JAKARTA: Kisah seorang pramugari pesawat AirAsia Indonesia yang memuat naik gambar di rangkaian media sosial yang tertera tulisan "I Love You From 38000 ft', amat menyentuh perasaan.

Detik.com dalam laporannya hari ini berkata, salah seorang kru pesawat QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu adalah pramugari Khairunisa Haidar Fauzi, 22, yang cukup aktif di media sosial.

Laporan itu berkata, pramugari yang lebih selesa dipanggil Nisa ini kerap menjadikan Instagram sebagai salah satu media sosial untuk memuat naik banyak gambar mengenai foto kegiatan hariannya.

"Setelah hilangnya AirAsia QZ8501, salah satu gambar dari Instagram Nisa yang banyak tersebar di media sosial ialah gambar yang dimuat naik dua dua minggu lalu.

"Foto berkenaan menampilkan sehelai kertas yang ditempalkan di tingkap pesawat. Di kertas berwarna coklat itulah terdapat tulisan tangan Nisa 'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya sayang anda dari 38,000 kaki) dengan berlatar belakangkan ada pemandangan sayap pesawat yang berada di atas awan," kata laporan itu.

Dipercayai gambar berkenaan itu diambil ketika Nisa sedang bertugas sebagai pramugari di AirAsia.

"Nisa juga membuat keterangan pada gambar iaitu: 'Yes! I love you :x #love #caption #wings #aircraft'," kata Detik.com.

Setelah QZ8501 dilaporkan hilang, ratusan komen ditulis pengguna Instagram dengan kebanyakan menyatakan perasaan sedih, malah ada juga yang berharap Nisa boleh membaca semua komen berkenaan.

Susulan itu, keluarga pramugari berkenaan agar Nisa terselamat dalam kejadian yang menimpa pesawat QZ8501 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, Ahad lalu.

Ayahnya, Haidar sangat berharap anak perempuannya itu dapat ditemui dengan selamat.

"Harapan semoga Nisa mampu ditemui dengan selamat," kata Haidar di kediamannya Jl Pipa Nomor, Kelurahan Pipa Reja, Kemuning, Palembang, semalam.

Nisa menjadi pramugari AirAsia sejak 2013. Dia adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan lahir di Palembang pada 11 Mei 1992.

Kali terakhir Nisa menghubungi keluarganya adalah pada malam sebelum dia bertugas pada penerbangan pertama dari Surabaya menerusi pesawat QZ8501 pada jam 5.35 waktu tempatan. - Detik.com

KUALA KANGSAR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih rendah, malam ini.

"Dari segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.

"Saya mengharapkan peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan perniagaan mereka (peniaga)," katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan banjir di sini Rabu.

Beliau berkata pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu barangan itu.

"Pengguna ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi peniaga. Apabila perkara ini berlaku ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah, peniaga pun ada untung," katanya.

Mengenai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya kawasan itu masih boleh dilalui pembekal ayam...ayam tidak patut naik harga sampai RM30 kecuali sesuatu kawasan itu terputus hubungan.

"Tetapi ada kawasan yang tidak banjir pun, tiba-tiba naik harga barang, itu mengambil kesempatan dalam kesempitan dan perbuatan sedemikian tidak berkat," katanya. - Bernama

Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelumnya manakala diesel diturunkan sebanyak 30 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Sehubungan itu, harga runcit pada Januari bagi RON95 ditetapkan pada  RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan senarai harga runcit baru petrol menerusi satu kenyataan sebentar tadi.- Sarawakiana

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hopes to build a safer, more prosperous, and more equal society next year, by focusing on the lives and needs of the rakyat.

Prime Minister in his End of Year Message on his blog, www.najibrazak.com Wednesday said in the months and years ahead, his focus was on the rakyat.

"Although Malaysia's economic performance has been exceptional, I know that people do not always feel they are getting their piece of our national success.

"So alongside our efforts to strengthen our economy by raising incomes, reducing spending, and boosting productivity, we will also work to reduce inequality by narrowing the gap between the rich and poor," he said.

Najib said he was confident that Malaysia's economy would continue to grow, and bring more jobs and a better standard of living, because of the strong fundamentals, and clear and consistent government policy.

"Our economy is on track to grow by 5.7 per cent this year, and 4.7 per cent in 2015. Our deficit is falling, our reserves are strong; we have trusted financial institutions, low unemployment, and record levels of foreign investment.

"Malaysia's economy is well placed to weather any storms," he said.

Najib said Malaysia needed to be proactive to build a resilient economy that was prepared for any eventuality.

"With global events causing problems for many countries, I am pleased that we have already taken measures to protect our economy. Just last week, the World Bank confirmed that Malaysia remains in a strong position precisely because we acted to rationalise subsidies," he said.

He said the Goods and Services Tax (GST), which would be introduced on April 1 next year, would help strengthen the government finances so that Malaysia could continue productive expenditure on things like roads, schools and hospitals for the benefit of the people.

"And alongside the GST, we will continue the reforms to make our economy more competitive, which will bring more opportunities for our businesses and higher income for the people," he said.

Najib said that to ensure the safety and security of the Malaysian people from the increasing threats of terrorist groups, the government had introduced a new terrorism white paper and was also strengthening the country's cooperation with foreign intelligence agencies.

"My greatest responsibility as the prime minister is to ensure the safety and security of the Malaysian people. Our position is quite clear; we reject this so-called Islamic State. We reject this state defined by extremism. And we condemn the violence being committed in the name of Islam," he said.

On recent floods suffered in several states, Najib said the government s priority was to get help to people who need it now, with the supplies and assistance for those who were stranded or displaced, and financial support, so that people can get their lives back together.

Next year, he said, the government's priority was to rebuild the infrastructure, businesses and homes that were damaged in an environmentally friendly way so that future floods would not be more likely or more damaging.

Najib said Malaysia would play a much bigger role in the region and world affairs in the year to come. - Bernama
Tentera Indonesia mengusung keranda mengandungi mayat dua mangsa AirAsia QZ8501 yang ditemui di luar pantai Borneo di sebuah pangkalan tentera di Surabaya, hari ini. (Reuters)
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.

"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.

Dengan penemuan itu, sudah 10 mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang). Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan sejak Isnin lepas. – Bernama

SURABAYA: Identiti tiga daripada tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah dikenal pasti.

Perkara itu dimaklumkan oleh komandan kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan, sebentar tadi.

Mayat yang sudah dikenal pasti adalah:

1) Hayati Lutfiah berasal dari Tegalsari, Surabaya

2) Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari

3) Kevin

Sementara itu, Yayan berkata, dua daripada tujuh mayat berkenaan sudah diterbangkan ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah manakala empat lagi masih berada di dalam KRI Bung Tomo sementara satu lagi mayat sedang dibawa naik.

Setakat ini, anggota SAR menemui tujuh mayat tiga semalam dan empat hari ini - dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu, dengan satu mayat berpakaian pramugari dan satu lagi dengan jaket keselamatan. - Detik.com

Entah apa masalah seorang netizen yang menggunakan nama akaun Facebook AS Mansor yang menghina Sarawak dengan sedemikian rupa di salah satu komen beliau.

"Nak malu apa, sarawak bukannya ada apa. Negeri pun tak maju. tempat pun tak menarik. Kalau nak melancung ke Sarawak batalkan saja niat tu, buat rugi duit saja ke Sarawak. Negeri Sarawak mundur, negeri pulak tak cantik pun." - AS Mansor

Apakah yang telah rakyat Sarawak lakukan terhadap AS Mansor sehinggakan beliau terlalu membenci dan menghina Sarawak sedemikian rupa?

Biar apa pun masalahnya, saudara AS Mansor tidak sepatut mengecam Sarawak secara keseluruhannya sebegitu.

Apakah dosa kami di Sarawak ini sehingga saudara AS Mansor menghina kami?

Sedangkan apabila saudara-saudara seMalaysia kami di Semenanjung menghadapi apa jua masalah dan bencana, kami di Sarawak dan Sabah pun turut menangis kesedihan. Malah, kamilah jua di antara yang pertama yang menawarkan pertolongan.

Alhamdullillah saudara AS Mansor, biarpun Sarawak mundur sepertimana yang saudara katakan, kami bangga kerana Sarawak adalah di antara negeri-negeri yang paling banyak menyumbang perolehan kepada Malaysia.

Kami juga bersyukur Sarawak selama ini, bukan saja berkembang dengan pesat namun tolenrasi dan perpaduan di antara pelbagai kaum dan ethnik di Sarawak semakin kuat dan jitu, rakyatnya hidup dalam keadaan damai dan harmoni. 

Mengenai dakwaan AS Mansor, Sarawak tiada tempat cantik, tahukah saudara AS Mansor DUNIA telah mengiktirafkan Gunung Mulu iaitu Taman Negara terbesar di Sarawak sebagai Warisan Dunia dan tercantik pada tahun 2000. Apakah kecantikan di Sarawak yang telah diiktiraf DUNIA tidak mencapai standard kecantikan di mata AS Mansor?

Admin juga percaya, komen saudara AS Mansor tidak mewakili keseluruhan rakan-rakan SeMalaysia kami dari Semenanjung.

Provokasi seumpama ini tidak menguntung sesiapa malah, ianya hanya mengundang kepada kebencian, perpecahan dan sakit hati.

Oleh itu, admin berharap, cukup-cukuplah menyakitkan hati rakyat Sarawak, kitakan 1Malaysia? - Sarawakiana

EDMONTON (Alberta): Sembilan orang, termasuk tujuh dewasa dan dua kanak-kanak ditemui mati dalam tiga lokasi jenayah berasingan dengan apa yang disifatkan polis sebagai pembunuhan beramai-ramai terburuk di Edmonton hari ini.

Ketua Polis Edmonton, Rod Knecht dalam sidang medianya berkata, pembunuhan itu ekoran daripada keganasan domestik.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita yang dijumpai mati malam tadi oleh pegawai polis selepas mendapat maklumat bunyi tembakan di sebuah rumah di selatan Edmonton. - AP


SUBANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan seorang individu yang terbabit menyebar berita palsu mengenai bencana banjir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan dibuat di Kuala Lumpur, dua hari lalu namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan siasatan masih dijalankan.

"Individu yang menyebar ini ramai, lebih dari empat orang. Kita sedang kesan mereka ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan banjir di Redland Aviation Service Sdn Bhd, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di sini, sebentar tadi.-BH


Pendedahan yang dibuat pengarah drama, Jinggo kononnya ayah kepada Puteri Balqis Azizi bersikap sombong menerusi laman sosial Facebook bukan kerana ingin menjatuhkan reputasi pelakon kanak-kanak itu.

Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya berkata, dia berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang dianggap tidak berbudi bahasa apabila mengeluarkan kata-kata kesat menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

"Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini.

"Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.


Pada Isnin, Jinggo telah memuat naik status di Facebook mendakwa ayah kepada pelakon kanak-kanak itu bersikap sombong dengan menuduh produksi miliknya, JS Pictures Sdn Bhd cuba mempermainkan Puteri Balqis apabila membatalkan tawaran untuk dia terlibat dalam drama Syurga Nur bawah syarikat produksi berkenaan.

Jinggo juga mendakwa ayah pelakon kanak-kanak itu turut meminta pelbagai syarat termasuk bayaran 50 peratus sebelum menerima skrip yang ditawarkan kepada anaknya.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online pada Selasa, ibu Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz berasa kecewa dengan fitnah yang dibuat Jinggo.

Sementara itu, Jinggo menjelaskan, pihak produksi terpaksa membatalkan pengambilan Balqis sebagai pelakon drama mereka selepas melihat jadual kanak-kanak itu begitu padat sehingga sukar untuk mereka membuat susunan jadual.

"Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat.

"Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat. Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan.

"Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia serik untuk menawarkan Balqis terlibat dengan drama terbitannya pada masa depan, kata Jinggo, pihaknya masih terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis memandangkan pelakon kanak-kanak itu seorang yang amat berbakat.-mStar

Jakarta : Empat lagi mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui pagi ini termasuk seorang pramugari.

Mayat pertama iaitu lelaki ditemui 6.06 pagi, mayat kedua satu mayat wanita berpakaian seragam pramugari ditemui 6.45 pagi dan mayat ketiga seorang lelaki ditemui 6.56 pagi.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, anggota kapal KD Lekir menemui satu mayat pada 9.20 pagi ini di sektor satu.

Mayat itu sudah diambil dan akan diserah kepada kapal Tentera Laut Indonesia KRI BANDA ACEH, katanya menerusi Twitter.

Setakat ini tujuh mayat sudah ditemui namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Usaha SAR masih dijalankan namun sedikit terganggu akibat keadaan cuaca yang kurang baik.

Pangkalan Bun Tentera Nasional Indonesia dijadikan lokasi pengumpulan mayat sebelum diterbangkan ke Surabaya. - HM

KUCHING: Perintah Nengeri Sarawak kemari ngagihka bantu RM2 juta ngagai peranak, menua ke tasah ampuh bah di Semenanjung Malaysia lebih agi sida di nengeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Selangor enggau Johor.

Bantu nya disuaka Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ngagai Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Banjir ke dikuasa Majlis Keselamatan Negara di Ringkat Lima Begunan Dewan Undangan Nengeri, ditu.

“Perintah Nengeri sinu meda sida dituntung penusah bah ti nyadi di Semenanjung Malaysia lalu bantu ke disua kitai sehari tu ngayanka penyiru kitai mantu sida,” ku Adenan bejaku ngagai pemberita pengudah pengawa nya.

Duit bantu nya kemari diterima Sekretari Majlis Keselamatan Nengeri ke dikuasa Majlis Keselamatan Negara, Opis Menteri Besai Addyhanis Ahamad.
Penyampau 242,792 iku sida ke tasah laban penusah bah di Semenanjung Malaysia dalam timpuh seminggu tu sereta bisi nabanka 10 iku nyawa.

Opis Menteri Besai deka ngagihka bantu nya ngagai sida nengah program bantu ke bekaul enggau penusah bah nya ke dipejalai perintah.

Berindik ari nya, Adenan ngelalau peranak Sarawak seruran bejejaga maya landas tu.

Ngenang kaul bukai, Adenan mega ngenataika penyinu enggau penusah ati ba insiden ke nuntung bilun AirAsia Indonesia QZ8501 ke alai bilun nya mega bisi ngundan seiku orang dagang peranak Sarawak.

Bela datai Sapit Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Sekretari Perintah Nengeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani enggau Menteri Muda Dagang Temuai Datuk Talib Zulpilip.-BP



Rusia – Ia merupakan detik-detik yang menyayat hati apabila seorang remaja berusia 17 tahun, Sergei Casper dibuli oleh rakan sekelasnya, hingga menyebabkan dia meninggal dunia.

Ketika kejadian, tiada siapa yang membantunya malah rakannya itu hanya memerhati dan ketawa. Pada masa sama, guru kelasnya juga tidak berbuat apa-apa.

Casper sebelum itu telah diikat menyebabkan dia tidak dapat menggerakkan kaki dan tangan. Dia kemudiannya diangkat ke tandas sebelum pembulinya membawanya semula ke dalam kelas yang dipenuhi dengan rakan-rakan dan gurunya.

Dalam keadaan dia diikat itu, Casper cuba bergerak ke depan namun malangnya dia telah terjatuh dan lehernya terkena bucu meja. Keadaan ini menyebabkan dia tidak dapat bernafas dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut rakan baiknya, Alexander, Casper merupakan seorang budak yang terkenal di sekolah lamanya dulu namun selepas dia memasuki kolej berkenaan, segalanya berubah.

“Dia seorang yang baik dan tidak menganggu orang lain namun pembuli sentiasa menganggunya hanya disebabkan minat Casper terhadap bidang seni,’’ katanya.

Dalam pada itu, siasatan mendapati rakaman video menunjukkan dengan jelas kejadian itu namun pihak sekolah menafikan kolej berkenaan berdepan masalah buli.

Pembuli tersebut dilaporkan telah dibuang kolej sementara polis kini masih menjalankan siasatan. - MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR: Former Minister in the Prime Minister’s Department Abdul Hamid Zainal Abidin died of heart complications at the National Heart Institute (IJN) here on Tuesday night.

He was 70.

He was admitted to the IJN at about 4pm after complaining of breathing difficulty.

“His remains will be taken home to Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, and will be laid to rest at the Bandar Tun Hussein Onn Muslim cemetery at around 11am today.” .

Prime Minister Najib Tun Razak, in his tweet last night, extended his condolences to Abdul Hamid’s family.

“My deepest condolence to the family of Brig Gen Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin on his death. May Allah bless his soul. Al-Fatihah,” he tweeted.

Born in Bagan Datoh, Perak, on February 20, 1944, Abdul Hamid held the post of Minister in the Prime Minister’s Department from 2001 to 2004 before taking over the chairmanship of Mara from 2004 to 2008.

He was also the former director-general of the Malaysian Islamic Development Department from 1995 to 2001.

He was appointed as senator from 2001 to 2004 and was elected as Parit Buntar MP during the 11th general election.

In 2003, Abdul Hamid was named Tokoh Ma’al Hijrah.

Meanwhile, Minister in Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom described Abdul Hamid as a respectable leader.

“We lost another good leader. He had contributed so much to the country, especially in religious affairs,” he told Bernama at IJN.

– BERNAMA

Tarikh 8 Mac 2014, dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS #MH370. Sehingga ke hari ini, pesawat itu tidak ditemui dan kehilangannya masih menjadi tanda tanya.

Sekali lagi pada Khamis 17 Julai 2014, bukan sahaja Malaysia malah dunia menerima kejutan besar apabila pesawat MAS #MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan 298 penumpang semasa dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370.

Dan hari ini dunia menangis lagi, serpihan dan jasad penumpang pesawat AirAsia Indonesia #QZ8501 ditemui selepas hilang sejak Ahad 28 Disember.

Siapa sangka, 2014 menjadi tahun bencana bagi industri penerbangan dunia.

Melalui media sosial terutamanya platform twitter, pengguna meluahkan rasa takziah dan sedih dalam #MengenangQZ8501 - Astro Awani

Jakarta : Pasukan penyelam dan kapal penyelamat meneruskan usaha mencari bangkai pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia hari ini selepas penyelamat berjaya menemui beberapa mayat dan serpihan pesawat di perairan Kalimantan, semalam.

Tumpuan operasi mencari dan menyelamat yang dikerahkan besar-besaran hari ini ini juga tertumpu kepada pencarian kotak hitam pesawat berkenaan.

Pakar penerbangan percaya kotak hitam pesawat berkenaan mudah untuk dijumpai kerana pesawat hanya mungkin pecah apabila terkena air.-Reuter

IPOH: Dua beradik cedera dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di rumah mereka di Jalan U21, Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini,semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, letupan itu berlaku di dalam sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 12 tengah hari, mengakibatkan Indra Adam Mohd Azlin, 9, dan adiknya Indra Adib, 5, mengalami kecederaan.

"Indra Adam mengalami cedera parah di tangan sehingga mengakibatkan jari kelingkingnya terputus manakala adiknya mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mohamad Fakri berkata, ketika kejadian ibu mereka sedang memasak di dapur.

Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.-mStar

Membuka pintu, memandu kereta, malah menguap dianggap kerja paling mudah dilakukan setiap hari tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, bagi seorang ibu lima anak, melakukan satu daripada tugas mudah itu mendedahkan dia kepada risiko terkehel yang amat menyakitkan.

Jojo Meadows menghidap Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) - penyakit yang jarang ditemui - yang boleh menyebabkan dia terkehel sehingga 10 kali sehari.

“Yang paling teruk ialah bila tulang rahang saya terkehel ketika saya sangap. Anak saya berusia empat tahun terpaksa menelefon 999, memberitahu mereka mulut saya terjatuh. “Dalam kejadian lain, pergelangan tangan saya patah ketika melakukan senaman bersama-sama anak saya.

“Sudah perkara biasa saya akan terkehel kerana ia berlaku setiap hari. Tetapi ia amat menyakitkan.

“Boleh dikatakan ia memaksa saya memasuki hospital 100 kali setahun,” kata Jojo. Ia penyakit genetik yang bermakna kolagen dalam tubuh Jojo terlalu lemah untuk mencantumkan tulangnya.

Kini, Jojo mengharungi kehidupan sehariannya dan menanti masa untuk terkehel. “EDS menjejaskan kehidupan saya. Minggu lalu saya ke hospital tiga kali. Saya memerlukan bantuan setiap hari. Sudah ramai doktor saya kunjungi untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tidak seperti zaman remajanya, Jojo kini tidak melompat kerana ia akan menyebabkan semua tulangnya ‘tercabut.’

Paling membimbangkan wanita itu ialah terhantuk kepalanya. Dia kini cuba membantu menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan yang sebelum ini begitu sukar untuk didiagnos.

Bersama-sama dengan pakar tulang Dr Ayman Askari, mereka melawat hospital di sekitar Britain untuk mengajar doktor mengesan tanda awal EDS.

“Ia penyakit yang jarang berlaku. Secara keseluruhan, doktor jarang mengambil tahu mengenainya dan ia tidak boleh diubati atau ada ubat untuk merawatnya,” kata Ayman. Jojo juga giat berkempen untuk menyokong mereka yang menghidap EDS, khususnya ketika mengandung.

“Ketika mengandung, saya langsung tidak boleh berjalan. Untuk makan pun terpaksa disuap.

“Kini saya mahu membantu penghidap EDS seberapa boleh,” katanya. - Metro


Tiga mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.

Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.


"Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan," katanya kepada Kompas.

Sejak pencarian QZ8501 dilakukan selama tiga hari, pihak penyelamat dilapor telah menemui beberapa mayat terapung selain serpihan pesawat.

Berikutan itu juga, kumpulan penyelam dan dan bantuan kapal laut dilaporkan akan memulakan usaha mencari badan pesawat pada Rabu.

Berdasarkan penemuan tumpahan minyak pada Selasa, pakar percaya pesawat berkenaan mungkin musnah ketika terhempas di permukaan laut.


Selain itu, usaha pencarian juga setakat ini berjaya menemui bayangan pesawat QZ8501 di dasar lautan dan baki mayat berkemungkinan masih di dalam pesawat. 

Penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia hilang dari radar selepas 42 minit meninggalkan lapangan terbang di Surabaya pada pagi Ahad.

Pesawat A320-200 yang membawa 162 penumpang ke Singapura itu bagaimanapun disahkan terhempas pada Selasa dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat.-mStar


Jakarta : Pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang memasuki hari keempat dilakukan secara besaran-besar dengan cuaca di sekitar Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, diramal kurang baik.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman web Agensi Meteorologi Indonesia (BMKG), hujan berterusan di sekitar Pangkalan Bun, lokasi pencarian yang sedang ditumpukan ketika ini.

Angin pula pada ukuran kelajuan 16 kilometer sejam dari arah barat.

Sementara itu, cuaca di kawasan Tanjung Pandan, Bangka Belitung, hari ini juga diramal hujan dengan kelajuan angin 17 km/jam. - Detik.com


KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Januari tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata, hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan.

Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata, mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang Public InfoBanjir, publicinfobanjir.water.gov.my.-mStar

KUALA LUMPUR: Banjir yang berlaku di Pantai Timur mengakibatkan 21 maut dan 10 lagi dilaporkan hilang di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 17 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat Selasa, sebanyak 14 kematian dilaporkan dan empat lagi masih hilang di Kelantan.

"Di Terengganu, empat kematian dan seorang mangsa masih hilang, manakala tiga kematian dan dua lagi masih hilang di Pahang," katanya di Bukit Aman pada Selasa.

Khalid turut mendedahkan bahawa seramai 947 anggota polis turut menerima kesan akibat bencana alam itu.

Pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Bukit Aman, Selasa, polis menerima bantuan berjumlah RM75,000.

Sumbangan itu akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk anggota polis terbabit.

Khalid berkata, sumbangan itu disalurkan oleh syarikat swasta, Jason Roadwork Construction dan Royal Malaysian Cooperative Limited.

"Berbanyak terima kasih di atas bantuan ini, kami amat menghargainya.

"Kita akan menyalurkan sumbangan ini berdasarkan keperluan mangsa," katanya. - mStar

KALIBO: Pesawat AirAsia EZD 272 terbabas sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina pada petang Selasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat AirAsia itu membawa seramai 153 penumpang dan enam anak kapal terbabas di Landasan 23 pada pukul 5.43 petang.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio berkata, kesemua penumpang dalam penerbangan EZD 272 dari Manila ke Kalibo selamat.

Keadaan pesawat AirAsia yang terbabas dari landasan Lapangan Terbang Kalibo.

Pengurus CAAP kawasan Visayas Barat, Percy Malonesio berkata, operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan mengalihkan pesawat itu untuk landasan dapat digunakan semula.

Menurut CAAP, punca pesawat Airbus A320 yang dipandu oleh juruterbang Antonio Miguel Halaguena terbabas dari landasan masih dalam siasatan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Cynthia Asperas dalam satu temuramah berkata, "angin kencang" mengakibatkan pesawat itu terbabas dari landasan.

Cuaca buruk di Filipina telah menjejaskan perjalanan udara di negara itu, dan dilaporkan sekurang-kurangnya empat penerbangan dibatalkan. - mStar


SURABAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes enggan membuat spekulasi mengenai punca pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terjunam ke dalam laut, dengan menyatakan siasatan lengkap akan mendedahkan keadaan sebenar.

"Biarkan kotak hitam beritahu segala-galanya. Siasatan lanjut akan dilakukan sebaik sahaja kita dapat menemui kotak hitam.

"Adalah tidak wajar dan tidak sesuai bagi saya untuk membuat spekulasi apa-apa pun," katanya.

Fernandes turut berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai ketika ditanya sama ada syarikat penerbangan akan memberikan pampasan kepada keluarga mangsa.

"Ya, tetapi tunggu siasatan selesai. Bagaimanapun, kita akan menyediakan bantuan kewangan secepat mungkin," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Juanda di sini, malam Selasa.

Menyifatkan tragedi itu sebagai "igauan paling buruk" beliau selama memegang jawatan sebagai CEO AirAsia selama 13 tahun, beliau berikrar tidak akan lari daripada tanggungjawab.

"Operasi akan berjalan seperti biasa. Ada sokongan yang amat baik daripada Indonesia.

"Saya merupakan peneraju bagi syarikat ini dan saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Saya akan terbuka dan jujur selagi boleg," katanya memberi jaminan.

Tambahnya, beliau secara peribadi akan melawat ke lokasi nahas di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah pada Rabu bagi melihat keadaan secara lebih dekat.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan suapaya tidak membawa waris mangsa ke lokasi nahas kerana ia boleh menganggu proses pemindahan.

Fernandes turut berkata, walaupun nahas itu merupakan "igauan paling buruk" sejak penubuhan syarikat penerbangan tambang rendah 13 tahun lalu, beliau berkata, orang ramai masih yakin dengan AirAsia.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Fernandes turut berjanji untuk berhubung dengan mereka walaupun selepas siasatan selesai.

"Jelas sekali bahawa ia merupakan saat yang begitu mencabar buat saya dan AirAsia, dan saya tidak dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini.

"Sekarang saya tabah buat keluarga dan anak kapal dan saya magu bersama mereka dalam keadaan yang menyakitkan ini supaya ia mengurangkan kesakitan itu.

"Kita akan terus tabah dan akan berhubung dengan mereka walaupun selepas ini," katanya. - mStar

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjangkakan harga runcit RON95 dan Diesel turun sekitar RM1.90 hingga RM1.95 seliter mulai 1 Januari 2015.

Ketika ini harga RON95 di pam ialah RM2.26 manakala Diesel RM2.20 selitar berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Ini bermakna RON95 turun 36 sen manakala Diesel sebanyak 25 sen.

Harga RON97 yang kini RM2.46 selitar juga dijangka akan mengalami penurun sekitar RM2.13 sen.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka membuat pengumuman rasmi penurunan sebenar esok.

Penurunan itu yang kedua sejak kerajaan mengamalkan harga apungan terbuka atau terkawal sejak harga bahan bakar dunia menurun beberapa bulan lalu.

Kaedah pengapungan itu diputuskan Kabinet baru-baru ini sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Kini kerajaan tidak lagi menanggung subsidi sejak kaedah itu diputus untuk dilaksanakan oleh Kabinet November lalu..

Berikutan jangkaan penurunan harga bahan api itu, Ahmad berharap peniaga menurunkan harga barang-barang.-bnbbc


KUCHING: Pemuda Barisan Nasional Negeri Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),  Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) , Parti Rakyat Sarawak (PRS)  dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)  hari ini turut menyumbangkan barangan keperluan bernilai hampir RM10,000 untuk mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 

Antara barangan yang disumbangkan ialah barang makanan kering,  air minuman,  lampin bayi,  tuala wanita dan beberapa jenis barang makanan yang lain.

Menurut Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak, Leonard Jambu sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan sumbangan komponen -komponen BN Negeri Sarawak.

"Kami seluruh Pemuda BN Negeri Sarawak prihatin dengan nasib yang menimpa  mangsa-mangsa banjir di sana dan seperti yang semua sedia maklum kami rakyat di negeri Sarawak pernah merasai kesukaran tersebut melalui beberapa pengalaman banjir Yang lepas," jelas Leonard. 

Beliau turut menambah Pemuda BN Negeri Sarawak turut bersiap sedia sekiranya keadaan yang sama berlaku di Negeri Sarawak dengan memastikan setiap wakil Pemuda di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bersiap sedia melalui kerjasama dengan wakil rakyat serta pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing. 

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PBB, Bell Bernard Aggan; Bendahari, Hamzah Ibrahim; Ketua Penerangan, Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda, Dato Wan Hamzah Wan Paie dan Exco Pemuda PBB Sarawak, Allan Gramong. 

Sumbangan diserahkan kepada Pengurus Excess Baggage, Azman Hezri iaitu syarikat pengangkutan yang menguruskan penghantaran semua bentuk sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir ke Semenanjung Malaysia. - Sarawakiana

JAKARTA: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan penemuan enam mayat, dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Jelas agensi itu, tiga daripada enam mayat yang ditemukan telah dibawa keluar dari lokasi nahas.

Stesen televisyen tempatan, TVone dalam laporannya turut menyiarkan rakaman video seorang anggota penyelamat cuba mengangkut seorang mayat penumpang di zon pencarian. - AGENSI


JAKARTA: Indonesian Metro TV reported that they have found six bodies.

Several bodies found floating in waters where the Indonesian AirAsia flight went missing have been retrieved.

Officials who got off a helicopter in Pangkalan Bun, Surabaya confirmed this.

EARLIER REPORT: Debris spotted during an aerial search for Indonesia AirAsia flight QZ8501 is from the missing plane, Indonesia's director general of civil aviation told AFP.

"For the time being it can be confirmed that it's the AirAsia plane and the transport minister will depart soon to Pangkalan Bun," Djoko Murjatmodjo said.

"Based on the observation by search and rescue personnel, significant things have been found such as a passenger door and cargo door. It's in the sea, 100 miles (160 kilometres) southwest of Pangkalan Bun," he said, referring to the town in Central Kalimantan, on the island of Borneo.

Indonesian aerial searchers earlier today spotted items resembling an emergency slide and plane door in the sea as they hunted for traces of the Indonesia AirAsia plane which disappeared Sunday in a storm over the Java Sea with 162 people on board.-AFP

Kuala Lumpur - Jobstreet Corporation Bhd terus menjadi antara kaunter paling aktif buat hari kedua berturut-turut minggu ini, dengan kelebihan momentum daripada proses belian semula saham syarikat itu baru-baru ini.

Pada 11.01 pagi, saham Jobstreet meningkat 1.5 sen kepada 55 sen, dengan 47.04 juta saham bertukar tangan.

Semalam, saham syarikat itu melonjak 14.5 sen dan ditutup pada 53.5 sen.

Menurut maklumat yang difailkan oleh Jobstreet kepada Bursa Malaysia, syarikat itu membeli balik 764,200 saham pada harga 28 sen seunit yang melibatkan RM214.88 juta, pada 12 Dis.

Diasaskan di Malaysia pada 1997, Jobstreet turut hadir dalam pasaran Singapura, Filipina, India dan Indonesia, dan menurut Forbes, Jobstreet merupakan syarikat pencari pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara.

Ia kini memberi perkhidmatan kepada kira-kira 80,000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja. – BERNAMA



Sekurang-kurangnya satu mayat, yang dipercayai penumpang atau anak kapal pesawat QZ8501 Airsia yang hilang telah ditemui sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, setakat ini, jantina mangsa yang ditemui belum dikenalpasti.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerbangan Indonesia Dijoko Murjat Modjo mengesahkan serpihan-serpihan yang ditemui di Selat Kari Mata pagi tadi adalah dari pesawat AirAsia QZ8501. 

"Buat masa ini, ia boleh disahkan baahwa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesaia dan Menteri pengangkutan akan berlepas ke Pengkalan Bun tidak lama lagi. - Sarawakiana 

GUA MUSANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini tiba di jajahan Gua Musang bagi meninjau kesan yang dialami penduduk setempat berikutan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Helikopter Tentera Angkatan Udara Malaysia (TUDM) yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan tiba di Pusat Sivik Gua Musang di sini pada kira-kira 11.45 pagi.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ab Aziz Yusoff serta beberapa pegawai kanan kerajaan.

Perhentian pertama beliau ialah di kuarters kerajaan di Kampung Baru Hulu, Jalan Kesedar Inn, dengan Najib menghabiskan masa selama 15 minit melihat sendiri keadaan kediaman penduduk setempat dan mendengar rintihan mereka berikutan banjir.

Kemudian, beliau bergerak untuk meninjau keadaan penduduk Kampung Baru Hilir yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Cina.

Selepas itu, Perdana Menteri berhenti sebentar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang bagi mendengar taklimat daripada pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai bantuan kemanusiaan berupa makanan, tilam, selimut dan ubat-ubatan dalam dua kontena untuk dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan.

Beliau kemudian mengambil beberapa kotak bekalan makanan dari kontena itu untuk disampaikan kepada Tengku Razaleigh sebagai tanda penyampaian bantuan biro bermula secara rasmi.

Kemudian Najib terus bergerak ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1 dan kehadiran beliau disambut dengan sorakan 'Hidup PM' oleh ratusan mangsa yang sedang berlindung di situ.

Meluangkan masa sekitar 20 minit di situ, Perdana Menteri sempat bertanya khabar dengan mangsa-mangsa banjir dan beliau berjanji kebajikan mereka akan tetap terjaga.

Kemudian, Najib bergerak kembali ke Pusat Sivik Gua Musang pada jam 1.05 tengah hari untuk menaiki helikopter bagi meninjau keadaan semasa di jajahan Kuala Krai.

- BERNAMA

Subang : Kerajaan akan melakukan 'post mortem' untuk mengenal pasti punca banjir luar biasa di pantai timur khususnya Kelantan selepas keadaan pulih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia meliputi banyak faktor khususnya perubahan cuaca dan iklim, penerokaan atau pencerobohan hutan dan penarahan bukit.

"Kekurangan infrastrukur untuk mengalirkan air ke laut juga dikesan antara punca banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, sebentar tadi. - BH
Tinjauan krew Sinar Harian, memasuki kawasan yang paling teruk dilanda banjir di Kelantan iaitu Manek Urai Lama. Lokasi inilah dikatakan pasukan bantuan tidak dapat disalurkan sama ada melalui darat mahupun udara ketika kemuncak banjir yang melanda daerah ini Rabu lalu.

Setelah mengharungi jalan dari Kota Bharu, kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai di sini, akibat laluan yang masih digenangi air kami terpaksa terpaksa meredah banjir sehingga 500 meter sebelum tiba di bandar Kuala Krai. Di kawasan bandar, kesan-kesan kemusnahan akibat banjir mula kelihatan, beberapa anggota polis kelihatan mengawal beberapa pasaraya yang dikatakan diceroboh oleh orang ramai kerana kelaparan.

Satu-satunya stesen minyak di Kuala Krai yang masih beroperasi dikerumuni orang ramai sepanjang satu kilometer meter. Untuk bergerak ke Manek Urai Lama, lebih kurang lima kilometer dari bandar Kuala Krai, kami mendapat bantuan seorang pemimpin tempatan untuk ke lokasi.

Hentian pertama kami adalah di Guchil 4, kami saksikan rumah di atas rumah. Bayangkan begitu kuat arus deras air sehingga boleh mengubah kedudukan sebuah rumah. Lebih mengharukan rumah milik Rahim Ismail, 58, berada di atas rumah anaknya sendiri.

Tiba di Manek Urai Lama jam 12 tengah hari, beberapa anggota tentera membenarkan kami agar memasuki kawasan tragedi tetapi dengan berjalan kaki kerana suasana masih kelam kabut selain kesan runtuhan rumah yang masih belum dibersihkan.

Ia sekaligus menutup cakap-cakap yang di viral media sosial mengatakan tentera tidak membenarkan kawasan ini dimasuki ini dengan alasan mahu menyembunyikan sesuatu. Sejurus melepasi jambatan Manek Urai, saya tergamam seketika menyaksikan kemusnahan yang amat dahsyat sekali.

Bagaikan tsunami!, kawasan yang pernah saya lawati ketika PRK Manek Urai pada 2009 alu bagaikan padang jarak pandang tekukur. Ada sebahagian kediaman hancur berkecai hanya meninggalkan tiang untuk kenangan pemiliknya. Dicelah runtuhan itu, terdapat pemilik-pemilik rumah yang termenung kebingungan melihat kediaman lesap sekelip mata. Air mata ada di mana-mana. Tiada lagi rumah yang sempurna, kesan runtuhan di mana-mana, menceritakan kisah kejadian di sana.

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA