Browsing "Older Posts"

  • Harga RON97, RON95 turun mulai esok

    By Admin → Sunday, 30 November 2014

    Mulai Isnin, harga RON97 turun 9 sen kepada RM2.46 seliter, sementara RON95 pula jatuh 4 sen menjadi 2.26 sen seliter.

    Kerajaan juga mengumumkan kenaikan harga diesel 3 sen kepada 2.23  sen seliter.

    Harga itu akan berkuatkuasa sepanjang bulan Disember.

    Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit dan diesel bagi bulan-bulan akan datang.

    Harga RON97, RON95 dan diesel disemak turun beberapa hari selepas pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga bahan bakar itu. - astro

  • Anwar Ibrahim Pertikaikan Halangan Kemasukan Beberapa Individu Ke Sarawak

    By Salfian Nawawi →

    Isu halangan beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang dari Semenanjung untuk memasuki Sarawak oleh kerajaan negeri ini menjadi salah satu dari tajuk utama ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    "Saya rayu agar Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem agar mengkaji semula keputusan kerajaan negeri menghalang beberapa orang pemimpin pembangkang dan individu pro pembangkang dari memasuki negeri ini."

    "Saya amat kesal dengan pendirian kerajaan negeri yang masih mengekang kemasukan ahli Parlimen dari PKR ke Sarawak walaupun kedatangan mereka bukan untuk mengundang ancaman keselamatan."

    Mengakui yang kerajaan negeri Sarawak sememangnya mempunyai bidang kuasa untuk menjaga keselamatan negeri, Anwar berkata namun ianya sepatutnya bukan untuk disalahgunakan bagi mempertahankan kuasa.

    "Saya menyeru Ketua Menteri agar mengkaji semula keputusan menghalang tokoh politik (PKR)," ujarnya lagi.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media disebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching petang tadi, salah satu daripada destinasi "roadtour"nya di Sarawak.

    Setakat ini, individu yang dihalang dari memasuki Sarawak adalah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), R. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah serta Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Bahagian Sabah Jannie Lasimbang. - Sarawakiana
  • Pramugari Turkish Airlines Dipecat Kerana Seksi

    By Yusz Man →


    ISTANBUL: Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.

    Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.

    Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.

    Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.

    “Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.

    Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.

    Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. – Agensi
  • Seorang Lelaki Mengamuk Hanya Kerana Juruwang Lupa Bungkus Mi

    By Yusz Man →



    NANNING: Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah pasar raya di China bertindak menikam sembilan orang selepas menuduh seorang juruwang terlupa membungkus mi yang dibelinya, Beberapa saksi kejadian tersebut berkata, lelaki itu naik berang ekoran juruwang berkenaan terlupa menyerahkan bungkusan mi yang dibelinya di sebuah pasar raya di bandar raya ini.

    Semasa bertengkar dengan pekerja berkenaan, pelanggan itu mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak menikam orang ramai secara rambang, menurut agensi berita Xinhua dan akhbar berkenaan.

    Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurucakap polis berkata, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, perut dan pinggang.

    “Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

    Antara yang cedera termasuk enam pekerja pasar raya itu dan dua pelanggan. – Agensi
  • Abu Sayyaf Tangguh Penggal Kepala Mangsa Culik

    By Yusz Man →

    KOTA KINABALU: Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diberi tempoh selama 20 hari lagi walaupun kumpulan penculik Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepalanya pada Ahad sekiranya wang tebusan sebanyak RM3 juta tidak dibayar.

    Isterinya, Chin Pek Nyen berkata polis memaklumkannya bahawa kumpulan penculik tersebut memberi tempoh selama 20 hari lagi kepada pihak berkuasa untuk memenuhi permintaan tersebut.

    "Mereka berjaya memujuk penculik tersebut untuk diberikan lebih banyak masa bagi mendapatkan wang untuk pembebasan suaminya," kata Pek Nyen pada Sabtu.

    Namun, wanita berusia 42 tahun itu berkata penculik masih enggan membenarkan dia bercakap dengan suaminya dan berjanji hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
    "Kali terakhir saya bercakap dengan suami saya adalah empat bulan lalu dan saya teringin sangat mendengar suara.

    "Saya berharap mreka akan terus menunaikan janji dan membenarkan saya bercakap dengan suami dalam masa beberapa hari lagi," kata Pek Nyen.
    Sai Chiun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di kolam ternakan ikan miliknya pada pukul 12.45 tengah malam, 16 Jun lalu.

    Seorang lagi warganegara Malaysia, Konstabel Zakiah Aliep yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 12 Julai lalu ketika membuat meronda di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.

    Mereka masih lagi ditahan oleh kumpulan bersenjata itu di Jolo, selatan Filipina.-mStar
  • Generasi Muda Aspirasi Negara

    By Yusz Man →
     
    SIMUNJAN: Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan kepada golongan pencari pekerjaan mengenai prosedur tepat dalam proses pengambilan perkhidmatan awam dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Asessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.

    Seminar yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Kebangsaan Melayu Cawangan Petra Jaya(PKMS) yang juga meliputi gabungan bersama SPA dan Kolej Komuniti Kuching yang mana disertai oleh para peserta khususnya dari kawasan Simunjan.


    PKMS juga telah menganjurkan program-program ini sepanjang tahun ini khas utuk merwar-war kan pentingnya seminar ini. Ini adalah kerana aktiviti bermanfaat ini boleh difahami oleh setiap pencari pekerjaan.

    Seramai lebih kurang 100 orang belia dan golongan pencari pekerjaan telah menyertai Program ‘SPA Outreach’ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Dewan Masyarakat Mesra, Simunjan di sini semalam.

    Bagi pihak PKMS, apa yang penting pihaknya mahu pencari pekerjaan mengetahui pekerjaaan yang mereka pohon dan peranan yang bakal dimainkan apabila memegang jawatan itu.

    Dalam pada itu, seminar tersebut terbuka kepada lepasan SPM, pemegang diploma dan ijazah dengan harapan membantu para peserta terlibat dalam mencari pekerjaan bersesuaian.

    Seminar tersebut juga telahpun diadakan Di Dewan Masyarakat Lundu 16.November lepas.

    Turut hadir, Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri yang juga merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong -Sarawakiana
  • PM Ucap Tahniah Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya di atas kejayaan skuad negara menumpaskan pasukan Singapura pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub malam Sabtu.

    "Tahniah Harimau Malaya berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir! #AFFSuzukiCup," kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.

    Kemenangan itu, hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin, membolehkan Malaysia menempah slot separuh akhir bersama-sama juara Kumpulan B, Thailand.

    Pada peringkat separuh akhir awal Disember ini, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina.

    Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember. - mStar
  • China Naikkan Cukai Penggunaan Gasolin, Diesel

    By Salfian Nawawi →

    BEIJING: China menaikkan cukai penggunaan ke atas produk minyak, termasuk gasolin dan diesel, pada Sabtu walaupun harga minyak global jatuh.

    Kenaikan itu, kali terakhir pada 2009, bertujuan mengurangkan pencemaran dan merangsang ekonomi hijau, agensi berita Xinhua memetik kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pentadbiran Percukaian Negeri.

    Menurut kenyataan itu, susulan pelarasan tersebut, cukai penggunaan ke atas gasolin akan meningkat kepada 1.12 yuan seliter berbanding 1.0 yuan (US$0.16) manakala diesel akan naik daripada 0.8 yuan kepada 0.94 yuan seliter.

    Kejatuhan harga minyak global kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun pada Jumaat adalah susulan keputusan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk mengekalkan pengeluaran.

    Liu Shangxi, Pengarah Institut Penyelidikan bagi Sains Fiskal MOF, berkata langkah itu akan menjimatkan sumber minyak dan mengurangkan pencemaran, berikutan ekzos auto merupakan punca utama kepada pencemaran udara.

    "Pelarasan cukai produk petroleum merupakan trend global dan menggariskan keperluan segera untuk menggalakkan ekonomi hijau di seluruh dunia," kata Liu yang dipetik oleh Xinhua.

    Menurut agensi berita itu, produk petroleum yang terlibat dalam kenaikan cukai tersebut termasuk nafta, minyak pelincir dan minyak jet, manakala motorsikal kecil, tayar dan etil alkohol dikecualikan daripada cukai tersebut untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

    Bagaimanapun, harga runcit bahan api akan dikekalkan pada paras semasa, bertentangan dengan jangkaan pasaran bagi pengurangan harga yang kesembilan sejak Julai.

    China melancarkan cukai penggunaan ke atas barangan pengguna dengan kos tenaga dan pencemaran yang tinggi pada 1994 sebagai panduan berhubung pengeluaran dan penggunaan ke arah mesra alam sekitar, serta menggalakkan model pertumbuhan ekonomi yang mampan. - mStar
  • #PialaAFF : Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

    By Yusz Man → Saturday, 29 November 2014


    SINGAPURA: Malaysia menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengalahkan Singapura 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, di sini, malam ini.

    Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa perlawanan.

    Penjaring:
    ———–
    MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-61), Safiq Rahim (penalti-minit
    ke-91), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-94)

    SINGAPURA: Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal (minit ke-83)

    Barisan Pemain:
    —————-
    MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim
    Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin
    Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul
    Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin).

    SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan
    Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain
    (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi),
    Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul
    Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.

    Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman) – BERNAMA
  • Isteri Johan Raja Lawak Selamat Bersalin Anak Keempat

    By Yusz Man →

    Wahh….bulan ini mencatatkan berita gembira kepada ramai penghibur tanah air yang baru menimang cahaya mata.

    Hah, ini salah pasangan selebriti iaitu Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn yang baru sahaja dianugerahkan cahaya mata baru sekaligus menjadikan jumlah anak-anaknya kini seramai empat orang.

    Dalam laman Instagram milik pasangan ini juga, penuh dengan ribuan ucapan tahniah daripada peminat mereka sendiri.

    Selepas mendengar perkhabaran ini, semua peminat tak sabar-sabar ingin mengetahui jantina anak pasangan ini.

    Tambahan pula, sebelum ini pasangan ini amat berharap dikurniakan anak perempuan selepas ketiga-tiga anak pasangan ini adalah anak lelaki.

    Yang mengejutkan kami, akhirnya impian pasangan terkenal ini mahukan anak perempuan tertunai.Alhamdulilah….

    Perkara ini diakui sendiri oleh Johan Raja Lawak bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sulung mereka di sebuah hospital swasta.

    Seronok kami mendengar berita yang dikongsikan pasangan ini.

    Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johan atas dikurniakan dua rezeki dalam tempoh yang dekat ini.

    Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Johan telah dinobatkan sebagai juara Super Spontan dan membawa pulang RM100,000 serta Toyota Camry.

    Tak sabarnya nak lihat wajah bayi comel milik pasangan ini….- MYNEWSHUB.CC
  • Sebelah Kaki Ditemui Berhampiran Lokasi Sama Badan Dibuang

    By Salfian Nawawi →

    NIBONG TEBAL: Sebelah kaki dari lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, di sini, Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hasan Wan Ahmad.

    Beliau berkata kaki kanan itu ditemui pada kira-kira 4 petang tadi, tidak jauh dari lokasi mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui penduduk kampung berkenaan pada Khamis lepas.

    "Kaki yang masih dilengkapi seluar jeans itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis. Ia dipercayai hanyut dan tersangkut di tebing itu," katanya ketika dihubungi di sini.

    Beliau berkata kaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

    "Setakat ini, polis tidak dapat memastikan sama ada kaki itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki sebelum ini. Kami kena tunggu laporan bedah siasat," katanya.

    Wan Hassan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

    Isnin lepas, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.

    Pada Khamis pula, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air di Sungai Bakap. - mStar
  • Soal Sabah Dan Sarawak Keluar Malaysia, Memang Tidak Dapat Dirunding

    By Salfian Nawawi →

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia memang sama sekali tidak akan dapat di rundingkan.

    "Mana-mana pihak yang tidak berpuas dalam apa jua perkara, baik dari soal royalti minyak dan kuasa, kita boleh runding dan bincang lagi," ujarnya.

    "Tapi soal Sabah dan Sarawak keluar Malaysia "is not negotiable"," tegas Najib lagi.

    Beliau, yang juga Pengerusi UMNO berkata demikian dalam satu sidang media selepas ucapan pengulungannya pada Persidangan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sebentar tadi. - Sarawakiana
  • TERAS Akan Sertai BN Peringkat Persekutuan

    By Salfian Nawawi →

    JULAU: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) akan mengemukakan permohonan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat bila tiba masanya, kata presiden parti itu, Tan Sri William Mawan.

    Bercakap kepada BERNAMA di Julau, beliau berkata parti itu telahpun mengemukakan permohonan menyertai BN di peringkat negeri.

    Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial Sarawak berkata terdapat pemimpin dan orang-orang tertentu yang menganggap TERAS bukan sebahagian daripada BN.

    "Tetapi jelas sekali saya seorang menteri kanan BN negeri. Apakah anda menjangka seseorang daripada pembangkang boleh menjadi menteri.

    "Jadi nasihat saya kepada rakyat jangan percaya apa saja yang mereka dengar di kedai-kedai kopi.

    "Mereka sedikit keliru, tetapi kami sedang berusaha menyelesai atau membetulkan hal ini, iaitu menjelaskan kepada rakyat dan para anggota kami di peringkat bawahan," katanya.

