Browsing "Older Posts"

  • PM Umum Tujuh Inisiatif Dan Projek Teruskan Momentum Pembangunan Labuan

    By Yusz Man → Saturday, 28 February 2015

    LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh inisiatif dan projek bagi meneruskan momentum pembangunan pulau bebas cukai ini yang berkembang pesat demi kemakmuran dan kesejahteraan penduduknya.

    Inisiatif dan projek berkenaan termasuk meneruskan pemberian subsidi untuk feri penumpang Labuan bernilai RM15 juta setahun dan membangunkan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk menempatkan semua agensi kerajaan Persekutuan di bawah satu bumbung bagi menyediakan perkhidmatan lebih cekap kepada rakyat.

    Selain itu, peruntukan RM1.5 juta untuk mewujudkan kemudahan eskalator di Kompleks Pasar Sentral Labuan; RM20 juta untuk menaik taraf kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan; pembinaan beberapa batang jalan raya yang perinciannya akan diumumkan kemudian dan penurunan secara ketara duti setem untuk penukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

    Turut diumumkan ialah projek-projek di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) berjumlah RM77.5 juta.

    Projek berkenaan adalah pembinaan surau baharu di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM7 juta, RM5 juta bagi pembinaan surau pusat bandar, RM60 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama dan asrama di Kampung Sungai Bedaun serta RM2 juta untuk kerja baik pulih Masjid An Nur.
  • Harga RON95, RON97, Diesel Naik 25 Sen

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam ini.

    Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa.

    "Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter.

    "Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

    Kerajaan pada 21 November tahun lalu, memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kadar pengapungan terkawal mulai 1 Disember lalu, manakala harga RON97 mengikut harga pasaran dunia.

    Sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada Disember, harga minyak menyaksikan penurunan dua kali iaitu pada Januari dan Februari dengan hargar terendah dicatatkan bagi RON95 adalah RM1.70; RON95 adalah RM2 dan diesel adalah RM1.95.

    Hasan berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa.

    "Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini.

    "Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.-BH
  • Jika Tiada Pilihan, Cari Opsyen Mengganti Kidex

    By Salfian Nawawi →
    KUCHING: Kerajaan menumpukan apa yang terbaik untuk rakyat dan sekiranya rakyat tidak mahukan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), kerajaan akan mencari pilihan lain untuk membantu rakyat terutama dalam mengatasi kesesakan trafik.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Yusof berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkaitan perkara ini untuk melihat apa arah tuju kerajaan Selangor berkaitan pembangunan kemudahan awam.

    "Kerajaan hanya memberi cadangan (Kidex) daripada pihak swasta dan kita sedia berbincang, melihat bagaimana kita dapat menanggani rungutan orang ramai khususnya kesesakan dan penguraian trafik," katanya lagi.

    Fadillah berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai projek pembinaan Kidex selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Medan Niaga Satok dan Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan di sini hari ini.

    Semalam Azmin mengulangi pendirian kerajaannya tidak akan mempertimbangkan pembatalan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan. - Sarawakiana
  • Blogger Hina Islam Maut Ditetak

    By Yusz Man →
    Seorang blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat (AS) ditetak sehingga mati di tepi jalan oleh kumpulan militan selepas dia lantang mengutuk Islam.

    Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang pada Jumaat malam di Dhaka manakala isterinya Rafida Ahmed parah.

    Setakat ini kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.

    Kumpulan berkenaan juga memberitahu, serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS – negara yang bertanggungjawab menyerang Syria.

    Polis Bangladesh memberitahu, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.

    Hal ini kerana, kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.

    Dalam ugutan berkenaan, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.

    Jelasnya, terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida yang turut cedera.

    Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat oleh polis.-mstar.
  • Tiada Jawatan Tambahan Dalam Kabinet Buat Pemimpin Sarawak

    By Salfian Nawawi →

    Buat masa ini, tiada perancangan untuk menambah jawatan Menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan dari kalangan pemimpin Sarawak.

    Sumber dari Putrajaya memberitahu Sarawakiana, setakat ini tiada keperluan untuk menambah jawatan menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan yang di pimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bilanganya kini adalah memadai dan mencukupi.

    Sarawakiana difahamkan, terdapat individu dari sebuah parti di Sarawak telah "melobi" pucuk pimpinan agar diwujudkan tambahan jawatan menteri buat pemimpin berkenaan.

    Untuk rekod, barisan kabinet persekutuan terkini dibarisi tujuh menteri penuh dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen Sarawak; empat dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Hajah Rohani Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato Sri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Hajah Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) manakala, Datuk Joseph Entulu Belaun daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Richard Riot Jaem daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai Menteri Sumber Manusia dan Senator Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Kabinet persekutuan yang baharu itu turut memperlihatkan tiga timbalan menteri dilantik daripada PBB iaitu Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Alexander Nanti Linggi (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar). - Sarawakiana
  • Gambar: "Walkabout" Di Kubah Ria Akhiri Lawatan Najib Ke Sarawak

    By Salfian Nawawi →




    KUCHING: Program "Walkabout" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kubah Ria, Petra Jaya sebentar tadi mengakhiri lawatan tiga hari beliau di Sarawak.

    Najib, yang tiba tepat jam 9 pagi ke lokasi meluangkan lebih kurang satu meninjau suasana di pusat perniagaan berkenaan di samping berinteraksi dengan peniaga-peniaga dan peduduk setempat di sana.

    Pada majlis yang sama, Najib menyampaikan bantuan wang ehsan kepada 170 orang penduduk dari lima buah kampung di kawasan Petra Jaya baru-baru ini.

    Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Yusuf yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukrie yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong.

    Pemimpin tempatan yang hadir ialah, Menteri Perumahan Dan Perlancongan, yang juga ADUN Satok Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg, Menteri Muda Hal Ehwal Islam/ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman, ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni serta dif-dif kenamaan yang lain. - Sarawakiana 
  • Kaum Cina Di Sarawak Sumbang Kejayaan Negara - Najib

    By Salfian Nawawi → Friday, 27 February 2015

    KUCHING: Masyarakat kaum Cina, khususnya di Sarawak telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, beliau ingin mengucapkan terimakasih dan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan mereka ini, terutamanya dalam bidang dan kepakaran perniagaan.

    "Jika kita dapat mengembelingkan tenaga kekuatan sesebuah komuniti, kita dapat menghasilkan kejayaan besar kepada negara kita."

    Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Tahun Baru Cina di perkarangan Dewan Masyarakat MBKS di sini malam tadi.

    "Biarpun komuniti Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan ethnik namun, kita ada keunikan bersatu sebagai satu Malaysia menjadi kekuatan negara Malaysia," katanya sambil menambah, semangat inilah yang kita perlu semaikan selalu, perpaduan dan keharmonian.

    Najib menyatakan, terdapat tiga peringkat kepelbagaian dalam komuniti iaitu; "toleransi, penerimaan dan meraikan" kepelbagaian.

    "Kita sudah mencapai tahap kepelbagaian kaum yang tertinggi dimana semua pihak memahami, menghormati agama, kepercayaan, tradisi, bahasa, cara hidup dan keunikan masing-masing."

    "Dan saya telah melihat ianya sudah di amalkan di Sarawak sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan lagi, saya dapat merasakan perasaan hormat-menghormati sesama kepelbagaian kaum di sini."

    "Inilah kekuatan yang kita perlu perkasakan dalam kita melangkah ke hadapan."

    "Saya percaya, perkara utama yang komuniti Cina inginkan adalah kedamaian dan kestabilan kerana tanpanya, perniagaan mungkin tidak dapat dijalankan, bukan komuniti Cina saja mahukan suasana ini tapi semua kaum-kaum yang lain dan Barisan Nasional (BN) boleh menjaminkan semua ini di Sarawak dan Malaysia."

    "Kita juga harus menolak eksterimisma, kita mesti menolak keganasan dan kerajaan BN akan terus menentang fahaman yang sebegini," katanya sambil menambah beliau berharap komuniti Cina akan bersama BN menolak ekstrimisma.

    Percaya komuniti Cina mahukan kerajaan yang baik dan tidak korup atau rasuah, Najib mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem kerana telah mengisytuharkan "perang" terhadap rasuah dan pembalakan haram.

    Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam ucapannya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada sekolah-sekolah swasta Cina di Sarawak.

    Dianggarkan lebih 60,000 orang warga kota yang menghadiri majlis tersebut yang turut diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan dif-dif kenamaan yang lain.

    Majlis tersebut juga kemudiannya memperlihatkan Najib berserta dif-dif kenamaan mengaul makanan dalam acara "Ye Sang" iaitu satu tradisi kaum Cina di Malaysia. -

    *kredit gambar- ApaiTheStar
  • Gudang Sisa Toksik Di Bukit Nanas Terbakar

    By Yusz Man →


    SEREMBAN: Empat gudang menyimpan sisa toksik di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti Alam di Bukit Nanas, dekat sini, terbakar jam 1.30 tengah hari tadi.

    Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2.

    Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.

    "Usaha mengawal kebakaran masih diteruskan bagi mengelak merebak ke kawasan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

  • BN Sentiasa Menepati Janji Kepada Rakyat

    By Salfian Nawawi →


    SERIAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menunaikan janji, khususnya janji yang memberi manfaatkan rakyat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dulu kerajaan Barisan Nasional pernah berjanji membina Loji Rawatan Air Selabi di Serian ini, maka hari ini beliau datang untuk menepati janji tersebut.

    Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Selabi di sini sebentar tadi.

    Beliau juga memberi jaminan, pembangunan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia akan diselarikan.

    "Saya dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem akan bekerjasama lebih erat dan berusaha lebih keras lagi demi memajukan Sarawak selari dengan kemajuan Semenanjung Malaysia."

    Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dalam ucapan aluannya berikrar, Sarawak akan tetap memberi sokongan kepada BN.

    "Kami di Sarawak tetap menyokong BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

    Pada majlis yang sama, Najib juga telah menyampaikan wang ehsan kepada mangsa banjir di sekitar Serian. - Sarawakiana
  • Adenan Berupaya Selesai Isu Dalaman BN Sarawak - PM

    By Yusz Man →


    SRI AMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dalam menyelesaikan isu dalaman Barisan Nasional (BN) Sarawak.

    Isu dalaman itu merujuk kepada isu penerimaan dua parti baharu - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Bersatu Sarawak (UPP) sebagai anggota BN.

    Katanya, sebagai 'orang lama' dalam kancah politik negeri ini, Adenan diyakini berupaya mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu dalaman berkenaan atas kapasitinya sebagai Pengerusi BN Sarawak.

    "Kepemimpinan BN Pusat yakin dengan keupayaan BN Sarawak untuk menyelesaikan segala isu dalaman dan masalah yang berlaku. Kita yakin mereka mempunyai formula untuk memperkukuhkan kedudukan semua parti komponen di sini.

    "Ini sejajar dengan penumpuan kita untuk memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan datang," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

    Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Sri Aman bernilai kira-kira RM150 juta, di sini yang dilengkapi 108 katil, selain menyediakan pelbagai khidmat pakar minor selepas siap sepenuhnya menjelang 2018.

    Ia juga sebahagian daripada usaha penambahbaikan kemudahan kesihatan bagi penduduk setempat, khususnya masyarakat luar bandar di bahagian ini.

    Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN Pusat menyifatkan surat tuntutan beliau agar HarakahDaily menarik balik artikel berbau fitnah terhadapnya dalam tempoh 48 jam kelmarin sebagai tindakan wajar.

    "Ia (artikel) tidak benar dan lebih berunsur fitnah. Mereka (HarakahDaily) tiada bukti dan saya berhak untuk mempertahankan nama saya, begitu juga keluarga saya.

    "Peguam saya masih menunggu maklum balas berhubung perkara itu sebelum merangka tindakan selanjutnya," katanya.

    Pada 19 Februari lalu, portal berita berkenaan menyiarkan artikel berbau fitnah yang mengaitkan pembabitan Najib dalam penyalahgunaan dana 1MDB bagi menampung kos penerbitan sebuah filem antarabangsa.

    Terdahulu, Najib dalam ucapan perasmiannya menyatakan komitmennya untuk terus meningkatkan taraf hidup, khususnya masyarakat luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas yang lebih sempurna, termasuk membabitkan aspek kesihatan.

    "Lebih banyak hospital dan klinik akan kita bina, terutama di kawasan luar bandar bagi menampung keperluan rakyat. Biarpun usaha ini membabitkan perbelanjaan tinggi, namun kadar bayaran dikenakan kepada rakyat yang mendapat pemeriksaan kesihatan dan rawatan adalah yang terendah di dunia.

    "Tiada sistem kesihatan di mana-mana negara di dunia mampu menyediakan kemudahan sebegini kepada rakyatnya. Di Malaysia, kita melaksanakannya atas dasar sentiasa mendahulukan keperluan rakyat," katanya.

    Najib ketika mengulas lanjut berkata subsidi kesihatan di negara ini mencecah 98 peratus, dengan sebahagian besar kos atau perbelanjaan perubatan ditanggung oleh kerajaan.

    "Merujuk Indeks Global 2014 - International Living, Malaysia antara tiga negara terbaik di dunia dalam konteks sistem pengurusan kesihatan untuk rakyatnya, terutama dari segi penyediaan khidmat, kemudahan dan kos berkaitan.

    "Di sebalik pengiktirafan itu, kerajaan sedar masih ada banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki... masih ada banyak kawasan, khususnya di luar bandar yang memerlukan hospital dan klinik. Inilah cabaran kita dalam usaha menyediakan suasana kehidupan lebih baik untuk segenap lapisan rakyat," katanya.-BH
  • Lelaki Maut Ditembak Kerana Disangka Babi Hutan

    By Salfian Nawawi →

    SIMUNJAN: Gara-gara disangka babi hutan, seorang lelaki terbunuh setelah ditembak oleh saudara sendiri ketika sedang berburu di Bukit Selabu Ensika, di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah DSP Choo Yin Kok berkata mangsa iaitu Bagong Andil,52, semasa kejadian bersama seorang saudara dan menantunya masuk ke dalam hutan berkenaan dengan niat untuk memburu iaitu sekitar jam 5 petang.

    Difahamkan, tiba di satu lokasi di hutan berkenaan, mereka telah berpecah sehingga mangsa yang bergerak seorang diri itu disangkakan seekor babi hutan lalu menyebabkan saudaranya melepaskan tembakan ke arahnya.

    “Selepas mereka bertiga sampai di Bukit Selabu, mereka berpecah di mana mangsa berjalan seorang diri manakala suspek(saudara) dan menantu mangsa berjalan ke tempat lain.

    “Sekitar jam 5.15 petang, suspek ternampak pergerakan menyerupai seekor babi hutan dan dia telah melepaskan tembakan menggunakan senapang patah.

    “Apabila suspek memeriksa, dia terkejut melihat mangsa rebah dan berlumuran darah dengan kesan tembakan di rusuk kirinya,” kata Choo ketika mengulas mengenai insiden tersebut semalam.

    Suspek dan menantu mangsa kemudian mengangkat mangsa dan mendapati dia tidak lagi bernyawa menyebabkan mereka segera keluar dari hutan berkenaan untuk melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.

    “Mayat mangsa telah dialihkan penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Simunjan untuk tindakan lanjut.

    “Siasatan awal di tempat kejadian juga telah dijalankan anggota daripada Balai Polis Simunjan sementara menunggu bantuan daripada Unit Forensik (D10) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak,”kata Choo lagi.

    Menurutnya, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di bawah Sekysen 304A Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut. - RTM
  • RM20 Juta Untuk Bina Balai Polis Beladin-PM

    By Yusz Man →

    BELADIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukkan RM20 juta untuk membina sebuah balai polis di sini.

    Beliau berkata, tender untuk pembinaan Balai Polis Beladin itu akan dibuka September ini.

    "Balai polis ini perlu dibina bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan ini.

    "Saya mendengar keluhan rakyat di Beladin ini yang amat mengharapkan sebuah balai dibina," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pecah tanah pembinaan Dewan Masyarakat Beladin di sini, hari ini.

    ewan bernilai RM3.6 juta itu dijanjikan Najib ketika melawat Beladin pada Februari 2013.-BH
  • Menyamar Mat Saleh Buat Seks Dengan Wanita Australia

    By Yusz Man →


    MELBOURNE: Seorang lelaki kelahiran India dan kini warga Australia dijatuhi hukuman kerja amal 200 jam dalam masa dua tahun kerana menyamar menjadi Caucasia hanya untuk melakukan hubungan seks dengan seorang wanita tempatan.

    Akhbar-akhbar pada Khamis melaporkan, Deepak Dhankar, 29 tahun, mengaku bersalah dan menyesal di hadapan hakim mahkamah daerah Victoria, Jane Patrick, kerana memperdaya mangsa sebagai ‘Mat Saleh’ untuk bersetubuh dengan wanita itu.

    Menurut media Australia, Dhankar yang bekerja sebagai perancang kewangan, mula berkenalan dengan mangsa pada 2012 dengan menyamar sebagai Jamie selepas anak ketiganya lahir dan isterinya enggan berasmara akibat masalah kesihatan.

    Mereka sering berhubung menerusi laman sosial secara talian sebelum mangsa tertarik dengan imej Jamie kerana terpesona melihat foto-foto lelaki itu yang berotot sasa dan rambut warna perang, lantas mengajak tertuduh datang ke rumahnya.

    Dhankar, yang berhijrah ke Australia pada 2003 untuk menyambung pengajian di universiti; dipercayai menerima pelawaan mangsa dan mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita itu meniarap di katil bilik tidurnya sambil menutup mata.

    Aksi ranjang mereka terganggu seketika apabila bayi kecil wanita itu merengek menangis dan ketika itulah baharu mangsa menyedari Jamie bukan lelaki Caucasia apabila terlihat rambut dan tangan lelaki berkenaan sebenarnya adalah berwarna gelap.-mynewshub.cc
  • Wanita Warga Indonesia Edar Dadah Dihukum Mati

    By Yusz Man →


    KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap wanita Indonesia, Ajeng Yulia, 21, kerana bersalah edar 3,004 gram (g) methamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada 2013.

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Mengikut pertuduhan, Ajeng yang juga juruwang dari Jakarta, Indonesia didakwa mengedar dadah berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini, kira-kira jam 11 malam pada 10 November 2013.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.-BH

  • Tiga Maut Helikopter Tentera Iran Terhempas

    By Yusz Man →

    TEHRAN: Tiga orang maut apabila sebuah helikopter tentera Iran terhempas di utara Tehran semalam.

    Nahas itu mungkin disebabkan ribut salji tebal yang melanda wilayah berkenaan sehingga ke Tehran.

    Ia berlaku di pergunungan Alborz , beberapa kilometer utara Tehran.
  • PM Rasmi Projek Hospital Sri Aman

    By Yusz Man →


    SRI AMAN: Majlis Perletakan Baru Asas Hospital Sri Aman telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disini sebentar tadi.

    Projek hospital bernilai RM150 juta dijangka siap sebelum tahun 2018 apabila kerja pembinaan yang akan bermula pada bulan ini.

    Pembinaan hospital tersebut adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih sempurna kepada masyarakat luar bandar.

    Projek Hospital Sri Aman ini telah diumumkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 yang lalu dan mendapat keutamaan Najib selaku Menteri Kewangan sejajar dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.

    Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, dif-dif kenamaan dan wakil-wakil dari pelbagai agensi berkaitan.-Sarawakiana
  • Minyak RON95 Naik Lagi?

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

    Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

    Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

    RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

    Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

    Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

    Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

    Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini.
  • Hafiz Sambut Ulangtahun Semasa Majlis Pertunangan Adiknya

    By Salfian Nawawi →

    Penyanyi sensasi Malaysia Hafiz yang berasal dari Sarawak menyambut ulangtahunnya yang ke-25 tengah malam tadi.

    Difahamkan, hanya ahli keluarga dan sahabat-handai yang terdekat yang menghadiri majlis berkenaan yang diadakan di rumah keluarga Hafiz di Taman Sukma, Kuching.

    Ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan Hafiz menanti tepat jam 12 tengah malam (27 Februari) sebelum menghadiahkan beliau sebiji kek ulangtahun.

    Terdahulu, satu majlis pertunangan adik Hafiz iaitu Ezza Sufiza dengan jejaka pilihanya; Noraziman Mohd Badrol Azhar dilangsungkan ditempat yang sama.

    Hafiz, juga akan melangsungkan pertunangannya dengan gadis pilihan hatinya iaitu Nureffy Jesreel, juga anak tempatan Sarawak pada petang ini. 

    Tahniah Sarawakiana ucapkan kepada Hafiz, Ezza, Effy dan Noraziman di atas pertunangan mereka. - Sarawakiana


  • Liga Europa - Liverpool Tersingkir

    By Yusz Man →


    PARIS: Kelab Turki, Besiktas mengakhiri perjalanan juara Eropah lima kali, Liverpool dalam saingan Liga Europa hasil kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti, awal pagi tadi.

    Beraksi di Stadium Olimpik Ataturk, Besiktas yang ketinggalan secara agregat selepas tewas 1-0 di Anfield menyamakan kedudukan menerusi jaringan Arslan pada minit ke-72 yang mengheret Liverpool ke penentuan penalti selepas kedudukan agregat terikat 1-1.
  • Adi Putra Lawat Rumah Warga Emas, Jumpa Bakal Menantu Perdana Menteri

    By Yusz Man →


    Bagi peminat Adi Putra, ramai di antara mereka pasti tahu bahawa pelakon ini baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 34 tahun semalam dan beliau sempat meluangkan masa melawat rumah warga emas.

    Adi Putra telah meluangkan masa di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Puchong itu yang dikendalikan oleh Puan Muji Sulaiman. Apa yang lebih mengejutkan beliau, kehadiran Adi di situ juga menemukannya dengan bakal menantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) Daniyar Kessikbayev.

    Tersentuh dengan peribadi jejaka kelahiran Kazakhstan itu, , Adi Putra menyifatkannya bakal menantu PM itu sebagai seorang lelaki budiman yang sangat merendah diri.

    Selain itu, Adi Putra juga turut mendoakan agar majlis perkahwinan Daniyar dengan anak PM, Nooryana Najwa, 26, yang bakal berlangsung pada bulan hadapan berjalan lancar di akaun Instagram miliknya.

    Untuk makluman, Najwa bakal diijabkabulkan dengan Daniyar, 26, pada 28 Mac ini di Kuala Lumpur Convection Centre di KLCC.

    Selain itu, kenduri serta majlis resepsi lain akan diadakan di Sri Perdana, Putrajaya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kawasan parlimen PM di Pekan, Pahang.

    Untuk majlis di Sri Perdana, ia diadakan untuk tetamu jemputan istimewa manakala di PWTC dikhaskan untuk pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara.

    Sementara majlis di Pekan pula adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengundi di kawasan terbabit. Majlis bertandang ke Kazakhstan pula akan berlangsung selepas itu.

    Nooryana, anak sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, berkenalan dengan Daniyar ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan sudah mengikat tali pertunangan pada 2011. (rtky)

  • Australia Akan Timbang Permohonan Ekstradisi Sirul

    By Salfian Nawawi →

    PUTRAJAYA: Kerajaan Australia akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi, termasuk melibatkan Koperal Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan kerana membunuh, kata seorang menteri Australia.

    Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton berkata perkara berkaitan Sirul Azhar itu ditimbulkan pada perjumpan beliau dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Khamis.

    Dutton bagaimanapun, menegaskan bahawa perkara itu melibatkan proses undang-undang yang ketat. Ketika mengesahkan kepada wartawan bahawa penghantaran pulang Sirul Azhar adalah antara topik yang dibangkitkan pada perjumpan dengan Ahmad Zahid, Dutton berkata: "Perkara ini boleh memakan masa yang panjang. Kami menghormati sepenuhnya negara anda, kedaulatan undang-undang anda. Namun, ia perlu melalui satu sistem undang-undang yang amat ketat."

    Sirul Azhar ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan, ketika mengubah keputusan Mahkamah Rayuan, mendapatinya dan Cif Insp Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006.

    Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar.

    Pada 20 Jan, Sirul Azhar dilaporkan ditangkap pihak berkuasa imigresen di Queensland, Australia, kerana melakukan kesalahan imigresen.

    Laporan itu juga menyebut bahawa dia ditahan di pusat tahanan imigresen.

    Pada 16 Januari lepas, the Sydney Morning Herald melaporkan bahawa kerajaan Australia tidak akan melayan permintaan kerajaan Malaysia supaya menghantar balik Sirul Azhar. |

    Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang itu diekstradisi bagi menghadapi kesalahan yang membawa hukuman mati.

    Dutton juga dihujani soalan oleh pemberita tentang bagaimana Sirul Azhar boleh membuat dan menerima panggilan telefon berikutan dakwaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa beliau berjaya menghubungi bekas anggota unit tindakan khas itu.

    Bagaimanapun, Dutton berkata beliau tidak dapat menyatakan sama adamana-mana individu di Malaysia telah menelefon Sirul Azhar.

    "Itu sesuatu yang saya tidak dapat sahkan atau nafikan," katanya.

    Isnin lepas, Mahfuz membuat pengesahan di hadapan para wartawan tempatan danantarabagsa bahawa beliau berjaya menghubungi seorang individu, yang mendakwa dirinya sebagai Sirul Azhar, setelah mencuba sebanyak 15 kali untuk berbuat demikian.

    Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia akan membuat permohonan agar Sirul Azhar dihantar pulang dari Australia atau mengatur pertukaran banduan dengan negara itu.

    Menjawab soalan pemberita sama ada Malaysia akan mengemukakan permohonanitu, beliau menjawab: "Ya. Mungkin. Kami mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Australia."

    Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas Dutton beredar dari tempat perjumpaan mereka. Malaysia memuktamadkan perjanjian ekstradisi dengan Australia pada 2006. - mStar
  • Anwar Terima Keputusan, Dia Mengaku...

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses memohon belas ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang pesalah, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

    Beliau berkata tindakan memfailkan petisyen pengampunan membawa maksud Ketua Pembangkang itu mengaku atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

    "Ia menunjukkan Anwar menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku.

    "Permohonan pengampunan itu bukannya untuk menafikan hukuman yang telah dijatuhkan.

    "Sekarang adalah proses mohon belas ihsan bagi pesalah yang dijatuhi hukuman," jelasnya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

    Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

    Ketika ditanya mengenai kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong, yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar, Khairul berkata beliau tidak menyokongnya.

    "Segala hujah, perdebatan, keterangan, alibi, bukti dan pengakuan bersumpah telah dibuat di mahkamah. Apabila keputusan telah dibuat, tidak seharusnya dan sewajarnya perdebatan dibuat di luar mahkamah. "Ia (jika dilakukan) akan menjadi perbincangan umum dengan pelbagai persepsi kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta yang berpaksikan akta danundang-undang. Elakkan daripada persepsi.

    "Saya fikir, biarlah kita bagi ruang kepada pihak-pihak mempertikai ini menerima keputusan yang ditetapkan kerana ia telah diputuskan di peringkat paling tinggi di Malaysia," katanya.

    Selain itu, katanya hampir 16 tahun rakyat dikelirukan oleh pelbagai teori serta andaian dan kini tiba masanya untuk rakyat menerima dan menjadikan kes Anwar sebagai iktibar bahawa tiada siapa akan terlepas daripada undang-undangjika terbukti bersalah.

    Peguam Shaharuddin Ali juga tidak menyokong cadangan perdebatan itu kerana berpendapat ia boleh disalah erti oleh pihak luar yang menyangka keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi.

    "Pihak-pihak luar boleh menyangkakan seolah-olah keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi, padahal ia tidak boleh (dipersoalkan) kerana keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

    "Lapan hakim telah berkata bahawa Anwar bersalah dan hanya satu hakim sahaja iaitu di Mahkamah Tinggi membebaskannya," katanya.

    Menurutnya perbahasan sedemikian juga boleh disalahertikan sebagai menghina keputusan mahkamah.

    "Kena ingat bahawa dalam kes ini, Muhammad Shafee adalah wakil peguam negara dan juga timbalan pendakwa raya, jadi dalam undang-undang, beliau adalah penjawat awam. Adalah tidak elok, mereka yang berstatus penjawat awam untuk berentap sedemikian," katanya. - mStar
  • Semangat Bersatupadu, Tunjang Dalam Persatuan

    By Yusz Man →

    KUCHING: Tanpa adanya semangat bersatu padu ianya adalah mustahil untuk sesebuah pertubuhan tersebut menjayakan apa-apa aktiviti.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Salak di Dewan Serbaguna Kampung Salak pagi tadi.

    Mengucapkan tahniah kepada KRT kampung Salak diatas kejayaan dalam jangka masa setahun penubuhannya, Rahman menyarankan agar setiap jawatankuasa harus aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk menmanfaat penduduk kampung.

    "Kawasan DUN Pantai Damai telah menubuhkan sebanyak 16 buah KRT dan setiap KRT mempunyai keistimewaan yang tersendiri," kata beliau lagi.

    Dalam majlis yang sama, Rahman telah menyerahkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada KRT Kampung Salak untuk aktiviti-aktiviti mereka tahun ini.
    .
    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negeri Sarawak Giri Nyareng dan Pengerusi KRT Kampung Salak Djoesman Supian.- Sarawakiana
  • Lebih Banyak UTC Akan Dibina Di Sarawak

    By Salfian Nawawi → Thursday, 26 February 2015

    KUCHING: Memandangkan Sarawak merupakan negeri yang luas di Malaysia, lebih banyak lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibina di negeri ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seperti yang disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Sarawak memerlukan lebih banyak UTC.

    "Selepas pusingan pertama pembinaan UTC di semua ibu negeri, saya akan mempertimbangkannya dalam pusingan kedua pembinaan dan jika hasil negara bertambah, insyaAllah kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri Sarawak."

    Najib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran UTC Kuching di sini malam tadi.

    Menganggap majlis tersebut sebagai satu majlis menepati falsafah 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib berkata ianya diterjemahkan dalam bentuk projek dan tindakan yang pastinya memberi banyak manfaat kepada rakyat.

    "Sehingga ke hari, UTC Kuching telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 260,000 orang sejak mula beroperasi Oktober tahun lalu," katanya lagi.

    Beliau menjelaskan, UTC Kuching, yang menempatkan 47 agensi kerajaan dan swasta beroperasi di satu bumbung telah dibina dengan kos RM48.5 juta hanya mengambil masa 12 minggu sahaja untuk dijadikan realiti termasuk dua buah lift dan eskulator dan ini merupakan sumbangan kerjaan pusat kepada rakyat Sarawak.

    "Dalam usaha kita melakukan perubahan dan transformasi, negara memerlukan pemikiran dan strategi kreatif, UTC ini adakah hasil saranan itu apabila melakukan percambahan fikiran dan penyelesaian kreatif yang tidak mampu dilakukan mana-mana negara lain," katanya lagi.

    Beliau juga berharap agar UTC Kuching akan dapat menambahkan keyakinan rakyat yakni kerajaan sebenarnya komited dan serius, bukan hanya penambahkbaikan tapi mentransformasikan samaada di bandar dan luar bandar.

    Pada majlis yang sama, Najib mengumumkan bahawa tahun ini Program Khas Haji Yayasan 1MDB kepada 200 imam dan Pengerusi JKKK negeri Sarawak dipilih untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan lain-lain dif kenamanan. - Sarawakiana


  • Pekerja Borders Dilepas Daripada Pertuduhan Sebar Buku Karya Irsyad Manji

    By Yusz Man →


    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini melepaskan tanpa membebaskan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz, daripada pertuduhan menyebar buku karya penulis kontroversi, Irsyad Manji.

    Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nik Raina, yang diwakili peguam Rosli Dahlan, supaya dilepaskan daripada pertuduhan itu.

    Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Zainor Rashid Hassin dan Rosli.

    Dalam keputusannya, Mohd Amran berkata mahkamah mengambil kira bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menyentuh perkara itu (pertuduhan terhadap Nik Raina) dan telah membuat keputusan bahawa pertuduhan itu adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

    Katanya mahkamah mengambil pertimbangan sewajarnya supaya perkara itu tidak kelihatan seperti permasalahan dan percanggahan antara sistem perundangan.

    "Walaupun di negara ini mengamalkan dua sistem iaitu Sivil dan Syariah tetapi rohnya adalah sama untuk memberi kepentingan yang diperlukan. Mahkamah juga mengambil kira ketiadaan status yang jelas mengenai Jabatan Peguam Negara memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan," katanya.

    Pada 30 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan tindakan Jawi menyerbu kedai buku Borders dan merampas buku itu adalah menyalahi undang-undang dan tindakan Jawi menyiasat kes terhadap Nik Raina, yang ketika itu pengurus stor di kedai itu, adalah tidak munasabah dan bersifat mala fide.

    Nik Raina, 39, dilihat menitiskan air mata sejurus keputusan mahkamah itu, dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada hakim.

    Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve, memeluk majikannya, Yau Su Peng, sebelum beredar dari mahkamah.

    Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nik Raina sekali lagi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana keputusan itu memihak kepadanya.

    Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

    Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- BERNAMA
  • Malaysia, Indonesia Setuju Bekerjasama Kongsi Maklumat Risikan Tangani IS

    By Yusz Man →


    KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dalam perkongsian sumber perisikan, selain memantau pergerakan anggota kumpulan militan IS yang pernah berperang di Syria dan Iraq, serta media sosial.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peranan Malaysia dan Indonesia amat penting dan kritikal kerana kedua-dua negara ini memiliki populasi penduduk Islam terbesar di rantau ASEAN.

    "Sesungguhnya ancaman IS adalah benar dan situasi semasa yang berlaku di Iraq, Syria serta beberapa buah negara lain tidak mustahil boleh berkembang ke rantau ASEAN.

    "Rantau ini mempunyai beberapa 'kawasan panas' yang boleh dimanipulasikan untuk menyebarluaskan ideologi IS," katanya dalam sidang media sempena lawatan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

    Berhubung isu persempadanan maritim, Hishammuddin berkata kedua-dua negara bersetuju untuk tidak melanjutkan provokasi dan pertikaian yang mungkin wujud, yang mampu menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

    Mengenai inisiatif mewujudkan Pasukan Pengaman ASEAN, Hishammuddin berkata beliau telah melahirkan hasrat Malaysia untuk mendapatkan sokongan Indonesia dalam merealisasikan konsep pasukan itu di bawah Satu Bendera Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

    "Terdapat tiga fasa di bawah konsep ini iaitu Fasa 1: penerimaan pakai "ASEAN Badge" di kalangan negara anggota, Fasa II: penghantaran misi-misi ASEAN ke luar negara dan Fasa III: penggunaan bendera PBB," katanya.

    Terdahulu, Hishammuddin dan Ryamizard menghadiri mesyuarat bilateral bagi membincangkan pelbagai topik yang menyentuh kepentingan keselamatan dan pertahanan kedua-dua negara dan serantau.

    Lawatan Menteri Pertahanan Indonesia itu bertujuan mengukuhkan hubungan erat dalam bidang pertahanan dan memastikan kestabilan serta keselamatan rantau ini terus dipelihara.

    Sementara itu, Ryamizard berkata dengan kerjasama ini, kedua-dua negara dapat menjaga keselamatan negara masing-masing daripada ancaman pengganas IS yang kini sudah menjadi satu trend.

    " Jika dibiarkan berlarutan pengganas akan bersatu dan menjadi kuat. Ini yang kita tidak inginkan berlaku di negara masing-masing, kita harus kecilkan ancaman ini," katanya.- BERNAMA
  • Tunjuk Perasaan Guru Di Mexico, Seorang Maut

    By Yusz Man →


    ACAPULCO: Seorang penunjuk perasaan maut apabila pertelingkahan berlaku di antara polis Mexico dan guru yang menyekat kawasan Lapangan Terbang Acapulco, kata pegawai hari ini.

    Selain itu, tujuh anggota polis mengalami kecederaan selepas dirempuh bas penunjuk perasaan.

    Kira-kira 5,000 membuat tunjuk perasaan menuntut gaji lebih baik dan keadilan dalam kes 43 pelatih guru yang hilang, bertindak menyekat laluan ke lapangan terbang di pusat peranginan berkenaan selama enam jam sebelum polis anti rusuhan campur tangan.

    "Malangnya, saya dapat pengesahan bahawa seorang mati. Saya tidak dapat memastikan punca kematian, tapi ia adalah seorang yang cedera di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans," kata pegawai perlindungan awam wilayah Guerrero, Raul Miliani.

    Sehubungan itu, jurucakap Kesatuan Sekerja Guru CETEG berkata, mangsa ialah bekas guru berusia 65 tahun, Claudio Castillo dan dipukul oleh anggota polis.

    "Dia ada masalah kesihatan, masalah beralih-alih tempat. Ketika mendapatkan rawatan, sekumpulan anggota polis persekutuan mengalihkan paramedik dan terus memukulnya," katanya.

    Sementara itu, pihak berkuasa kemudiannya membebaskan 99 daripada 106 yang ditahan ketika tunjuk perasaan berkenaan. - AP
  • Anggota ATM Dipantau Elak Terbabit Militan

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau setiap anggotanya secara kolektif supaya tidak terjebak dalam kegiatan militan terutamanya kumpulan IS.

    Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata satu garis panduan telah dikeluarkan sejak pertengahan tahun lepas bagi pemantauan dan sesi kolektif kepada anggotanya.

    Beliau menegaskan melalui pemantauan sedemikian, setakat ini tidak ada warga tentera terbabit atau menyertai kegiatan militan.

    "Kita (ATM) telah meletakkan kaedah yang sesuai untuk memantau pergerakan anggota sejak mereka mula berkhidmat. Jika mereka mula terpesong, maka tindakan pengesanan akan dibuat.

    "Kaunseling akan dilakukan jika terdapat anggota yang menuju ke arah tidak betul," katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena Ulang Tahun ke-82 Tentera Darat di sini, hari ini.

    Menyentuh mengenai penglibatan anggota tentera dalam kejadian bencana banjir, Raja Mohamed Affandi berkata berdasarkan kejadian banjir tahun lepas agensi berkenaan mampu melaksanakan yang terbaik untuk negara.

    "Ketika banjir tahun lepas, kediaman anggota kita di Pasir Mas, Kelantan juga dimasuki air. Namun anggota kita mengetepikan hal peribadinya demi tugas. Saya boleh mengatakan bahawa mereka melakukan yang terbaik demi negara dan masyarakat," katanya.

    Mengenai penglibatan kaum lain dalam bidang ketenteraan, Raja Mohamed Affandi berkata menjadi tanggungjawab semua kaum untuk menyertai perkhidmatan ini untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

    Mengenai Ulang Tahun ke-82 Tentera Darat yang bakal disambut pada 1 Mac ini yang bertemakan "Tentera Darat Teguh Siaga ATM Gah ATM Perkasa", satu perbarisan akan diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Antara acara sempena Hari Tentera Darat, satu demonstrasi keupayaan tentera darat akan dilakukan pada 7 Mac yang bertujuan memperingati serangan yang dilakukan ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013.- BERNAMA
  • JAKIM Akan Keluar Senarai Hadis Palsu Untuk Rujukan Orang Ramai

    By Yusz Man →

    PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan senarai hadis palsu di laman sesawangnya sebagai rujukan kepada orang ramai.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu bagi mengekang kegiatan penggunaan hadis palsu yang banyak disebarkan di internet dan digunakan individu tertentu untuk kegiatan ektremisme.

    "Kita akan gerakan kepakaran yang ada pada JAKIM bagi memantau hadis palsu ini yang kita lihat banyak digunakan bagi amalan tidak betul termasuk menarik orang ramai menyertai kumpulan Negara Islam (IS).

    "JAKIM akan keluarkan senarai hadis palsu ini secara berperingkat bagi rujukan orang ramai," katanya pada sidang media selepas majlis pertemuan bersama bersama ahli lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran dan lajnah tafsir al-Quran di sini sebentar tadi.-BH
  • Pembangkang Sarawak Pastinya Sudah "Gegar" Dengan Adenan Satem?

    By Salfian Nawawi →

    Ketrampilan tegas, fokus dan perihatin yang dipamerkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem pada siaran langsung "Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak" di RTM Auditorium P.Ramlee, Kuching semalam pastinya membuat pembangkang, khususnya di Sarawak tak lena tidur dek kerisauan.

    Mana ke tidak, secara umumnya, Adenan telah secara bersantai menangkis segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini terhadap kerajaan negeri Sarawak.

    Sedar tak sedar, sudah setahun beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dan dalam tempoh tersebut, banyak langkah-langkah siknifikan yang telah diambil beliau dalam usaha memperkasakan kerajaan disamping menarik keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) Sarawak.

    Antara langkah-langkah Adenan yang memberi impak yang besar, khususnya bagi golongan kaum Cina di Sarawak adalah mengenepikan perbezaan politik atas dasar kemanusiaan apabila beliau mengumumkan bantuan sebanyak RM1 juta ringgit untuk merawat kanser yang dialami bekas Pengerusi DAP Sarawak (Mendiang) Wo Ho Leng.

    Secara jujurnya, pada mulanya, ramai yang agak skeptikal akan tindakan beliau ini dan beranggapan ianya hanya membazirkan wang sahaja namun Adenan tetap dengan perinsipnya dan tindakannya menampakkan hasil apabila sedikit demi sedikit sokongan kaum Cina mula beralih kembali kepada kerajaan.

    Langkah seterusnya yang diambil oleh Adenan adalah menurunkan tarif elektrik sehingga 40 peratus bermula dari 1 Jan 2015, iaitu satu isu yang dijadikan propaganda politik pembangkang khususnya DAP Sarawak sebelum ini.

    Namun, Adenan menegaskan, penurunan tarif letrik bukanlah kerana desakan pembangkang tapi atas sebab kemampuan kerajaan berbuat demikian dengan kapisiti pengeluaran elektrik terkini yang dijanakan oleh stesyen-stesyen hydro yang sedia siap bagi mengurangkan beban rakyat.

    Terkini, Adenan telah membunyikan semboyan untuk memerangi pembalakan haram di Sarawak berhabis-habisan sehingga ke tahap membawa mana-mana penjawat am yang terlibat atau bersubahat dengan "pencuri-pencuri kayu" (istilah yang digunakan oleh Adenan) ke muka pengadilan.

    Ketua Menteri Sarawak ini tidak berhenti di setakat itu saja, malah, beliau mengarahkan semua menteri-menteri kabinet menandatangani "sumpah intregiti" dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi menunjukkan keikhlasan dan ketelusan kepada rakyat.

    "Derita" pembangkang bagaikan juga bagaikan tidak berhenti di sana juga malah ianya berlarutan ditambah dengan rancangan selama satu jam yang dihoskan oleh pengecara Sayed Munawar dan disiarkan secara langsung di RTM TV1 semalam sempena tepat setahun Adenan menjadi Ketua Menteri Sarawak dimana beliau menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Sarawak.

    Antara perkara yang disempat disentuh beliau pada program tersebut adalah; Penukaran Polisi Tanah di Sarawak kepada yang lebih mesra dengan rakyat, penekanan perubahan dalam Sekolah Cina Di Sarawak, Pendekatan mesra dengan pihak pembangkang, penekanan pembangunan dan kemansangan luar bandar untuk kemudahan asas, (Letrik, Jalan dan Air), penularan media sosial yang berleluasa dan ini meningkat dimana semua perlu kritis dan bersantun dalam penyebaran maklumat, penambahan kuota untuk guru Sarawak dan sudah dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, Akta Imigrisen yang menjadi keistimewaan Sarawak dengan tujuan menghalang puak pelampau (ekstrimis) agama dan kaum untuk bertandang ke Sarawak, tiada lagi tanah untuk perladangan kepada syarikat swasta, pembekuan pengeluaran lesen balak dan tuntutan masyarakat Dayak berhubung dengan pengunaan istilah kaum di Sarawak.

    Nampaknya pihak pembangkang di Sarawak akan ketandusan isu untuk menghentam kerajaan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka akan diadakan bila-bila masa.

    Apa-apa pun, syabas dan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem kerana sifat keterbukaan dan keikhlasannya memimpin negeri ini dalam suasana yang aman dan harmoni. - Sarawakiana


  • Finalis Amerika Next Top Model 21, Mirjana Puhar Mati Dibunuh

    By uMieySurianie →

    FINALIS America's Next Top Model (ANTM) 21, Mirjana Puhar,19, mati dibunuh di rumah kekasihnya, di Charlotte, Carolina Utara pada Selasa.

    Puhar ditemui mati dibunuh bersama teman lelaki serta dua rakannya.

    Polis dilaporkan berjaya menangkap suspek pembunuhan model tersebut, Emmanuel Yesus Rangel, 19.

    Dia didakwa atas kesalahan melakukan tiga pembunuhan pada Rabu.

    Menurut polis, motif pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah dan suspek dikatakan mengenali mangsa.

    Puhar merupakan finalis America's Next Top Model 21 yang ditayangkan pada Ogos, tahun lalu.

    Sementara itu, Penerbit Eksekutif America's Next Top Model, Tyra Banks dan Ken Mok melahirkan rasa sedih atas kematian Puhar.

    "Kami sangat sedih dengan berita kematian Mirjana Puhar.

    "Dia seorang yang lincah dan boleh maju kehadapan. Doa kami semoga rohnya tenang di sana." - mStar
  • The Red Warriors Menentang Ngap Sayot Malam Esok

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Kelantan FA adalah pasukan yang kuat yang membarisi barisan pemain import dan tempatan yang hebat.

    Sarawak FA akan bertemu dengan Kelantan FA pada hari Jumaat 27 Februari 2015 di Stadium Negeri Kuching dalam kejohanan Piala FA.

    Perlawanan kalah mati ini akan menjadi medan pertemuan yang akan manjanjikan perlawanan yang sengit.

    Pasukan Kelantan dijangka akan menurunkan pasukan terkuat mereka untuk menghadapi Sarawak di Stadium Negeri Sarawak

    Pasukan Kelantan mempunyai rekod yang baik bertemu Sarawak di Kuching. Mereka yang terdesak menjaga imej mereka yang kalah teruk di belasah oleh PDRM pada perlawanan lalu.

    Kesilapan pertahanan pada perlawanan lalu seharusnya menjadi pengajaran yang berguna kepada pasukan ini.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyatakan

    “Untuk seterusnya (perlawanan) jangan bermain secara bertahan. Sekurang-kurangnya empat penceroboh (penjaring gol) mesti berada dalam kesebelasan utama pemain,”
  • Sikap Romantik Suami Kebahagiaan Rumah Tangga Bunga Citra Lestari

    By Yusz Man →


    Pelakon dan pengacara dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari mendedahkan sikap romantik suaminya pelakon Ashraf Sinclair merupkan salah satu kunci kebahagian rumah tangga mereka.

    Bunga, 32, berkata, suaminya yang berasal dari Malaysia sering meninggalkan nota-nota kecil dengan kata-kata manis sebelum keluar meninggalkan rumah.

    "Dia sangat romantik, sejak mengenalinya sehingga kini dia masih orang yang sama dan terbaik buat saya.

    "Dari dulu dia suka meninggalkan nota kecil di tempat tersembunyi di rumah saya dan apabila saya bersedih atau bergembira dia akan meminta saya ambil nota itu. Ketika itu kami bercinta jarak jauh.

    "Sekarang pun sama, dia masih meninggalkan nota seperti di bilik mandi sebelum pergi kerja supaya saya membacanya selepas bangun tidur," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

    Bunga ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Wanita Terbahagia yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

    Sementara itu Bunga berkata, mereka juga mengamalkan prinsip jujur, mempercayai dan terbuka dalam berkomunikasi diantara satu sama lain.

    Katanya, perkara itu diamalkan sejak dalam proses percintaan lagi.

    Semasa bercinta, Bunga dan Ashraf masing-masing dipisahkan oleh dua buah negara.

    "Kami tidak letak batasan kalau berada di luar cuma prinsip saling percaya, jujur dan terbuka dalam komunikasi diamalkan sejak daripada zaman bercinta.

    "Kami bercinta jarak jauh dan perkara itu membuatkan hubungan itu lebih kuat dan saya tidak terlalu bimbang kerana percaya pada prinsip tersebut," ujarnya.

    Ditanya tentang pembahagian masa terhadap kerjaya dan keluarga terutama bersama anaknya Noah yang berusia empat tahun Bunga berkata, mereka cuba membahagi masa sebaik mungkin.

    Menurut Bunga, dia akan berusaha membawa anaknya ke lokasi penggambaran Ashraf bagi menghabiskan masa bersama.

    "Kalau Ashraf sibuk berlakon, saya dan Noah akan ke lokasi penggambaran bagi menemani dia, begitu juga kalau saya yang sibuk, mereka datang menemani saya di lokasi," katanya.

    Dalam pada itu, bercakap tentang lagu Wanita Terbahagia, Bunga berkata, karya itu mengambarkan dirinya yang sedang menjalani sebuah kehidupan keluarga yang sempurna.

    Lagu ciptaan komposer Indonesia Dewiq dan Pay itu juga merupakan kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian selepas dua tahun menyepi.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata Noah Sinclair (4 tahun).-mStar
  • Akim Tak Paksa Stacy Peluk Islam, Dedah Rahsia Cinta Selepas Restu Keluarga

    By Yusz Man →


    Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan pendedahannya mengenai desas-desus hubungan bersama Stacy dibuat baru-baru ini selepas percintaan mereka mendapat restu daripada keluarga wanita berkenaan.

    Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, dia perlu berhati-hati untuk berbicara soal berkenaan kerana tidak mahu melukakan perasaan sesiapa terutama keluarga kedua belah pihak.

    "Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.

    "Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati," katanya kepada mStar Online.

    Terdahulu, Akim menerusi temubual bersama radio Era FM baru-baru ini mengakui mereka adalah pasangan kekasih namun tidak mendedahkan butiran sebenar mengenai hubungan tersebut.

    Menerusi temubual itu Akim mengakui yang beliau dapat merasakan perasaan cinta terhadap Stacy dan mereka kini merupakan pasangan kekasih namun tidak mendedahkan sejak bila.

    Dalam pada itu, Akim berkata, buat masa ini mereka berdua belum merancang untuk menamatkan zaman solo dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.


    Bagaimanapun katanya lagi, pada tahap ini keluarga kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan sekiranya mereka ingin berkahwin dan merestui cinta mereka.

    "Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua.

    "Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut," ujarnya.

    Sementara itu, Akim berkata, dia tidak akan memaksa Stacy untuk memeluk agama Islam sebaliknya membiarkan perkara itu datang daripada keikhlasan hati wanita itu sendiri.

    "Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

    "Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri," katanya.

    Bagaimanapun kata Akim, sepanjang berkawan dengan wanita berkenaan dia melihat Stacy sangat meminati Islam dan sering bertanya soalan tentang pelbagai perkara kepadanya.

    "Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

    "Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah," ujarnya.-mStar
  • Your Lipstick Name Is Now A Status Symbol

    By Yusz Man →


    Fashion has typically been at the forefront of celebrating muses. Case in point: the designer bag. Your status as an It Girl could be instantly solidified by cozying up to a designer and having them whip up a purse in your name. Jane Birkin, whom Hermès' iconic Birkin bag was named for, was apparently sitting next to the fabled designer when her bag fell apart. After explaining her need for a sturdy leather bag, Hermès designed a purse to her specifications. And, as they say, the rest is history.

    There's never really been a beauty equivalent to the It Girl bag. Beauty products are named after flowers, sunsets, and naughty turns of phrase. But, there's recently been an uptick in high-end makeup brands giving lipstick shades human monikers. It's official — we've entered the era of It-Girl lipsticks. But, instead of being one-and-done deals (like Alexa Chung's tote for Mulberry), these roll-outs are happening with more frequency.

    The first brand to set the stage for this trend was NARS with its Audacious Lips collection. For the 40th anniversary of his eponymous line, Francois Nars gave each of his 40 (count 'em) new lipstick hues the name of a famous woman he respected. Audrey, Brigitte, Bette, Greta, and Jane — a whole spectrum of muses were represented. Each shade was different and had its own personality, along with a famous woman's name attached to it.

    Tom Ford took the entire idea and spun it on its head (as he has the tendency to do). His Lips & Boys collection was 50 strong — and named after the important men in his life. "I like the idea of lipsticks named after boys," he remarked in the collection's press release. "Why commit to one when you can have several?" Amen to that, Tom.

    These hues weren't exclusively named for men that Tom has loved romantically. (Although Addison, his first crush, and Richard, his husband, are definite standout shades.) Colin Firth got a shade, and Tom's best friend Rory got one, too. The idea of giving a lipstick a male name was scandalously subversive. Nothing like saying you're wearing a certain man on your lips, am I right?

    Now comes Chanel, closing out this status-naming trend trifecta. The brand's spring collection — Rouge Coco (out in March) — is inspired by Coco Chanel and her closest friends. The 29 shades aren't just for her BFFs, though. They're named for family (nude shades), her muses (corals), and her lovers (red). Chanel's collection is a mix of men and women, proving to be the most inclusive of the bunch.

    The interesting part of these collections is that, unlike the designer bag, there are multiple muses being represented at any given time. And, it's not necessarily a celebrity who is being paid homage — it's someone who is near and dear to the designer's heart. And, since this can range from anyone from the designer's boyfriend to his second-cousin-twice-removed, it's much easier for a consumer to project their personalities onto the lipstick tube that shares their name. Perhaps that's why this trend is becoming so popular. Like nameplate necklaces, it serves to give people a sense of identity. Who wouldn't want to say that their lipstick shares their name, or the name of their significant other?

    With this new trend of lipsticks, anyone could be an It Girl. Whether or not they mean to, these collections level the playing field. Snagging a lipstick with your moniker is like finding a little piece of yourself, right? Now, can someone get to work on a Maria lipstick? I look pretty good in red.

    Like this post? There's more. Get tons of beauty tips, tutorials, and news on the Refinery29 Beauty Facebook page!