiri daripada para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kakitangan serta penjawat awam, ahli-ahli korporat, wakil-wakil NGO, para pensyarah dan golongan pendidik, budayawan, mahasiswa serta individu-individu perseorangan mewakili tokoh-tokoh juga golongan masyarakat.

    Makanya, Saya berasa yakin, bahawa setiap seorang daripada kita berada di sini kerana, ingin sama-sama memperingati satu peristiwa amat penting dalam perjalanan negara, yakni, kemerdekaan Malaysia tercinta, tanggal 31 Ogos 1957.

    Justeru, sebelum dilanjutkan sebarang kata-kata, saya pinta kepada semua, terutamanya dalam dewan ini, sama ada yang sedang duduk, mahupun saudara-saudara yang masih berdiri.

    Tanpa membuang masa lagi, marilah, kita sama-sama menumpukan seluruh perhatian, berdiam dan bertafakur, sambil memejamkan mata masing-masing sebentar, tunduk, dengan rasa keinsafan.

    Renungkanlah sejenak sedalam-dalamnya, dan tanyalah di sanubari masing-masing, apakah setiap daripada kita ini, benar-benar mengerti serta mampu menghayati maksud kemerdekaan.

    Satu hal lagi yang tidak boleh dilupakan, apabila kita dapat berkumpul dengan aman sebegini, tidak ada orang yang boleh menafikan bahawa, adalah berkat jasa dan bakti para perajurit serta anggota keselamatan tanah air, yang selama ini, tidak pernah kenal erti penat lelah, berkorban apa saja, bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta sentosa.

    Kerana itulah, kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara berdemokrasi.

    Seperti diketahui, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sungguh tidak wajar. Oleh sebab ia mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.

    Waima, Mufti Kelantan sendiri telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan perhimpunan Bersih 4.0 tersebut adalah hukumnya Haram di sisi agama Islam.

    Oleh itu, segala susah payah anggota keselamatan akan sentiasa kita beri penghargaan dan penghormatan yang tinggi kerana bakti merekalah, keharmonian serta kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.

    Lantaran, marilah kita beramai-ramai merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah serta memberikan tepukan gemuruh kepada kesungguhan Anggota Tentera Malaysia dan ucapan syabas pula di atas keberanian dan ketegasan pasukan Polis Diraja Malaysia, demi mendaulatkan negara!

    Sebetulnya, kemerdekaan hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

    Hakikatnya, kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Ia mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa, dan mematangkan diri.

    Dalam hal negara ini, Alhamdulillah, satu titik persefahaman telah pun kita capai sepertimana saya sebutkan pada hari Malaysia yang lalu bahawa, kini, tidak timbul lagi polemik, dan menetapkan bermula tahun lepas, semua rakyat Malaysia akan menyambut hanya satu tarikh kemerdekaan sebagai simbolis solidariti, sehati sejiwa, bagi seluruh Malaysia.

    Di satu sudut, Sabah dan Sarawak, dari penghujung Ulu Lachau membawa ke Lahad Datu, nun jauh di pinggir sana,

    Pada sisi yang lain, bermula dari Arau Perlis hingga ke Tanjung Piai di penamat Tanah Semenanjung, bahkan untuk pengetahuan semua, Tanjung Piai itulah pengakhirnya Tanah Besar Asia.

    Selanjutnya, bumi Malaysia yang bertuah dan langit pertiwi yang kita junjung ini, sekarang didiami oleh hampir 30 juta penduduk, dengan ratusan etnik dan suku, antaranya, orang Melayu, Cina, India, Iban, Orang Ulu, Melanau, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, orang Siam keturunan Malaysia, Punjabi dan orang-orang Serani dan lain-lain lagi.

    Lantas, pada malam ulangtahun kemerdekaan ini, saya berdiri di sini, bukan sekadar sebagai seorang Perdana Menteri, tidak juga hanya menjadi pemimpin parti,…

    Tetapi, saya berdiri di sini, sebagaimana saudara dan saudari semua, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa,…

    …negara serta tanahair ini, adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapapun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

    Hidup Malaysia, Hidup Malaysia!

    Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba, meski apapun akan berlaku,… biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, bak pesan orang lama-lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati.

    Oleh yang demikianlah, malam ini, buat kali kedua, sejak menjadi Perdana Menteri, saya memilih untuk berdiri secara langsung di hadapan saudara dan saudari sekalian, tidak seperti perutusan biasa, supaya saya dapat berucap dari hati ke hati kepada semua yang mendengar.

    Sebelum itu, adalah molek kita mengimbau sedikit tentang dari mana kita datang,… di mana kita kini, dan ke manakah arah tuju negara selepas ini.

    Pokoknya, kita wajar, terus menghitung syukur ke hadrat Ilahi kerana, selama lebih 50 tahun, telah sama-sama mengharungi dan melalui suka duka, pembinaan sebuah negara bangsa.

    Oleh itu, jangan sesekali dilupa, semasa meraih kemerdekaan, dunia umumnya, sangsi dan ragu-ragu akan kemampuan sebuah negara kecil ini, dengan penduduk yang berbilang bangsa bahawa, mampukah kita untuk mencipta dan menempa kisah kejayaan.

    Sebaliknya, setelah dinaungi lebih 170 tahun oleh pentadbiran British, istilah yang digunakan ramai ketika itu adalah, pihak British sendiri ‘mengangkat tabik’ atas kesanggupan orang-orang Melayu, khususnya perjuangan UMNO, dan parti Perikatan, yang cekal dan tabah untuk mengambil tanggungjawab serta berani untuk bernegara sendiri.

    Oleh yang demikian, kalau ada sesiapa pun mempersoal, mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, begitu dekat dengan UMNO dan Barisan Nasional, jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kerana, kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan, dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, UMNO dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa.

    Malah, telah tercatat pada hari kemerdekaan disebutkan bahawa, sebuah bintang baharu telah bersinar di Timur, kata orang, sama ada naik atau turunnya bintang itu, yakni Malaysia tercinta, kitalah, kitalah, yang menentukan nasibnya.

    Syukur, terbukti dan ternyata, selama puluhan tahun ditunjangi pentadbiran kerajaan yang cekap dan sistematik, untung nasib sebuah bintang di Timur ini telah digilap dengan sungguh bersinar serta kini mampu diperbanggakan.

    Kita telah bertatih daripada sebuah negara pertanian, menjadi sebuah negara perindustrian dan kini dengan deras memacu ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

    Syabas kepada kebijaksanaan para pimpinan terdahulu sehingga kini, para kakitangan awam dan tentunya, tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia!

    Kenapa saya sorot dan imbaukan kembali sedikit sebanyak kisah kemerdekaan negara. Sebabnya, mahu tidak mahu, tawarikh perlu sentiasa dibugar dan diperingatkan, bukan sahaja kepada generasi umum, yang barangkali mudah lupa asal-usul dan pastinya, seperti kata para cerdik pandai, kita tidak mahu kemudiannya dihukum pula oleh sejarah itu sendiri.

    Bahkan dalam pidato ketika dimasyhurkan kemerdekaan, disebut bahawa, kita telah menjadi sebuah negara berdemokrasi, yang merdeka lagi berdaulat, berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan serta mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

    Manakala, mencecah lebih 50 tahun kemerdekaan sesudah itu, ditakdirkan pula saya mengambil alih tampuk pentadbiran.

    Bermula 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara.

    Sekiranya hampir 60 tahun lalu, Tunku telah menzahirkan beberapa kriteria asas tersebut kepada sebuah watan yang baru menempa kemerdekaan, kini, kita sedang melangkah lebih jauh berasaskan kriteria-kriteria itu, sepertimana saya telah simpulkan ketika membentang Rancangan Malaysia Kesebelas bahawa, falsafah pembangunan negara, mestilah lebih tuntas dan konkrit.

    Antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.

    Makanya, di persimpangan ini, benarlah kata-kata Almarhum Tunku bahawa, cabaran lebih besar adalah pengisian kemerdekaan.

    rtinya, dalam meniti permatang kejayaan negara, kita tidak akan sunyi daripada dihadapkan oleh pelbagai situasi dan kemelut, sama ada berbentuk siasah mahupun ekonomi serta kini ternyata, kita dihadapkan dengan cabaran domestik, ekonomi, di kala negara sedang bergerak pantas dan menuju gerbang menjadi entiti sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.

    Pada malam ini, seperti yang saya nyatakan, adalah elok saya perjelaskan dalam bahasa yang lebih mudah, agar difahami oleh rakyat teramai, seperti pakcik-pakcik dan abang-abang yang bersembang di kedai-kedai kopi, sambil minum teh tarik, para surirumah, anak-anak kita Generasi Y, para mahasiswa di kolej dan universiti, kawan-kawan kita yang aktif di alam siber serta yang pentingnya masyarakat keseluruhan, akan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

    Pertama, kita mendengar kisah-kisah, yang berlegar-legar di sekeliling masyarakat, misalannya, tentang kemerosotan nilai ringgit berbanding nilai dolar Amerika, kejatuhan harga minyak dunia, naik turun harga komoditi yang tidak menentu, seperti minyak sawit, yang sebenarnya semua ini adalah berada di luar kawalan kita.

    Bahkan, sejak beberapa bulan lalu, rakyat telah disogokkan dengan bermacam-macam maklumat dan cerita-cerita yang tidak menyenangkan.

    Hatta, ramai di antara kita yang sampai telah percaya, kononnya Malaysia akan menjadi bangkrap seperti negara Greece. Katanya lagi, ekonomi negara pula semakin meruncing dan gawat serta pelbagai lagi andaian atau spekulasi yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, atas agenda-agenda tertentu masing-masing.

    Lantas, jika selama beberapa bulan ini, saya hanya banyak berpeluang dan bertemu dengan kelompok-kelompok yang lebih khusus, berkaitan penyelesaian isu-isu ekonomi di peringkat-peringkat tertentu sahaja.

    Makanya, pada majlis malam ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk seboleh mungkin, dalam ruangan yang terhad, bagi memperbetulkan keadaan, beberapa salah faham dan menerangkan serta memperjelaskan isu-isu berbangkit, supaya rakyat dapat mendengar terus dari saya, sebagai pemimpin, agar menjadi lebih rasional, lebih faham serta lebih tenang.

    Secara ringkasnya, kita boleh bahagikan maklumat dan sumbernya yang kita sering perolehi, kepada dua, pertama sekali, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai.

    Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata.

    Misalnya, sewaktu kegawatan ekonomi 1998, Kerajaan yang mentadbir ketika itu, telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa, keadaan ekonomi pada waktu tersebut, adalah di luar kawalan Kerajaan, malah berupaya meletakkan segala kesalahan, kepada penyangak matawang iaitu George Soros.

    Seringkali pula semua maklumat berbentuk sebegini, begitu cepat dihidang dan disebarkan melalui media sosial, hingga menjadi viral tidak menentu dan disensasikan sesuka hati.

    Makanya, saudara saudari sekalian, saya ingin menerangkan dengan jelas bahawa, apa yang rakyat perlu faham adalah, sekurang-kurangnya, lima petunjuk utama ekonomi negara sebagai petanda sebenar bahawa, Malaysia pada realiti dan hakikatnya, masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul.

    Petunjuk pertama; Di sebalik segala ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global, saya ingin maklumkan kepada rakyat sekalian, usahlah menjadi terlalu bimbang, hakikatnya ekonomi semasa Malaysia masih berkembang, contohnya tahun lepas, kita berada pada kadar 6 peratus dan tahun ini pula insyaAllah, akan mencapai 5 peratus.

    Tidak seperti tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif 7 peratus.

    Petunjuk kedua; Sebetulnya, fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini, lebih kukuh lagi kerana kita telah mempelajari dari kesan krisis tersebut.

    Antara contohnya seperti defisit fiskal Kerajaan yang telah dapat dikurangkan dari negatif 6.7 peratus pada tahun 2009, kepada 3.2 peratus yang dijangka akan dicapai pada tahun ini.

    Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal.

    Petunjuk ketiga; kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional, telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014.

    Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014. Manakala, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.

    Petunjuk keempat; Sekalipun Malaysia terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran domestik dan di arena global, kita masih kekal diiktiraf di mata dunia, kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi negara dengan begitu baik.

    Ini terbukti, melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s, IMF, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

    Di sinilah, saya mahukan rakyat sekalian faham bahawa, segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka, jauh sekali dipetik dari awan nan biru.

    Senarai penaraf-penaraf peringkat antarabangsa yang saya sebutkan tadi, merupakan pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi yang tidak boleh dipertikai dan diperentengkan kerana hasil kajian dan pandangan merekalah yang diterima pakai di seluruh dunia.

    Antara lain lagi, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

    Namun, saya sedar bahawa, telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, pengucupan ekonomi dunia, termasuk negara China, sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.

    Bagi maksud ini, saya perakui ada faktor-faktor dalaman yang masih berada dalam kawalan kita untuk dilakukan penambahbaikan.

    Maka, beberapa hari lalu, saya telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat, yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

    Apa yang penting,… saya beri jaminan bahawa, Kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat.

    Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda-agenda pembangunan yang dekat di hati rakyat, seperti projek perumahan mampu milik, penambahbaikan projek kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan serta kemahiran, seterusnya menangani kos sara hidup rakyat.

    Akhirnya, petunjuk kelima; jangan sesekali kita lupa bahawa, sekian banyak lagi usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penubuhan UTC, RTC, BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya selama ini, telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

    Jelas terbukti bahawa, Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bangkrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan ‘fundamental’ yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing.

    Jadinya, rakyat sekalian, hakimilah Kerajaan melalui peti undi pada pilihanraya kelak. Sehingga itu, berilah peluang kepada Kerajaan ini untuk terus memikul amanah dan berbuat sehabis baik.

    Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Justeru, berbekalkan pengertian surah Al-Insyirah bahawa, bagi setiap kesusahan, akan datangnya kesenangan dan bahagia yang bakal menanti.

    Manusia merancang, Tuhan jua merancang, tentunya rancangan Allah adalah yang terbaik,…

    Merujuk hal ini, pada 28 Julai yang lalu, dengan hati yang bertawakal, saya telah membuat keputusan untuk merombak semula kabinet Persekutuan, buat julung-julung kalinya, setelah mendapat mandat daripada Pilihanraya Umum ke-13.

    Semestinya, saya dan rakan-rakan yang setia dalam anggota pentadbiran dan Barisan Nasional berjanji dan menjamin akan terus berikhtiar gigih dan komited dalam memakmurkan Malaysia serta mensejahterakan rakyat, bahkan tidak sesekali menoleh ke belakang.

    Suka saya ulangi disini…Sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

    Lalu…saya menyeru, ambillah semangat dan ceduklah roh kemerdekaan 1957, seolah-olah bendera Union Jack baru turunkan dan besok paginya kita mula bernegara baru.

    Indeed, we will never allow anyone from within or from outside, to simply walk in and steal, ruin or destroy all that we have built so far.

    Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, pada ambang kemerdekaan yang penuh bermakna ini, ada segelintir pihak yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan dan api bermusuhan.

    Dari itu, beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur dan musnah begitu sahaja.

    Pastinya, walau apapun cabaran yang melintang, meski apa dugaan yang melanda, saya, secara peribadi yang lahir dari leluhur kepimpinan negara dan tentunya bersama rakan-rakan, Dato’ Sri Zahid Hamidi dan yang lain-lain dalam anggota pentadbiran, tidak mungkin akan membiarkan Malaysia sebagai bintang yang telah lahir di Timur hampir 6 dekad lalu, jatuh,.. bahkan, kita akan terus menggilap dan membangun tanahair tercinta ini hingga muncul makmur di gelanggang dunia sampai bila-bila. InsyaAllah.

    Semoga Pencipta Yang Maha Berkuasa, kekal memayung-mayung dan merahmati Negara bertuah ini. Dijauhkan dari segenap mara bahaya zahir dan batin.

    Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita bangun dan bersamalah kita bangkit, dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, memandang masa depan dengan jiwa yang gagah dan merdeka dalam satu solidariti, senada seirama, sehati sejiwa, kita gemakan,…

    Merdeka!
    Merdeka!
    Merdeka!



  • Guru Pengsan Di Gunung Santubong Diselamatkan

    By Yusz Man →


    KUCHING: Sepasukan penyelamat telah berjaya mmbawa turun seorang guru wanita yang telah pengsan sewaktu menyertai ekspedisi mendaki gunung Santubong hari ini.

    Difahamkan, mangsa, Kho Meng Cheng, 30-tahun, salah seorang guru yang mengiringi seramai 57 orang pelajar dari SMK Santubong dalam program yang bermula pada jam 9 pagi tadi.

    Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Shahril Yaman, pihaknya telah menghantar sepasukan anggota yang dibantu oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM).

    Sehingga berita ini ditulis, kesemua 60 orang pendaki bersama mangsa telah berjaya dibawa turun pada jam lebih kurang 8 malam tadi. -Sarawakiana
  • Jemaah Haji Malaysia Turut Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Di Tanah Suci

    By uMieySurianie →

    MAKKAH: Jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah turut menyemarakkan rasa kecintaan kepada negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan disambut esok, dengan mengibarkan Jalur Gemilang di maktab-maktab kediaman mereka.

    Selain itu, program dan majlis doa selamat dan solat hajat turut diadakan bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara.

    Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya mengedarkan Jalur Gemilang kepada jemaah haji di maktab-maktab penginapan mereka di Makkah, selain memasang bendera Malaysia di pejabat-pejabat operasinya.

    "Alhamdulillah, pada tahun ini jemaah haji Malaysia menyambut Hari Kebangsaan di Tanah Suci, sudah tentu amat bertepatan untuk kita jemaah haji mengambil kesempatan berdoa agar negara terus aman dan maju," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Maktab 91, bangunan Rehab Janadriyah, di sini.

    Seorang jemaah haji yang menetap di Maktab 91, Nor Hayat Udin Othman, 48, yang pertama kali ke Tanah Suci berkata majlis doa selamat dan solat hajat yang diadakan di Tanah Suci itu amat bererti untuk jemaah haji berdoa demi kesejahteraan Malaysia.

    "Berada di Tanah Suci ini adalah kesempatan terbaik untuk berdoa kepada Allah agar negara kita terus dilindungiNya, kekal aman dan mampu menghadapi pelbagai cabaran mendatang," katanya.

    Seorang petugas TH yang menetap di Maktab 86 di bangunan Abraj Al-Janadriah, Jasme Saidin, 40, berkata majlis doa selamat di maktab itu serta pemasangan bendera di pejabat-pejabat operasi TH di Ibu Pejabat TH di bangunan berkenaan, nyata menyemarakkan lagi semangat kecintaan mereka kepada negara dalam memberikan khidmat terbaik untuk operasi haji 1436H ini. - BERNAMA
  • Nad Zainal Kesal Ibu Bapa Terheret Dengan Kontroversi

    By uMieySurianie →

    Baru-baru ini, kecoh di sosial media mengenai perilaku Nad Zainal yang dikatakan tidak melayan anak yatim selain turut didedahkan perkara yang mengaibkan bersama kekasihnya oleh bekas pengurusanya sendiri.

    Tidak mudah melatah, Nad mengambil pendekatan untuk berdiam diri namun dalam masa yang sama turut terkilan kerana perkara tersebut turut mengheret maruah keluarganya dan juga kekasihnya ketika ini.

    “Kata-kata yang dilemparkan itu cukup mengaibkan, tetapi saya tidak mahu memikirkannya sangat. Bagi saya, orang yang sedang marah, tentu mahu menjatuhkan orang lain. Saya terima secara positif. Biarkanlah. Apabila isu ini diperkatakan, orang pertama yang saya ingat adalah ibu bapa”

    “Saya kesal kerana mereka turut terheret sama. Saya yang berbuat silap, mengapa tidak hanya saya yang dihentam? Jangan kaitkan ibu bapa saya. Saya risaukan mereka. Alhamdulullah mereka tahu apa yang saya lakukan. Saya serik dan akan sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu isu seperti ini timbul lagi”

    “Saya bersukur kerana baik dan buruk, keluarga tetap akan menerima,” jelasnya kepda Berita Harian. Ambillah masa untuk Nad kembali mendekati peminat dan juga memperbetulkan kekurangan. Mungkin ini juga teguran kepada Nad untuk lebih maju dan berhati-hati di masa hadapan. (rtky/s)
  • Bersih 4.0 Kuching: Empat Laporan Polis Diterima

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menyatakan, sebanyak empat laporan polis diterima berkaitan perhimpunan Bersih 4.0 di sini setakat ini.

    "Laporan polis tersebut berkaitan dengan kain rentang, membuat tayangan video, dan pelanggaran syarat perhimpunan iaitu berarak," Ros;an sambil menambah, dua laporan polis berkaitan kain rentang yang telah diturunkan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), satu laporan mengenai perarakan lebih kurang 400 orang dari hadapan Hotel Hilton ke perhimpunan serta membuat tayangan video tanpa permit.

    Namun begitu, tambahnya, secara keseluruhan perhimpunan berdisiplin dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

    Roslan berkata demikian kepada pemberita di tapak perhimpunan di Padang Song Kheng Hai, Padungan di sini dimana Himpunan Bersih 4.0 diadakan hari ini.

    "Pada pengamatan pihak polis, semalam seramai 1,500 "genuine" peserta Himpunan Bersih 4.0 yang menghadiri program tersebut."

    Mengenai dakwaan terdapat beberapa perkara yang melanggari syarat yang diberi bagi perhimpunan tersebut,Roslan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan tentang perarakan berkenaan meskipun alasan yang diberikan kerana jauh meletakkan kenderaan.

    Katanya, sekiranya disebabkan meletakkan kenderaan jauh di situ mengapa perlu berjalan beramai-ramai dengan membawa kain rentang. - Sarawakiana
  • DAP Kecam Penganjur Kerana Hentikan Himpunan Bersih 4.0 Kuching

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Setiausaha Pemuda Publisiti DAP Petra Jaya Abdul Aziz Isa melabelkan Penganjur Himpunan Bersih 4.0 Kuching Nicholas Mujah dan PKR sebagai pengecut dan bangsat ekoran keputusannya untuk menghentikan Himpunan Bersih 4.0 Kuching hari ini.

    "Saya rasa bahawa PKR tidak dapat memerintah Sarawak. Jika jawatan Ketua Menteri diberi kepada PKR, nescaya jika mereka buat silap, DAP akan kena hentam! Sama bangsat dengan Najib! DAP lebih bijak untuk memerintah Sarawak," catat Aziz pada di status akaun Facebooknya hari ini.

    "Lebih baik DAP, GHB dan SWP berjuang tanpa PKR. Mereka kata akan ada 20,000 penyokong turun Bersih, 200 pun tak sampai! Penyokong mereka orang Bunian. Kalau tidak kerana ceramah ad hoc DAP semalam, Padang Song Kheng Hai sudah sunyi sepi seawal jam 10 malam. Kerana DAP, rakyat bertahan sampai 12:30 malam sehingga pihak Bersih membatalkan program kerana takut," katanya lagi sambil menambah, kalau takut hendak berjuang, jangan bicara soal perjuangan!

    "PKR Sarawak bacul dan penakut. Dalam facebook berani sebut "Turunkan Najib", "Tumbangkan Najib", "Hancurkan BN" dan sebagainya. Bila masa Perhimpuan Bersih 4, orang PKR kecut tak berani sebut. Penyokong DAP lebih berani dari orang PKR."

    "DAP Sarawak teruskan laungan "Turun Najib!" Next time, kalau jumpa orang PKR yang kutuk Najib, cakap kat dia " On your FACE!". Mereka berani taik kucing saja tu, nak tunjuk hero konon."

    Aziz juga mendakwa, PKR Sarawak dan Bersih Sarawak sokong Najib sebab mereka melarang mana-mana laungan yang menyebut nama individu tertentu.

    "Ada agenda tersirat Jawatankuasa Bersih Sarawak. Jeng jeng jeng mesti ada ejen BN menyelinap masuk!," katanya lagi.

    Mengenai tindakan Nicholas yang membatalkan ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Pengerusi DAP Chong Chieng Jen semalam dan diganti dengan ADUN Pending Violet Yong, Aziz mendakwa beliau (Nicholas) mungkin cemburu dan PKR mungkin rasa tercabar dengan penceramah DAP yang lantang bersuara.

    Jika dilihat dari penulisan Aziz, nyata beliau masih belum matang dalam berpolitik dan terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional ketika menghadapi sesuatu situasi yang tidak berpihak kepadanya.

    Biarpun admin tidak menyokong program Himpunan Berish 4.0, secara jujurnya, admin menyanjung tindakan penganjur program tersebut yang berusaha mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak polis bagi mengadakan program tersebut.

    Sebagai seorang pengamal undang-undang (Aziz yang bekerja dengan Chong-Peguam), beliau seharusnya lebih memahami bertapa beratnya tanggungjawab seseorang penganjur sesebuah program yang mendapat kebenaran dari pihak berkuasa dan apakah kemungkinannya jika syarat-syarat yang diberikan tidak dipatuhi.

    Sekiranya Aziz dan DAP Sarawak benar-benar berani seperti yang beliau dakwa, sila anjur program seumpama itu di bawah nama DAP dan bukannya berselindung di sebalik nama Bersih serta buatlah perkara yang melanggari syarat-syarat yang telah diberi, nescaya Aziz dan DAP akan tahu bertapa tingginya atau rendahnya langit itu nanti. - Sarawakiana



  • Diumpan DAP Bersiar-siar Di Kuching, Rupanya Ke Himpunan Bersih 4.0

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Hasrat 50 penduduk dari Simunjan untuk bersiar-siar di bandar raya ini tidak tercapai apabila kesemua mereka dibawa untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 di padang Song Kheng Hai di sini, semalam.

    Saao Nad dari Kampung Sungai Langkau, Simunjan yang ditemui semalam berkata, pada asalnya mereka hanya dimaklum akan dibawa bersiar-siar ke bandar raya Kuching.

    Saao sebelum ini tidak pernah pergi kebandar raya Kuching, justeru beliau sangat teruja untuk mengikuti rombangan tersebut.

    “Kesemua kami menggunakan dua bas yang pada asalnya dimaklum akan dibawa bersiar-siar ke Kuching tetapi sebaliknya dihantar ke padang ini.

    “Inilah kali pertama saya datang ke sini.Saya tidak tahu mengapa kami dibawa ke sini (padang Song Kheng Hai),” katanya dengan nada kecewa selepas mendapati dirinya dan penduduk lain tertipu dengan lawatan ke bandar raya Kuching.

    Malah, beliau memberitahu lebih merisaukan mereka tidak mengetahui sama ada terpaksa bermalam di situ atau dihantar pulang ke Simunjan.

    “Kita tidak tahu sama ada terpaksa ikutbermalam di sini atau pulang ke kampung kerana kami hanya mengikutorang (yang bertanggungjawab) sahaja,” jelasnya.

    Disebabkan faktor umur dan kesihatan, Saao bersama penduduk dari Simunjan yang lain termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun hanya duduk menunggu di bangunan kedai makan pasar Song Kheng Hai.

    Rombongan dari Simunjan yang menggunakan dua bas itu semalam dari empat kampung iaitu Kampung Temiang, Kampung Malanjok, Kampung Sungai Langkau dan Kampung Segunduk.

    Sementara itu, menurut seorang lagi penduduk dari Simunjan yang enggan namanya disiarkan, segelintir daripadamereka mengetahui perkara itu dari awal lagi. - sumber




  • Kisah Sebenar Bersih 4.0 Kuching Dihentikan: Dikhianati DAP

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Ramai yang tertanya-tanya mengapa pengerusi BERSIH 4.0 Kuching Nicholas Mujah bertindak mengumumkan bahawa program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan di sini dihentikan pada malam tadi dan tiada program yang akan diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur BERSIH 4.0 Kuching hari ini.

    Beliau juga memberi alasan ianya dihentikan kerana kerana sistem PA telah ambil balik oleh pemilik dan beberapa syarat perhimpunan tersebut telah dilanggar oleh segrlintir peserta sebagai contoh membawa kanak-kanak ke lokasi tersebut namun alasan sebenarnya mereka telah dikhianati oleh DAP!

    Nicholas juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Padungan untuk memaklumkan program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan telah dihentikan pada jam 1 tengahari tadi dan sebarang aktiviti yang diadakan selepas ini bukan tanggungjawab pihak penganjur BERSIH 4.0.

    Hakikatnya, program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan dihentikan ekoran pemimpin DAP yang turut serta pada program tersebut tidak mengikuti arahan atau syarat telah ditetapkan.

    Sumber mendedahkan kepada Sarawakiana, Nicholas telah menemui Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad pada jam 11.30pm semalam untuk memaklumkan BERSIH 4.0 Kuching akan menghentikan aktiviti bermula malam ini dan tidak akan brtanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang diadakan pada 30 Ogos 2015.

    Keputusan menghentikan program BERSIH 4.0 Kuching adalah ekoran beberapa aksi provokasi yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong DAP bermula ditempat berkumpul mereka di hadapan Hilton Hotel sejak jam 1.30 pm 29 Ogos 2015.

    Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen dan pengikutnya berarak sambil menggunakan pembesar suara melaungkan "TURUN NAJIB" dan membawa placard yang berbentuk provokasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pengikut DAP juga menggunakan kekerasan terhadap penganjur BERSIH 4.0 Kuching apabila diarahkan tidak menggunakan pembesar suara dan membawa placard provokasi.

    Chong Chien Jen, yang juga ADUN Kota Sentosa juga dikatakan tidak menghiraukan arahan penganjur dan meneruskan perarakan sambil melaungkan "TURUN NAJIB" sepanjang perjalanan ke Padang Soon Keng Hai.

    Semasa sesi memberi ucapan, wakil DAP iaitu ADUN Pending Violet Yong dan Pembantu Khas Chong; Abdul Aziz Isa telah mengunakan pentas BERSIH 4.0 Kuching untuk mengutuk Prdana Menteri.

    Pihak penganjur juga telah memotong nama Chong Chien Jen daripada senarai penceramah dengan digantikan Violet Yong.

    Pada program sebelah malam, DAP telah menggunakan peluang yang ada untuk menganjurkan sesi ceramah politik kepada kira-kira 400 orang pengikut yang majoritinya dari golongan muda Cina.

    Ceramah dimulai lebih awal iaitu sekitar jam 8.00 malam dan dihentikan melebihi waktu yang dihadkan iaitu pada jam 11.55 malam.

    Pihak penganjur telah mengarahkan supaya sesi ceramah DAP dihentikan sebelum jam 11.30 malam tetapi tidak dihiraukan.

    Semasa Pengerusi BERSIH 4.0 Kuching meminta DAP menghentikan ceramah, Chong dan pembantunya telah bertelingkah dengan Nicholas dan Penyelaras program perhimpunan BERSIH 4.0 Peter John Jaban.

    Pemimpin DAP mengatakan sekiranya mereka berhenti ceramah, penganjur BERSIH 4.0 Kuching juga perlu meninggalkan padang dan tiada aktiviti berkhemah disitu atau menanggung akibat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Jadi, oleh kerana mendapat ancaman dan ugutan dari ahli DAP, Nicholas mengambil keputusan untuk menghentikan program BERSIH 4.0 Kuching dan pada pagi ini penganjur telah mengemas barang mereka.

    Secara ringkasnya, DAP telah mempergunakan platform program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching untuk agenda politik mereka.

    Difahamkan, kebanyakan peralatan termasuk makanan dan minuman yang digunakan dalam perhimpunan tersebut telah di biayai oleh DAP dan kroni-kroni mereka.

    Kejadian pertengkaran di antara penganjur perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching dan pemimpin-pemimpin DAP didengari dan dilihat secara terbuka oleh peserta-peserta program tersebut.

    Sudah sampai masanya, rakyat jelata khususnya penduduk Sarawak menyedari dalang sebenar di sebalik program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching dan berhenti agar dipergunakan oleh DAP untuk kesinambungan dan agenda politik mereka. - Sarawakiana



  • Pesawat Tentera Udara Nigeria Terhempas, 7 Maut

    By uMieySurianie →

    ABUJA – Sebuah pesawat Tentera Udara Nigeria terhempas atas sebuah rumah di bandar Kaduna di utara negara itu, menyebabkan semua tujuh orang yang berada dalam pesawat berkenaan terbunuh.

    Menurut Tentera Udara Nigeria, pesawat Dornier-228 itu terhempas ke atas sebuah rumah sejurus berlepas dari Pangkalan Tentera Kaduna pada 6.45 pagi (0545 GMT). Tiada sesiapa di darat yang tercedera.

    “Pesawat berkenaan dalam penerbangan harian ke Abuja apabila ia terhempas dalam kawasan berek, menyebabkan empat anak kapal dan tiga orang awam terbunuh,” kata jurucakap tentera, Kolonel Abdul Usman.

    Siasatan punca nahas sudah dimulakan. – Reuters


  • Polis Thailand Tangkap Suspek Serangan Bom Di Bangkok

    By uMieySurianie →

    BANGKOK – Polis Thailand telah menahan seorang warga asing berusia 28 tahun yang disyaki terbabit dalam insiden serangan bom berkembar di daerah komersial Ratchaprasong di sini, 17 Ogos lepas.

    Dalam pengumuman secara langsung menerusi televisyen, jurucakap polis, Lt.Jen Prawuth Thavornsiri berkata suspek ditahan di sebuah blok apartmen empat tingkat di Soi Chueam Samphan 11, daerah Nong Chok di sini, pada kira-kira 2 petang tadi.

    Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan status kewarganegaraan suspek berkenaan.

    Siasatan awal menunjukkan tangkapan itu ada kaitan dengan dua serangan bom berdekatan Kuil Erawan di persimpangan Ratchaprasong di pusat ibu negara dan dekat jeti Sathorn di Sungai Chao Phraya.

    Prawuth berkata polis Thailand percaya suspek merupakan anggota kumpulan sama terbabit dalam insiden letupan tersebut.

    Sebelum ini, polis Thailand berkata sekurang-kuranag 10 orang mungkin terbabit dalam serangan itu yang mengorbankan 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia dan 130 mengalami kecederaan di luar kuil Hindu itu.

    Bagaimanapun, tiada seorang pun cedera dalam insiden di jeti Sathorn, yang popular dalam kalangan pelancong yang mahu menggunakan pengangkutan air untuk ke kawasan tarikan pelancongan di sekitar Bangkok.

    Prawuth juga menunjukkan bukti yang terdapat di bilik sewa suspek seperti bahan untuk membuat bom dan beberapa pasport tetapi enggan mendedahkan negara yang mengeluarkan pasport tersebut.

    Menurut seorang pegawai penyiasat, yang enggan dinamakan, suspek menggunakan pasport Turki untuk menyewa lima buah bilik di kompleks apartmen itu tetapi tidak menyatakan sama ada pasport itu tulen atau palsu.

    Setakat hari ini, 34 mangsa masih menerima rawatan di hospital termasuk enam berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpanmuang dalam sesi taklimat media pula berkata suspek telah diserahkan kepada pihak tentera untuk siasatan lanjut.

    Bagaimanapun, Somyot, yang menyoal siasat suspek, enggan mengulas lanjut.
    Taklimat itu berhenti secara tiba-tiba apabila seorang wartawan tempatan bertanya dalam bahasa Thai sama ada suspek yang ditahan oleh polis itu hanya sebagai kambing hitam.

    Somyot dengan nada marah dan menyoal wartawan lelaki itu sama ada beliau seorang warga Thailand.

    “Soalan anda benar-benar tidak membina…pergi dari sini. Saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak kisah tentang anda. Orang di sini begitu bersemangat ketika ini (atas penahanan suspek) tetapi anda menyoal sama ada kami menahan kambing hitam!,” katanya.

    Kemudian, Somyot berkata suspek tersebut bukan pengganas merentas sempadan tetapi melakukan perbuatan itu disebabkan marah terhadap sesuatu yang berlaku kepada kawan-kawannya.

    Khamis lepas, Kedutaan Turki di Thailand mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan kekesalan terhadap analisis berbaur spekulasi dan laporan berita yang cuba mengaitkan warganya dalam serangan bom di Kuil Erawan. – BERNAMA
  • Felda Bina Lebih Banyak Rumah Generasi Kedua - PM

    By uMieySurianie →
    Foto: Aswadi Alias

    KUALA NERUS: Datuk Seri Najib Razak berkata Felda akan terus membina lebih banyak rumah untuk generasi kedua dengan harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

    Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini sebentar tadi.

    "Sebelum ini, kita umumkan harga rumah yang ditawarkan, diturunkan daripada RM120,000 kepada RM90,000.

    "Sekarang kita akan membina dalam lingkungan RM60,000 dan RM70,000," katanya.

    Beliau berkata, penurunan harga itu boleh ditawarkan dengan mengurangkan sedikit spesifikasi seperti keluasan dan kemasan.

    Katanya, rumah berkenaan akan ditawarkan secara sewa beli selepas kerajaan prihatin terhadap keperluan warga Felda.

    Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan kejayaan Program Dana Khas Pelajar Cemerlang Felda melalui pencapaian 11 anak, cucu dan kakitangan Felda yang berjaya mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara.

    "Malah, tiga daripadanya akan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Royal College Surgeon, Ireland," katanya. - BH

  • Penganjur Bersih 4.0 Kuching Hentikan Program Serta Merta

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING : Pengerusi Bersih 4.0 Kuching Nicholas Mujah mengumumkan program Himpunan Bersih 4.0 di Padang Song Kheng Hai, Padungan dihentikan serta hari ini.

    "Atas masalah teknikal, kami terpaksa menghentikan program yang sepatutnya sehingga tengah malam 30 August 2015."

    Nicholas ditemui pemberita di Padang Song Kheng Hai, Padungan dimana Himpunan Bersih 4.0 Kuching di adakan sejak semalam.

    Sekitar jam 10 pagi, beberapa orang petugas program tersebut dilihat membersihkan padang tersebut.
    Biarpun Nicholas mendakwa program tersebut terpaksa dihentikan oleh kerana masalah teknikal, namun sumber Sarawakiana mendedahkan, ianya dihentikan kerana terdapat perselisihan faham di antara  penganjur program tersebut dan beberapa pemimpin DAP.

    Ini akan Sarawakiana dedahkan dalam artikel seterusnya hari ini. - Sarawakiana



  • “Saya Panseksual Tapi Belum Jalin Hubungan” – Miley Cyrus

    By uMieySurianie →

    BIAR pun merupakan seorang bintang sensasi Hollywood, Miley Cyrus sekali lagi telah mendedahkan identiti sebenar dirinya dengan mengklasifikasikan seksualiti dalam kategori panseksual.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu The Climb satu ketika dahulu memberitahu perkara tersebut menerusi majalah fesyen ELLE yang meletakkan bintang kontroversi itu dipilih sebagai muka hadapan keluaran itu.

    Walaupun dia sering dikaitkan dengan model seksi Victoria’s Secret, Stella Maxwell sejak kebelakangan ini, Miley tampil membuat kenyataan dia masih belum ada apa-apa hubungan intim serius.

    “Saya sangat bersifat terbuka, saya seorang panseksual… tapi saya belum menjalinkan apa-apa hubungan,” katanya dalam wawancara majalah tersebut.

    “Saya baharu berusia 22 tahun, saya akan berpacaran namun saya akan berubah setiap 2 minggu… biar saya bersendirian,” tambahnya.

    Sebelum ini Miley yang juga berbakat dalam bidang lakonan pernah mencetuskan kontroversi hangat dengan gambar bogelnya menerusi majalah Paper baru-baru ini.

    Tampil dengan isu seksualiti diri, Miley membuka cerita kecelaruan identiti serta minatnya terhadap wanita kepada ibunya sejak dia berusia 14 tahun lagi.

    Dia juga memberitahu dirinya sangat terbuka kepada sesiapa yang berkenaan dan tidak kisah sama ada pasangannya adalah lelaki mahu pun perempuan.

    Kelihatan terma panseksual itu sangat jarang didengar berbanding istilah biseksual yang sering digunakan orang ramai. Apakah yang membezakan dua perkataan itu sebenarnya?

    “Secara umum, panseksual ini lebih luas perspektif berbanding biseksual. Panseksual lebih bersifat terbuka seperti jatuh cinta atau ada tarikan seksualiti kepada semua jenis jantina,” kata pakar pengkaji seks, Debby Herbenick.

    Menurut Debby, ia berbeza dengan biseksual yang hanya fokus pada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan sahaja.

    Panseksual ini merupakan skop yang lebih luas dan ia berpotensi untuk tertarik kepada individu berjantina aneh atau transgender termasuk lelaki dan perempuan.

    Ia mungkin satu terma yang baharu kerana jarang digunakan untuk melabelkan seksualiti seseorang.

    – Agensi/MYNEWSHUB.CC
  • Bahagian Limbang Bakal Lakar sSjarah Tersendiri

    By uMieySurianie →

    LIMBANG: Kompleks Sukan Limbang akan mencipta sejarah sendiri apabila bakal dihadiri 65 kontinjen membabitkan lebih 3,000 peserta daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta pada perarakan Hari Kebangsaan Ke-58 Peringkat Negeri, Isnin ini.

    Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 itu dijangka bermula seawal jam 7 pagi.

    Acara akan didahului dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, diikuti nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar dan nyanyian koir.

    Ribuan warga Limbang dijangka berkumpul di Kompleks Sukan bagi menyaksikan perarakan itu kelak.

    Pelbagai acara disusun pada sambutan kali ini termasuk perbarisan pasukan keselamatan, pertunjukan gerak gempur, pertunjukan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pertunjukan tempur tanpa senjata Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Turut dijangka hadir ialah isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu serta kenamaan lain.

    Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan raptai penuh sambutan itu di Kompleks Sukan Limbang semalam.

    Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan kesyukuran atas penghormatan yang diberikan kepada Bahagian Limbang menjadi tuan rumah acara penuh bersejarah itu.

    “Kita berterima kasih kepada kerajaan atas penghormatan ini dengan harapan agar sambutan ini terus melonjakkan semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara.

    “Ini kerana untuk julung kalinya kita dapat menyertai secara langsung acara yang selama ini hanya diikuti menerusi media,” tambahnya.

    Malah, beliau menegaskan ini juga penting dalam menghadapi alaf baharu untuk terus memerdekakan minda agar tidak dijajah dalam konteks dunia hari ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha berpuas hati dengan segala persiapan dan menegaskan semangat ketaatan kepada negara telah terbukti mengatasi segalanya walaupun Limbang diberi amanah untuk menjadi tuan rumah acara berkenaan buat kali pertama selain, kedudukan di hujung negeri ini.

    Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

    Terdahulu, lebih 2,000 peserta menyertai Larian Merdeka di Dataran Jubli Emas yang bermula seawal jam 7 pagi. - UB



  • Bersih 4.0 Kuching: Chong Ketuai Kumpulan DAP/Bersih

    By Salfian Nawawi → Saturday, 29 August 2015

    KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengetuai sekumpulan peserta himpunan Bersih 4.0 seramai lebih kurang 500 orang ke Perhimpunan Bersih 4.0 di Padang Song Kheng Hai, Padungan, Kuching hari ini.

    Sarawakiana dimaklumkan oleh sumber dalaman DAP, kumpulan penyokong DAP telah berkumpul berdekatan dengan sebuah hotel di pusat bandaraya ini sebelum berarak melalui Jalan Ban Hock menuju ke Padang Song Kheng Hai.

    "Kami telah lama merencanakan rancangan ini dan nampaknya kami berjaya mengumpulkan ramai peserta pada hari ini," katanya lagi sambil menambah peserta DAP/Bersih mempunyai logo DAP di bahagian belakang baju Bersih 4.0.

    Kumpulan DAP/Bersih tiba di Padang Song Kheng Hai lebih kurang jam 3 petang dan bergabung dengan kumpulan yang seramai lebih kurang 500 yang sudah menanti sejak jam seawal 12 tengahari tadi. 

    Tinjauan Sarawakiana, setakat jam 4 petang tadi, jumlah peserta Himpunan Bersih 4.0 dianggarkan telah memcecah seramai 2,000 orang. -Sarawakiana


  • Orang Ramai Mula Banjiri Pusat Bandar Untuk Sertai Bersih 4.0

    By Admin →

    KUALA LUMPUR: Mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih nampaknya sedikit demi sedikit telah mula memasuki bandar raya walaupun mengikut jadual yang ditetapkan ia sepatutnya bermula pada jam 2 petang.

    Sebenarnya berdasarkan laporan para wartawan mStar yang berada di lapangan, mereka mula melihat orang awam yang memakai baju kuning mula menaiki tren LRT seawal jam 8.25 pagi ini.

    Walaupun, pihak berkuasa telah mengeluarkan pekeliling yang menyebut, sebarang pemakaian baju berwarna kuning dengan logo dan lambang Bersih 4.0 tidak dibenarkan dan haram namun ramai yang tidak memperdulikan amaran itu.

    Malah ada yang memakai jaket untuk menutup baju-t kuning yang tertulis perkataan BERSIH 4.0 sementara menunggu waktu rasmi perhimpunan pada jam 2 petang nanti.

    Mereka mundar-mandir di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke arah Dataran Merdeka seolah-olah seperti sedang bersiar-siar di pagi Sabtu.

    Terdapat juga desas-desus yang mengatakan perkhidmatan tren LRT akan dihentikan mulai tengah hari nanti tetapi para wartawan kami telah menyaksikan sendiri Jalan Tuanku Abdul Rahman lengang tanpa kereta seawal jam 7.30 pagi - tidak sepertimana hari Sabtu sebelum ini.

    Sementara itu wartawan kami juga melaporkan, kawasan yang paling ramai dengan kumpulan yang memakai baju-t kuning kini adalah di sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek, Brickfields, Dataran Maybank dan Sogo.

    Kesemua kawasan ini adalah merupakan kawasan popular dan kesukaan para peserta Bersih sejak dahulu lagi khususnya di Pasar Seni dan Masjid Jamek.

    Wartawan mStar yang berada di Menara Maybank, Sofea Susan Albert Kasim melaporkan yang para peserta perhimpunan Bersih kini sudah mula melaungkan kata-kata "Bersih, bersih" manakala di kawasan Pasar Seni pula seorang peniaga kraftangan di situ ketika dihubungi mStar memberitahu yang peserta Bersih telah mula mengeluarkan sepanduk 'Bersih 4'.

    Perhimpunan yang akan bermula secara rasmi pada jam 2 petang nanti dijadual untuk berarak menuju ke Dataran Merdeka di mana raptai dan persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan sedang diadakan.

    Perhimpunan ini akan berterusan sehingga tengah malam ini.

    Ia kemudian akan bersambung semula pada Ahad. Tidak diketahui apakah mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini akan meneruskan bantahan mereka sehingga ke awal pagi Ahad.

    Bersih telah diisytiharkan sebagai perhimpunan haram oleh pihak berkuasa tetapi arahan itu tidak diendahkan dan pihak penganjur telah berikrar untuk meneruskannya sepertimana yang dirancang.

    Jika ia diteruskan juga pada jam 2 petang nanti, tidak diketahui apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh pihak penguatkuasa undang-undang khususnya kepada mereka yang memakai baju-t kuning dengan tulisan Bersih 4.0.-mStar


  • Bersih 4.0 Kuching: Kurang Sambutan, Himpunan Ditunda Satu Jam

    By Salfian Nawawi →


    KUCHING: Perhimpunan Bersih 4.0 di Padang Song Kheng Hai, Padungan, Kuching yang sepatutnya dimulakan jam 2 petang tadi ditunda ke jam 3 petang.

    Menurut sumber, pihak penganjur terpaksa menundakan perhimpunan tersebut kerana kehadiran peserta tidak mencapai jumlah yang diharapkan.

    Tinjauan Sarawakiana di lokasi tersebut pada jam 2 petang mendapati hanya lebih kurang 500 orang peserta yang berhimpun di sana.

    Terdahulu, Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Sabtu Osman juga dilihat meninjau anggota-anggota polis yang bertugas di sekitar bandaraya ini sewaktu Himpunan Bersih 4.0 yang akan berlangsung selama dua hari. - Sarawakiana
  • Baju Bersih 4 Diharamkan - KDN

    By Admin →

    PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan baju Bersih 4 atau penerbitan berkaitan dengan perhimpunan haram itu.

    Arahan bertarikh 27 Ogos 2015 dan ditandatangani oleh Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.

    Pengharaman itu mula berkuat kuasa pada Jumaat (28 Ogos 2015).

    Larangan di bawah perintah itu termasuk penerbitan, pengeluaran semula, jualan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, dan bertentangan dengan undang-undang.

    Larangan itu termasuk:

    - Mana-mana pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4".

    - Apa-apa bahan bercetak dan risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4.-mStar
  • TYT Attends Musical Drama

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    The talented students of Tunku Putra School Kuching performs the non-stop 90 minutes Disney’s much-loved musical ‘Aladdin’ for beloved local audiences and families at school hall on Friday night.

    Also attended the event, The Excellency Gabenor of Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud and his beloved wife Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

    The Principal of Tunku Putra, Susan Holmes said, drama is a creative and cultural activity and the language of theather is international, understood by everyone.

    "Through drama, student become familiar with the culture and conventions of theatre and learn to exercise critical judgement when making, performing and responding to drama of all kinds.

    "Through it, ideas, responses and feelings can be expressed,communicated and draw upon their own personal experience,"

    She pointed out that drama acted as a facilitator for realising the philosophy of the school to help children learn academically, socially, emotionally and physically in a nurturing environment.

    The musical production involved a cast of 75 students from Primary 2 and children from Year 6 to 11. - Sarawakiana
  • Bersih 4.0 Kuching: Lebih 1,000 Anggota Polis Ditugaskan

    By Salfian Nawawi → Friday, 28 August 2015

    KUCHING: Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, lebih dari 1,000 anggota polis ditugaskan bagi mengawal dan memantau perhimpunan Bersih 4.0 di Kuching bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

    "Bagi tujuan penugasan PDRM akan mengerakkan/menugaskan lebih 1000 org pegawai dan anggota dari berbagai jabatan dlm PDRM Sarawak," katanya.

    Redahulu, Roslan yang juga merupakan Pegawai Medan Op Aman 8 "Bersih 4.0" memberi taklimat kepada anggota dan pegawai yangakan terlibat dalam Op Aman 8 "Bersih 4.0"di Dewan Serbaguna Kompleks PDRM Tabuan Jaya, Kuching hari ini.

    "Untuk makluman, PDRM Sarawak telah menerima salinan surat dari MBKS yang dialamatkan kepada Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0, Nicholas Anson berkenaan kebenaran pengunaan Padang Song Kheng Hai sebagai tapak Perhimpunan Bersih 4.0 yg akan diadakan pada 29-30/8/2015 ini (esok)."

    "Ekoran dari kelulusan tersebut pihak polis tidak akan mendirikan sebarang halangan, sekali gus membenarkan perhimpunan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat lain yang mesti dipatuhi oleh pihak penganjur semasa mengadakan perhimpunan tersebut yang diantaranya termasuklah, perhimpunan hendaklah statik dan tidak dibenarkan sebarang perarakan," katanya lagi.

    Tidak dibenarkan membawa kanak-kanak dan lain-lain syarat seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat yang telah diserahkan kepada penganjur pada 20/8/2015.

    Perserta perhimpunan adalah dinasihatkan untuk meletak kenderaan ditempat-tempat yang dikhaskan dan pastikan tidak menghalang perjalanan lalu lintas.

    Selain dari itu pihak polis juga menasihatkan penganjur untuk mengawal perilaku para peserta perhimpunan supaya tidak melanggar sebarang undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

    Para peserta juga diingatkan supaya mematuhi setiap arahan pihak polis bagi menjamin kelancaran perhimpunan tersebut dan untuk menentukan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh mengugat keselamatan awam dan negara. - Sarawakiana


  • Mahasiswa Malaysia Ukir Nama Di Switzerland

    By Admin →


    KANGAR: Seorang mahasiswa Malaysia mengharumkan nama negara apabila kumpulannya diiktiraf kumpulan terbaik di "The Novartis International Biotechnology Leadership Camp 2015" di Basel, Switzerland.

    Nurul Aqilah Aqiludeen, dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang digandingkan dengan mahasiswa setiap seorang dari Vietnam, Filipina, Jerman, Maghribi, United Kingdom dan dua mahasiswa Switzerland mengetepikan 63 peserta terbaik lain dari seluruh dunia.

    Seorang lagi wakil Malaysia, Soke Chee dari Universiti Malaya dalam kumpulan lain bersama wakil beberapa universiti asing memberikan persembahan terbaik walaupun tidak memenangi hadiah.

    Persidangan tiga hari itu dianjurkan oleh Novartis AG dari Switzerland yang berakhir hari ini.

    Soke Chee ialah juara The Malaysia BioCamp 2015 yang dikendalikan Novartis Malaysia, Malaysian Biotechnology Corporation dan Pusat Kecemerlangan Industri Kluster Penjagaan Kesihatan (ICoE Healthcare) yang diterajui Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

    Pengerusi ICoE Healthcare yang juga Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, kejayaan Nurul Aqilah, mahasiswa jurusan Mikrobiologi UNIMAS amat membanggakan kerana selain mendengar pembentangan peserta diwajibkan menyelesaikan beberapa tugasan untuk penilaian.

    Peserta program turut disertai penuntut ijazah Sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan tidak terhad kepada penuntut ijazah Sarjana Muda, kata Dr Kamarudin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Katanya, hanya dua kategori hadiah disediakan iaitu untuk kumpulan terbaik daripada sembilan kumpulan, manakala bagi peserta individu disediakan tiga anugerah daripada 63 peserta yang mengambil bahagian.

    "Kejayaan ini amat membanggakan kerana ia penyertaan kali pertama mahasiswa Malaysia dalam program tersebut. Sebagai pengerusi ICoE Healthcare, saya mengharapkan lebih ramai mahasiswa Malaysia akan terpilih mewakili negara pada masa depan," katanya.

    Program tersebut antara inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, April lalu.

    Matlamat program itu antara lainnya untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran kerja di sektor industri agar minda mereka lebih terbuka sebelum memasuki alam pekerjaan. - Bernama