Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim sempena hari keputeraanya yang ke 31 hari ini.

Perkara tersebut dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan beberapa foto yang dimuatnaik menunjukkan TMJ bergambar bersama ayahandanya di hadapan jet tersebut.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulisnya di laman sosial Facebook itu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga akan mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulisnya lagi.

- Sinar Harian

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak menolak kemungkinan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun ini untuk membuat persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Pemuda PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kemungkinan pemilihan parti itu akan diadakan selepas PRN Sarawak yang mandatnya akan berakhir pada Jun tahun depan.

"Penangguhan ini adalah biasa untuk menjaga kepentingan parti. Sebelum ini, PBB pernah menangguhkan (pemilihan parti) yang jatuh hampir pada pilihan raya kerana kita nak membuat persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu akan mengikut jejak Umno menangguhkan pemilihan parti.

Sebelum itu, Fadillah, yang juga Menteri Kerja Raya, menghadiri majlis menandatangani perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Pan Borneo Utara Sdn.Bhd., di sini.

Jumaat lepas, Majis Tertinggi Umno menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan selama 18 bulan bagi membolehkan Umno mengukuhkan parti serta menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ditanya sama ada pemilihan PBB sebelum PRN akan menjejaskan sokongan khususnya dalam kalangan orang muda, Fadillah berkata calon PRN dan calon parti adalah tidak sama.

"Kalau (seseorang) pegang jawatan parti, dia tidak semestinya menjadi calon dalam pilihan raya. Calon boleh dari luar parti pun. Ini adalah amalan PBB pada setiap pilihan raya...kita akan letak 10 peratus calon orang muda," katanya.- Bernama

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama

KUCHING: Pihak polis sedang giat memantau dan menangkap peniaga Bunga Api dan Mercun yang menjalani kegiatan haram mereka di Bandaraya Kuching ini dalam bulan Ramadhan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Superintendan Fauzilan Abdul Aziz, salah satu kes rampasan mercun dan bunga api melibatkan satu tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 41-tahun pada minggu lepas.

"Setelah mendapat maklumat, sepasukan polis anggota Cegah Jenayah Balai Polis Gita dengan dibantu anggota ronda dan diketuai oleh Ketua Balai Polis (OCS) Gita ASP Omar Anis membuat risikan dirumah suspek di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya di sini."

Fauzilan menambah, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis telah menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api di ruang tamu rumah berserta senarai harga jualan mercun dan bunga api.

"Antara mercun dan bunga api yang dirampas adalah; Mercun Glow of Sunset (240 kotak), Mercun Dragon Eggs (24 kotak), Mercun Crazy Bom Flowers (s) (70 kotak), Mercun Super Triangulos (13 Paket), Mercun Match Cracker (29 kotak), Mercun Shun Lee Hung Firecrackers (14 kotak), Mercun Magical Shots (24 paket), Mercun Lane Flying At Night (12 kotak), Mercun Magic Fountain (15 biji), Bunga Api Coloured Flower (83 kotak), Mercun Whistling Moon Travellers (8 kotak) dan Mercun Ketupat (100 paket)."

"Disamping itu, polis turut merampas senarai harga jualan mercun dan bunga api bertulisan tangan, sebuah buku bil yang dipercayai digunakan dalam transaksi perniagaan mercun dan bunga api serta wang tunai hasil jualan berjumlah RM744," jelasnya lagi.

Fauzilan juga menyatakan,suspek ditahan Di Bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957 dan telah dituduh dimahkamah semalam dan telah pun mengaku serta dijatuhi hukuman denda RM3,000. - Sarawakiana



SIBU : Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2015 akan diadakan di Dataran Bandar Sibu dari 30 Julai hingga 8 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa penganjur festival tahunan ke-12 itu, Datuk Andrew Wong Kee Yew, berkata pelbagai acara menarik telah disusun, termasuk persembahan pentas, bagi menjayakan festival yang sinonim dengan bandar ini.

"Ia melibatkan 15 kumpulan tempatan, dua dari semenanjung, masing-masing satu dari Indonesia, India, Taiwan, China dan Korea Selatan," katanya dalam sidang akhbar di sini Selasa.

Persembahan yang akan diadakan termasuk tarian tradisional dan moden, seni bela diri dan nyanyian.

Selain persembahan di pentas utama, pelbagai aktiviti diadakan setiap malam di pavilion Melayu/Melanau, Dayak, Cina dan belia.

Sibu Tradex (ekspo perdagangan), yang diadakan bersempena BCF di Dataran Bandar Sibu Fasa II, juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai seperti promosi produk, peraduan bakat muda, pertandingan melukis komik, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pertandingan tarian.

Wong mempelawa penduduk Sibu dan kawasan sekitarnya mengunjungi festival itu sambil bersuka ria.

Beliau, yang juga timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak meletak kenderaan dengan sesuka hati di Dataran Bandar Sibu kerana kawasan itu akan sesak ketika festival berkenaan diadakan.

"Mereka yang tidak mematuhi peringatan ini akan dikenakan kompaun," katanya sambil menjelaskan bahawa orang ramai boleh meletak kenderaan mereka di tempat sewajarnya di luar kawasan Dataran Bandar Sibu. - BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyaksikan Majlis Memeterai Perjanjian Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak di Perdana Putra di sini.

Perjanjian pembinaan lebuh raya sepanjang 1,090 kilometer (km) di negeri itu adalah di antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd.

Melalui perjanjian ini, pembinaan Fasa Satu lebuh raya berkenaan akan dimulakan seawal September ini, membabitkan pakej Telok Melano ke Sematan sepanjang 33 km.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. - BH

Beluran : Mayat seorang lelaki tanpa tangan dan kaki dipercayai dibaham buaya dijumpai terapung di Sungai Paitan di Kampung Kabuluh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Ramsah Alau, 57, dan mayatnya ditemui pada kira-kira 7.40 pagi oleh penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pitas untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya semalam anak perempuan mangsa melaporkan bapanya keluar rumah pada pukul 9 pagi semalam untuk menebas rumput di kawasan kebun berhampiran rumah lama mereka di kampung itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga pukul 3 petang, mangsa belum balik ke rumah dan anak perempuan itu meminta bantuan penduduk kampung mencari bapanya.

