Browsing "Older Posts"

  • Gambar: PM Di Majlis Pelancaran Pan Borneo

    By Salfian Nawawi → Tuesday, 31 March 2015
    Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) Fasa Satu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada di Simpang Bakun, Bintulu, hari ini. - Sarawakiana















  • Pan Borneo Sememangnya Tiada Bertol - Najib

    By Salfian Nawawi →

    BINTULU: Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) sememangnya tidak akan ada tol kerana ia merupakan satu-satunya jalan menghubungi bandar-bandar di negeri ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan terhadap perlaksanaan tol hanyalah jika ada jalan alternatif yang dibina oleh pihak swasta selain dari jalan utama yang disediakan oleh pihak kerajaan.

    "LPBS merupakan satu-satunya jalan di Sarawak, bermakna kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tol ke atas pengguna lebuhraya."

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Fasa Pertama Projek LPBS di Simpang Bakun, disini pagi hari ini.

    "Saya harus menjelaskan perkara ini kerana khuatir sekiranya ada pihak yang mungkin akan mempersoalkan kelak mengapa LPBS tidak dikenakan tol sepertimana lebuhraya-lebuhraya yang lain di Semenanjung."

    "LPBS adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menyediakan dan menaiktaraf rangkaian perhubungan yang sistematik dan cekap kepada rakyat di negeri ini," katanya lagi.

    "Saya sedar, rakyat Sarawak telah menanti projek in selama 50 tahun dan kini, ianya telah menjadi kenyataan," kata Najib lgi sambil menambah, LPBS bakal membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada Sarawak, bukan saja dalam konteks pembangunan, bahkan juga sosio-ekonomi rakyatnya.

    Projek mega LPBS membabitkan jarak sejauh 1,076 kilometer dan kos RM15 bilion merangkumi lebuh raya empat lorong berkategori 'R5' yang dijangka siap menjelang 2023  adalah projek infrastruktur terbesar yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melanjakkan agenda transformasi rakyat.

    Dalam majlis yang sama, Najib juga memberi jaminan kontraktor tempatan diberi keutamaan untuk mengambil bahagian dalam projek ini dan seramai 75 syarikat perunding pembinaan tempatan Sarawak yang bakal bekerjasama dalam projek LPBS diperkenalkan.

    Fasa kedua pelancaran projek LPBS dijadualkan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

    Pengumuman pelancaran LPBS adalah projek yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak, khususnya mereka yang sering menggunakan jalan tersebut selama ini.

    LPBS memendekkan tempoh perjalanan, memberi lebih keselesaan bagi pengguna dan dapat menggerakkan lagi banyak kemudahan lain terutama dari sektor perkhidmatan, perlancongan dan sebagainya, termasuk mewujudkan bandar-bandar baru di sepanjang lebuhraya tersebut.

    Pada fasa 1, syarikat konsesi tersebut akan membina jalan sepanjang 919km (R5 - empat lorong dua hala); Nyabau ke Bakun 43km (R5 - empat lorong dua hala), Tanjung Dato ke Sematan 40km (R3 - dua lorong dua hala), Sematan ke Miri 740km (R5 - empat lorong dua hala) termasuk fasa 2; Tadungan ke Merapok, bersempadanan Sabah sepanjang lebih kurang 96km."

    Sepanjang jalan-jalan tersebut (R5 - empat lorong dua hala) akan dibina pembahagi jalan sementara "guard-rail" akan dibina pada beberapa tempat untuk keselamatan pengguna.

    Beberapa kemudahan kawasan hentian rehat (R & R) dan kemudahan awam seperti kedai, tandas, tempat berehat, tempat beribadat, tempat makan dan sebagainya juga akan dibina di sepanjangang lenuhraya ini.

    Projek menaiktaraf infrastruktur yang sedia ada sejak tahun 1965, adalah projek yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak dan juga Sabah serta menjadi salah satu daripada manifesto kerajaan BN pada pilihanraya yang lepas.

    Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran lebih dari 12,000 penduduk setempat.

    Turut hadir pada majlis beekenaan ialah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusuf dan barisan menteri-menteri persekutuan dan Sarawak. - Sarawakiana


  • Wang Kertas RM100 Dijual Dengan Harga RM76 Ribu

    By uMieySurianie →

    PERCAYA atau tidak, sekeping wang kertas bernilai RM100 berjaya terjual dengan harga bidaan RM76,000 sekali gus mencatatkan jualan lelongan tertinggi, semalam.

    Wang kertas yang dicetak dengan nombor siri AA8888888 mendapat perhatian hingga berjaya dilelong dalam satu jualan lelong yang bertempat di Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

    Selain itu, 178 keping wang kertas yang lain yang juga memiliki nombor unik turut dilelong dalam jualan yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, iaitu jurulelong yang telah dilantik oleh bank pusat itu.

    Menurut Pengarah Urusan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd Stephen Soon, wang kertas itu bukan sahaja menjadi rebutan pengumpul wang kertas tempatan malah menarik perhatian pengumpul barangan unik dari Singapura.

    Jelasnya, jualan lelongan seperti ini sentiasa dinantikan oleh pengumpul wang kertas kerana wang kertas bernombor siri unik ini tidak ada di pasaran.

    Kebiasaanya, wang kertas yang memiliki nombor siri cantik dan istimewa ini menjadi koleksi khas buat para penggemarnya.

    Oleh sebab itu, wang kertas dengan nombor siri istimewa ini mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas. – MYNEWSHUB.CC 
  • Cerita Sebenar : Gadis Mengamuk Di Sebuah Stesen Minyak Di Shah Alam

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Hari ini menjadi viral di laman sosial kisah sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam gara-gara kereta Myvi milik salah seorang daripada mereka telah dilanggar oleh seorang pemandu teksi.

    Menurut sumber portal Oh!Media iaitu page yang menyiarkan rakaman video tersebut, pihak wanita berkenaan telah tampil membuat penjelasan lengkap termasuk report polis.

    Menurut mereka, tindakan pemandu teksi tersebut yang telah memukul salah seorang daripada mereka menyebabkan kekecohan besar tersebut terjadi.



    Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut 'boleh tahan', pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan kekerasan terhadap gadis tersebut.

    Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak nekad memukul pemandu teksi berkenaan.



    Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka. Sepatutnya kejadian ini diselesaikan cara berhemah, tapi bapa manakan sanggup tengok anaknya dipukul.

    Apapun harapan kami, kejadian ini boleh diselesaikan cara elok dan harap tidak berlaku lagi sebegini kerana sudah banyak kejadian pukul melibatkan pemandu kenderaan.- sumber
  • Jalani Pembedahan Kosmetik Untuk Mencuri

    By uMieySurianie →

    Seoul – Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.

    Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.

    Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.

    Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.

    Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,

    Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.

    Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. – Agensi
  • Cerita Sebenar Seorang Lelaki Solat Dengan Gaya Bersilat

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Video seorang lelaki mengerjakan solat dengan langkah yang berlainan tersebar di media sosial.

    Video yang dimuat naik oleh portal berita online, Suara.TV itu telah dikongsi sebanyak 1,852 di laman Facebook.

    "Solat jenis apakah ini? Nak kata syiah, macam bukan. Wahibi jauh sekali. Mohon Bahagian Dakwah, JAKIM dan Unit Dakwah JAKIM Malaysia pantau, siasat dan ambil tindakan! Sebarkan." - SUARA.TV.

    Penyebaran video itu mengundang banyak komen-komen negatif dari pengguna Facebook. Sehingga ada yang menganggap gerakan lelaki itu tidak ubah seperti berjoget atau bersilat. Ada segelintir pula menjadikan ianya sebagai bahan ketawa.