    Mawan berkata beliau menyerahkan pada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri masing-masing selaku ketua BN pusat dan negeri untuk menentukan kerusi yang akan dipertahan atau ditandingi TERAS dalam pilihan raya negeri akan datang dijadualkan pertengahan 2016.

    Terdahulu, Mawan melakukan upacara pecah tanah bagi Kompleks Sukan Julau bernilai hampir RM8 juta yang dijangka siap menjelang hujung tahun depan.

    Beliau juga mengagihkan geran kerajaan berjumlah RM1.1 juta kepada lebih 100 buah rumah panjang, NGO dan persatuan di kawasan undangan negeri Meluan. - Bernama
  • Guan Eng Berang Akta Hasutan Dikekalkan

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bengang dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan).

    Beliau mendakwa, Najib memungkiri janji untuk menghapuskan akta itu walhal Perdana Menteri sebelum ini cuma menyebut tentang rancangan untuk meminda akta itu atau mengantikan ia dengan satu akta baharu.

    Beliau turut bimbang jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bersetuju dengan keputusan Najib tersebut.

    “Pengundi Malaysia akan memutuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti sama ada mereka hendak menyokong pengekalan Akta Hasutan,” katanya dalam nada berbaur ugutan kepada UMNO dalam satu kenyataan hari ini.

    Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan akan mengekalkan dan memperkuatkan Akta Hasutan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara ini terus terjamin.

    Pendirian Najib itu jelas beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk parti politik yang sentiasa mendesak supaya akta itu dihapuskan demi kesenangan mereka berpolitik tanpa batasan.

    Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, pagi semalam. - MyNewsHub
  • Perompak Dibogel, Diikat Guna Pembalut Lut Sinar

    By Salfian Nawawi →

    Inilah padah gara-gara cuba merompak seorang warga emas menggunakan pisau.

    Nasib baik serangan yang cuba dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayak ramai.

    Insiden yang berlaku di Santiago ini, menggemparkan orang ramai yang lalu lalang apabila melihat seorang lelaki berbogel yang diikat seluruh badannya menggunakan pembalut lut sinar di tiang.

    Lebih memalukan, seluar dalam lelaki bernama Valentino Abeyta Barrera, 32 tahun ini kelihatan digunakan sebagai pengikat di bahagian buku lalinya.

    Sementara itu, keadaan lelaki berbogel itu tersebut sempat dirakam oleh orang ramai di kejadian itu supaya menjadi pengajaran kepada penjenayah yang lain.

    Insiden ini sekaligus menjadi viral di media-media sosial dan menjadi perbualan masyarakat dunia.

    Situasi yang berlaku selama 20 minit ini berakhir apabila pihak polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek.

    Namun, menurut pihak polis, suspek tidak memberitahu mengapa dia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya.

    Pihak Polis juga tidak dapat mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana mangsa. – MyNewsHub
  • Kastam Sarawak Pungut Cukai Hampir RM900 Ribu

    By Salfian Nawawi →

    BINTULU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah berjaya memungut cukai berjumlah RM896,439.36 bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini sehingga 26 November, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili.

    Jelasnya, lebih 50 peratus pungutan itu hasil duti eksport yang menjadi penyumbang terbesar manakala cukai perkhidmatan sebanyak RM123,803,324.46 atau 13.8 peratus daripada keseluruhan hasil negeri pula menjadi penyumbang kedua terbesar.

    “Manakala cukai diperolehi daripada jualan import sebanyak 9.4 peratus, duti eksais (barangan import) 8.7 peratus, duti import 6.7 peratus, cukai jualan tempatan 5.2 peratus dan duti eksais tempatan 1.2 peratus serta selebihnya hasil bukan cukai dan hasil negeri,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar selepas melancarkan Operasi Pacak Sarawak JKDM di Dataran Esplaned semalam.

    Datuk Matrang menjelaskan, JKDM Bintulu mencatatkan pungutan hasil sebanyak RM344, 238,779.70 bagi tempoh sama tahun ini iaitu lebih 38 peratus daripada pungutan hasil negeri Sarawak.

    Katanya, daripada segi penguatkuasaan, JKDM Sarawak berjaya merampas barangan seludup bernilai RM4,857,820.21 melibatkan cukai berjumlah RM8,007,784.86 melalui aktiviti penguatkuasaan sepanjang 11 bulan pertama tahun ini.

    Menurutnya, bagi tempoh itu, bahagian penguatkuasaan berjaya memperoleh 596 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan bilangan kes menurun sebanyak 11.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

    “Meskipun perolehan kes menurun, nilai dan cukai barangan dirampas meningkat berbanding tempoh sama tahun 2013, apabila masing-masingnya meningkat sebanyak 27.3 peratus dan 6.8 peratus.

    “Manakala Cawangan Penguatkuasaan Bintulu berjaya merampas barangan seludup bernilai RM242,030.86 (penurunan sebanyak 6 peratus) melibatkan cukai berjumlah RM129, 883.98 (penurunan 82.5 peratus),” katanya.

    Jelas Datuk Matrang, ia merupakan kutipan hasil aktiviti penguatkuasaan serbuan outlet, pemeriksaan rapi di pelabuhan serta sekatan jalan raya sepanjang 11 bulan pertama tahun ini.

    “Sebanyak 104 kes diperolehi melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Bilangan kes diperolehi menurun sebanyak 0.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya sambil menambah aktiviti penyeludupan banyak berlaku menjelang sambutan perayaan kerana permintaan tinggi terhadap barang seludup.

    Katanya, JKDM Sarawak telah meningkatkan usaha mematah sumber bekalan dan penghantaran barang seludup melalui aktiviti rondaan dan pemeriksaan outlet lebih kerap.

    Jelasnya, orang ramai turut digesa memberi kerjasama menyalur maklumat dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Sarawak menerusi talian 082-333133. Orang ramai tidak perlu risau kerana identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. - UB
  • Dua Aspek Perundangan Akan Dirayu Dalam Kes Transgender

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.

    Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dua perkara itu ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Mahkamah Rayuan pada 7 November lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.

    Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.

    "Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.

    "Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad.

    Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

    Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka difailkan sebelum 6 Disember ini.

    "Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya.

    Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - mStar
  • Penyanyi Rap British Hasut Golongan Muda Sertai IS

    By Salfian Nawawi →

    Seorang artis rap warga British yang kini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) menggesa anak muda Islam yang sering bermain permainan video peperangan untuk ke Syria dan merasai suasana sebenar.

    Lelaki itu yang dikenali sebagai Abu Afro berkata," panggilan tugasan, tinggalkan Fifa (permainan bola sepak) dan menyertai peperangan."

    Penyanyi itu dikesan menghantar hasutan menerusi Twitter dari Raqqa iaitu kawasan yang dikuasai IS. Dia selain itu turut berkata," kematian semakin hampir, tunjukkan anda tidak takut."

    Dengan menggelar dirinya sebagai penyajak dan mengharungi masa silam sebagai pengedar dadah di British, Abu Afro kemudian memberitahu," tidak ramai nampak apa yang saya nampak, gunakan hidup anda sebaik mungkin."

    Penyanyi berusia 20-an itu tiba di Syria awal tahun ini dan sering memuat naik gambar bersama senjata api. - mStar
  • Harga Petrol Dijangka Turun Tiga Atau Empat Sen Seliter

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Pengguna tempatan berharap bukan sahaja harga petrol lebih rendah, malahan caj pengangkutan serta barangan dan perkhidmatan lebih murah berikutan penurunan harga minyak di pasaran global dan pemansuhan subsidi bahan api bermula Isnin ini.

    Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sememangnya dijangka berlaku penurunan pada harga minyak dalam tempoh terdekat.

    "Kami sedang melakukan pengiraan purata harga pasaran untuk RON95 dan diesel pada November dan akan menggunakan angka itu untuk menetapkan harga baru pada Disember.
    "Berasaskan kepada trend pasaran ketika ini, mungkin ada penurunan antara tiga atau empat sen," katanya.

    Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia, Jong Foh Fit berkata, terpulang kepada pengusaha secara individu sama ada mahu menurunkan fi atau tidak.

    "Berdasarkan peruntukan dalam Akta Persaingan Malaysia, pengusaha tidak boleh dipaksa untuk menurunkan harga," katanya.

    Presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali pula berkata, harga minyak akan hanya turun jika kerajaan membenarkan pengusaha untuk menetapkan harga tiket.

    Beliau berkata, dengan harga siling bas ketika ini, pengusaha tidak mampu untuk meletakkan harga lebih rendah walaupun berlaku penurunan harga minyak di pasaran.

    Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang turut memberi maklum balas berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Bas Pan-Malaysia untuk membincangkan berhubung harga tiket.

    Bagi Ketua Pengarah Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj pula, katanya, penurunan harga minyak perlu diiringi dengan caj pengangkutan dan harga barangan serta perkhidmatan yang lebih rendah.

    "Sebelum ini, sering kali timbul masalah di mana peniaga menaikkan harga setiap kali kerajaan menurunkan subsidi minyak, jadi kali ini kami mengharapkan reaksi bertentangan berlaku," katanya.

    Bagaimanapun, kata-kata pihak Fomca itu disanggah Ashfar sambil menjelaskan purata penggunaan diesel bas ekspres adalah antara 6,000 hingga 7,000 seliter sebulan, di mana 2,880 liter dibeli pada harga subsidi RM1.88 setiap liter.

    "Baki minyak itu perlu dibeli pada kadar runcit biasa," katanya. - mStar
  • Pemimpin Masyarakat, Barisan Hadapan Kerajaan Di Kampung

    By Salfian Nawawi →

    Pemimpin-pemimpin masyarakat merupakan barisan hadapan pentadbiran Kerajaan di peringkat kampung.

    Menteri Di Pebata Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata jika kita melihat di sekeliling kita, pembangunan dan kemajuan yang telah dikecapi merupakan hasil kerjasama daripada semangat kekitaan dan berpasukan antara Kerajaan dan pemimpin masyarakat serta penduduk di kawasan ini.

    "Oleh itu, saya sentiasa menekankan agar semua pihak mengutarakan apa jua program dan keperluan yang perlu untuk memastikan tidak ada seorangpun kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada menikmati pembangunan yang ada di negeri ini."

    Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadng berkata demikina dalam ucapannya pada Majlis Program Berkhatan dan Derma Darah Peringkat Sadong Jaya yang diadakan di Masjid Daerah Darul Iman Sadong Jaya sebentar tadi.

    "Antara sedar dan tidak sedar, kita kini sudah menghampiri penghujung tahun yang bakal berakhir sebulan sahaja lagi dan pada masa ini sudah pasti kita ingin menilai apakah azam tahun lalu 2013 telah kita capai tahun ini."

    "Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi saya yakin dengan iltizam dan kesungguhan kita untuk lebih maju dari tahun-tahun yang sebelum ini, akan tercapai juga," ujarnya lagi.

    Mengingatkan setiap pelaksanaan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang adalah bertujuan untuk mensejahterakan rakyat, Nancy berkata, kita tidak menafikan terdapat kelemahan dan lompang-lompang dalam sistem pentadbiran serta dasar dan polisi yang sedia ada.

    "Bagaimanapun, kita sentiasa berusaha memperbaikinya menerusi pelbagai program ‘engagement’ yang diadakan sepanjang tahun ini. Alhamdulillah saya melihat banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan ini termasuk projek-projek infra di kawasan ini yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan ini."

    Dalam majlis yang sama, seramai 30 individu yang terdiri daripada bekas penghulu, cikgu, pengerusi ranting PBB, Ketua Kaum, Imam serta  Bilal dan lain-lain yang pernah memberi khidmat dan bakti kepada DUN Sadong Jaya juga diraikan.

    Nancy juga mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada penduduk di kawasan ini tanpa mengira kaum dan agama.

    "Kita bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin masyarakat yang sentiasa menjadi pendidik dan pembimbing kepada semua masyarakat di sini."

    Mengingatkan semua mereka yang tidak lagi memegang jawatan tinggi dalam masyarakat agar tidak berhenti di situ sahaja dalam menyumbangkan khidmat dan bakti untuk masyarakat, Nancy berharap mereka teruskan perjuangan murni mereka kerana ia merupakan pengorbanan yang sangat dihargai dan akan diingati sampai bila-bila.

    "Semoga dengan adanya semangat sebegini, ia dapat menjadi contoh kepada anak-anak muda di kawasan ini untuk turut mengikut jejak pemimpin masyarakat yang ada kerana apabila tiba masanya nanti, merekalah yang akan menggantikan tempat kita untuk membentuk pula generasi akan datang."

    "Justeru, pada hari ini, kita semua harus melihat jauh ke hadapan agar anak cucu kita nanti akan menjadi pemimpin di negeri ini yang akan membawa lebih banyak transformasi demi kesejahteraan semua," katanya lagi.


    Nancy juga menyatakan program berkhatan beramai-ramai sebegini juga akan dapat memupuk keakraban di kalangan ahli keluarga serta mendedahkan anak-anak kita kepada budaya dan tradisi berkhatan yang diamalkan dalam masyarakat Islam.

    "Pun begitu, amalan berkhatan yang lazimnya dilakukan dalam suasana meriah kini menampilkan keistimewaan dan keunikan tersendiri apabila bukan sahaja masyarakat Islam yang terlibat dalam tradisi berkhatan, malah masyarakat bukan Islam juga tidak ketinggalan mahu ikut serta dalam tradisi ini," katanya lagi.

    Turut hadire bersama dalam majlis tersebut ialah ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan barisan pemimpin tempatan. - Sarawakiana
  • Malindo Beri Amaran Penipuan Tiket Murah

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malindo Air memberi amaran adanya kumpulan penipuan menyamar sebagai pekerja Malindo Air untuk menjual tiket penerbangan dengan harga terlalu murah.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Malindo berkata mereka menerima laporan daripada pelanggan mengenai penipuan itu.

    Kadang-kadang kumpulan tersebut melakukan penipuan itu secara berterusan di mana pelanggan mengadu sering menerima panggilan daripada kumpulan tersebut.

    Syarikat penerbangan itu memberi nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika menerima panggilan begini.

    Pekerja Malindo Air hanya akan menelefon pelanggan untuk membincangkan perkara penting seperti butir tempahan dan proses pengesahan transaksi.

    Sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan seperti meminta butiran kad kredit bank, jangan dilayan.

    Begitu juga jangan meneruskan perbualan sekiranya anda diminta memindahkan wang tunai ke akaun bank yang lain.

    Malindo meminta orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dan membuat laporan sekiranya menerima panggilan penipuan.

    Orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Panggilan di talian 03-78415388 yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam sekiranya menerima panggilan penipuan. - RakyatPost
  • Ibrahim Ali Saman Akhbar The Star Setengah Juta

    By Salfian Nawawi →

    KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak teragak-agak untuk menyaman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Star Datuk Seri Wong Chun Wai, berhubung satu artikel yang didakwa memfitnahnya.

    Memetik laporan portal Malaysian Insider sebagaimana dilaporkan The Star, surat tuntutan saman berjumlah RM500,000 yang bertarikh 24 November mendesak Wong membuat pengakuan bertulis untuk tidak memberikan ulasan lanjut mengenai artikel yang bertajuk ‘A mind-boggling spin’ yang disiarkan akhbar berkenaan pada 2 November lalu.

    Selain itu, Ibrahim juga mahu Wong membuat kenyataan bertulis, menarik balik artikel berkenaan.

    Artikel berkenaan yang ditulis oleh Wong, mempersoalkan mengapa tiada dakwaan difailkan terhadap kenyataan Ibrahim yang mahu membakar Bible bahasa Melayu.

    “Pendirian saya masih sama. Kesederhanaan akan terus bersuara. Katakan tidak kepada ekstremisme. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, kami akan melawannya,” kata Wong seperti dilaporkan akhbar milik MCA itu hari ini.

    Surat tuntutan saman berkenaan juga mengkehendaki Wong yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications (M) Bhd menjawab surat berkenaan dalam tempoh 14 hari atau berdepan tindakan undang-undang.

    Hujung bulan lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim yang menggesa Bible berbahasa Melayu, dibakar.

    Ia mengatakan seruan Presiden PERKASA itu mesti dilihat daripada keseluruhan konteks dan menambah, keadaan waktu itu hanya ditujukan kepada kejadian di mana Bible tersebut diedarkan kepada pelajar Islam di SMK Jelutong, Pulau Pinang.

    “Sebagaimana yang diputuskan mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat.

    “Apabila dikaji di dalam konteksnya secara keseluruhan, kenyataan Ibrahim tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.

    “Jelas Ibrahim bukan berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanyalah mempertahankan kesucian agama Islam,” menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara.

    Kenyataan itu juga menyebut, Ibrahim tidak akan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu tidak mempunyai niat menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan ketenteraman awam tergugat.

    “Tiada juga kesalahan di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan yang dilakukan kerana Datuk Ibrahim Ali jelas mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya. - RakyatPost
  • MH17: Six Coffins Of Remains Flown Out Of Ukraine

    By Salfian Nawawi →

    KHARKIV: Six more coffins holding remains of the victims from downed Malaysia Airlines flight MH17 were today flown out of east Ukraine for The Netherlands, officials said.

    Dutch and Ukrainian officials held a memorial ceremony at the airport in the city of Kharkiv for the last batch of human remains due to be transported this year.

    “It was a very important ceremony, very important for the relatives, families and friends of the victims of this enormous tragedy,” said Dutch Justice Minister Ivo Opstelten.

    The Boeing 777 was blown out of the sky on July 17 over rebel-held territory, killing all 298 people on board, including 193 citizens of The Netherlands.

    Ukraine and the West accuse Russia of supplying pro-Kremlin insurgents with the missile that shot down the jet but Moscow and the separatists deny they were responsible and have instead pointed the finger at Kiev.

    The Dutch-led probe team has so far identified 289 of the victims and is set to transport the wreckage of the plane by road to the Netherlands for further investigation.

    Kharkhiv governor Igor Baluta said that the debris of the downed jet would be loaded onto trucks for transportation westwards Saturday and would depart from east Ukraine in the near future.

    Recovery work at the crash site has now been halted for the winter but searches will resume again in March, Baluta said. - AFP
  • TLDM Patahkan Aktiviti Mencuri Khazanah Kapal Perang

    By Salfian Nawawi →

    KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan nelayan asing dari Vietnam yang cuba mencuri khazanah kapal perang British era Perang Dunia Kedua kira-kira 60 Batu nautika dari Tanjung Gelang, dekat sini, Khamis.

    Mawilla 1 dalam kenyataan di sini pada Jumaat berkata nelayan berkenaan dipercayai mencuri khazanah dari dua buah kapal yang tenggelam itu iaitu HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales.

    Kejayaan mematahkan kegiatan haram mencuri khazanah laut negara itu adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang yang dimaklumkan dalam satu program khas bersama pihaknya, minggu lalu, katanya.

    "Aktiviti penyelaman haram oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tanjung Gelang itu dipatahkan oleh KD Perkasa yang dalam pelayaran pulang selepas tamat latihan Malindo Jaya, pada 6.45 pagi.

    "KD Perkasa menahan sebuah bot nelayan diubah suai menjadi bot penyelaman dan sebanyak 17 kru rakyat Vietnam berada di atasnya dengan sebahagian daripada mereka sedang menyelam di dasar laut dipercayai untuk mengambil hasil tinggalan disyaki kapal perang yang tenggelam semasa Perang Dunia Kedua," katanya.

    Menurut kenyataan itu, pemeriksaan mendapati kesemua kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah kecuali tekong dan kesemua tahanan dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang serta diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.

    "Mengikut sumber, kawasan itu adalah lokasi dua buah kapal perang British tenggelam semasa Perang Dunia Kedua pada 10 Dis 1941 iaitu HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales," katanya.

    Kejayaan berkenaan membuktikan bahawa program mendekati masyarakat khususnya komuniti maritim mampu memberi kesan dan membantu pelaksanaan operasi Markas Wilayah Laut Satu TLDM, menurut kenyataan itu.

    "Komuniti maritim seperti nelayan, pengusaha pusat peranginan dan penduduk di pulau boleh menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan khasnya TLDM.

    "Mereka boleh melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan atau boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara," katanya. -mStar
  • Tiga Anggota Polis Cedera Ditetak

    By Salfian Nawawi →

    PENDANG: Tiga anggota polis cedera ditetak dalam kejadian amuk melibatkan seorang lelaki yang mengalami masalah mental di Lampung Kerkau, di sini Khamis.

    alam kejadian pada kira-kira 1 petang itu, suspek telah menyebabkan tiga anggota polis cedera akibat ditetak di kepala, jari dan kaki.

    Seorang saksi, Annisaa Ismail, 35, berkata suspek yang berusia 28 tahun itu mengamuk selepas pihak polis cuba memujuk mangsa keluar dari biliknya untuk dibawa ke hospital.

    "Masa kejadian saya tengah bakar ikan di luar sebelum nampak dua buah kereta polis masuk ke perkarangan rumah dia. Ada lima anggota polis yang datang ke situ.

    "Ada polis yang pergi ke bahagian belakang rumahnya untuk lihat keadaan dan dalam pada masa sama seorang polis masuk melalui pintu depan dan terus ke hadapan bilik dia untuk pujuk keluar," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

    Annisaa berkata selang beberapa minit kemudian keadaan menjadi kecoh dan beliau melihat tiga anggota polis berlari keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah.

    "Dia (suspek) yang berada dalam bilik terus menetak salah seorang anggota polis di kepala menggunakan parang sebaik dia membuka pintu.

    "Seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan rakannya memukul suspek dengan menggunakan cota. Suspek yang masih memegang parang turut menetak anggota polis itu," katanya.

    Katanya, seorang lagi anggota polis yang cuba menyelamatkan dua rakannya turut terkena libasan parang dari suspek.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

    Kesemua anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala suspek dibawa ke Hospital Alor Setar (HAS) untuk rawatan lanjut. - mStar
  • Suspek Kes Tetak "Silap Orang" Taman Sukma Ria Diberkas Polis

    By Salfian Nawawi →

    Dua dari empat suspek yang dipercayai terlibat dalam satu serangan bersenjata ke atas seorang lelaki di Taman Sukma Ria baru-baru ditahan polis semalam.

    Mengesahkan tangkapan terkini tersebut, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menyatakan dua suspek berkenaan diberkas polis lebih kurang jam 4 petang.

    "Pihak Jabaran Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat tangkapan keatas dua suspek yang berumur 24 dan 29 tahyn yang dipercayai terlibat dalam kejadian di Sukma Ria semalam."

    Sumber polis mendedahkan kedua suspek dipercayai bekerja sebagai penjual VCD di sekitar Kuching dan salah seorang dari mereka telah pun mengaku menyerang mangsa dengan parang.

    Dalam kejadian tersebut seorang lelaki cedera parah setelah di serang empat orang suspek bersenjatakan parang dan kayu di Taman Sukma Ria. (klik sini untuk berita tersebut)

    Kedua suspek telah ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Kesiksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata dan akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman bagi membatu siasatan.

    Sementara itu, polis masih lagi memburu dua lagi baki suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut. - Sarawakiana
  • Klimaks 180 Kali Dalam Masa Dua Jam Tanpa Hubungan Intim?

    By uMieySurianie → Friday, 28 November 2014

    Bagi wanita yang sudah berkahwin, melakukan hubungan intim dan mengalami kepuasan adalah hal yang diidam-idamkan. Kerana menurut pelbagai kajian, tidak sedikit wanita yang berpura-pura puas dengan apa yang dilakukan suaminya di atas katil.

    Padahal komunikasi dua arah sangat diperlukan, untuk mencapai kepuasan tersebut. Tapi bagi wanita bernama Cara Anaya, mengalami kepuasan saat bercinta bukan hal yang aneh lagi, bahkan saat tidak melakukan hubungan seks pun, ia boleh klimaks.

    Wanita berumur 30 tahun tersebut mempunyai kelainan, yang disebut Persistent Genital Arousal Disorder. Cara dan suaminya yang tinggal di Arizona, berkata jika perkara ini sangat memalukan dan membuat bingung.

    Sebabnya, ia boleh mendapatkan kepuasan saat bershopping, bermain di taman bersama anaknya, atau sekadar duduk di depan televisyen. "Apabila anda berada di sekitar anak-anak, perasaan ini membuat saya merasa rendah dan kotor. Mereka tidak mengerti apa yang saya rasakan, bahkan ketika ingin menghantar anak ke sekolah," kata Anaya.

    Kini Cara hanya boleh mengelakkan ruang awam, sehingga rahsianya akan tetap terjaga. Ia juga terpaksa berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan, selepas didiagnosis mengalami kelainan tersebut. Ia juga berusaha membahagiakan suaminya, dengan melakukan hubungan intim secara teratur, walaupun harus menderita dengan keadaannya.

  • Lelaki Cedera Ditetak Dalam Kejadian Samun Di Rumah

    By Yusz Man →

    SEREMBAN: Seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

    Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi itu, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal berhenti di depan rumah mangsa sebelum menyerbunya.

    Jurucakap polis berkata, mangsa yang terkejut cuba melawan, namun seorang suspek kemudian melibas parangnya yang terkena dada mangsa.

    "Suspek kemudian mengambil barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya di sini.

    Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.-BH
  • Indra Tekad Lebur Singapura

    By JANUARIUS →

    SINGAPURA: Malaysia tidak pernah menewaskan Singapura di kubu kuat musuh tradisi itu sejak 2002 dan mungkin rekod buruk 12 tahun itu bakal lebur pada pertembungan terakhir saingan Kumpulan B di Stadium Nasional, Kallang esok.

    Kali terakhir Harimau Malaya melenyapkan ‘Sorakan Kallang’ dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger pada 18 Disember 2002 dengan penyerang Indra Putra Mahayuddin meledak dua gol.

    Kali ini Indra yang sudah berusia 33 tahun masih berada dalam skuad dan dia mungkin sekali lagi boleh menjadi duri dalam daging kepada juara bertahan Singapura.

    “Ini peluang terbaik untuk pemain termasuk senior pasukan ini membuktikan kemampuan.

    “Sejarah biarkanlah menjadi sejarah. Kami kena buktikan dengan menang ke atas Singapura pada perlawanan terakhir ini untuk layak ke separuh akhir,” katanya.

    Dalam 14 pertemuan sejak 2002, Malaysia hanya menang tiga kali, seri empat dan tewas tujuh termasuk pada pertemuan terakhir pada aksi kumpulan Piala AFF 2012.

    Kali terakhir Malaysia, juara Piala AFF 2010 menewaskan skuad Singa itu pada 12 Jun 2012 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam dengan keputusan 2-0.

    Indra yang masuk sebagai pemain gantian ketika skuad kendalian Dollah Salleh seri 0-0 dengan Myanmar dan kalah 2-3 di tangan Thailand tetap percaya mereka masih mempunyai kelebihan untuk mengatasi Singapura yang hanya memerlukan seri esok untuk mengiringi Thailand ke separuh akhir.


    “Singapura mungkin ada sedikit kelebihan sebagai pasukan tuan rumah tapi dari segi permainan tidak ada beza dan saya percaya kami lebih bersemangat kali ini. Apa yang kami perlu lakukan supaya fokus dan berwaspada dengan gerakan set-piece mereka,” kata pemain FELDA United itu. - HMetro
  • Ubah Tanggapan Jabatan Insolvensi Sebabkan Kemuflisan - Nancy Shukri

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Masyarakat perlu mengubah tanggapan bahawa Jabatan Insolvensi merupakan agensi yang bertanggungjawab memufliskan individu, syarikat atau sesebuah organisasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

    Sebaliknya, beliau berkata Jabatan Insolvensi memainkan peranan penting dalam membantu pihak tersebut keluar daripada status muflis selain membantu pemiutang mendapatkan kembali wang yang dihutang.

    "Jabatan Insolvensi bukanlah jahat, maka masyarakat tidak perlu takut kepada jabatan ini malah jabatan ini sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu mereka yang diisytiharkan muflis.

    "Pegawai jabatan ini juga perlu memainkan peranan dalam mengubah tanggapan ini dengan bersikap mesra, berpengetahuan dan berketerampilan apabila berhadapan dengan mereka yang meminta pertolongan," katanya di sini, Khamis malam.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Dialog Sempena Persidangan Insolvensi 2014 di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Insolvensi Haslina Mansor.

    Pada majlis itu juga Nancy melancarkan Buku Rujukan Pantas Kebankrapan yang merupakan panduan kepada penghutang yang diisytiharkan muflis. Persidangan tiga hari yang berakhir hari ini disertai kira-kira 300 anggota jabatan itu dari seluruh negara.

    Sementara itu, Nancy berkata kerajaan sentiasa berusaha membantu mereka yang terbeban dengan status muflis antaranya dengan mengemas kini undang-undang sedia ada berkenaan kemuflisan.

    "Jabatan Insolvensi juga pada masa ini sedang melihat keperluan mewujudkan undang-undang (kemuflisan) baharu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan banyak penyelidikan dan perlu dilakukan secara menyeluruh supaya hak semua pihak dapat diseimbangkan," katanya.

    -- BERNAMA
  • "Silap Orang" Punya Pasal, Lelaki Masuk Hospital Kena Tetak

    By Salfian Nawawi →

    Polis sedang memburu empat suspek yang telah menyerang dan mencederakan seorang lelaki di Taman Sukma Ria, Jalan Sultan Tengah Petra Jaya semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi mengesahkan kejadian sambil berkata mangsa adalah seorang penganggur yang berusia 34-tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tubuh.

    Menurut laporan polis yang dibuat oleh rakan mangsa, seorang pengawal keselamatan yang berusia 28 tahun kejadian berlaku lebuh kurang jam 1.30 tengahari.

    Ketika kejadian, pengadu sedang memandu kereta bersama mangsa di kawasan tempat letak kereta Taman Sukma Ria sebelum didatangi empat suspek yang tidak dikenali yang bersenjatakan parang dan batang kayu.

    Kumpulan suspek tersebut kemudiannya tekah menghalang kenderaan mereka namun pengadu sempat turun dan lari dari kereta malangnya, mangsa yang gagal melarikan diri dan di serang.

    Mangsa, yang kini di dirawat di sebuah hospital dan didalam keadaan yang stabil mendakwa tidak mengenali semua suspek dan punca mengapa mereka di serang.

    Namun begitu, salah seorang dari suspek yang kemudiannya telah menghantar mangsa ke hospital memberitahunya mereka telah "silap orang".

    Polis telah pun mengenalpasti identiti suspek. - Sarawakiana
  • Rakan Anwar Tawar RM100 juta Untuk Tumbangkan Kerajaan BN - Anifah

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →
    Foto : The MalaysianInsider

    Kuala Lumpur : Datuk Seri Anifah Aman hari ini telah mendedahkan seorang ahli perniagaan, yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah menawarkan RM100 juta kepada beliau untuk membawa 10 ahli Parlimen Sabah melompat parti sekaligus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada 2008.

    Anifah, 61, yang juga Menteri Luar, berkata bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail datang kepadanya di Hotel Sentral ketika dia merokok dengan ahli parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan seorang lagi ahli parlimen Sabah yang lain pada bulan Mei, 2008.

    Anifah bagaimanapun tidak dapat mengingat dengan jelas hari dan tarikh kejadian.

    "Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009.

    "Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memetik laporan dari The Malaysia Insider.

    Anifah juga memberitahu wartawan tentang jawatan timbalan perdana menteri yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya beliau berjaya membantu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008.

    sumber
  • Melecur Teruk Disimbah Air Panas

    By JANUARIUS →

    MUAR: Bukan setakat kepala dipukul menggunakan cota, seorang lelaki di sini, turut disimbah air panas oleh suami kepada anak angkatnya dalam kejadian di Batu 18 1/4, Air Hitam, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Mohd Noor Abdullah, 55, melecur teruk pada bahagian muka dan badan serta cedera parah pada kepala.

    Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, berkata, mangsa yang kematian isteri dua tahun lalu dan tidak mempunyai anak, membenarkan anak angkatnya dan suami tinggal bersama di rumahnya.

    Menurutnya, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan memandangkan suami anak angkatnya itu tidak bekerja.

    “Mereka bertengkar sebelum itu. Kejadian ini cuma disedari saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar Mohd Noor menjerit minta tolong sambil merangkak keluar.

    “Ketika itu, Mohd Noor berlumuran darah di kepala dan kulitnya melecur. Saudara saya mengejutkan yang lain untuk membantu Mohd Noor,” katanya semalam.

    Katanya, mangsa segera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan berikutan keadaannya makin lemah.

    Menurutnya, suspek telah melarikan diri bersama isteri dan dua anak mereka menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) KIA Citra milik mangsa.

    Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, mangsa melecur 35 peratus pada bahagian muka dan badan, dan kini dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan.

    “Keadaan mangsa kini stabil. Dia dijangka menjalani rawatan dalam tempoh panjang berikutan lecur dialami agak serius. Dia akan dibenarkan pulang apabila luka lecur pulih,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk memburu suspek.

    Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - SH
  • Mia Sara Hipokrit Dengan Puteri Balqis?

    By uMieySurianie →

    Usia masih muda pun sudah terpalit dengan gossip, itulah risiko yang terpaksa ditanggung sesiapa pun yang terlibat dalam dunia hiburan. Terbaru, pelakon kanak kanak Mia Sara dikhabarkan bersikap hipokrit dengan teman seperjuangan, Puteri Balqis.

    Menerusi satu laporan akhbar baru baru ini, Mia Sara didakwa tidak ada menegur atau bercakap langsung dengan Puteri Balqis ketika mereka bekerjasama dalam satu projek lakonan namun baru baru ini membuat kenyataan kononnya mengagumi kejayaan Balqis yang berjaya menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014).

    Bercakap kepada mStar Online, bapa kepada Mia Sara, Muhammad Ridhuan berasa pelik dengan sikap segelintir mereka yang sanggup bercakap buruk dan menyebarkan gosip mengenai Mia yang baru berusia sembilan tahun.

    “Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ianya semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip. Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti,” ujarnya tentang isu ini.

    Ridhuan turut mengakui yang anaknya itu memang tidak terlalu banyak bercakap ketika menjalani penggambaran kerana risau tingkah lakunya akan mengundang rasa kurang senang terhadap pihak lain selain mahu memudahkan proses pengambaran. (rtky/m)
  • Program Khidmat Masyarakat Kukuh Perpaduan

    By JANUARIUS →


    BINTULU: Program khidmat masyarakat antara program agensi kerajaan, swasta dan badan korporat bagi mendekati masyarakat seterusnya mengukuh lagi perpaduan sedia ada.

    Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip berkata, tugas agensi tidak semestinya terhad kepada penguatkuasaan undang-undang atau skop berkaitan satu bidang sahaja tetapi khidmat kepada masyarakat setempat harus diteruskan.

    “Sesuatu yang wajar bagi setiap agensi atau jabatan menganjur program khidmat komuniti dalam usaha membantu memperbaiki taraf hidup masyarakat setempat. Pada masa sama,  program ini mampu mempromosi bentuk perkhidmatan disediakan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Program Khidmat Bakti 2014 anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diadakan di Balai Raya Kampung Jepak di sini, pagi semalam.

    Sambil menyifatkan aktiviti itu sebagai usaha murni JKDM mendekati masyarakat khususnya di Kampung Jepak, Talib berkata ia sebagai tepat pada masanya kerana penduduk kampung boleh mendapat pelbagai maklumat berguna mengenai peranan JKDM di samping pelbagai pengisisan program seperti ceramah, solat berjemaah, gotong-royong dan sebagainya.

    Talib menejlaskan, program itu paling berkesan bagi menjalin kerjasama erat antara penduduk kampung sekali gus menyalur maklumat berguna berhubung perjalanan operasi semasa JKDM.

    “Justeru, saya berasa program sebegini sememangnya banyak memberi kesan positif terhadap komuniti setempat di samping meluas kefahaman penduduk terhadap peranan JKDM secara keseluruhannya,” ujarnya lagi.

    Talib dalam ucapannya turut menasihat penduduk agar melaporkan sebarang kegiatan penyeludupan bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap pesalah.

    “Kegiatan penyeludupan haram harus dibanteras habis-habisan bagi menggelak kerajaan mengalami kerugian seterusnya menyebabkan risiko ekonomi kepada rakyat” katanya.

    Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato Matrang Suhaili dan Penghulu Drahman Kawi antara yang hadir. - UB
  • Pendirian Tegas Adenan Lambang Kekuatan Pentadbiran Sarawak

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Kini, rakyat di Sarawak boleh merasa lega, bahkan ada yang menyambut dengan penuh kegembiraan berikutan kesungguhan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem terus menerus menyatakan pendirian tegas pentadbirannya mengenai isu berbangkit seperti pembalakan haram, rasuah, hak royalti minyak dan gas serta pelaksanaan hukum hudud membabitkan negeri Sarawak.

    Kegiatan pembalakan haram dan rasuah dalam aktiviti pembalakan yang kian meruncing, malah makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pembalak haram yang berani mencerobohi kawasan hutan dilindungi diyakini membawa pelbagai implikasi buruk kepada negeri Sarawak. Keadaan ini menuntut tindakan segera pelbagai pihak, terutamanya kerajaan negeri bagi membendung aktiviti tersebut.

    Aktiviti pembalakan haram yang berlaku bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi, kerugian jutaan ringgit kepada Sarawak, kemusnahan terhadap alam sekitar, ancaman terhadap ekosistem flora dan fauna, tetapi juga menjadi barah yang mendatangkan implikasi politik, membentuk imej negatif pihak luar dan persepsi buruk dalam kalangan anak Sarawak terhadap isu berkenaan yang tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh buat sekian lamanya.

    Lantaran itu, Adenan yang menggalas amanah sebagai ketua eksekutif negeri ini sejak Februari lalu bertegas untuk memerangi aktiviti pembalakan haram dan pembabitan suapan rasuah antara pembalak haram dengan anggota penguat kuasa agensi kerajaan yang membuka ruang kepada kegiatan tersebut.

    Buktinya, pelbagai langkah telah diadakan bagi membendung sindiket haram pembalakan seperti membekukan pengeluaran lesen pembalakan baharu sehingga berjaya mengurang kes penyeludupan kayu balak dan pembalakan haram serta akan melengkapkan 50 pegawai penguatkuasaan Jabatan Perhutanan dengan senjata api bagi operasi membanteras aktiviti itu.

    Semenjak mengambil ahli tampuk pentadbiran negeri, Adenan turut meminta pembayaran royalti minyak dan gas yang lebih tinggi untuk negeri Sarawak daripada kerajaan persekutuan iaitu daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

    Permintaan tersebut sememangnya mendapatkan sokongan padu anak-anak Sarawak yang menginginkan kekayaan hasil bumi dan sumber asli negeri itu turut dinikmati sepenuhnya rakyat Sarawak.

    Pembayaran royalti yang lebih tinggi itu nanti dapat dimanfaatkan bagi merancakkan lagi pembangunan di Sarawak, memandangkan peruntukkan belanjawan yang tinggi diperlukan kerajaan negeri bagi membangunkan kawasan luar bandar, membekalkan penduduk di luar bandar dengan kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, membasmi kemiskinan tegar serta meningkat kualiti perkhidmatan sosialnya.


    Tidak kurangnya juga pendirian tegas kerajaan negeri dalam usaha memelihara hubungan baik dan kesepaduan penduduk berbilang kaum dan etnik di negeri ini yang harus dipuji.

    Jaminan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri Sarawak dan janji daripada Ketua Menteri Sarawak bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan Bible dirampas di negeri itu memberi kepastian kepada rakyat berlatar belakang pelbagai anutan agama bahawa mereka dapat terus hidup bersama secara aman dami dan harmoni seperti sedia kala.