Katanya penduduk kampung kemudian menjumpai selipar berwarna biru dan topi putih milik Ramsah di tebing sungai berhampiran kebunnya.

Sivanathan berkata pada pukul 5.35 petang, pihaknya telah dimaklumkan oleh dua penduduk kampung bahawa mereka ada ternampak seekor buaya yang timbul dan mengigit sesuatu objek seperti manusia berpakaian putih kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata susulan itu operasi mencari dilancarkan hari ini melibatkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Katanya polis telah menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengambil langkah keselamatan berikutan insiden serangan buaya itu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd akan menawarkan 30 mata percuma untuk pemeriksaan kenderaan kepada semua pemilik kereta nasional itu mulai 9-15 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan pada musim perayaan.

"Pelanggan boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di semua pusat servis Proton di seluruh negara dan stesen minyak Petronas terpilih antara 3 petang dan 7 malam sepanjang tempoh selama seminggu.

Tawaran 30 mata percuma itu termasuk pemeriksaan bateri, minyak dan sistem brek.

Selain itu, pelanggan akan turut menikmati khidmat nasihat percuma mengenai penyelenggaraan enjin dan kereta, kata Proton dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutama dalam menyokong seruan kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan cuti sekolah. - BERNAMA


TOKYO : Dua dikhuatiri maut pada Selasa selepas satu percubaan bunuh diri atas sebuah kereta api berkelajuan tinggi 'shinkansen' yang sedang bergerak, di Jepun, lapor AFP.

"Kami telah dimaklumkan bahawa seorang penumpang di dalam gerabak kereta api tersebut telah menuang minyak pada badannya dan kemudian membakarnya," kata seorang jurucakap JR Central.

Kereta api tersebut yang merupakan kereta api berkelajuan tinggi Nozomi, sedang dalam perjalanan dari Tokyo ke arah Osaka apabila api meletus berhampiran Odawara, barat Tokyo.

"Kami menerima maklumat yang menunjukkan bahawa kebakaran berlaku berhampiran tandas, dan dua orang tersebut, jantung mereka terhenti," kata seorang jurucakap Jabatan Bomba Odawara.

"Penumpang lain turut cedera," katanya tanpa menyatakan jumlah yang cedera. - AFP

PUTRAJAYA – Kepakaran perubatan di Malaysia adalah setanding dan adakalanya lebih baik berbanding kebanyakan negara barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa pada awal tahun ini, sistem penjagaan kesihatan negara mendapat skor tertinggi daripada 25 negara yang dibuat tinjauan oleh sebuah penerbitan Amerika, mengatasi Sepanyol, Perancis, Ireland dab New Zealand.

“Kita patut berbangga dengan pengiktirafan itu dan saya mengucapkan tahniah kepada anggota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) atas kerja keras mereka menjadikan Malaysa satu daripada sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia.

“Ini bukan suatu pencapaian yang kecil,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘Malaysan Medical Association Fifty Five Years 1959-2014′ di sini hari ini.

Najib berkata kecemerlangan juga terserlah melalui jumlah warga asing yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan prosedur perubatan. – BERNAMA

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat mempunyai ketumbuhan berukuran empat sentimeter (cm) pada bahagian buah pinggang.

Pemimpin PKR yang juga peguam Anwar, R.Sivarasa mendakwa, perkara itu dimaklumkan secara lisan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat Ketua Umum PKR tersebut awal bulan ini.

“Para doktor melaporkan secara lisan beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut termasuk berkaitan tekanan darah tidak menentu, ketumbuhan `4 cm’ di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif.

“Anwar juga telah kehilangan 6 kilogram sejak beliau dipenjarakan. Penjara tiada kemudahan untuk ujian atau rawatan bagi keadaan kesihatan Anwar sekarang,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sivarasa berkata, tahap kesihatan Anwar semakin teruk dan amat membimbangkan kerana beliau dinafikan akses kepada rawatan-rawatan yang diperlukan.

Justeru, beliau meminta supaya pihak penjara memindahkan segera Anwar ke tahanan kediaman supaya boleh menemui doktor sendiri untuk mendapatkan rawatan.

“Paling tidak pun, jika tahanan kediaman tidak dibenarkan, beliau perlu dihantar ke hospital untuk jangka masa yang secukupnya untuk memastikan rawatan sepenuhnya diberi kepada beliau,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

MEDAN — Pesawat Hercules C130 milik Angkatan Udara Tentera Negara Indonesia (TNI) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Jalan Jamin Ginting, Medan hari ini.

Punca pesawat terbabit terhempas dan berapa ramai mangsa korban terlibat masih belum dapat dipastikan buat masa sekarang kerana operasi menyelamat sedang berjalan.

Difahamkan beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Suwondo Medan, juruterbang pesawat malang itu sempat memohon untuk kembali mendarat atau “rerurn to base” (RTB) kepada menara pengawal.

Permintaan ini biasanya dilakukan apabila juruterbang mengesan terdapat masalah pada pesawat.

Bagaimanapun sejurus berbuat demikian pesawat yang dalam perjalanan dari Suwondo-Tanjung Pinang itu melencong ke kanan sebelum terhempas.

Menurut seorang saksi, pesawat itu dilihat menjunam sebelum terhempas di kawasan perumahan berhampiran. – MYNEWSHUB.CC

Dalam gebung gebang mendakwa pejuang rakyat dan ‘rela’ dipenjarakan demi rakyat, Anwar nampaknya cari macam-macam cara bagaimana dia boleh mengelak duduk dalam penjara, sekalipun dah didapati bersalah oleh Mahkamah kerana meliwat.

Mula-mula guna pendekatan membanyakan kes Mahkamah supaya hari-hari boleh keluar dari penjara, bila itupun nampaknya tak berapa nak jalan (Sabtu, Ahad, Cuti Am, Mahkamah tutup), semalam Anwar mohon untuk ditahan di rumah pulak kerana kononnya kesihatan merosot!

Pejuang rakyat apa najis macam ini asyik cari jalan mengelat duduk penjara? Tak kala membalun Saiful dulu tak fikir pulak kesihatan nak merosot ke tidak kalau kes kantoi nanti?

Kerajaan harapnya tidak memberi muka kepada permohonan-permohonan mengarut Anwar. Dengan kuasa duit yang dia ada sekarang pun, hampir tiap minggu dengar Anwar keluar penjara untuk menghadiri prosiding Mahkamah, termasuk terbaru menghadiri mesyuarat di Wisma Maran.

Dah cukup istimewa dah layanannya tu, nak istimewa macam mana lagi? Kalau sakit, duduk hospital lah, bukan duduk rumah.

Penulis suka mencadangkan agar Jabatan Penjara mengkaji satu prosedur untuk menangani banduan bertaraf jutawan macam Anwar. Peraturan sedia ada nampaknya boleh dimanipulasi oleh orang berduit. Hari ini Anwar, esok raja dadah mana masuk penjara pulak, dia pun boleh buat macam mana Anwar buat.

Hari-hari saman orang, tiap-tiap hari juga ada alasan keluar dari penjara. Nak halang tak boleh sebab hak dia menyaman dan hadir prosiding di Mahkamah.

Susah-susah sangat ikut cara Amerika Syarikat, perbicaraan melalui sidang video saja. Banduan tak payah keluar, kos operasi kerajaan boleh turun turun, Sungai Buluh ke Kuala Lumpur bukan dekat, banyak kos minyaknya tu. Tak kira soal keselamatan lagi. Sekali Anwar keluar, berapa ramai pegawai penjara kena ikut dia, duit semua tu.

Dalam membalun GST hari-hari, Anwarlah banduan paling banyak menghabiskan duit kerajaan.-myKMU

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menerima beberapa cadangan untuk membeli tanahnya di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda berkata cadangan itu susulan pengumuman syarikat pada 18 Feb untuk menjana wang daripada dua bidang tanah itu melalui usaha sama atau jualan terus.

Hasrat itu kemudiannya disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Oleh itu, 1MDB bercadang untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu dalam mengkaji pelbagai cadangan tersebut.

“Pengumuman lanjut mengenai perkembangan terkini akan dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya. – BERNAMA

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, bagaimanapun berkata, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

"Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.

"Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada sebuah majlis berbuka puasa.

Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan sedang bercinta namun disangkal oleh kedua-dua belah pihak selain menegaskan mereka hanya sekadar kawan rapat.

Dalam pada itu, Uqasha berharap kenyataan Syafiq itu dapat menjawab segala spekulasi berhubung hubungan mereka selain berharap peminat mendoakan kebahagian untuk mereka berdua.

Terdahulu Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Dalam pada itu bercakap soal perkahwinan, Uqasha menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

"Tidak manis rasanya saya hendak mengulas perkara itu kerana nanti orang anggap saya berlebih-lebihan pula tetapi saya letakkan perkara itu kepada ketentuan Allah," ujarnya.

Sementara itu, Uqasha mengakui, sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk menghabiskan penggambaran sebelum kedatangan Aidilfitri.

"Sebab itu saya terkejut dan terharu apabila dia buat pengakuan itu kerana kami sudah agak jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini.

"Tapi kami sering berhubung menerusi telefon dan mesej tetapi tidak pula dia bercakap apa-apa mengenai pengakuannya itu," katanya.-mStar

SUBANG JAYA:  In anticipation of the rush back to kampung for the Raya holidays, PROTON Holdings Berhad (‘PROTON’ or ‘the Company’) is carrying out free 30 points inspection for Proton owners at all its authorised service outlets nationwide.

This initiative is to promote the awareness of vehicle safety to its customers.

Customers can enjoy this free check at all PROTON authorised service centres nationwide. The 30 points inspection include checks of fluid level, battery, wiper blades, radiator cap, pedal operation, suspension system, steering linkage and ball joint system, cooling system, fuel and brake system as well as tyre pressure (including spare tyres).

Other than the free 30 points inspection, customers will also be given free consultation on engine and car maintenance, educate on how to differentiate genuine parts against imitation parts as well as enjoy discounts on parts and other promotions.

“As a car maker we have a social responsibility to educate and promote safety awareness to users, especially in supporting the government’s call to reduce road accidents during festive seasons and school holidays.

The best way would be to reach out to our customers and help them be conscious on the condition of their cars as this can greatly reduce the number of accidents,” said Dato' Abdul Harith Abdullah, Chief Executive of PROTON.

To reach out to all our customers especially does who miss getting their cars to the service centre, a week before the Hari Raya holidays, PROTON will also be extending the same free 30 points inspection to Proton owners at selected Petronas stations.

Customers who take advantage of the free inspection will also bring home a goodie bag each.

This program, which is jointly organised with Petronas will be held on 9 to 15 July 2015, from 3 pm to 7 pm. The Petronas stations involved are:

Central Area (9, 10 and 11 July 2015)
Petronas KM 15.3, NKVE Damansara Station.

North-South Highway (13, 14 and 15 July 2015)
Petronas Juru, Penang.

East-Coast Area (13, 14 and 15 July 2015)
Petronas Tok Giring, Terengganu.
R&R East Coast Highway, Gambang, Pahang.

South Area (13, 14 and 15 July 2015)
Petronas Station Seremban, Negri Sembilan.

“PROTON takes seriously the safety and comfort of its customers. Through the services and offerings available in this campaign, we hope to contribute towards creating awareness to our customers and road users in the importance of vehicle maintenance & safety.

The vehicles should also always be in good condition especially for use in long journeys. Hopefully, these efforts will help to reduce cases of road accidents which occur more frequently especially during the festive seasons,” Dato’ Harith added.

In conjunction with the Raya festival, PROTON has also extended their Even More Value promotions with as low as 1.99% interest rate per annum on selected Saga and Iriz, 100% financing scheme for government staff, incredible deals for Graduates and Undergraduates, low interest rates for other Proton cars and many more.

Apart from the low interest rates with lower monthly commitment, customers can also enjoy up to 26% discount on service packages for selected models.