    Bagaimanapun, seorang individu bernama Jug Cue tampil menjelaskan keadaan yang sebenar menimpa lelaki itu.

    "Abang ini ada masalah mental sikit. Dia tidur di masjid. Keluarga tak tahu kat mana. Haritu makan minum dia, kitorang jaga, di Masjid Taming Jaya, Balakong.

    "Tabiat dia pergerakan tu. Itu antara dia dengan Allah.

    "Tiap-tiap selepas sembahyan, dia mengaji. Muhasabah diri kita dulu. Nama dia Sudirman, berasal dari Sabah. Family ada di Selangor tapi tak tahu kat mana. Baju hanya ada dua helai, koko dan jubah putih.

    "Kalau jumpa, tolonglah derma kat dia. Kali terakhir kami bawa dia, Masjid Sri Petaling," kata Jug - sumber

    video
  • Ungku Ismail Kekok Lakonkan Adegan Romantik

    By Yusz Man →


    Pelakon Ungku Ismail Aziz kekok melakonkan sesuatu adegan romantik dengan heroin yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kekasih.

    Ungku Ismail, 30, berkata, perasaan itu turut timbul semasa menjayakan drama bersiri Teman Lelaki Upahan bersama aktres Elizad Sharifuddin yang merupakan tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 April ini.

    "Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.

    "Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran," katanya kepada mStar Online.

    Selain Ungku Ismail, drama arahan Azma Aizaal Yusoof itu turut menampilkan Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Fazlina Ahmad Daud dan Shah Iskandar.

    Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, dia tidak selesa dengan populariti yang diraih menerusi drama tersebut kerana tidak pernah mendapat perhatian seperti itu sebelum ini.

    Ungku Ismail berkata, dia tidak terbawa-bawa dengan perhatian diberikan kepadanya kerana selain cuba menyesuaikan diri dia juga menyedari ia hanya bersifat sementara.

    "Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu.

    "Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini," katanya.

    Sementara itu, Ungku Ismail berkata, populariti yang diraih menerusi drama berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya dalam mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon.

    Jelasnya, biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan namun masih ramai belum menyedari kehadirannya sebagai pelakon dan mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kebolehannya.

    "Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya dan populariti yang diperoleh daripada Teman Lelaki Upahan seharusnya saya gunakan dengan cara positif selain memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

    "Ini peluang saya untuk membuktikan bakat saya sebagai pelakon dan masih banyak ingin saya capai dalam bidang ini," jelasnya.

    Dalam perkembangan lain, Ungku Ismail berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu berjudul Bodyguard.BH
  • ANEH! Bayi Dilahirkan Dengan Belalai

    By Yusz Man →

    Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di India diangkat sebagai tuhan Hindu kerana mempunyai hidung seperti belalai gajah.

    Bayi yang belum diberi nama itu dilahirkan di Kampung Aligarh, Uttar Pradesh, India pada Khamis sebelum dipuja oleh penganut agama berkenaan kerana percaya dia merupakan jelmaan tuhan.

    Berikutan itu juga kampung tersebut sesak dengan orang ramai yang mahu melihat keadaan bayi berkenaan dan bersembahyang untuk mendapatkan tuah.

    Ibu saudara kepada bayi itu yang enggan dikenali berkata, orang ramai bukan sahaja mengunjungi rumah abangnya tetapi turut menawarkan pelbagai ganjaran kepada bayi terbabit.

    "Kakak ipar saya telah melahirkan bayi terbabit pada pukul 7 pagi Khamis dan mukanya seperti tuhan Ganesha.

    "Tidak lama selepas itu orang ramai mula mengunjunginya untuk mendapatkan tuah dan berkat," katanya.

    Difahamkan, ibu bapa bayi yang mengalami kecacatan pada muka itu bakal menjadi kaya sekiranya terus membenarkan orang ramai mengunjungi anaknya untuk mendapat tuah.-mStar
  • Penjual Ikan Bunuh Dua Pelajar Britain Dihukum Gantung

    By Yusz Man →


    KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penjual ikan, Mohd Zulkifli Abdullah, 23, selepas didapati bersalah membunuh dua pelajar perubatan warga Britain di sini tahun lalu.

    Tertuduh didapati bersalah kerana membunuh Aidan Brunger dan Nail Dalton yang kedua-duanya berusia 22 tahun antara jam 4.10 dan 4.15 pagi 6 Ogos tahun lalu berhampiran Jalan Abell di sini.

    Hakim Chew Soo Ho memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi tertuduh pada akhir kes pembelaan.

    Tertuduh diwakili peguam, Anthony Tai manakala pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn dan Mohd Iskandar Ahmad.-BH

  • Kes Guru Islamkan Pelajar Bawah Umur di Sarawak Sedang Disiasat

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Kuching : Satu siasatan menyeluruh dan rapi akan dilakukan mengikut prosedur standard operasi (SOP) Kementerian Pendidikan bagi menyiasat kes dua orang guru di sebuah sekolah di Miri yang didakwa cuba mengislamkan seorang pelajar Iban berusia 13 tahun.

    Berita berkenaan kes itu telah menjadi viral di media massa pada 25 Mac lepas.

    Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh dan telus.

    Ia bagi memastikan nasib kedua-dua pihak yang terlibat terbela sepenuhnya dan segala bukti akan dikumpul dan siasatan akan dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh kejadian.

    “Laporan perlu disiapkan dalam masa tiga hari selepas insiden berkenaan. Sejurus laporan disiapkan, ada tujuh hari untuk ambil tindakan. Kalau lebih awal lebih bagus,” ujar Fatimah pada sidang media di Kuching pada petang Isnin ketika diminta mengulas tentang kejadian berkenaan.

    Fatimah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal pendidikan Sarawak turut menyatakan usaha dua guru berkenaan yang cuba menukar agama pelajar itu tanpa kebenaran ibu bapanya adalah satu kesalahan.

    “Daripada siasatan yang dijalankan, tindakan lanjut akan diambil terhadap guru terlibat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002).

    “Pihak kementerian sendiri yang akan ambil tindakan selepas meneliti laporan yang diterima,” jelas Fatimah.

    Buat masa ini kedua-dua guru yang terlibat telah dibawa keluar dari lokasi oleh pihak kementerian dan ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Daerah Miri sepanjang proses siasatan.

    Semua itu bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah dan situasi tegang antara pihak berkaitan termasuk pihak sekolah, keluarga mangsa dan masyarakat setempat.

    Dalam insiden kontroversi tersebut, pelajar berkenaan turut mengakui kepada Fatimah dalam satu pertemuan pada Jumaat lepas bahawa dia berminat untuk memeluk agama Islam malah neneknya juga berminat berbuat demikian.

    Namun dari segi undang undang, pelajar berkenaan perlu mendapatkan kebenaran dari kedua-dua ibu bapanya untuk menukar agama meskipun beliau dijaga oleh datuk dan neneknya sejak dilahirkan.

    Kedua, guru berkenaan juga harus mengetahui bahawa soal penukaran agama bagi mereka yang masih di bawah umur, adalah perlu untuk mendapat persetujuan ibu bapa mereka.

    Fatimah turut menyeru kepada semua guru agar sentiasa peka dan bijak dalam menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama di negeri berkenaan. - Astro Awani
  • Digelar Guru Matematik Paling Tampan Di Dunia

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →
    Subjek Matematik bukanlah salah satu subjek yang menjadi kegemaran pelajar sekolah mahupun di institut pengajian tinggi.

    Tapi bagaimana kalau kita diajar oleh guru Matematik setampan ini?

    Pietro Boselli, 26, bukan sahaja kacak, malah sangat bijak. Dia merupakan pensyarah Matematik dan pengkaji di University College London.

    Memetik sumber dari portal Mylaunchpad, jejaka berketinggian 6’1 ini pernah dianugerahkan ‘Faculty Excellence Scholarship’ kerana kecemerlangannya, dan dia juga lulus ijazah dengan kepujian kelas pertama.

    Kerana kekacakannya, tak hairanlah Pietro juga ada melakukan modelling untuk designer-designer ternama.

    Pietro kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan.-Sarawakiana
  • Penulis Blog Mati Ditetak

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Bangladesh : Seorang penulis blog ditetak sampai mati di ibu kota Bangladesh, Dhaka semalam dalam serangan ganas terbaharu terhadap penulis bebas di negara berkenaan, kata seorang ketua polis.

    Ketua polis berkenaan, Wahidul Islam berkata, pihaknya menangkap dua lelaki berhubung pembunuhan itu yang berlaku beberapa minggu selepas seorang penulis blog Amerika Syarikat (AS) turut maut akibat ditetak, juga di Dhaka.

    Menurutnya, penulis blog AS itu merupakan seorang ateis atau tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

    “Mangsa ditetak hingga mati pagi ini (semalam) oleh dua penyerang bersenjatakan dua bilah pisau pada jarak 460 meter dari kediamannya di kejiranan Begunbari, di sini.

    “Kedua-dua penyerang itu ditangkap ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.

    Menurut Wahidul, polis tidak pasti sama ada mangsa yang berusia 27 tahun itu, Washiqur Rahman juga seorang ateis tetapi seorang penulis blog lain berkata, dia dikenali kerana mengkritik Islam.

    “Washiqur menulis menggunakan nama pena Kutshit Hasher Chhana atau itik hodoh,” kata ketua pertubuhan penulis blog Rangkaian Aktivis Dalam Talian, Imran Sarker.

    Sebelum ini, polis turut menangkap seorang suspek berhubung pembunuhan penulis blog AS berkenaan, Avijit Roy. – AFP
  • Kejadian Di Hospital Umum Sarawak Buka Mata Rakyat Malaysia

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Satu kejadian di Hospital Umum Sarawak seharusnya membuka mata rakyat Malaysia.

    Melalui perkongsian gambar tersebut, seperti diberitahu oleh sumber [disini], seorang pesakit berbangsa India (gambar) telah dibelikan makanan oleh seorang lelaki berbangsa Cina.

    Kemudiannya, datang seorang makcik berbangsa Melayu pula telah membantu pesakit itu dengan membancuh air minuman.

    Mungkin kejadian ini nampak biasa sahaja, namun sebenarnya memberi makna yang cukup besar dalam erti perpaduan sebenar.
  • Kedai Gambar Dikerumun Lelaki, Upah Gadis Berbikini Tukang Cuci

    By uMieySurianie →

    CHINA – Sebuah kedai kamera di bandar Taiyuan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu dengan mengupah gadis-gadis berbikini untuk mencuci kedainya.

    Keadaan itu menyebabkan kedai terbabit dikerumun oleh kaum lelaki yang tidak mahu melepaskan peluang melihat gadis itu mencuci tingkap dan mengelap lantai di kedai Golden Eagle Nikon.

    Bukan sahaja jurugambar professional malah pejalan kaki akan turut berhenti di situ untuk merakamkan gambar hingga menyebabkan kawasan sekeliling sesak.

    Menurut pengurus kedai, Jin Yeh, dia mahu memastikan kedainya bersih dan segar ketika pembukaan rasmi untuk pelanggan dan media.

    “Memandangkan ini adalah sebuah kedai kamera dan jurugambar juga mahu merakamkan gambar menarik, maka saya mengupah model untuk berposing.

    “Dari situ saya dapat dua perkara, iaitu kedai bersih dan dalam masa sama menyediakan gadis cantik untuk jurugambar amatur,’’ katanya.

    Kedai itu menjalankan kerjasama dengan Niko untuk dijadikan sebagai pusat latihan pada 2014. – MYNEWSHUB.cc


  • GST : Ada Kemungkinan PR Ambil Alih Kerajaan Selepas PRU14

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal risiko kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April nanti.

    Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata cabaran paling besar buat BN adalah untuk mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

    “Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

    “Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

    Selain itu Ibrahim turut berkata polemik cukai GST ketika ini menjadikan masyarakat semakin keliru sama ada ia memberi kebaikan atau tidak apabila ia dilaksanakan nanti.

    “Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

    Beliau berkata jika rakyat tidak gembira selepas pelaksanaan GST nanti, ia merupakan risiko yang dihadapi kerajaan BN pada PRU ke-14 nanti.

    Lantaran itu, Ibrahim berkata kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

    Beliau berkata pihak kerajaan dan masyarakat sebenarnya terlepas pandang terhadap tahap pendapatan gaji di Malaysia yang terlalu rendah.

    "Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

    "Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

    "Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

    Beliau juga berkata Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

    "Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

    "Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik,.

    Ibrahim berkata lagi dasar ini bukan menguntungkan masyarakat bumiputra malah semua rakyat dan pekerja di negara ini. - Astro Awani
  • Fenomena Gerhana Bulan Penuh Sabtu Ini

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.

    Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.

    Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

    Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.

    “Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit,” menurut kenyataan berkenaan.

    Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung.

    Sehubungan itu, ANGKASA dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan program pencerapan bulan dan planet Musytari, melihat bintang Sirus dan buruj Belantik (Orion) di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

    Selain itu, ANGKASA juga akan membawa Mini Planetarium bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton tayangan filem pendek astronomi secara percuma.

    Untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang fenomena tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau hubungi talian 03-22734403/5484.- BERNAMA
  • Korban Letupan Lori Minyak Di Mexico Meningkat

    By Yusz Man →

    BANDARAYA MEXICO: Angka korban letupan lori tangki minyak di Mexico meningkat kepada 10 orang semalam, sehari selepas ia meletup apabila sekumpulan orang cuba mencuri minyak yang dibawanya.

    Apabila lori berkenaan merempuh pokok di negeri Tabasco, penduduk berhampiran pekan Huimanguillo cuba mencuri minyak biarpun pihak berkuasa memberi amaran supaya mereka meninggalkan kawasan itu.

    Letupan itu membunuh dua orang di tempat kejadian manakala mangsa lain meninggal dunia di hospital.

    Tiga remaja berusia antara 13 dan 14 tahun antara yang terkorban.

    Sekurang-kurangnya 21 orang cedera dalam nahas itu.-BH
  • Aksi Ganas Latihan Komando Jadi Viral

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Ganas dan menyeksakan!

    Itu adalah satu gambaran yang dapat dilihat menerusi satu paparan video menunjukkan aksi latihan anggota tentera yang menyertai unit komando.

    Video [klik disini] berdurasi 3 minit 24 saat itu yang kini menjadi viral di laman Facebook dipercayai dirakam oleh seorang jurulatih dalam pasukan itu yang terlibat dalam latihan berkenaan dan kemudian telah memuat naik video tersebut ke internet.

    Penyebaran video itu dibuat oleh Belia Bangkit dan telah dikongsikan didalam Facebook Siakap Keli.

    Video itu menunjukkan anggota komando yang sedang menyertai latihan di belasah oleh jurulatih mereka dengan cara tendangan di bahagian perut.

    Rata-rata mereka yang telah menonton video itu berpendapat, latihan ketenteraan adalah satu perkara yang sulit dan tidak perlu untuk disebarkan kepada umum.

    Ada juga yang berpendapat penyebaran video benbentuk latihan fizikal seperti itu akan mendapat pelbagai reaksi yang kurang senang terutamanya jika ia ditonton oleh orang awam.

    Perkara tesebut memang tidak dinafikan apabila video yang kini sudah ditonton lebih 4,000 kali itu mendapat kecaman daripada Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia yang menyatakan adalah tidak wajar video tersebut dikongsikan di media sosial untuk tatapan umum.

    Kelab itu juga meminta supaya pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video itu di laman sosial supaya dikenakan tindakan. - TherakyatPost
  • Pengguna Membeli-Belah Di Saat Akhir Elak GST

    By uMieySurianie →

    PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa tengah malam ini menyebabkan ramai pengguna membeli-belah di saat akhir sejak beberapa hari lalu untuk mengelakkan barangan yang dibeli dikenakan cukai baharu itu.

    Walaupun sering diingatkan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, pusat membeli-belah, pusat digital dan kedai runcit dibanjiri ribuan pengguna pada cuti hujung minggu.

    Beberapa peruncit telefon pintar di George Town, Pulau Pinang berkata merek kehabisan stok model popular kerana pelanggan membeli produk tersebut untuk mengelak daripada dikenakan GST.

    Peruncit tersebut berkata mereka mula mengambil tempahan sekarang sekiranya ada pelanggan yang sanggup membuat bayaran pendahuluan untuk produk berkenaan sebelum 1 April.

    Mereka hanya perlu membayar mengikut harga semasa (tiada GST) apabila stok tersebut sampai nanti.

    Di Digital Mall di sini, peruncit berkata ramai pelanggan membeli telefon dan peranti lain pada hujung minggu menyebabkan pusat digital itu dibuka sehingga lewat malam.

    Waktu perniagaan biasa adalah pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

    Malah, ahli farmasi melaporkan berlaku peningkatan dari segi kehadiran pelanggan.

    Orang ramai mula membeli stok suplemen kesihatan dan ubat-ubatan terutama mereka yang menghidap penyakit jangka masa panjang.

    Keadaan di beberapa pasar raya menyaksikan barisan panjang di kaunter pembayaran.

    Malah mereka menjangkakan terdapat pelanggan yang akan marah berikutan keliru mengenai harga baharu selepas pelaksanaan GST pada Rabu.

    Seorang peniaga di Johor Baru cuba menyediakan pelanggan dengan meletakkan harga sebelum dan selepas GST sejak beberapa bulan lalu selain mengedarkan risalah mengenainya.

    Namun sebagai langkah keselamatan, pengawal keselamatan ditempatkan untuk memantau sekiranya terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati.

    Pada Isnin, kemudahan troli berkurangan di beberapa pasar raya kerana ramai pengguna membeli-belah di saat akhir.

    Seorang pembeli berkata orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkan troli.
    Beberapa pemilik restoran juga bimbang untuk berhadapan dengan pelanggan yang tidak berpuas hati dan mungkin enggan membayar bil makanan mereka.

    Mereka berkata takut untuk menggenakan GST kepada pelanggan kerana pernah berhadapan insiden pelanggan bertindak ganas apabila cukai jualan dilaksanakan pada tahun lalu.

    Sebuah aplikasi telefon mudah alih yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap harga lebih 10,000 barangan.

    Aplikasi 'MyKira GST' hanya boleh dimuat turun secara percuma untuk mereka yang menggunakan sistem Android.

    Dari sudut positif, peruncit besar berkata mereka bersedia untuk melaksanakan GST.

    Sepanduk dan papan tanda menjelaskan mengenai GST dan barangan sifar GST telah dipasang.

    Sesetengah peniaga berkata mereka berharap tidak akan dikenakan penalti bagi kesilapan awal yang mereka lakukan berkaitan GST. - mStar
  • Gambar: Sekitar Lawatan PM Di Sebauh

    By Salfian Nawawi →
    Gambar-gambar sekitar lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Nuni Plen di Sungai Gelam, Sebauh, Bintulu semalam.














    - Sarawakiana