Browsing "Older Posts"

  • Gambar Rekahan Bahagian Enjin Pesawat Air Asia ke Vietnam Timbul Tanda Tanya

    By Yusz Man → Saturday, 31 January 2015
    Dari Portal MyKMU:- Seorang penumpang pesawat Air Asia ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) pagi tadi mempersoalkan mengenai keselamatan pesawat terbabit apabila beliau ternampak rekahan / keretakan di bahagian enjin sayap sebelah kiri pesawat.
    Penumpang terbabit yang menghubungi Mykmu.net menyatakan ia dirakamkan sebelum turun dari kapal terbang semasa tiba di Ho Chi Minh.
    Beliau berharap Air Asia memberi penjelasan lanjut sama ada keretakan seperti di bawah sesuatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang.-MyKMU
  • Harga Petrol, Diesel Turun Mulai Esok

    By Yusz Man →

    PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mulai esok mengikut kaedah pengapungan terkawal.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga runcit petrol RON97 pula diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

    "Diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

    Hasan berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

    "Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini," katanya.-BH
  • Ketua Kumpulan Penculik Kanak-Kanak Diberkas - KPN

    By Yusz Man →

    PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berjaya menahan ketua kumpulan penculik kanak-kanak berusia lima tahun di Subang Permai, Selangor pada Sabtu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu menerusi Twitternya @kbab51, mengucapkan syabas kepada polis susulan kejadian tersebut.

    "Mangsa ditemui dikurung di Port Dickson. Alhamdulillah, mangsa selamat," katanya.

    Lima suspek turut ditahan berhubung kes penculikan tersebut.

    Ketika dihubungi bapa saudara kepada mangsa culik itu yang enggan dikenali berkata keluarga mereka akhirnya dapat menarik nafas lega.

    "Kami dimaklumkan oleh polis pada tengah malam dan pada masa ini, mangsa sedang menjalani penilaian perubatan dan rawatan di hospital," katanya.
  • Cybersecurity Malaysia Keluarkan Nasihat Mengenai 'Ransomware'

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, yang merupakan pusat kepakaran dan keselamatan teknikal siber di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan satu makluman berbentuknasihat mengenai "Ransomware", Sabtu.

    Ransomware merupakan sejenis perisian internet (malware/virus) yang menjangkiti komputer dan menyekat akses ke dalam sistem sehingga sejumlah wang tebusan dibayar kepada penciptanya, bagi tujuan membukanya semula.

    Malware/virus ini akan cuba memeras ugut wang daripada mangsa melalui satu menu pop timbul pada skrin komputer.

    Menu ini menyatakan bahawa komputer mereka telah dikunci atau semua fail dalam komputer tersebut telah ditutup dengan kod tertentu dan kemudian, meminta pembayaran tebusan bagi memulihkan akses komputer.

    "Pencipta Ransomware ini meletakkan ketakutan dan kepanikan ke atas mangsa, menyebabkan mereka memetik pautan tersebut atau membayar tebusan dan ini menyebabkan mereka terkena virus tambahan yang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab dalam satu kenyataan pada Sabtu.

    Ransomware yang menyasarkan pengguna kediaman dan perniagaan boleh menyebabkan kehilangan sementara atau kekal, maklumat sensitif atau dokumen pemilikan, gangguan ke atas operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat pemulihan sistem dan fail, serta kemudaratan kepada reputasi sesebuah organisasi.

    Jika komputer seseorang pengguna telah dijangkiti dan menerima mesej Ransomware, mereka dinasihatkan supaya tidak mengikuti arahan bayaran, sebaliknya, terus membuat laporan kepada pusat bantuan Cyber 999.

    "Pembayaran wang tebusan tidak menjamin fail-fail yang dikunci dibebaskan. Ia hanya memberikan mereka yang berniat jahat ini, wang mangsa dan dalam sesetengah kes, maklumat perbankan.

    "Sebagai tambahan, melepaskan kunci fail-fail tadi bukan bermakna pengguna sudah bebas dari jangkitan virus tadi," kata DrAmirudin. -BERNAMA
  • Media Plays Important Role In Highlighting SEB's Issues

    By uMieySurianie →

    KUCHING: The Sarawak-based media has been very supportive in giving Sarawak Energy Berhad (SEB) a balanced coverage including the not-so-positive stories.

    SEB Chief Executive Officer (CEO) Datuk Torstein Dale Sjotveit said that, this means giving SEB the opportunity to present their side of our story on the work that they do, as well as on the various issues that confront SEB.

    He said this in his speech at the SEB Media Appreciation Night held at the Borneo Convention Centre Kuchingt (BCCK) near the city here last night.

    Torstein also expressed his appreciation to the Kuching Division Journalists Association (KDJA) and Commonwealth Journalists Association (CJA) for working together with Sarawak Energy to develop the Hydropower Development and Social Progress Awards for 2014.

    He said that, the main objective of the award is to encourage research and writhings on hydropower and the social progress it can bring.

    "Before this intiative, there were not many articles and stories on hydropower in the local media. This could be due to the difficulty in sourcing for first hand information o the subject."

    "As many of you saw during the SEB's media trip to Murum in December last year, the Sarawak Government has brought many positive changes to the communities through the Resettlement Action Plan."

    "While there are some improvements required in the process, I can tell you that what we have for the people in Murum is amongst the best world has ever seen," he added.

    "But most important, media can highlight what SEB are doing goes beyond Murum that is the power generated benefits the whole of Sarawak, translating into foreign investment and job, housing and enducation," said Torstein.

    "There is a transformation happening in Sarawak that is not always visible in Muru, in Samalaju and Mukah that will benefit the whole state, both now and the future generations," he said adding that this should be reported consistently and frequently.

    Announcing that SEB are planning more events to deepen the media’s knowledge of the transformation, Torstein also said that a workshop will be organized for you better understand how electricity is generated and transmitter and our role as a fully integrated utility as requested.

    "We will also try work with other agencies to give media members the opportunity view for yourselves the achievements of SCORE in Samalaju and the mushrooming of the energy intensive industries that we are power in the state," he added. - Sarawakiana.

  • Keadaan Malaysia Selamat Bagi Pengunjung

    By Salfian Nawawi →

    Mesej utama yang hendak disampaikan menerusi Program Kembara Persahabatan Borneo Ride 2015 ialah Malaysia adalah selamat kepada pengunjung termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

    Pengerusi Program Kembara Persahabatan Borneo Ride 2015, Sulaiman Samia'an berkata, inilah mesej yang ingin kami sampaikan yakni Malaysia sememangnya selamat bagi pengunjung luar dan dalam negara ini biarpun mereka menggunakan motosikal untuk menjelajahi Malaysia.

    "Kita membawa mesej keamanan yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah selamat kepada pengunjung termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

    Konvoi tersebut melibatkan 56 peserta menggunakan sebanyak 32 buah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

    "Kembara persahabatan yang sejauh 2,300 kilometer bermula di sini hingga ke Kota Kinabalu, Sabah dan dalam tempoh 10 hari, insyaAllah, kami akan melalui bandar-bandar di Sarawak dan Sabah."

    "Kami bertolak dari Kuching mereka akan melalui Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Keningau, Tawau, Sandakan, Kundasang dan Kota Kinabalu," tambahnya lagi.

    Beliau menerangkan, setiba di Lahad Datu, pihak Esscom juga akan memberi sedikit penerangan kepada konvoi ini.

    Sulaiman berkata demikian ketika ditemui pemverita sebelum pelepasan Kembara Persahabatan Borneo Ride 2015 oleh Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk haji Abdul Karim Rahman Hamzah di Hotel Merdeka Palace di Kuching pagi tadi.

    "Konvoi itu juga akan diiringi penunggang motosikal berkuasa tinggi di bandar dilalui termasuk di Brunei dan ini menunjukkan kesatuan dan semangat persahabatan mereka tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan pandangan politik," katanya lagi. - Sarawakiana
  • Individu Tak Dikenali Lepaskan Tembakan Di Sibu, Sarawak

    By Salfian Nawawi →


    SIBU: Polis kini sedang menyiasat motif seorang individu yang belum dikenalpasti identitinya yang telah melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah bangunan hotel di pusat bandar Sibu, Sarawak semalam.

    Sumber Sarawakiana menyatakan, seorang penyelia keselamatan bangunan tersebut telah dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai beberapa kesan kerosakan pada bangunan tersebut lebih kurang jam 8 pagi.

    Terdapat enam kesan dipercayai bekas terkena tembakan pada cermin kedai pada bangunan hotel itu manakala tiga kesan tembus pada pokok berdekatan jalan utama berdekatan dengan premis berkenaan, kata sumber tersebut lagi.

    Berdasarkan pellet peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percayai individu tersebut telah melepaskan tembakan mengunakan senapang patah.

    Kes di siasat di bawah Sekyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu melepaskan tembakan bukan dilapang sasar dan sehingga berita ini ditulis, tiada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes ini. - Sarawakiana
  • Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

    By Yusz Man →
    Paras air terkini adalah 4.26 m.-Sumber: Pusat gerakan Operasi Negeri Sarawak

    KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 58 orang daripada 14 keluarga setakat 8.30 pagi ini berbanding 48 orang daripada 12 keluarga malam tadi.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata, dua pusat pemindahan masih beroperasi, iaitu di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri yang menempatkan 30 mangsa daripada enam keluarga dan Balai Raya Sebauh, Bintulu yang menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga.

    Sementara itu, jurucakap Bilik Operasi Banjir Pejabat Daerah Kecil Beluru, Ricky Bayang, ketika dihubungi untuk mengesahkan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan berkata, keadaan banjir di Bakong bertambah baik dengan air Sungai Bakong semakin surut.- BERNAMA

  • Serangan Udara AS Bunuh Pakar Senjata Kimia IS

    By Yusz Man →


    WASHINGTON: Serangan udara pakatan diketuai Amerika Syarikat membunuh seorang pakar senjata kimia IS di Iraq yang pernah berkhidmat dengan Saddam Hussein, menurut pegawai tentera AS.

    Menurut kenyataan pihak tentera, serangan udara yang dilancarkan Sabtu lalu berhampiran Mosul itu membunuh Abu Malik yang "memberikan kumpulan pengganas itu keupayaan membuat senjata kimia".

    Malik pernah berkhidmat di kilang senjata kimia ketika pemerintahan Saddam dan menyertai Al-Qaeda di Iraq pada 2005 sebelum menyertai kumpulan IS.

    "Kematian beliau dijangka mengurangkan sementara dan mengganggu jaringan pengganas dan mengurangkan keupayaan ISIL (IS) untuk mengeluarkan senjata kimia," menurut kenyataan Central Command.-BH
  • 9 Kereta Jimat Minyak Yang Boleh Didapati di Malaysia

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA → Friday, 30 January 2015

    Perodua Axia
    21.6 Km/L
    100KM = RM 8.80
    Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.


    Mitsubishi Mirage
    21 Km/L
    100KM = RM 9.10
    Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.


    Mitsubishi Attrage
    21 Km/L
    100KM = RM 9.10
    Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.


    Hyundai i10
    18.9 Km/L
    100KM = RM 10.10
    Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.


    Honda City 2014
    17 Km/L
    100KM = RM 11.20
    Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.


    Myvi 1.3
    17 Km/L
    100KM = RM 11.20
    Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.


    Peugeot 208
    16 Km/L
    100KM = RM 11.90
    Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.


    Volkswagen Polo Sedan
    15.4 Km/L
    100KM = RM 12.30
    Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.


    Proton Iriz
    14.5 Km/L
    100KM = RM 13.20
    Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.
  • Jumlah Mangsa Banjir Di Miri Bertambah

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat tengah hari ini kepada 48 orang daripada 12 keluarga berbanding 38 orang daripada 10 keluarga pagi tadi.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata sehingga 12 tengah hari ini masih kekal dua pusat pemindahan yang beroperasi, masing-masing di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri dan Balai Raya Sebauh, Bintulu.

    Katanya, 20 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong dan 28 orang daripada lapan keluarga berada di Balai Raya Sebauh, Bintulu. – BERNAMA
  • Persenda Tragedi MH370, KPN Arah Siasat Pemilik Twitter

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang mempersendakan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, dengan mendakwa ia bukannya kemalangan.

    Khalid melalui laman Twitternya meminta Pusat Tindakan Siasatan Siber polis (CIRC) untuk mengesan dan menyiasat pemilik akaun 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Twitternya @NajibRazak yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa MH370 berikutan pengumuman khas oleh Jabatan Penerbangan Awam.

    "PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini," katanya.

    Khalid juga memaparkan gambar di laman Twitternya terhadap identiti dan kenyataan 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri di twitter @NajibRazak.

    Semalam kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas dan semua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

    Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

    Sebanyak 153 orang daripada penumpang adalah warga China; 38 warga Malaysia; tujuh warga Indonesia dan enam warga Australia.

    Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui biarpun selepas misi mencari besar-besaran digerakkan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh selepas melencong daripada laluan. - BERNAMA
  • Letupan Gas Di Hospital Mexico, Tiga Terbunuh

    By Yusz Man →
    gambar hiasan

    BANDARAYA MEXICO: Letupan trak gas memusnahkan hospital bersalin Bandaraya Mexico, menyebabkan dua bayi dan seorang jururawat terbunuh dan berpuluh lagi cedera manakala puluhan ibu bergegas menyelamatkan bayi masing-masing yang baru lahir ketika bangunan mula runtuh.

    Ratusan anggota penyelamat, termasuk yang membawa anjing pengesan, menggali runtuhan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak di Cuajimalpa selepas kejadian letupan itu biarpun pihak berkuasa berharap tiada sesiapa yang terperangkap.

    "Masih terngiang-ngiang tangisan bayi di bawah runtuhan itu dan jeritan rakan setugas," kata Ivonne Ortega, jururawat yang cedera ketika membantu memindahkan bayi yang baru lahir.

    Setiausaha Kesihatan Bandaraya Mexico, Armando Ahued, berkata seorang jururawat dan bayi terbunuh di tempat kejadian manakala seorang bayi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital lain.-BH
  • Buat Umrah Dulu, Tempoh Tunggu Kini 65 Tahun Untuk Tunai Haji

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji.

    Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu diberikan kerana jumlah rakyat berdaftar untuk menunaikan haji kini sudah mencecah 1.6 juta orang.

    “Kuota jemaah haji negara kini adalah kira-kira 27,900 orang dan selepas dikurangkan, ia hanya 22,320 orang sahaja bagi setiap tahun. Seandainya individu itu mendaftar tahun ini, mereka akan mengambil kira-kira 65 tahun lagi untuk dapat menunaikan haji,” katanya.

    Abdul Azeez mengulas tempoh menunggu bagi setiap rakyat negara ini yang berhasrat untuk menunaikan haji seandainya mendaftar pada tahun ini.

    Pada 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun untuk ke Tanah Suci. Kata Jamil Khir, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan ibadah itu.

    Bagaimanapun kata Abdul Azeez, perkara itu akan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor kesihatan dan juga umur pemohon.

    “Faktor umur adalah yang paling utama kerana kami akan bagi peluang kepada individu berumur 65 tahun ke atas yang belum pernah menunaikan haji untuk pergi terlebih dahulu,” ujarnya.

    Dalam pada itu kata Abdul Azeez rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem kini berjumlah 17,000 orang. Dari segi caj pula katanya, harga sedia ada setiap jemaah adalah RM16,155 seorang tanpa subsidi.

    “TH memberi subsidi RM6,175. Maka harga pakej biasa ialah RM9,980 bagi jemaah kali pertama,” jelasnya.

    Astro Awani
  • Kecewa Kerana Tak Laku, Lelaki Ini Cuba Jual Teruna

    By uMieySurianie →

    ROMANIA: Seorang lelaki mengiklankan terunanya untuk dilelong pada ruangan iklan di sebuah akbar kerana dirinya tidak “laku” yang mana tidak mendapat sambutan kaum wanita.

    Seb Ciercies, 29, sangat kecewa dan mengaku yang dirinya tidak sekacak pelakon terkenal Brat Pitt bagaimanapun bukan seorang yang hodoh. Dia telah menetapkan harga lelongan untuk dirinya sebanyak RM3,850 namun tidak mendapat bidaan dari mana-mana wanita.

    “Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.

    “Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.

    Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.

    “Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya. ─ Siakapkeli.com.my
  • Lima Sekeluarga Bunuh Diri Kerana Takut Kiamat

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Amerika Syarikat : Lima sekeluarga yang ditemui maut pada 27 September lepas disebabkan oleh kebimbangan 'berlakunya kiamat', kata polis.

    Keluarga tersebut, Benjamin dan Kristi Strack, bersama-sama anak mereka berumur 11, 12 dan 14 tahun ditemui tidak bernyawa di rumah mereka kerana pengambilan dadah berlebihan.

    Menurut Yahoo News, polis menjumpai surat-surat lama Kristi Strack yang dialamatkan kepada banduan yang juga sebelum membunuh ahli keluarganya 'atas nama tuhan'.

    Dalam sidang media Selasa lepas, Ketua Polis J Scott Finlayson memberitahu, salah seorang ahli keluarga berkenaan, Benson Strack, 14, telah menulis sebuah surat mengucapkan 'selamat tinggal'.

    Mayat lima sekeluarga berkenaan ditemui oleh Janson Strack, 18, anak sulung keluarga tersebut. - Sinar Harian
  • Remaja Bersenjata Tawan Studio Penyiaran

    By Yusz Man →

    Sebuah saluran televisyen terkemuka Belanda mengalami detik cemas luar biasa pada Khamis apabila seorang remaja menyerbu masuk studio berita berkenaan dan mengugut dengan menggunakan sepucuk pistol untuk bersiaran langsung.

    Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar kimia sebuah universiti itu pada mulanya berjaya masuk ke bangunan berkenaan selepas menyamar sebagai agen risikan.

    Suspek yang mengenakan sut hitam kemudian cuba merampas studio yang sedang mengadakan siaran langsung untuk meneruskan agendanya.

    Terkejut dengan kehadiran remaja bersenjata itu, wartawan yang sedang mengendalikan siaran langsung bersama kru lain bertindak keluar dari studio berkenaan.


    Keadaan itu menyebabkan siaran langsung masih diteruskan dengan lelaki bersenjata itu mahu mengendalikan program berkenaan.

    Bagaimanapun kehadiran sepasukan anggota polis berjaya menahan lelaki itu tanpa sebarang kejadian tembakan berlaku.

    Polis dalam kenyataan memberitahu, remaja itu turut mengugut bahawa beberapa letupan bom akan berlaku di seluruh Belanda jika permintaannya tidak dipenuhi.

  • Jari Marwan Dipotong Untuk Pengesahan DNA

    By Yusz Man →
    Marwan dipercayai maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan komando polis Filipina.

    MANILA: Semasa Marwan terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan komando polis awal pagi Ahad, Pasukan Tindakan Khas (SAF) iaitu pasukan polis elit Filipina, memotong jari kanannya untuk memastikan mereka mendapat DNA pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara itu.

    Insiden berbalas tembakan dengan Marwan yang juga pemilik nama sebenar Zulkifli Hir itu berlaku di perkampungan Pidsandawan di bandar Mamasapano, wilayah Maguindanao.

    Superintendan Raymond Train mahu anak buahnya membawa bersama mayat Marwan ketika kumpulan tersebut berundur selepas membunuh pengganas tersebut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota pengganas yang lain.

    Namun, pertempuran itu menyukarkan usaha tersebut dan komando polis bertindak memotong jari dari tangan kanan pengganas itu.
    Dua versi laporan pengekstrakan DNA pada mulanya diterima, yang pertama mengatakan komando telah memenggal kepala Marwan dan kedua, memotong jarinya.

    Namun Pengarah Polis, Getulio Napenas dan seorang pegawai dari Suruhanjaya Presiden Anti-Jenayah Terancang (PAOCCP mengesahkan komando telah memotong jari di tangan Marwan.

    "Jari, satu jari di tangan kanannya," kata pegawai PAOCC.

    Train membawa jari tersebut ke Kem Awang di Maguindanao untuk ujian DNA, menurut laporan tersebut.

    Sebelum beredar, seorang komando sempat mengambil gambar mayat Marwan, kata sumber.
    Mayatnya ditinggalkan di dalam sebuah pondok.

    Presiden Benigno Aquino III, dalam ucapan yang disiarkan menerusi stesen televisyen di negara itu pada Rabu melaporkan kematian pakar pembuat bom dari kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah itu.

    Terdahulu, Murad Ebrahim, pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), mengesahkan dalam temu bualnya dengan stesen radio di Cotabato City bahawa Marwan terbunuh dalam operasi polis di Mamasapano.-mStar
  • Patuhi Larangan Bermain Mercun/Bunga Api - Pesuruhjaya Polis Sarawak

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengingatkan orang ramai supaya mematuhi larangan bermain mercun dan bunga api sempena Tahun Baharu Cina ini atas faktor keselamatan.

    Malah menurut Sabtu, kesalahan bermain mercun boleh dipenjara tidak melebihi satu bulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 (5), Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

    Dalam perkembangan berkaitan, Sabtu juga mengingatkan bahawa mengilang, memiliki dan mengimport mercun dan bunga api tanpa lesen merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 4 (2), Akta Bahan Letupan 1957.

    Jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

    “Larangan bermain mercun dan bunga api masih kekal sejak 1995 dan seperti yang telah saya jelaskan, kesalahan bermain mercun dan bunga api boleh didenda mengikut akta yang berkaitan.

    “Setakat ini kerajaan hanya memberi kelulusan untuk ‘Happy Boom’ dan ‘Magic Pop’ kerana tidak mengandungi bahan membakar dan tidak membahayakan,” tegasnya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak di Padang Kawad IPK di sini, semalam.

    Terdahulu dalam ucapan sempena perhimpunan tersebut, Sabtu berkata secara keseluruhannya, keselamatan dalam negeri berjaya dikekalkan sehingga membolehkan kegiatan ekonomi berjalan lancar dan mencatat kadar pertumbuhan yang memberangsangkan.

    Setiap ketua polis daerah, ketua polis balai dan semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus ‘Put On Your Thinking Cap’ untuk mencari dan menghasilkan pendekatan baharu dan inovatif bagi menurunkan jenayah supaya negeri selamat.

    “Dalam usaha kita mentransformasikan landskap ini, usaha kita mestilah lebih kreatif dan inovatif dengan kaedah yang lebih berkesan, saintifik dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ini,” katanya.

    Mengulas mengenai perhimpunan itu, Sabtu berkata perbarisan pada pagi itu bukanlah hanya satu perbarisan semata-mata tetapi pengisian atur cara yang merangkumi lafaz ikrar, nyanyian lagu polis dan penyampaian sijil-sijil penghargaan yang perlu dihayati oleh setiap peringkat pegawai dan anggota.

    Oleh itu katanya, majlis berkenaan perlu dilihat sebagai arena untuk menerapkan nilai-nilai yang dapat membentuk kekuatan spiritual dan mental yang kental terutama dalam membentuk peribadi yang mulia, taat setia serta produktif ketika melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

    Pada perhimpunan itu semalam, Sabtu turut menyampaikan surat penghargaan kepada 26 anggota pelbagai pangkat dan lima pegawai awam yang berkhidmat cemerlang kepada polis.

    Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak SAC Datuk Jasmani Yusoff, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK SAC Datuk Pahlawan Zulkifli Hassan dan Pemangku Ketua Cawangan Khas IPK ACP Mohamad Morshidi Mustapha. - UB
  • Penumpang #MH370 Diisytiharkan Meninggal ‘In Absentia’

    By Yusz Man →

    Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Dewan Serbaguna DCA,Putrajaya, lewat petang tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa MH370 secara rasminya disahkan hilang.

    “Dengan berat hati, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 mengalami kemalangan, mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago,” umum Azharuddin.

    Dalam sidang akhbar itu, beliau juga telah mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

    Pengisytiharaan kematian tanpa kehadiran fizikal si mati ini digelar sebagai in absentia.

    In absentia merupakan istilah perundangan yang membawa maksud “di dalam ketiadaannya”.


    Seseorang boleh diisytiharkan mati (diisytiharkan mati tanpa kehadiran fizikal atau dianggap mati di sisi undang-undang) walaupun jika tiada bukti langsung mengenai kematian orang itu, seperti dapatan mayat (contohnya, satu mayat atau rangka) yang boleh disahkan merupakan milik si mati.

    Pengisytiharan seperti itu biasanya dibuat apabila seseorang telah hilang untuk tempoh masa yang lama dan tiada apa-apa keterangan yang membuktikan bahawa orang itu masih hidup, – atau selepas tempoh yang singkat namun faktor persekitaran sebelum kehilangannya menjadi bukti kukuh untuk membolehkan beliau diisytiharkan mati.

    Pengisytiharan melibatkan penumpang dan ahli krew MH370 boleh diletakan dalam kategori bukti kukuh dari faktor persekitaran untuk kematian In Absentia dibuat.

    Lojiknya, sukar untuk kita menerima semua mereka masih hidup bukan.

    Konsep ini mungkin sukar diterima, namun banyak kes in absentia yang dilaporkan di dada akhbar.

    Salah satu daripadanya adalah kes yang membabitkan hartawan kelahiran Korea-Amerika Syarikat, Patrick McDermott.

    Pada tahun 2005, Patrick McDermott telah dilpaorkan hilang semasa belayar di San Pedro, California.

    Setelah hilang selama hampir sepuluh tahun, Mc Dermott diisytiharkan mati oleh kerajaan California selepas usaha pencariannya menemui jalan buntu.-MyNewsHub
  • Seramai 2,433 Guru Ditempatkan Di Sarawak Tahun Ini

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Seramai 2,433 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ditempatkan di sekolah rendah dan menengah termasuk di pedalaman di negeri ini.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Serina Sauni menerusi kenyataan akhbar semalam berkata penempatan PPP itu adalah untuk menampung keperluan guru bagi permulaan tahun 2015 di Sarawak.

    Beliau menjelaskan bahawa sekolah menengah dan sekolah rendah di Sarawak telah menerima masing-masing seramai 503 orang dan 1,930 orang terdiri daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk menampung keperluan guru bagi permulaan tahun 2015.

    “Pelaksanaan penempatan guru baharu menengah kali ini melibatkan kesemua 167 sekolah menengah kebangsaan termasuk 10 sekolah menengah di pedalaman,” katanya.

    “Manakala penempatan guru sekolah rendah melibatkan penempatan seramai 459 guru j-QAF dan 1,471 guru akademik ke 1,032 sekolah kebangsaan dan 220 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Sarawak,” katanya.

    Serina berkata guru yang ditempatkan pada Januari 2015 terdiri daripada graduan lulusan IPTA tempatan dan luar negara (program kembar) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.

    “Dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan Anjakan 2 PPPM 2013–2025, sekolah menengah di Sarawak juga telah dibekalkan dengan tiga guru opsyen Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis) bagi mengisi keperluan kedua-dua bahasa ini di sekolah-sekolah yang terpilih,” jelasnya.

    Justeru, beliau menaruh harapan agar guru terbabit dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi dan penuh komitmen dalam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. - UB
  • Sarawak Dijangka Terima Kemudahan Komersial PFLNG1

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Sarawak dijangka menerima kemudahan komersial pertama di dunia dalam industri minyak dan gas iaitu kemudahan Gas Cecair Asli Terapung Petronas 1 atau PFLNG1, menjelang hujung tahun ini.

    Dengan tibanya kemudahan itu di Malaysia menerusi subsidiari yang dimiliki sepenuhnya Petronas Floating LNG 1 (Labuan) Ltd, bakal menembusi sempadan baharu dalam pengeluaran LNG, bagi pesisiran pantai negeri ini.

    Kemudahan yang juga dijangka memulakan operasi awal tahun depan itu memiliki kapasiti 12 juta tan setahun (mtpa) dengan sasaran akan ditauliahkan di Medan Kanowit (Kanowit Field), iaitu 180 km pesisir pantai Bintulu.

    Petronas percaya apabila PFLNG1 beroperasi nanti, ia dijangka mengubah landskap perniagaan LNG.

    Kemudahan sedemikian akan membuktikan bahawa pencairan, pengeluaran dan proses pemunggahan LNG, dahulu hanya dapat dilakukan di loji-loji atas pantai, dapat dijalankan ratusan kilometer dari darat dan lebih dekat dengan sumber gas luar pantai.

    Matlamat utama kemudahan itu dikatakan untuk mendapat faedah kewangan daripada medan gas yang terkandas seperti Medan Gas Kanowit di pesisiran pantai Sarawak yang diklasifikasikan sebagai ‘medan coklat’.

    Menurut risalah yang diedarkan kepada media, saiz badan PFLNG1 adalah 300 meter panjang, 60 meter lebar dan 33 meter dalam.
    Kepanjangannya dikatakan sepanjang tiga padang bola sepak manakala kedalamannya dilaporkan setinggi tingkat bawah sehingga aras 75 Menara Berkembar Petronas.

    Model PFLNG1 itu semalam dipamerkan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2015 di ruang pameran Petronas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

    Model yang dipamerkan turut menjadi perhatian Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa mengadakan lawatan ke pameran IEW 2015 sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama pempamer. - UB
  • Kronologi Operasi SAR MH370 Sejak Hari Pertama Dilapor Hilang

    By Yusz Man →
     
    KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 selepas hampir 11 bulan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 2.40 pagi, 8 Mac 2014.

    Pesawat itu hilang di 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada sebarang isyarat kecemasan diterima daripada pesawat B777-200 itu yang membawa 239 orang.

    Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

    Penumpang terdiri daripada 38 warganegara Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (seorang), Itali (seorang), Taiwan (seorang), Belanda (seorang), dan Austria (seorang).

    Susulan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR antarabangsa dan sehingga hari ini, pencarian pesawat itu masih dijalankan.

    Berikut ialah urutan peristiwa operasi SAR MH370:

    * 8 Mac (Hari 1) – Operasi SAR bagi mencari pesawat MH370 dilancarkan pada 5.30 pagi, yang melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN235, empat EC725 dan dua helikopter Augusta, serta sembilan kapal terdiri daripada enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Laut China Selatan.

    * 9 Mac (Hari 2) – Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan carian diperluaskan dari Laut China Selatan ke Selat Melaka. – Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan anggota dan aset mereka untuk membantu carian itu. – Radar TUDM merekodkan pesawat MH370 (dan disahkan kemudian) menuju ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia melalui Selat Melaka sebelum ia hilang 200 batu nautika dari barat laut Pulau Pinang pada 2.15 pagi.

    * 10 Mac (Hari 3) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi SAR MH370. – APMM menerima keputusan ujian tumpahan minyak yang dikesan di luar pantai Vietnam. Ia menunjukkan keputusan negatif untuk bahan api pesawat. Minyak itu digunakan sebagai bahan api kapal kargo.

    * 12 Mac (Hari 5) – Menteri Pengangkutan dan Pemangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan beberapa isu: kemungkinan MH370 terbang melepasi Selat Melaka, kerjasama pakar-pakar penerbangan antarabangsa dan manifes Penerbangan MH370.

    * 14 Mac (Hari 7) – carian antarabangsa diperluaskan ke arah barat Lautan Hindi. – USS Kid milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba di seksyen barat laut Selat Melaka untuk membantu usaha carian.

    * 15 Mac (Hari 8) – Perdana Menteri Malaysia berkata komunikasi terakhir pesawat MH370 dengan satelit kemungkinan berlaku di satu daripada dua koridor iaitu koridor utara meliputi kawasan utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan atau koridor selatan merangkumi Indonesia ke selatan Lautan Hindi

    - Najib berkata pesawat itu diterbangkan selama berjam-jam secara ‘perlahan yang konsisten’ selepas ia hilang daripada radar utama. – Najib berkata misi SAR memasuki fasa baharu di koridor utara dan koridor selatan. Australia dan Indonesia menegetuai carian di kawasan masing-masing. Sejumlah 26 negara terlibat dalam operasi carian itu. – Najib berkata operasi SAR ditamatkan di Laut China Selatan.

    * 16 Mac (Hari 9) – Hishammuddin berkata pegawai-pegawai Malaysia saling berhubung dengan 15 negara di sepanjang koridor utara dan koridor selatan untuk mendapatkan bantuan berhubung pesawat MH370.

    * 17 Mac (Hari 10) – Hishammuddin berkata operasi multinasional SAR melibatkan 26 negara bermula di koridor utara dan koridor selatan.

    * 18 Mac (Hari 11) – Hishammuddin berkata kawasan operasi SAR di koridor utara dan koridor selatan adalah sejumlah 2.24 juta batu nautika persegi. – Beliau berkata operasi carian memberi tumpuan kepada empat tugasan; mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit; analisis data radar pengawasan; meningkatkan aset udara dan darat selain menambah pakar teknikal dan pakar bidang berkaitan.

    - Tiga juta orang menyertai satu daripada usaha penyumberan terbesar yang diketuai oleh pengendali satelit, DigitalGlobe, untuk mencari di kawasan SAR MH370 seluas 24,000 kilometer, dengan lebih banyak imej diberikan setiap hari termasuk kawasan di Lautan Hindi.

    * 19 Mac (Hari 12) – Hishammuddin menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 dilihat terbang rendah di Maldives.

    * 20 Mac (Hari 13) – Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memberitahu objek yang mungkin berkaitan dengan MH370, dikesan di selatan Lautan Hindi, yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth. – Hishammuddin berkata operasi SAR diteruskan walaupun dengan penemuan objek oleh Australia, sehingga pengesahan lanjut dibuat.

    * 21 Mac (14 Hari) – Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dilihat di selatan Lautan Hindi pada Khamis berkaitan dengan penerbangan MH370.

    * 22 Mac (Hari 15) – Hishammuddin berkata tiada objek dikesan seperti yang dikenal pasti pihak berkuasa Australia di kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

    * 23 Mac (Hari 16) – Hishammuddin berkata Malaysia menyampaikan cerapan imej baharu satelit daripada pihak berkuasa Perancis kepada pusat penyelarasan carian Australia.

    * 26 Mac (Hari 19) – Najib berkata Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam carian MH370. – Hishammuddin berkata imej baharu satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370 di kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

    * 27 Mac (Hari 20) – Hishammuddin berkata Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan ke Perth, Australia yang merangkumi DCA (Jabatan Penerbangan Awam), MAS, TLDM dan TUDM. – Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata 11 pesawat dan lima kapal pasukan carian multinasional ditugaskan mencari pesawat Boeing 777-200ER di selatan Lautan Hindi.

    - Carian dibahagikan kepada dua kawasan dalam jarak sama meliputi 78,000 kilometer persegi.

    * 28 Mac (Hari 21) – AMSA berkata kawasan carian MH370 beralih kepada lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia. – Kawasan carian baharu adalah kira-kira 319,000 kilometer persegi dan sekitar 1,850 kilometer di barat Perth. – Amerika Syarikat menghantar pesawat kedua P-8 Poseidon Patrol dari Armada Ketujuh ke Perth, Australia untuk membantu usaha carian.

    * 31 Mac (Hari 24) – Pihak berkuasa mempunyai kira-kira seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam MH370 kerana isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam bergantung kepada kuasa bateri yang hayatnya berakhir selepas 30 hari. Operasi carian multinasional telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth, Australia, sebagai kawasan kemungkinan pesawat itu berakhir.

    Hishammuddin berkata 10 termasuk satu pesawat awam dan 10 kapal meninjau kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

    * 1 April (Hari 25) – AMSA berkata 10 pesawat dan sembilan kapal sedang mencari MH370 dengan kawasan carian meliputi kira-kira 120,000 kilometer persegi. – Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) untuk menyelaraskan carian MH370.

    * 2 April (Hari 26) – AMSA berkata 10 pesawat dan sembilan kapal mencari MH370 di kawasan seluas 221,000 kilometer persegi.

    * 3 April (Hari 27) – Najib tiba di Perth, Australia untuk melihat sendiri operasi carian MH370 dan mengadakan pertemuan dengan Abbott.

    JACC berkata kawasan carian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 1,680 kilometer barat-utara-barat Perth, Australia dengan melibatkan lapan pesawat dan sembilan kapal.

    * 4 April (Hari 28) – JACC berkata carian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan operasi dasar laut di selatan Lautan Hindi untuk mengesan ‘pinger’ kotak hitam.

    * 5 April (Hari 29) – JACC berkata pengesan kotak hitam yang digunakan oleh kapal peronda Haixun 01 milik China mengesan dua isyarat detik di selatan Lautan Hindi.

    * 6 April (Hari 30) – JACC berkata isyarat detik lain dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield, kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik dikesan Haixun 01.

    * 7 April (Hari 31) – JACC berkata Ocean Shield mengesan dua isyarat detik, dengan pengesanan pertama direkodkan selama dua jam dan 20 minit manakala yang kedua selama 13 minit.

    * 9 April (Hari 33) – pakar-pakar Amerika dan Australia mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan oleh kapal mencari MH370 di selatan Lautan Hindi adalah daripada peranti buatan manusia dan bukannya bunyian semula jadi dari laut, berdasarkan kadar frekuensinya.

    * 10 April (Hari 34) – JACC berkata pesawat Australia mengesan satu kemungkinan isyarat semasa mengendalikan carian akustik di selatan Lautan Hindi.

    * 11 April (Hari 35) – JACC mengesahkan bahawa isyarat yang dikesan oleh sebuah pesawat AP-3C Orion Australia sehari sebelum itu di kawasan carian Lautan Hindi tidak berkaitan dengan pesawat pengesan dasar laut Beacon.

    * 12 April (Hari 36) – JACC berkata Ocean Shield menumpukan cariannya dengan pengesan lokasi pinger untuk mencuba dan mencari isyarat berkaitan dengan kotak hitam.

    * 13 April (Hari 37) – Ocean Shield mengesan tumpahan minyak di selatan Lautan Hindi, kata JACC.

    * 14 April (Hari 38) – Kenderaan dasar laut autonomous (AUV) Bluefin-21 digunakan dalam operasi carian pesawat MH370.

    * 15 April (Hari 39) – Data yang dikumpul kira-kira enam jam oleh Bluefin-21 diambil dan dianalisis.

    * 16 April (Hari 40) – Tiada objek yang mempunyai kepentingan ditemui daripada data yang dikumpul Bluefin-21 dalam misi pertamanya pada 14 April bagi membantu mengesan bangkai pesawat MH370, kata JACC.

    * 17 April (Hari 41) – Tompokan minyak yang dikesan Ocean Shield didapati bukan cecair enjin atau hidrolik atau pesawat, kata JACC.

    * 21 April (Hari 45) – Carian visual disambung dengan pesawat dan kapal digerakkan semula ke selatan Lautan Hindi manakala Bluefin-21 meneruskan misinya.

    * 22 April (Hari 46) – Carian udara diteruskan meskipun Taufan Tropika Jack melanda selatan Lautan Hindi.

    * 23 April (Hari 47) – JACC berkata bahan yang tidak dikenali terdampar 10 kilometer di timur Augusta, 322 kilometer selatan Perth. – Carian udara dihentikan sementara kerana cuaca buruk.

    * 24 April (Hari 48) – Bahan terdampar di pantai Augusta disahkan bukan daripada Penerbangan MH370.

    * 26 April (Hari 50) – Bluefin-21 menghadapi isu teknikal – JACC.

    * 28 April (Hari 52) – Operasi carian bersedia memasuki fasa baharu dengan lebih tumpuan akan diberikan kepada kawasan dasar laut lebih besar – JACC.

    * 29 April (Hari 53) – Terdapat dakwaan bangkai pesawat MH370 ditemui di Teluk Benggala, Bangladesh.

    * 2 Mei (Hari 56) – Hishammuddin mengumumkan Malaysia, China dan Australia akan mengadakan mesyuarat tiga hala di Canberra pada 5 Mei. – JACC mengesahkan tiada apa-apa ditemui di Teluk Benggala.

    * 5 Mei (Hari 59) – Carian memasuki fasa baharu dengan operasi dipergiat di dasar laut selatan Lautan Hindi.

    * 15 Mei (Hari 69) – SAR utamakan carian di dasar laut, syarikat-syarikat Malaysia menawarkan aset-aset untuk membantu operasi carian itu.

    * 17 Mei (Hari 71) – Kapal China akan mengendalikan kajian Bathymetric. * 29 Mei (Hari 83) – Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) merumuskan kawasan pengesanan isyarat sebagai tempat berakhirnya MH370.

    * 9 Jun (Hari 94) – Malaysia telah membelanjakan RM27.6 juta pada fasa pertama SAR.

    * 26 Jun (Hari 111) – Carian beralih jauh ke selatan Lautan Hindi, dan kemungkinan besar M370 dikemudi secara pandu auto sebelum ia hilang – JACC.

    * 31 Julai (Hari 146) – JACC berkata kajian Bathymetric oleh Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang lengkungan ketujuh di selatan Lautan Hindi berjalan dengan baik. — LAGI MH370-KRONOLOGI 16 KUALA LUMPUR

    * 4 Ogos (Hari 150) – KD Mutiara TLDM, kapal hidrografi menyertai carian operasi SAR. – Petronas membiayai sebanyak RM67 juta untuk penempatan peralatan dasar laut dan kapal sokongan untuk carian MH370.

    * 6 Ogos (Hari 152) – Firma Belanda Fugro Survey Pte Ltd akan menerajui carian laut dalam MH370.

    * 20 Ogos (Hari 166) – Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menghantar delegasinya ke Canberra, Australia minggu depan untuk membincangkan fasa seterusnya bagi carian MH370 selain meninjau isu perkongsian kos antara Australia dan Malaysia.

    * 24 Ogos (Hari 170) – Hishammuddin berkata negara-negara yang mengambil bahagian dalam carian pesawat MH370, tidak memfailkan apa-apa tuntutan dengan Malaysia setakat ini.

    * 28 Ogos (Hari 174) – Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Australia bagi menyediakan rangka kerja dan kerjasama lebih luas dalam carian MH370.

    * 6 Sept (Hari 182) – Abbott berkata Malaysia dan Australia masing-masing komited untuk menyumbang AUD60 juta (RM180 juta) dalam usaha mencari pesawat MH370 dalam fasa baharu carian dasar laut.

    * 19 Sept (Hari 195) – Hishammuddin berkata syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, bersama-sama dengan Deftech dan konsortium Phoenix International akan menghantar sebuah Kapal Induk GO Phoenix dan Pro Synthetic Aperture Sonar atau ProSAS, yang akan ditunda untuk menyertai carian.

    * 8 Okt (Hari 214) – Berdasarkan analisis terkini yang dijalankan oleh pasukan dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia, carian dasar laut bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke kawasan lebih jauh ke selatan di lengkungan ketujuh Lautan Hindi. – Menurut laporan, lokasi baharu carian itu adalah hasil daripada pengemaskinian data dan maklumat komunikasi satelit daripada panggilan telefon darat ke udara selama 17 minit yang tidak berjawab, selepas maklumat radar terakhir, kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

    * 21 Okt (Hari 227) – Kapal sewaan Malaysia, GO Phoenix, dalam keadaan baik untuk siasatan dasar laut penerbangan MH370, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari. – Go Pheonix akan menyertai operasi kapal sewaan Malaysia-Australia, Fugro Discovery dan Fugro Equator.

    * 22 Okt (Hari 228) – Hishammuddin berkata Malaysia optimis dengan usaha carian MH370 berdasarkan penggunaan peralatan canggih terkini.

    * 27 Okt (233 hari) – Indonesia belum mengesahkan serpihan ditemui di perairannya milik penerbangan MH370, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Ruhaizah Mohamed Rashid.

    * 5 Nov (242 hari) – JACC berkata carian sudah dijalankan di kawasan lebih 3,000 kilometer persegi di lengkungan selatan Lautan Hindi, yang bertujuan mengenal pasti sebarang bukti penting seperti bangkai pesawat dan perakam penerbangan untuk membantu siasatan Malaysia.

    * 13 Nov (Hari 250) – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, kerajaan telah memperuntukkan RM33,461,861.50 untuk menanggung kos operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17 dengan 3,732 penjawat awam terlibat dalam operasi itu. * 17 Dis (Hari 283) – JACC berkata kapal Fugro Equator telah melengkapkan kajian bathymetric di seluas 208,000 kilometer persegi kawasan carian di Lautan Hindi.

    * 7 Jan (Hari 304) – Carian dasar laut sudah dilakukan di kawasan seluas 14,000 kilometer persegi, kata JACC dan menambah kawasan carian dasar laut semasa mungkin dapat diselesaikan pada Mei 2015.

    * 29 Jan (Hari 326) – Ketua Pengarah DCA Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan Penerbangan MH370 yang hilang diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban. – BERNAMA
  • Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang

    By Yusz Man →


    DHAKA: Bot nelayan yang terlebih muatan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk memasuki Malaysia karam di perairan Bangladesh mengakibatkan 24 penumpangnya masih hilang, menurut polis negara berkenaan.

    Pasukan kecemasan bagimanapun sempat menyelamatkan 32 Bangladesh di Teluk Bengala selepas bos berkenaan dihanyutkan kira-kira 2.5 kilometer (km) ke pesisir pantai, kata polis.

    "Sekurang-kurangnya 24 orang masih lagi hilang. Pasukan pengawal pantai dan polis masih menjalankan operasi menyelamat.

    "Setakat ini, kami dimaklumkan bot itu membawa sehingga 60 penumpang yang menuju ke Malaysia untuk masuk secara haram," kata Ketua Polis, Masud Alam.

    Stesen televisyen swasta negara itu, Somoy melaporkan kira-kira 100 penumpang menaiki bot yang karam berhampiran Pulau Kutubdia itu.

    Dalam kejadian itu, bot berkenaan dipercayai dibadai ombak kuat sebaik berlepas dari pekan berhampiran pantai di selatan pelabuhan Chittagong," kata Alam lagi.
    Ribuan warga Bangladesh miskin dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar cuma masuk ke Malaysia setiap tahun melalui jalan laut, malahan ada maut ketika mengharungi perjalanan 3,200 kilometer itu.-mStar
  • 'Facebook Lite' Akan Bolehkan Facebook Diakses Dengan Sambungan 2G

    By Yusz Man → Thursday, 29 January 2015

    SAN FRANCISCO: Facebook mencatat untung lebih tinggi berikutan peningkatan pendapatan daripada iklan menerusi medium mudah alih.

    Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan ia akan membuat lebih banyak pelaburan untuk menjamin aliran pendapatan masa depan daripada terlalu menumpukan kepada keuntungan tinggi yang segera.

    Pengasas bersama, Mark Zuckerberg menganggap 2014 sebagai tahun melabur dengan 'pertaruhan besar' disalurkan kepada komunikasi mudah alih dan perkomputeran generasi akan datang yang diterjemahkan menerusi pembelian WhatsApp dan Oculus, firma pemula mengkhusus dalam realiti maya.

    Dalam suku keempat berakhir 31 Disember 2014, untung Facebook naik kepada AS$696 juta (RM2.5 bilion) yang disandarkan kepada lonjakan pendapatan sebanyak AS$3.85 bilion (RM13.9 bilion).

    Bagi tahun kewangan 2014, untung Facebook naik hampir sekali ganda kepada AS$2.9 bilion (RM10.5 bilion) yang disandarkan kepada pendapatan yang meningkat 58 peratus kepada AS$12.8 bilion (RM46.12 bilion).

    Bagaimanapun, pelabur agak bimbang dengan peningkatan 87 peratus kos dan perbelanjaan syarikat media sosial terbesar itu.

    Dengan itu, saham syarikat itu susut sedikit kepada AS$75.05 (RM270) dalam urus niaga selepas sesi dagangan semalam.

    Walaupun banyak pesaing mendakwa semakin ramai yang hilang minat terhadap Facebook terutama dalam kalangan pengguna muda, bilangan pengguna media sosial itu meningkat kepada 1.39 bilion.

    Zuckerberg dalam taklimat kepada penganalisis kewangan berkata syarikat itu kini fokus untuk memberi khidmat kepada seluruh dunia menerusi projek seperti Internet.org yang memerlukan Facebook membuat pelaburan besar dalam beberapa tahun akan datang.

    Dalam usaha Zuckerberg menjadikan Facebook sebagai wadah interaksi penduduk dunia, syarikat itu dikatakan sedang menguji aplikasi mudah versi resolusi rendah untuk digunakan telefon mudah alih dengan sambungan internet berkualiti rendah seperti di negara yang sedang membangun.

    Seorang jurucakap syarikat itu memberitahu, 'Facebook Lite' menerusi aplikasi Android umpamanya disasarkan kepada pengguna yang hanya sekadar mempunyai sambungan 2G atau di kawasan yang mana sambungan internet adalah terhad.

    Facebook juga mengumumkan aplikasi miliknya seperti Instagram, Messenger dan WhatsApp kini masing-masing mempunyai pengguna aktif sebanyak 300 juta, 500 juta dan 700 juta sebulan. - AFP
  • Penggunaan Lambang PDRM Tidak Dibenarkan

    By Salfian Nawawi →

    KUCHING: Orang awam sama-sekali tidak dibenarkan menggunakan lambang atau logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) baik yang dalam bentuk pelekat ataupun pada pakaian.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, sesiapa (orang awam) yang ditangkap menggunakan lambang PDRM boleh diambil tindakan di bawah Akta Polis.

    "Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang bukan dari entiti PDRM menggunakan lambang PDRM kerana ianya meyalahi undang-undang."

    Beliau ditanya pemberita mengenai penggunaan lambang PDRM yang agak berleluasa sejak kebelakangan ini di Kuching.

    Roslan ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Siri Pertama buat tahun ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Simpang Tiga di sini pagi tadi.

    Mengenai terdapat beberapa permis yang dikatakan menjual pelekat PDRM secara terbuka, Roslan berkata polis akan memantau dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana individu, samaada, memiliki, mengguna dan menjual lambang PDRM.

    Jelasnya lagi, hanya beberapa pihak sahaja yang telah diberikan kebenaran bertulis oleh PDRM untuk menjual barangan yang mempunyai lambang PDRM.

    "Baru-baru ini, polis Kuching telah menangkap seorang lelaki yang memiliki beberapa barangan yang mempunyai logo PDRM dan suspek akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat kerana penyamaran sebagai penjawat awam (PDRM)," kata Roslan lagi. - Sarawakiana
  • EKSKLUSIF: Sarawak Perlukan Litar Perlumbaan Sukan Bermotor (Siri 1)

    By Salfian Nawawi →
    Azmin meraikan kemenangan dalam salah satu dari perlumbaan yang disertainya
    Sarawak sebenarnya mempunyai ramai belia berbakat besar dalam industri sukan bermotor negara kita namun, kerana ketiadaan penganjuran perlumbaan, litar lumba yang selamat dan mencukupi serta perhatian yang kurang dari pihak atasan, bakat dan kebolehan mereka sukar diketengah dan dikembangkan.

    Demikianlah luahan hati seorang pengiat sukan bermotor tempatan, saudara Azmin Ramlie yang menambah, platform dan pelan jangka pendek dan jangka panjang harus dirangka untuk mengubah halatuju sukan bermotor di negeri kita.

    "Dengan keluasan negeri Sarawak dan jumlah belia yang ada sekarang, kita mampu menganjurkan kejohanan sendiri seperti apa yang pernah dilakukan dari tahun 2007 hingga 2012."

    Berpendapat penganjuran seumpama ini, secara tidak langsung akan menarik kemasukan pelabur luar untuk melabur di Sarawak, Azmin juga merasakan ianya juga pasti akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat negeri kita.

    Azmin, yang kini berusia 36-tahun, anak kelahiran Kuching telah berkecimpung dengan sukan bermotor seawal usia 14-tahun kerana minat berkata demikian ketika ditemui Sarawakiana.

    Beliau pernah mewakili beberapa pasukan motor menyertai kejohanan Sarawak Cup Prix dari tahun 2007 - 2012 malah pengalaman dan penglibatannya dalam sukan ini memboleh beliau dilantik sebagai "marshal" perlumbaan di Kejohanan Moto Grand Prix (GP) di Sepang (2007-2012), Formula One pada tahun 2008 dan turut mengambil bahagian dalam Kapchai Malaysian Endurance Race pada tahun 2013-2014 di venue yang sama.

    "Untuk seorang pelumba dari Sarawak tampil mempamerkan kebolehannya bersaing di Semenanjung agak sukar kerana faktor kos yang sangat tinggi serta peluang dan ruang terhad yang ada di sana menjadikan peluang bagi pelumba kita untuk menonjolkan diri agak tipis di samping ketinggalan dari sudut teknikal serta kurangnya pengalaman kesan dari ketiadaan penganjuran di negeri Sarawak sendiri."

    "Kami tidak takutkan persaingan, namun sudah semestinya pasukan dan penaja disana sudah mempunyai pelumba mereka sendiri," jelasnya lagi.

    "Ini turut didorong oleh faktor pengalaman berlumba, kemahiran yang tinggi serta kos yang jauh lebih murah kerana pasukan dan penaja tidak perlu menyediakan tiket penerbangan dan tempat penginapan kepada pelumba untuk datang berlatih dan berlumba disana."

    Beliau merasakan, dengan adanya litar lumba yang baik dan mencukupi, ianya pasti akan menjadi sebuah platform terbaik untuk mencungkil bakat, mengasah kemahiran dan mempamerkan potensi sebenar belia kita.

    Disamping itu, tambahnya lagi, ianya pasti akan dapat membantu mengurangkan masalah lumba haram dan segala masalah sosial lain yang sering dikaitkan dengan sukan bermotor.

    "Sedar atau tidak, Sarawak mempunyai ramai pelumba bertaraf Asia. Nama-nama seperti Ahmad Abdul Kadir, Mohamad Hafiz Rashid, Mohamad Zamhari Abdul Hadi telah berjaya tampil di perlumban peringkat Asia mewakili Malaysia."

    "Bayangkan, dengan kemudahan dan perhatian yang sangat minima, kita mampu melahirkan pelumba sehebat ini, bagaimana pula sekiranya kita menyediakan kemudahan yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang?," katanya lagi. - Sarawakiana

    *Sarawakiana akan membuat laporan susulan mengenai artikel ini dalam masa yang terdekat.
  • Sikap Lebih Waspada Elak Kemalangan Kanak-kanak Di Rumah

    By uMieySurianie →

    KOTA DAMANSARA: Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah dititikberatkan dalam menangani kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dirumah seperti yang telah terjadi ke atas kanak-kanak yang terjatuh dari rumah pangsa semalam.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim menyaran agar ibu bapa, penjaga dan masyarakat supaya lebih memberi keutamaan kepada penjagaan kanak-kanak agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

    Beliau menzahirkan rasa sedih dan simpati ke atas kejadian yang telah menimpa kanak-kanak yang berusia lima tahun yang dipercayai maut akibat terjatuh dari rumah pangsa tingkat enam di Kota Damansara, Petaling Jaya.

    Kejadian yang melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan tidak selamat hingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.

    Rohani berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus membantu keluarga mangsa kerana ibu kandung mangsa adalah penerima Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan sejak tahun 2013 hingga kini.

    Dalam masa yang sama, JKM juga turut menyediakan perkhidmatan sokongan kepada ahli keluarga yang lain seperti perkhidmatan kaunseling untuk mengatasi trauma akibat daripada kejadian yang menimpa dan lain-lain perkhidmatan sekiranya bersesuaian. - Sarawakiana