Customers are advised to call in to our Customer Care Hotline 1800 888 398 or email to customercare@proton.com for any enquiries and assistance.

Phrae (Thailand) – Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk memanggil hujan.

Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.

Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.

Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.

Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk meminta hujan.

Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.

Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.

“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya. – Agensi

Menjual atau makan telur penyu perlu diharamkan di seluruh negara, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Badan pemuliharaan ini membuat panggilan sekali lagi berikutan aktiviti penyeludupan telur penyu berleluasa di beberapa negeri.

Aktiviti-aktiviti ini telah menyebabkan kawasan bertelur berkurangan dan menyebabkan beberapa populasi penyu di ambang kepupusan, kata Pengarah Eksekutif WWF Malaysia Datuk Dr Dionysius Sharma.

Beliau berkata satu kajian di Terengganu baru-baru ini membawa kepada penemuan ratusan biji telur penyu untuk dijual.

Telur-telur itu dipercayai datang dari negeri lain, mungkin Sabah, atau dari negara lain seperti Filipina, katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

WWF Malaysia percaya bahawa cabaran menghentikan penyeludupan telur penyu tidak terhad di Sabah sahaja dan ia adalah satu ancaman kepada biodiversiti Malaysia dan keselamatan negara, katanya.

Beliau berkata Malaysia telah mencapai kejayaan kecil dalam pemuliharaan penyu kerana negeri-negeri dibiarkan membuat undang-undang sendiri berkaitan penyu menyebabkan piawaian yang berbeza-beza.

“Walaupun penjualan telur penyu adalah dilarang di Sabah dan Sarawak, ia tidak jelas dilarang di Terengganu, kecuali telur penyu belimbing,” katanya, memetik contoh.

Beliau berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan hakikat bahawa kurangnya larangan kebangsaan terhadap penjualan telur penyu dengan mendakwa ia datang dari negeri lain atau di peringkat antarabangsa ia dibenarkan.

Oleh kerana sukar untuk membezakan telur penyu dengan tempat asalnya, penguatkuasaan adalah mencabar, katanya.

Dr Sharma memuji polis marin Sabah yang merampas lebih 2,000 telur penyu di Sandakan baru-baru ini.

Tetapi beliau berkata adalah lebih baik jika penyeludupan itu tidak berlaku sama sekali.

“Jika tidak diganggu di sarangnya di pantai, 70 hingga 80 peratus telaur akan menetas.

“Kita telah kehilangan kira-kira 1,500 ekor anak sekarang,” katanya.

Malaysia bernasib baik menjadi tuan rumah empat spesies penyu laut – belimbing, hijau, sisik dan Olive Ridley. – mStar Online

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan mengaku bahawa beliau yang membawa usul penangguhan pemilihan parti bukannya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hassan yang dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, usul tersebut adalah suara yang dipersetujui oleh ahli Majlis Tertinggi parti yang telah dibincangkan bersama.

"Tidak sesuai diadakan pemilihan kerana saya percaya bila adanya pemilihan akan wujud perpecahan, ada pasukan...jangan sesiapa pun menafikan.

"Bila ada yang tak dapat tempat atau kalah, akan mengajuk atau menyimpan dendam pada parti yang akhirnya akan beri kesan pada kita," katanya.

“Apa yang penting saat ini adalah kita harus berusaha mengukuhkan parti sekaligus memastikan UMNO dan BN menang pada PRU14 nanti,” tegas beliau.

Najib bagaimanapun telah mengumumkan penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut pada Jumaat lepas.

Penangguhan pemilihan tersebut bertujuan memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan rakyat dari peringkat dasar mahupun peringkat akar umbi. - Sarawakiana

Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata krisis kewangan di Greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau akan memantau perkembangan di Greece dalam tempoh sehari dua ini.

"Kita akan melihat kesan global tetapi saya mahu melihat perkembangan dalam tempoh sehari dua ini. Faktor utama Greece kekal sama ada ia sebahagian dari zon Eropah atau mereka akan menarik diri darinya. Kita (Malaysia) perlu melihat perkembangan ini.

"Kita juga perlu memantau dan melihat sentimen global dan bagaimana ia memberi kesan," katanya semasa mengulas mengenai sama ada keruntuhan kewangan Greece akan memberi kesan kepada Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Nasional di sini pada Isnin. Greece menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal bagi mengelak kegawatan kewangan selepas kegagalan rundingan dengan pemiutang antarabangsanya.

Negara itu perlu membayar hutang berjumlah 1.6 bilion euro kepada Tabung Kewangan Antarabangsa dalam tempoh 48 jam dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Greece keluar dari zon Euro. -Bernama

KUALA LUMPUR: Hari ini (Selasa), waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara Mohd Zamri Shah Mastor berkata ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.

Beliau menarik perhatian bahawa bonus satu saat ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan.

Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.

“Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperolehi pada penghujung hari ini.

Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

“Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya.

Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada 1 Julai 2012.

Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad Dr Mohd Nasir Zainal Abidin ketika ditanya sama ada masa, antara lain di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol.

Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan saat lompat hanya kritikal pada pelayan.

Ditanya kemungkinan pelayan gagal berfungsi dengan baik esok, beliau menjelaskan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada Jun 2012 berlaku pada hujung minggu.

“Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan. Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari,” katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular.

Oleh itu, bagi hari kerja biasa hari ini, beliau menasihati langkah berjaga-jaga dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan Internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra.

“Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan.

“Bagaimanapun, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal,” katanya. — Bernama



KUCHING: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol mempersoalkan tujuan Sarawak for Sarawakians (S4S) mengadakan perarakan bagi memperingati detik bersejarah Sarawak pada 22 Julai depan.

Abdullah ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai perkara ini berkata, sejarah negeri ini dan negara kita Malaysia amnya melibatkan banyak peristiwa yang penting serta kisah-kisah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Justeru soalnya, mengapa penganjur iaitu gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai S4S hanya memilih untuk bercakap mengenai tarikh 22 Julai.

“Apakah individu-individu yang lantang bercakap tentang sejarah ini benar-benar patriotik dan bebas daripada pe-ngaruh politik?,” soal Abdullah yang juga ketua setiausaha politik Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop.

Tambah Abdullah, perjuangan mereka ini harus diragui kerana ramai orang tahu bahawa mereka yang menyertai gerakan ini bersekongkol dan bekerjasama dengan pembangkang.

Malah menurut Abdullah, bukahkah mereka yang merancang menganjurkan perarakan ini adalah individu sama yang sering memburuk-kan nama dan maruah negeri kita di luar negara.

“Saya tidak pernah membaca atau mendengar mereka bercerita mengenai pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang terlibat dalam usaha memberi kita kemerdekaan daripada penjajah.

“Malah saya juga tidap pernah membaca dan mendengar mengenai perjuangan para pemimpin terdahulu kita daripada peristiwa konfrontasi Indonesia dan seterusnya membebaskan kita daripada jajahan komunis,” tambahnya.

Meskipun beliau mempersoalkan tujuan perarakan ini, namun pada masa sama Abdullah tidak membantah penganjurannya asalkan mereka berarak secara aman dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ini kerana menurut Abdullah, kita adalah sebuah negara demokrasi yang memberi hak bersuara kepada rakyat tetapi mestilah dengan cara yang berhemah dan harus peka kepada sensitiviti masyarakat.

Tetapi jika tujuan mereka melakukan ini semata-mata untuk menimbulkan buruk sangka dan memecahbelah-kan perpaduan dan kehar-monian masyarakat, Abdullah yakin majoriti masyarakat yang cintakan keamanan tidak akan menyokong perjuangan ini. - UB



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan perbincangan dengan beberapa negara untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala dalam usaha menghantar semula pekerja asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan itu diadakan melalui duta negara berkenaan di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

"Saya minta supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi pekerjaan dapat memahami hasrat kerajaan ini dengan tidak menyogokkan (berita) bahawa ini adalah tambahan (kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh) untuk bekerja di negara ini.

"Kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pekerja asing yang akan dihantar balik ke negara asal," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis berbuka puasa membabitkan komuniti Palestin di Malaysia, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kemasukan mereka adalah bagi memenuhi permintaan kekurangan pekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan industri berat negara.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, berharap kerajaan Malaysia akan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Palestin di sini.

Pada tahun 2013, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 petugas akademik di universiti di Gaza untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

Program biasiswa berkenaan dimulakan sebagai maklum balas terhadap persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi untuk penduduk Gaza.

Selain biasiswa, Imran dalam ucapannya pada majlis itu, turut meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh visa ketibaan untuk rakyat Palestin dari 30 hari ke tiga bulan. - BERNAMA

KOTA BHARU: Sana Abdul Malek, ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang teruk didera berkata, dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada suaminya apabila mereka bercerai pada 2013.

Dia yang berketurunan Thai-Muslim dan tinggal di Pasir Mas ini berkata, dia tidak tahan menjalani kehidupan berumahtangga dengan lelaki itu yang juga berketurunan sama.

"Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya; Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai, " kata Sana, 28, kepada The Star dalam satu temu bual telefon.

Dia menambah, keputusan untuk menyerahkan anak perempuannya adalah perjanjian peribadi dan bukan merupakan perintah mahkamah.

Sana menolak untuk menjawab soalan lanjut mengenai perkahwinan dan perceraiannya serta mengapa dia begitu terdesak untuk menamatkan perkahwinannya itu, lantas menamatkan temubual.

Doktor mendapati 13 tulang anak perempuan Sana telah patah selepas dia dimasukkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disyaki didera.

Sana berkata dia melihat kesan lebam di badan anaknya itu selepas isteri kepada bekas suaminya berkata mereka mahu menyerahkan semula anak itu kepadanya kerana mereka tidak dapat menjaganya lagi.

Namun, timbul lebih banyak persoalan mengenai ibu bapa kanak-kanak itu sejak siasatan bermula.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata kedua-dua ibu bapa ini adalah pendatang tanpa izin apabila kanak-kanak itu dilahirkan tetapi kini tidak lagi berstatus pendatang dan menetap di sini secara sah.

Menurut sumber hospital, rekod lahir kanak-kanak itu mencatatkan nama orang lain sebagai bapa.

Pada masa itu, lelaki itu adalah seorang rakyat Malaysia.

"Saya berasa pelik kenapa seorang ibu kandung sanggup menyerahkan anaknya begitu sahaja.

"Adalah menyedihkan anak yang dilahirkan miskin menjadi pajak gadai dalam perjanjian itu dan akhirnya dia disiksa dan dipukul dengan kejam.

"Saya seakan tidak percaya suspek, yang dikatakan sebagai bapa anak itu, akan membenarkan perkara ini berlaku," kata sumber itu.

Pada Isnin, budak perempuan berkenaan telah menjalani pembedahan kecemasan kerana ususnya berpintal.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata usus kanak-kanak itu mengalami masalah, iaitu berpintal sehingga mengakibatkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.

Dr Ghazali berkata dia telah dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 10.30 pagi Isnin dan pembedahan selesai satu jam kemudian. Keadaannya stabil dan dalam masa terdekat ini, dia tidak boleh makan apa-apa sehingga saluran usus itu pulih.

Ia adalah satu keadaan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu.

"Dia tidak akan dibenarkan untuk makan selama 24 jam.

"Pada masa ini, tiada siapa yang dibenarkan melawatnya kecuali ibunya tetapi kita lebih mengambil berat tentang tulangnya yang patah itu.

"Kita perlu menunggu sehingga dia boleh berjalan untuk mengetahui tahap kerosakan fizikal," katanya kepada pemberita di hospital itu. - mStar

LONDON: Perancang Real Madrid, Sergio Ramos memaklumkan kelabnya, dia mahu berpindah ke Manchester United pada musim panas ini.

United membuat bidaan ke atas bintang Sepanyol itu minggu lalu, namun ditolak Real.

Bagaimanapun, selepas dimaklumkan mengenai tawaran itu, Ramos menyatakan dia mahu kelabnya berbincang bagi mencari jalan untuk membolehkannya berpindah ke Old Trafford.

Kenyataan terbaharu Ramos itu mengejutkan kelabnya yang tidak menjangkakan dia mahu berpindah dan sebaliknya meminta kontraknya dikaji semula.

Ramos mahu berpindah pada musim panas ini dan menyatakan United adalah kelab tunggal pilihannya. - Agensi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan.

Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

"Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di Putrajaya, Isnin.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan semasak-masaknya termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati rakyat.

Dalam ucapannya, Najib berkata kerajaan sedia memberikan kuasa kepada universiti supaya ia dapat membuat keputusan sendiri sebagai usaha untuk memantapkan institusi pendidikan tinggi.

Beliau berkata dengan memberikan kuasa itu sesebuah universiti boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada 'agensi pusat' sekali gus membantu melahirkan lebih banyak modal insan untuk memacu daya saing negara.

"Inilah hasrat kerajaan dan pada masa sama saya berharap untuk terus mewujudkan hubungan baik dengan para mahasiswa," kata Perdana Menteri.

Najib mengingatkan para mahasiswa agar tidak mudah percaya terhadap berita-berita yang disiarkan di media sosial.

"Harap adik-adik pelajar semua yakinlah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jangan percaya atau telan bulat-bulat apa yang dibaca di media sosial, walaupun popular tidak semestinya ketepatan berita itu terjamin," katanya.

Najib menegaskan bukan semua laporan dalam media sosial itu sahih kerana ada antaranya hanya menceritakan separuh daripada kebenaran malah tidak kurang juga yang hanya berbentuk pendapat penulis semata-mata.

"Harap para pelajar semua dapat lakukan saringan dan menilai apa yang dilaporkan dengan pemikiran rasional," katanya.

Perdana Menteri mengajak umat Islam negara ini menghargai nilai kemakmuran dan keamanan yang dinikmati sehingga membolehkan ibadah puasa dijalankan dalam keadaan tenang serta selesa.

Katanya 'anugerah' itu adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan termasuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sejak merdeka selain menjalankan pemerintahan berlandaskan prinsip dan lunas-lunas Islam.

"Kalau lihat suasana dunia hari ini sebahagian besar dunia Islam dalam keadaan bergolak dan peperangan sengit sehingga dalam bulan Ramadan ada umat Islam yang terkorban," katanya. - Bernama

KUCHING: Seorang warga emas berusia 58 tahun meninggal dunia ketika sedang berurut di pusat refleksologi di Jalan Tabuan di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di Batu Kawa datang ke pusat itu sekitar jam 3 petang untuk mendapatkan khidmat urut.

Jelas sumber, ketika sedang diurut mangsa secara tiba-tiba tidak memberi sebarang tindak balas.

Ekoran itu, kakitangan di pusat berkenaan segera membuat panggilan kecemasan dan sebaik sahaja ambulans tiba di tempat kejadian mangsa sudah didapati tidak bernyawa lagi.

Mayat mangsa kemudiannya di bawah ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat dikeluarkan. - UB
Gambar Hiasan

KEMAMAN: Gara-gara pinangan ditolak, seorang pemuda dipercayai bertindak liar dengan membakar sebahagian rumah bekas teman wanitanya di Taman Zamina Indah Geliga, Kemaman, awal pagi semalam.

Insiden itu hanya disedari kira-kira jam 9 pagi ini selepas pengadu yang juga bapa kepada wanita berkenaan mendapati bahagian bumbung rumahnya telah terbakar.

Ketika kejadian, penghuni kediaman berkenaan tiada di rumah kerana sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Kuantan dan sebaik pulang, mereka terkejut melihat sebahagian bumbung rumah mereka hangus serta terdapat kesan terbakar pada barangan di dalam rumah.

Malah sebelum itu, anak gadisnya yang berusia 19 tahun menerima ugutan pukul melalui panggilan telefon daripada suspek sekiranya wanita itu enggan menemui suspek.

Insiden yang sama telah berlaku pada Jumaat, yang mana sebelum ini pengadu yang berusia 57 tahun itu mendapati beberapa helai pakaian dalam bakul plastik yang diletakkan di bahagian luar rumah mempunyai kesan terbakar.

Pengadu yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat itu mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan oleh bekas teman lelaki anaknya kerana sebelum kejadian beliau turut menerima ugutan menerusi aplikasi WhatsApp daripada suspek.

Difahamkan sebelum ini, suspek telah datang ke rumah keluarga berkenaan dan rentetan itu tercetusnya pergaduhan dengan teman wanitanya ketika keluarga berkenaan tiada di rumah.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi Bernama mengesahkan laporan berkenaan.

Katanya pihak polis telah mengenal pasti suspek yang berasal dari Kampung Alor Lintang, Besut dan gerakan memburu suspek kini sedang giat dijalankan.

Dalam pada itu, Pegawai Zon 2, Bomba dan Penyelamat Terengganu Azmi Abdul Rahim, berkata pihaknya bersama sepasukan pakar forensik bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengetahui punca sebenar dan nilai kerugian. - BERNAMA


SEBELUM melawat ke sebuah tempat, biasa kita akan melakukan carian Google tentang keadaan cuaca tempat tersebut.

Contohnya jika anda ingin ke sesetengah kawasan di India, pastinya anda melakukan sedikit kajian berikutan suhunya yang semakin teruk kebalakangan ini.

Tetapi dari pengalaman peribadi melihat ramalan cuaca sahaja tidak cukup untuk kita mengagak betapa panas atau sejuknya sesuatu tempat.

Suhu 15 darjah Celsius di London contohnya berbeza dengan 15 darjah Celsius di Barcelona.

Di England, suhu tersebut boleh mengakibat tulang belulang membeku kerana matahari yang kerap menyorok di sebalik awam tidak seperti di Sepanyol.

The Climate Portal ialah bilik yang membolehkan anda merasai keadaan cuaca destinasi yang akan dilawati. Ianya diletakkan di lapangan terbang Arlanda,Sweden.

Data langsung dari beberapa destinasi dunia disimpan di dalam Climate Portal.

Pengunjung hanya perlu memilih destinasi yang boleh dilawati dari lapangan terbang Arlanda ini dan kemudian memasuki bilik khas untuk merasakan simulasi cuaca di sana.

Bilik ini dilengkapi alat pengejuk dan pemanas ini kemudian akan mewujudkan cuaca mikro yang serupa dengan destinasi yang dipilih tadi.

Ini pada hemat kami akan membantu penumpang memilih apa yang perlu dipakai sebelum memasuki pesawat.

Tidak akan berlaku lagi situasi di mana apabila mendarat cuaca terlalu sejuk tetapi jaket tebal tertinggal di dalam beg yang dimasukkan ke dalam ruangan kargo.

Anda terpaksa menahan sejuk untuk tempoh yang lama sementara dapat mengambil jaket dari tempat pengambilan beg.

Jika anda pernah mengalami situasi ini anda pastinya tahu ianya bukan pengalaman yang menyeronokkan.-MYNEWSHUB.CC

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang membuat gesaan itu berkata kerajaan kini dalam proses mencari kebenaran untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli politik DAP itu sering mengeluarkan kenyataan menghakimi sewaktu proses siasatan oleh PAC masih berjalan.

“Dia patut keluar daripada PAC. Dia akan malukan bukan saja PAC, tetapi juga sistem Parlimen itu sendiri.

“Dia patut bertanggungjawab,” katanya kepada wartawan pada satu majlis di sini, hari ini.

Ahmad Shabery juga menyifatkan tindakan Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara yang cenderung mengkritik 1MDB sebagai merendahkan martabat dirinya.

“Jadi orang itu (Pua) sudah tentu tidak layak untuk berada di dalam PAC. Dia buat kenyataan berat sebelah, dia sepatutnya malu, parti dia sepatutnya rasa malu, orang yang menyokong dan yang berkaitan dengannya juga sepatutnya berasa malu,” katanya.

Sebelum ini, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyarankan supaya Pua berundur diri daripada PAC bagi membolehkan siasatan ke atas 1MDB dijalankan dengan telus dan adil.

Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan Pua sebagai usaha untuk menyekatnya daripada bersuara. – BERNAMA

Sebut pasal ayam pansuh, sudah pasti ramai yang tahu dan pernah menikmati makanan eksotik tradisional masyarakat Dayak di Sarawak.

Makanan tradisional ini begitu sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak, iaitu Iban, Bidayuh dan Orang ulu.

Malah masyarakat bukan Dayak termasuk dari Semenanjung dan pelancong dari luar negara pernah mencubanya ketika mengunjungi Sarawak.

Di kalangan masyarakat Iban, makanan yang dimasak di dalam buluh ini disebut ‘ayam pansuh’ atau ‘manok pansuh’, manakala di kalangan masyarakat Bidayuh mereka menyebut ‘syok tanok darum bu-uruk’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ayam masak dalam buluh.

Sama seperti lemang, juadah istimewa itu dimasak di dalam buluh dan dibakar dengan kayu api atau lebih baik di atas bara api.

Sebatang buluh sepanjang satu meter mampu memuatkan seekor ayam yang dipotong dadu bersama ramuan khas yang digunakan bersama masakan tersebut.

Seorang pengusaha inap desa di Kampung Semadang, Penrissen dekat Kuching, Kerin Sarus, 51, berkata keenakan ayam pansuh bukan sahaja terletak pada resipi aslinya, bahkan ayam yang dibakar di dalam buluh menambahkan aroma harum dan kelazatan daging ayam.

Menurutnya, juadah itu lazimnya dihidang kepada tetamu setiap kali tiba musim perayaan di Sarawak, tetapi kini ia sudah dikomersialkan, malah menjadi sajian di restoran.

Menurutnya, ayam yang dimasak di dalam buluh berbeza dari segi rasa dan aromanya dengan ayam yang dimasak di dalam periuk.

“Yang dimasak di dalam buluh lebih enak rasanya dan aromanya cukup wangi,” kata Kerin.

Katanya, tanpa menggunakan minyak masak dan air, bahan asas pansuh yang sudah digaul bersama ayam yang sudah dipotong akan dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar di atas bara api sehingga masak.

“Ini menunjukkan betapa sajian itu boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana disediakan tanpa minyak masak atau bahan pengawet,” katanya.

Katanya, ramuan-ramuan untuk memasak lazimnya ditanam sendiri oleh para penduduk, manakala batang buluh diperoleh dari kawasan hutan berhampiran.

Berkongsi serba sedikit mengenai cara membuat ayam pansuh, Kerin berkata ayam mestilah segar, lebih baik menggunakan ayam kampung kerana dagingnya yang manis dan buluh yang digunakan mestilah yang baru ditebang untuk menghasilkan aroma yang wangi, sementara pucuk ubi kayu digunakan menutup mulut buluh.

Untuk menambah aromanya, beliau mencadangkan ditambah bunga kantan.

Kerin berkata, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam (ayam kampung), halia, serai, bawang putih, garam, bahan perasa, bunga kantan dan daun ubi.

Katanya, selepas ayam dibersihkan dan dipotong dadu, ia kemudian diperap dengan halia, serai, bawang putih, garam dan bahan perasa secukup rasa selama setengah jam. Daun ubi pula diramas bersama garam untuk mengeluarkan getahnya dan mengurangkan pahit.

Semua bahan kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan pucuk ubi digunakan untuk menutup mulut buluh sebelum dibakar. Wap yang terhasil daripada ayam yang masak di dalam buluh tersebut akan menjadi kuahnya.

“Jangan bakar buluh secara terus, bara adalah yang terbaik. Biarkan sehingga ayam masak, kira-kira setengah jam sebelum dihidangkan,” kata Kerin.

Siti Azureen Zukifli, 25, berkata ayam pansuh memiliki rasa yang unik dan sedap dimakan bersama nasi putih.

Seorang pelajar dari Universiti Swinburne, Melbourne, Australia, Goldie Yang, 26, yang pernah menginap di inap desa milik Kerin berkata, pertama kali mencuba ayam pansuh beliau terus menyukainya.

"Selain rasanya yang unik dan lazat, ayam pansuh merupakan juadah yang menyihatkan kerana tiada minyak serta kaya dengan herba tradisi yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan," kata Goldie yang berasal dari China.

Selain ayam dimasak di dalam buluh, masyarakat Dayak di Sarawak turut mengamalkan masakan ikan dan udang di dalam buluh. - Bernama

DISEBABKAN mendapat banyak pesanan penghantaran sempena bulan Ramadan ini, rangkaian jenama makanan segera popular McDonalds di Singapura terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi bagi menjalankan aktiviti delivery mereka.

Kebiasaannya, perkhidmatan penghantaran mereka menggunakan motosikal yang ditunggang pekerja delivery 24 jam.

Order naik mendadak terutama ketika waktu bersahur yang mana mereka perlu melakukan penghantaran sebelum masuk waktu Imsak.

Pelanggan nyata berpuas hati dengan inisiatif yang diambil pihak McDonalds bagi mengelak sebarang masalah kelewatan timbul hanya disebabkan banyak penghantaran yang perlu dilakukan.

Memetik Straits Times Singapura, seorang pelanggan berkata, “Saya hanya nak katakan kudos kepada McDonalds. Mereka betul-betul memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan”.

Sepanjang bulan Ramadan, McDonalds banyak menerima pesanan pada sekitar jam 4 pagi dan 7 petang setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

BAU - Beberapa buah kampung di daerah ini sedang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih terutama pada musim kemarau sekarang.

Satu daripada kampung yang menghadapi masalah itu ialah Kampung Stungkor Lama.

Ketua kampungnya Nojey Naking berkata, keadaan menjadi kritikal setiap kali musim kemarau, iaitu antara bulan Jun hingga Oktober.

Katanya, sumber air paip ke kampung itu dibekal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi tekanan air menjadi rendah pada setiap musim kemarau.

"Keadaan ini memaksa kami meminta bantuan daripada JKR Lundu untuk membekalkan air menggunakan lori kepada penduduk kampung," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nojey meminta supaya kerajaan membina jalan di dalam kampung berkenaan dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin ketika melawat ke kampung itu pada Sabtu telah mengarah pihak JKR untuk membina jalan tersebut.

Selain itu, pemasangan lampu jalan di dalam kampung akan turut dilaksanakan, kata Nojey.

Semasa lawatan itu, Manyin turut mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM10,000 untuk kampung berkenaan.

Kampung Stungkor Lama dihuni 136 keluarga terdiri daripada 971 orang penduduk yang kebanyakannya petani. - Bernama

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan dua suspek melibatkan tiga kes dadah bernilai RM1.75 juta dalam tempoh kurang sebulan.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas membabitkan 9.2 kilogram (kg).

"Kes terbaharu berlaku pada 15 Jun lalu melibatkan suspek wanita warga Ukraine di mana pemeriksaan bagasinya menemui serbuk putih yang disembunyikan dalam bekas krim pemutih muka seberat 2.068kg bernilai RM392,920," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Chik Omar berkata, suspek telah didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan akan dihukum mandatori gantung sampai mati.

Katanya lagi, dua lagi kes terdahulu melibatkan dadah jenis methamphetamine seberat 6.3 kg yang disorok di bahagian bawah bagasi oleh seorang suspek yang tiba daripada Bangalore, India.

"Suspek berusia 35 tahun itu dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Selain itu, kes ketiga pula membabitkan rampasan dua bungkusan penggulung aloi menggunakan khidmat penghantaran cepat dari Shenzen, China yang masing-masing mengandungi methamphetamine seberat 410g dan 420g.
gambar hiasan

Muslim Imran telah menyambut Ramadan dan Adidilfitri dengan penuh kegembiraan di Malaysia sejak 12 tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia ini begitu tersentuh dengan keramahan yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepadanya.

Namun beliau merasai satu kekesalan.

“Saya inginkan keluarga saya berada di sini untuk menyambut Ramadan bersama saya, tetapi kami (rakyat Palestin) tidak dapat pulang kepada orang tersayang kami kerana kesukaran yang dicetuskan pihak Israel,” katanya.

Muslim berkata, proses imigresen yang dikenakan Israel menghalang kepulangannya ke tanah air sendiri.

Fikirannya sentiasa teringatkan keluaragnya di Palestin setiap kali beliau melihat masyarakat Islam Malaysia berbuka puasa bersama keluarga masing-masing dan orang tersayang sama ada di rumah atau restoran.

Perasaan sunyi mula menyelubungi dirinya.

Namun Muslim mengaku kemesraan rakyat Malaysia membuatkannya melupakan perasaan dukanya.

Turut merasakan seperti rumah sendiri di Malaysia ialah pegawai perhubungan awam swasta dari Eritria, Othman Abdul Aziz, 30, yang telah berada di negara ini sejak lima tahun lalu.

“Saya memang tersangat rindukan ibu dan rakan-rakan saya, tetapi disebabkan kerja, saya terpaksa korbankan masa saya bersama mereka.

“Namun suasana Ramadan di Malaysia sangat mengujakan kerana setiap orang berkumpul bersama sebagai satu keluarga besar untuk menikmati bulan penuh bermakna ini,” katanya.

Othman mengaku menjalani bulan puasa boleh menjadi “sunyi dan kejam” tanpa keluarga, tetapi layanan mesra rakyat Malaysia dapat mengubat rasa rindu terhadap kampung halamannya.

“Saya mula menyukai tinggal di sini dari setahun ke setahun. Rakyat Malaysia sentiasa sedia membantu dan sering menjemput saya dan rakan-rakan saya ke majlis iftar (berbuka puasa),” katanya.

Pelajar kejuruteraan dari Syria, Mohammad Abdullatif, 29, sentiasa menantikan kedatangan Ramadan di Malaysia kerana baginya terdapat pelbagai jenis makanan semasa berbuka yang boleh dinikmati.

“Bagi saya, makanan di sini terutama semasa Ramadan sangat hebat kerana saya boleh mendapat makanan kegemaran saya seperti martabak dan nasi lemak,” katanya. – BERNAMA
| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA