Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu, kami memandang serius tuduhan yang dilemparkan. Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif kami, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.

Terbitan Bon / Hutang

Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.

Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting.

Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun.

Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu.

Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat.

Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius. Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.

Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion.

Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara nilai tara (par value) dan perolehan bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon.

Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di antara nilai tara (par value) bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun. Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan tawaran dan skala penajajaminan (underwriting).

Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini. Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya (par value) memastikan kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil ketika itu.

Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang serius sindiran bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.

Kadar Hutang

Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana modal melalui pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, pada skala yang memerlukan kami untuk berbuat demikian. Kesemua hutang kami adalah disokong oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan hutang kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama).

Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual, dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian. Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di pasaran antarabangsa dan daripada pelabur yang berkualiti, mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami. Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri usaha yang kami rancang bagi mengurangkan hutang kami.

Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX dan Bandar Malaysia. Sejak tahun lepas, kami telah memeterai beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa kepada aliran masuk dana ke Malaysia.

Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi membolehkan kami mendapat perolehan yang boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan serta mengurangkan kadar hutang kami.

Terlebih Bayar untuk Aset

Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB, tuduhan-tuduhan mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk aset-aset tenaga dan hartanah juga telah ditimbulkan semula sekali lagi.

Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012. Pembelian ini telah membolehkan kami untuk mempelbagaikan campuran bahan api dan risiko negara kami, selain mendapat manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak pengurusan yang unggul.

Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk aset-aset tenaga kami berkisar tentang nilai yang dikaitkan kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya dibeli dan berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak luar. Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil kira sinergi yang lebih meluas untuk kumpulan, di samping impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika membuat penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan ekonomi. Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi aset-aset ini – yang mungkin melibatkan pembayaran yang premium, adalah perkara biasa apabila membeli perniagaan lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan aset-aset tersebut.

1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar lebih untuk beberapa keping tanah di Pulau Pinang. Tanah yang dipersoalkan terletak di pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dan kami berniat untuk menggunakan beberapa keping tanah yang tinggal – yang bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami harapkan bakal menjana nilai yang tinggi. Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah tersebut, dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi.

Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding apa yang kami bayar. Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.

Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa

Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender. Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan.

Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut. Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh: standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.

Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.

Pembiayaan Untuk Projek 3B

1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B. Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.

Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit. Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak berasas ini.

1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.

Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini.

Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa. Ianya bukan merupakan kos pembayaran balik.

Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah.

1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar.

Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.

Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin. - 1MDB



PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya.

Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.

Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.

Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.

"Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau.

Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.

Beliau berkata Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?"

Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan.

Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan.

Beliau berkata pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.

Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful. - mStar

PUTRAJAYA: Hanya beg plastik yang mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuka oleh pegawai penyiasat (ILO) dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukan bekas yang mengandungi calitan daripada rektum pengadu, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu berkata Supt (bersara) Jude Blacious Pereira mematuhi Peraturan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) apabila semua barang kes disimpan dalam sampul berasingan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.

Beliau berkata semasa pemeriksaan utama, Pereira telah menjelaskan perkara itu secara terperinci dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan tindakannya seperti yang didakwa pihak pembela.

"Apa yang beliau lakukan sebenarnya mematuhi betul-betul apa yang dikehendaki di bawah IGSO dengan meletakkan setiap bekas dalam sampul berasingan dan menandakan sampul-sampul itu.

"Beliau tidak membuat apa-apa penandaan pada bekas itu atau membukanya kerana ia telah dimeterai oleh Dr Siew Sheue Feng dan doktor itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menandatangani pada cap setiap satu daripada bekas itu, " kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Peguam kanan itu juga memberitahu barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa untuk menyokong tindakan pegawai penyiasat itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan salinan IGSO yang jelas menyatakan bagaimana bahan bukti harus dikendalikan dan disimpan sebelum dihantar kepada ahli kimia.

Muhammad Shafee berkata di peringkat Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan berjaya meyakinkan dalam hujahnya bahawa ada kemungkinan sampel itu diusik yang membolehkan penasihat PKR itu dibebaskan.

Bagaimanapun, di Mahkamah Rayuan, pihak pendakwa berhujah bahawa apabila ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Adora Saidon memeterai bahan bukti, semua bekas masih utuh dan tidak terusik dan mahkamah bersetuju serta meminda keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau menjelaskan bahawa sampel intim Mohd Saiful itu dikumpul oleh dua orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam pada 28 Jun 2008.

"Sampel itu dibawa kembali oleh pegawai penyiasat dan disimpan di dalam loker di pejabatnya selama hampir 48 jam sebelum beliau membawanya keluar pada 30 Jun 2008 dan menghantarnya kepada ahli kimia," katanya.

Muhammad Shafee juga berkata sampel yang diambil dari bilik lokap Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tiba di jabatan kimia pada 17 Julai 2008.

"Pihak pembelaan bergantung kepada teori konspirasi bahawa sampel telah diusik, tetapi di mahkamah ini, kami berhujah mengenai analisis yang dijalankan oleh ahli kimia terhadap kesan air mani.

"Bagaimanapun, pada perbicaraan mendengar rayuan kali ini, mereka (pihak pembela) berhujah mengenai kemungkinan pegawai penyiasat berjaya mendapatkan sampel DNA perayu (Anwar) dari suatu tempat dan meletakkannya bersama sampel yang diambil daripada pengadu," katanya.

Mengenai isu berlaku gangguan dalam rantaian proses pengumpulan bahan bukti, Muhammad Shafee berkata tidak berlaku sama sekali kerana pegawai penyiasat mematuhi apa yang dikehendaki di bawah IGSO walaupun beliau mengaku tidak mendengar nasihat Dr Siew supaya sampel itu disimpan dalam penyejuk beku untuk melindunginya.

Muhammad Shafee akan menyambung hujah pada Isnin dan pihak pembelaan pula akan menjawab hujahnya pada Selasa.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Bernama
 

KUCHING: Seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kecurian kenderaan di Bandaraya Kuching di berkas polis ketika tidur di ruang tamu rumahnya di Kampung Tabuan Melayu di sini pada hari Rabu lepas.

Siasatan yang dijalankan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kemudiannya mendapati, suspek, yang berusia 37 tahun memiliki rekod jenayah lampau.

Serbuan yang dilakukan pada jam 10 pagi itu adalah hasil maklumat dari orang awam.

Susulan dari penangkapan beliau, polis menemui kembali tiga buah kereta jenis Perodua Kancil dijumpai diletakkan di perkarangan rumah bengkelnya.

Polis kemudiannya juga menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 30an dari kampung sama dipercayai rakan subahat suspek.

Menurut Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, suspek juga pernah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata dan curi kenderaan dan kini ditahan reman selama 4 hari. - Sarawakiana


KUCHING: Dua orang remaja lelaki telah diberkas oleh pihak polis ketika dijumpai sedang menyelongkar barang binaan dari sebuah lori berdekatan dengan Pasaraya Everrise BDC disini tengah hari semalam.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Tabuan Hilir dan berusia dalam lingkungan 26 tahun.

Menurut Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi, kedua suspek sedang khusyuk membongkar barang binaan dari dalam sebuah lori tidak menyedari perbuatan mereka di perhatikan oleh beberapa anggota Unit Rondaan Bermotor(URB) PDRM yang kebetulan melakukan rondaan dikawasan tersebut.

Melalui pemeriksaaan lanjut, polis menjumpai sebilah pisau lipat dan pisau pemotong kertas dari kedua suspek.

Sehubungan itu, kedua-dua suspek disiasat dibawah Seksyen 379 KK (Curi) dan telah pun ditahan reman bermula pada hari ini. - Sarawakiana
Hujah pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi rayuan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini akan bersambung Isnin dan Selasa depan.

Perkara itu disahkan Shafee ketika ditemui media di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman.

“Hari ini hujahan saya merangkumi 20 hingga 30 peratus. Saya mungkin ambil masa untuk bentangkan fakta berkenaan kes sebelum saya masuk dalam isu berbangkit dan undang-undang.

“Pembentangan fakta dari pihak pembelaan tidak menyeluruh, jadi saya beri fakta secara menyeluruh dan konteks-konteks itu yang penting supaya kita lebih paham kenapa perkara ini berkemungkinan berlaku,” katanya.

“Sebab itu saya makan banyak masa. Saya bagi fakta dan kandungan mustahak supaya kita lebih faham kenapa benda ini berkemungkinan berlaku,” katanya.

Beliau berhujah di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya akan memberikan hujah pada pagi Selasa sebelum ia diserahkan semula kepada pihak mahkamah.

Muhammad Shafee berkata, penghujahan seterusnya adalah mengenai bahan kes dari lokap berasaskan perbandingan yang menyatakan berus gigi, tuala dan botol air telah digunakan Anwar.

“Kita akan menyatakan eksibit-eksibit itu memang jelas daripada Datuk Seri Anwar bila kita bandingkan ia dengan eksibit dalam P27, semuanya ‘Male Y’, maka itu adalah eksibit Datuk Seri Anwar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, berkemungkinan besar penghujahannya tidak dapat diselesai pada Isnin kerana ia hanya berjalan separuh hari.

“Saya rasa Isnin ada peluang tidak habis. Kita akan ambil bahagian (beri hujah) pada sebelah pagi Selasa nanti sebelum submission,” katanya.

“Saya akan mengambil ‘bahagian kecil’ (masa) pada pagi Selasa, bagaimanapun saya rasa pada Selasa prosiding berjalan satu hari penuh,” katanya.

Dalam prosiding bermula Selasa, mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh. - BNBBC

Menghidap penyakit ganjil dan boleh membawa maut bukanlah kehendak kanak-kanak ini namun pastinya dia terpaksa akur akan takdir yang menimpa dirinya.

Ashanti Elliot Smith, baru berusia 11 dan kini menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dipanggil Hutchinson Gilford Progeria, selain turut menghidap penyakit alopecia.

Kekurangan yang menimpa dirinya tidak mematahkan semangat Ashanti untuk hidup seperti manusia lain termasuk menimba ilmu di sekolah.

Namun amat mendukacitakan, Ashanti dimalukan apabila seorang guru mengarahkan dia membuang rambut palsunya hingga menyebabkan kanak-kanak ini menangis teresak-esak dan terus meninggalkan sekolah.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di West Sussex membuat jiwa kecil kanak-kanak itu patah dan sedih.

Menurut ibunya, Phoebe Smith, 29, anaknya memberitahu cikgu menyuruhnya membuka rambut palsu berwarna merah jambu kerana ia boleh memberi pengaruh kepada rakan-rakan lain untuk mewarnakan rambut.

Smith yang kesal akan kejadian itu berkata walaupun rambut palsu itu berwarna merah jambu pastinya anak-anak lain akan memahami melihat dirinya yang sakit.

Lebih menyedihkan apabila diberitahu rambut palsu itu sebenarnya didermakan oleh seorang teman kerana keluarga Ashanti tidak mampu membeli rambut palsu asli rambut manusia.

Kisah Ashanti sangat menyayat hati dan mendapat perhatian media lagi-lagi kini ayahnya sedang dipenjarakan kerana mencuri wang yang disumbangkan kepada Ashanti oleh satu pertubuhan amal untuk memenuhi keinginan hayatnya berenang dengan ikan lumba-lumba di Florida.

Bagaimanapun, sekolah Oakmeeds Community College di Burgess Hill tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kejadian ini. – MYNEWSHUB

KUCHING: Seorang penuntut universiti yang berusia 19-tahun membuat laporan polis mendakwa beliau di pukul dan ditembak oleh seorang pemandu lori pagi tadi.

Menurut laporan mangsa, kejadian berlaku lebih kurang jam 9:30 pagi ketika beliau memandu kereta bersama kakaknya di Jalan Foochow No 1 di sini.

Sebuah lori yang memotong kenderaan mangsa tiba-tiba mengelak kenderaan yang datang dari arah hadapan dan terlanggar cermin sisi sebelah kanan kenderaannya.

Biarpun mangsa meminta pemandu lori itu memberhentikan lorinya, pemandu lori tersebut enggan berbuat demikian sehinggalah mangsa memintas lori berkenaan.

Niat mangsa untuk berbincang dengan pemandu lori tersebut tidak kesampaian sebaliknya, mangsa di serang dan di pukul oleh pemandu lori berkenaan yang mengakibatkan kecederaan dibahagian muka dan tangan mangsa.

Mangsa juga mendakwa selepas memukulnya, pemandu lori itu masuk semula kedalam lori dan dengan sengaja melanggar bahagian hadapan kenderaannya.

Amarah pemandu lori tersebut tidak berakhir disana sebaliknya, beliau telah mengeluarkan senjata seperti senapang dan mengacu senjata tersebut kearah kakak mangsa.

Mangsa juga mendakwa beliau terdengar satu das tembakan dilepaskan sebelum pemandu lori tersebut melarikan diri.

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan tersebut dan menjelaskan mangsa dan kakaknya tiada mengalami sebarang kecederaan.

Polis kini sedang mengesan suspek dan siasatan awal polis percaya senjata tersebut adalah senapang angin dan kes disiasat di bawah Seksyen 323KK dan Sekyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalties lebih berat) 1971. - Sarawakiana
SINGAPURA: Mahkamah Tertinggi Singapura semalam menolak dua cabaran yang dikemukakan tiga lelaki bahawa undang-undang melarang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain melanggar hak asasi mereka.

Ahli terapi urut, Tan Eng Hong 51 dan pasangan gay, Gary Lim Meng Suang, 46 dan Kenneth Chee Mun-Leon, 38 dikenakan hukuman penjara dua tahun setiap seorang kerana didapai bersalah melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis sementara Tan didakwa melakukan seks oral dengan lelaki lain dalam tandas awam.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan menuntut penolakan undang-undang tersebut yang menurut mereka bersifat diskriminatif dan adalah wajar untuk dihapuskan oleh mahkamah.

Hujah mereka bahawa Seksyen 377A undang-undang tersebut melanggar hak mereka untuk mendapat perlindungan saksama di bawah Perkara 12 Perlembagaan, dan melanggar hak mereka untuk hidup dan bebas seperti dijamin oleh Perkara 9 seperti di laporkan portal UMNO.

Keputusan mahkamah ini di buat diwaktu isu ini hangat dibicarakan dikalangan masyarakat Singapura yang konservatif. Seperti Malaysia, Singapura juga menggunakan undang-undang yang lebih kurang sama dalam isu membabitkan hubungan seks antara kaum sejenis.- FMT

Artis Gan Lulu kembali menjadi perbualan hangat warga Beijing ketika foto-foto telanjangnya, dan ibunya di internet.

Anehnya, ibunya juga dengan sengaja meng-upload foto-foto nakal mereka yang berciuman bibir, meramas payudara, serta berpose sensual. Demikian seperti dipetik dari Mingxing.com.

Beberapa orang menganggap tindakan ibu, dan anak itu mempamerkan keintiman, merupakan hal yang menjijikkan.

Sikap ibu dan anak itu bukan kali pertama menggemparkan industri hiburan China. Pada Februari lalu, si ibu pernah memfilemkan Gan Lulu yang sedang mandi. Itu dilakukannya untuk menarik perhatian lelaki dengan kemolekan tubuh anaknya.


KUALA LUMPUR : Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang masih tidak membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran gambar intimnya bersama Dyana Sofea seolah-olah membenarkan segala dakwaan berhubung hubungan sulit yang berlaku antara beliau dan Dyana Sofea.

Sekiranya perkara ini merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan karier politiknya dengan Dyana, Zairil sepatutnya tidak bertangguh untuk membuat laporan polis agar keadilan dapat ditegakkan.

“Ketika tersebarnya gambar tersebut, Zairil kata beliau akan buat laporan polis bagi membersihkan imej dirinya, Dyana dan juga Dap. Namun akhirnya beliau menarik balik keputusannya untuk membuat laporan polis atas sebab-sebab tertentu.

“Bagaimana, sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat. Tindakan Zairil yang tidak berani meneruskan laporannya itu bagaikan mengesahkan lagi dakwaan tersebut, di mana tersebar di laman sosial gambar tersebut dimuat naikkan oleh isterinya sendiri.

“Sekiranya Zairil terus berdiam diri maka terbuktilah salah lakunya itu benar dan tidak perlulah Zairil menuduh pihak lain cuba mensabotaj karier politik beliau serta nama parti yang beliau wakili,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berhubung itu, beliau juga menyifatkan tidak ada kelebihannya bagi orang Melayu yang menyertai Dap di mana kononnya ia merupakan parti yang lebih terbuka dan lebih baik daripada parti-parti Melayu yang lain seperti UMNO.

“Perbuatan Zairil dan Sofea yang didedahkan itu memperlihatkan kepimpinan Dap tidaklah sehebat mana kerana sebelum ini mereka mendakwa bahawa Dap merupakan sebuah parti berintergriti dan berwibawa.

“Mungkin pemimpin Dap akan berkata bahawa ini adalah isu peribadi namun dalam hal ini, Zairil dan Dyana merupakan pemimpin generasi muda di dalam Dap yang cuba dijadikan ikon bagi menarik anak muda Melayu masuk Dap.

“Jika beginilah budaya di dalam Dap, apakah akan jadi pada masa depan anak muda bangsa Melayu dengan contoh yang ditunjukkan oleh kepimpinan muda Melayu di dalam Dap seperti Zairil dan Dyana ini?,”ujarnya.


- MediaUMNO

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengaku sebagai seorang gay di dalam satu ruangan pendapat yang disiarkan oleh Businessweek.

Menulis dalam BusinessWeek, Cook mengatakan yang berikut:

“Walaupun saya tidak pernah menafikan seksualiti saya, saya belum terbuka mengakui nya, sampai lah sekarang. Jadi biarlah saya jelaskan di sini: Saya bangga menjadi gay, dan saya anggap menjadi gay di antara hadiah yang paling besar Tuhan telah berikan kepada saya.“

Beliau seterusnya berkata:

“Menjadi gay telah memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang apa perasaan pabila berada dalam golongan minoriti dan membuka jendela ke cabaran orang-orang dalam kumpulan minoriti yang lain tangani setiap hari. Ia membuatkan saya lebih berempati, yang telah membawa kepada kehidupan yang lebih kaya. Ia sukar dan tidak selesa pada masa-masa nya, tetapi ia telah memberikan saya keyakinan untuk menjadi diri saya sendiri, untuk mengikuti jalan saya sendiri, dan untuk naik di atas kesulitan dan ketaksuban. Ia juga memberikan saya skin of a rhinoceros, yang sangat berguna apabila anda adalah CEO Apple.“

KOTA KINABALU: Militan Abu Sayyaf mengugut untuk memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.

Isteri Chan, Chin Pek Nyen berkata, bagaimanapun kumpulan militan itu tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.

"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin.

Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.

Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon pada Khamis malam.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.

"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas dipercayai berada dalam keadaan selamat.
 
 
COLOMBO: Hampir 200 rakyat Sri Lanka hilang berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di kawasan tengah negara itu berikutan hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu.

Malahan, pasukan mencari dan menyelamat juga dikatakan berhadapan situasi sukar untuk mengesan semua mangsa di kawasan seluas kira-kira 3.5 kilometer (km) itu.

Pusat Pengurusan Bencana memaklumkan angka itu selepas kira-kira 500 askar dan sukarelawan menyambung semula usaha mencari mangsa yang hilang.

Jurucakap tentera Sri Lanka, Brigedier Jeneral Jayanath Jayaweera berkata, operasi mencari dan menyelamat di kawasan Meeriyabedda, Koslanda yang terletak sekitar 200 km dari sini itu disambung semula walaupun cuaca buruk.

“Risiko lebih banyak tanah runtuh dan kesukaran untuk sampai ke kawasan bencana menyukarkan operasi menyelamat,” katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang disahkan terkorban dalam bencana itu.

Dalam perkembangan sama, Presiden Mahinda Rajapakse melawat lokasi bencana dan meluangkan masa menemui sebilangan keluarga yang kini tinggal di beberapa penempatan sementara.

Hujan lebat itu menyebabkan tanah runtuh di kawasan bencana seluas sekitar 3.5 kilometer, manakala banjir lumpur menenggelamkan sejumlah 150 buah rumah pekerja ladang teh di kawasan sekitarnya.

31 OKT: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pagi ini berkata, hujah pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak diselubungi idea tentang ‘konspirasi’ dari peringkat tinggi negara hingga ke pegawai kanan polis. 

Ketua Pasukan Pendakwan dalam perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang itu menyifatkannya sebagai pertuduhan liar akan menghuraikan analisa berdasarkan fakta.

shafeeanwar Shafee berkata, dalam usaha pihak pembelaan cuba menghidupkan sentimen konspirasi, banyak tuduhan dilemparkan pada rangkaian individu, daripada Perdana Menteri (sekarang dan terdahulu), doktor, pakar kimia hinggalah ke pegawai polis.

Beliau mempersoalkan hujah penguambela Anwar kononnya pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan kurang berpendidikan.

Shafee berkata, jika benar seperti yang dikatakan, mengapakah ketika menjadi pembantu peribadi Anwar, Saiful memegang tanggungjawab besar seperti membantu penyediaan dokumen rasmi, menjaga temu janji dengan orang kenamaan, menyimpan maklumat rahsia dan menyertai urusan luar negara.

Malah katanya pengadu juga memegang telefon bimbit Anwar dan Saiful juga diberi elaun yang besar ketika berurusan di luar negara.

Muhammad Shafee berhujah, atas sebab sanjungan yang tinggi diberikan kepada seorang majikan yang dominan daripada seorang ‘budak suruhan’ yang diberi pelbagai keistimewaan, sanjungan itu boleh bertukar menjadi rasa takut.

“ Atas sebab itu, Mohd. Saiful telah dipergunakan,” dalam hujah awal kes Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, Jumaat.

Menjawab mengenai hujah peguambela yang mempertikai percanggahan kenyataan Mohd Saiful tentang tempoh masa perlakuan liwat, Muhammad Shafee membalas, dengan memetik pengakuan pengadu, 5 minit adalah masa yang dianggarkan sewaktu aksi fizikal liwat itu terjadi.

“Manakala lebih kurang 20 minit adalah merujuk kepada masa dia berada bersama Anwar dalam bilik tempat perlakuan itu terjadi,” ujar beliau.

Shafee turut membacakan semula turutan pengakuan Saiful dan kronologi perlakuan liwat di tempat kejadian, diikuti cara Anwar memujuknya kemudiannya dengan bercakap soal agama, pahala dan dosa.

Muhammad Shafee memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin. - BNBBC
 

KUALA LUMPUR: Sebuah beg pakaian yang dipercayai mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di bawah jejantas di hadapan sebuah bank di Jalan Medan Tunku 1 di sini, diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB), semalam.

Bahan letupan itu diletupkan sebanyak dua kali iaitu kira-kira pukul 7.40 malam dan lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan bahan letupan itu diletakkan didalam sebuah bagasi berwarna kelabu.

Beg yang dimusnahkan UPB itu dipercayai ditinggalkan seorang individu kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Difahamkan polis masih lagi mengawal ketat lokasi kejadian.-mStar

KOTA KINABALU: Polis Sabah hari ini mengesahkan dua suspek penjenayah yang ditembak mati di Penampang, petang semalam, dipercayai terbabit dalam tiga kes rompakan bersenjata di sini, Tuaran, dan Penampang sejak awal bulan ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kumpulan terbabit merancang rompakan terhadap bank dan kedai emas di Kota Kinabalu atau Penampang sejak dua minggu lalu.

Berikutan maklumat itu, katanya, polis membuat sekatan jalan dan menggerakkan pasukan khas di seluruh negeri dan hasilnya berjaya mengesan kehadiran mereka di Penampang, semalam.

"Polis juga akan menyiasat dakwaan yang mengaitkan suspek dengan militan Sulu selain motif rompakan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, polis menembak mati dua lelaki dalam operasi khas berhampiran sebuah pasar raya di Penampang Baru.
Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 31 Okt - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Republik Maldives Dr Mohamed Jameel Ahmed di pejabatnya di sini.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 30 minit.

Kunjungan empat hari Dr Mohamed Jameel ke Malaysia bermula 29 Okt adalah atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Semalam, beliau menyampaikan ucaptama di Global Forum yang diadakan di UIAM. - BERNAMA

SEPANG: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu.

Ummi Kalsom Bahak, 25, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.

Jumlah suspek militan Malaysia yang ditahan Bahagian Anti Pengganas kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Kerajaan turut mengumumkan akan memerangi kumpulan militan ISIS dan membendung penglibatan rakyat dalam menyertai gerakan tersebut.

Minggu lalu pula kerajaan mengesahkan seramai 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita terlibat dengan gerakan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum mengenal pasti sama ada kumpulan itu terlibat dengan aktiviti Jihad Al-Nikah.

Jihad Al-Nikah atau jihad seks merujuk kepada konsep kontroversi di mana wanita Sunni dikatakan menawarkan diri untuk memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam. - Antarapos

KUCHING: Seorang remaja berusia dalam lingkungan 20an telah berjaya diberkas oleh pihak polis di sebuah rumah terletak di Kenyalang Park semalam.

Difahamkan remaja berkenaan adalah merupakan suspek utama kes rompakan di beberapa premis dan juga suspek pecah masuk beberapa buah hotel disini dalam beberapa hari sebelum ini.

Dalam pada itu,  suspek telah mengaku bahawa dirinya terlibat dalam kes rompakan di beberapa buah premis 24jam di sekitar Kuching dan di beberapa buah hotel beberapa hari sebelum diberkas pihak polis.

Menurut sumber, suspek telah merompak menggunakan “spring knife” selain menggunakan helmet full face.

Sehubungan dengan itu, suspek akan ditahan reman dan akan disoal siasat bagi kes-kes berkaitan hari ini.-Sarawakiana

SARATOK: Siapa sangka, dua anak jati pekan kecil Saratok berjaya mengharumkan nama negara dan Sarawak apabila memenangi pingat emas dan gangsa dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10, baru-baru ini.

Dua pelajar GIATMARA Saratok ini menyertai Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-10 di Vietnam pada 19 hingga 29 Oktober lalu.

Dalam pertandingan tersebut, Mimi Faizura Shamsudin memenangi pingat emas melalui Pertandingan Teknologi Fesyen.

Sementara itu, Hamdan Majeni telah memenangi pingat gangsa dalam Pertandingan Penyususan Bata.

Dengan kejayaan itu, Mimi Faizura yang dibimbing oleh jurulatihnya Misuri Tuah berjaya membawa pulang pingat emas,sijil penyertaan dan wang tunai RM14,000.

Bagi Hamdan pula yang dibimbing oleh jurulatihnya Masran Moshidi, membawa pulang pingat gangsa,sijil penyertaan dan hadiah wang tunai RM5,000.

Keputusan tersebut telah diumum secara rasmi sempena majlis penutupan ASEAN Skills Competition 2014 di Hanoi, Vietnam malam kelmarin.

Dengan Kejayaan tersebut, kedua-dua peserta GIATMARA Saratok ini secara automatik mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2015 atau World Skills Competition 2015 di Sao Paolo, Brazil Ogos tahun depan.

Seramai 51 peserta mewakili Malaysia dengan negara membawa pulang sembilan emas, lima perak dan empat gangsa dalam pertandingan terbabit.-BP

OUAGADOUGOU: Presiden Burkina Faso, Blaise Compaore hari ini memberitahu beliau enggan melepaskan jawatannya walaupun berlaku rusuhan ganas yang mengancam pemerintahannya selama hampir tiga dekad.

Sebaliknya, beliau akan terus memimpin kerajaan peralihan selepas Parlimen negara itu dibubarkan.

Penunjuk perasaan menyerbu masuk ke bangunan Parlimen dan membakar sebahagian daripadanya premis bagi menghentikan pembentangan rang undang-undang yang memberi laluan kepada Compaore memegang jawatan bagi penggal kelima.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam rusuhan dan perintah berkurung yang diisytiharkan antara jam 7 malam hingga 6 pagi.

Perintah darurat juga dikuat kuasakan selama beberapa jam tetapi ditarik balik lewat semalam.

Sebagai langkah tolak ansur dengan penunjuk perasaan, kerajaan menarik balik rang undang-undang berkenaan daripada pertimbangan Parlimen.

Namun langkah itu masih tidak dapat meredakan ketegangan dan berikutan itu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral a Honore Traore, kemudian mengumumkan bahawa kerajaan dan Parlimen dibubarkan dan sebuah kerajaan baharu dan inklusif akan dilantik.

Selepas beberapa jam timbul kekeliruan sama ada Compaore masih berkuasa atau di mana beliau berada, presiden berkenaan bercakap menerusi televisyen dan radio untuk menyatakan beliau masih berkuasa dan tidak akan letak jawatan.

"Saya bersedia mengadakan perbincangan terbuka dengan semua pihak," katanya dalam perutusan yang dirakam.

Kerajaan peralihan itu meliputi wakil daripada semua pihak dan akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 12 bulan.

Adalah tidak jelas sama ada parti pembangkang bersetuju untuk menyertai kerajaan perpaduan. - AP

MARUDI: Pelajar di luar bandar diingatkan bahawa masa depan mereka adalah di tangan mereka sendiri dan oleh yang demikian mereka perlu mempunyai pendidikan tinggi dan baik bagi menjamin masa depan yang cerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau memberitahu, pada masa yang sama guru yang terlibat dalam pendidikan adalah insan yang berjaya untuk masa depan yang amat baik selain ibu bapa.

“Kita tidak dapat mengubah bangsa kita daripada bangsa Penan, Kayan, Kenyah atau Iban menjadi bangsa lain, tetapi kita dapat mengubahnya melalui pendidikan yang akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan dan kemajuan bangsa kita,” katanya.

Ini kerana menurut Dennis, kejayaan mereka pada masa depan dibuktikan melalui kejayaan mereka dalam pendidikan, iaitu bakal berjaya dalam bidang perniagaan, profesional dan sebagainya.

Oleh sebab itu katanya, kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat di negara ini termasuk mereka di luar bandar Baram, seawal usia empat tahun (prasekolah) hingga 21 tahun.

Dan pada usia 60 tahun ka-tanya, mereka boleh menik-mati kehidupan yang senang hasil daripada kejayaan pen-didikan yang diperolehi dan dicapai mereka.

“Justeru, dalam perkara ini kita perlu memberi fokus kepada pendidikan dan jan-gan sesekali kita terkandas di pertengahan jalan iaitu tingkatan tiga atau lima dan seterusnya tidak mahu ber-sekolah,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Telang Usan di Dewan Sri Perkasa sekolah tersebut, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, be-liau turut mengumumkan geran peruntukan kecil luar bandar berjumlah RM50,000 untuk membina bumbung laluan pejalan kaki di se-kolah, RM10,000 untuk SMK Telang Usan dan RM5,000 untuk PIBG sekolah.

Turut hadir Pegawai Pen-didikan Daerah Baram Yunos Apok, Pengetua Saripah Azizah Wan Hussain dan Pengerusi PIBG Rosidi Bu-jang.

Sementara itu penerima Anugerah Pelajar Hara-pan Pendidikan Khas ialah Hii Mei Ling, Anugerah Kokurikulum pula dimenangi oleh Ahmad Shyahril Jahar dan Anugerah Pencapaian Keseluruhan jatuh kepada Sharifah Nur Asyilah Wan Omar. - UB
 

KUALA LUMPUR: Dua anak kepada seorang penumpang pesawat MH370, hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Malaysia Airlines (MAS) dan empat yang lain untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan memungkiri perjanjian penerbangan setelah gagal mendarat di Beijing, China tanpa sebarang butiran pengakhiran mengenai pesawat tersebut sehingga kini.

Jee Kinson, 14, dan Jee Kinnland, 11, memfailkan pernyataan tuntutan itu melalui firma guaman, Tetuan Rusman Arun & Associates.

Mereka selaku pihak plaintif yang membawa tindakan tersebut melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming antaranya menuntut ganti rugi atas kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Plaintif menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia masing-masing selaku plaintif pertama hingga kelima. - UTUSAN ONLINE

Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam.

Dewi, 25, yang merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu.

"Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yang mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu.

"Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yang digunakan oleh kebanyakan orang Melayu.

Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik.

"Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam.

"Saya memang tiada sebarang masalah dengan nama ini dan saya anggap ia sebagai unik, cuma ramai yang keliru tentang agama sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Dewi berkata, dia layak ke pertandingan Miss World 2014 yang akan dipertandingan di London penghujung tahun ini.

Dewi merupakan antara 130 peserta di serata dunia yang bakal merebut gelaran ratu cantik itu.

"Selepas memenangi Miss Malaysia World 2014, saya layak untuk bertanding bagi mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London Disember depan. Saya akan bertolak November ini dan kami akan dinilai selama sebulan untuk diangkat sebagai Miss World 2014," katanya.

Sementara itu dalam bidang nyanyian Dewi masih aktif memenuhi undangan selepas tamatnya program Mentor musim pertama lalu.

Malah, dia baharu sahaja berjaya memenangi lima kategori utama pada pertandingan ‘World Championships of Performing Arts’ (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lepas.

"Saya tidak tinggalkan bidang nyanyian, selepas Mentor saya banyak tawaran persembahan untuk majlis korporat dan Julai lalu saya mengikuti pertandingan WCOPA di Los Angeles.

"Saya memenangi juara keseluruhan dengan meraih lima pingat dalam beberapa kategori dipertandingakan," ujarnya.


sumber

WICHITA (Kansas): Sebuah pesawat kecil yang kehilangan kuasa enjin selepas berlepas, terhempas di bangunan latihan penerbangan ketika cuba kembali ke lapangan terbang Kansas, mengakibatkan empat terbunuh dan lima cedera.

Nahas itu juga mencetuskan kebakaran dengan kepulan asap hitamnya dapat dilihat sejauh beberapa kilometer di sekitar Wichita.

Tiga mangsa yang maut berada di dalam simulator penerbangan di dalam bangunan ketika pesawat itu terhempas di Lapangan Terbang Mid-Continent di bandar raya ini.

Ketua Bomba Wichita, Ronald Blackwell, berkata mangsa keempat yang maut dijumpai di atas bumbung bangunan, dipercayai juruterbang pesawat.

Blackwell berkata, daripada lima yang cedera seorang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Pegawai berkata hanya seorang saja berada di dalam pesawat terbabit dan mangsa lain berada di dalam bangunan latihan penerbangan.

Setakat ini identiti mangsa tidak dikeluarkan lagi.

Jurucakap syarikat penerbangan, Steve Phillips berkata pesawat dikenal pasti sebagai 'Beechcraft King Air' yang mempunyai dua enjin, terhempas di bangunan yang digunakan oleh 'FlightSafety International' untuk melatih juruterbang pesawat Cessna.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat terbabit kehilangan kuasa enjin dan cuba kembali semula ke lapangan terbang.

"Tapi nampaknya ia terhempas di atas bangunan dan mencetuskan kebakaran yang amat teruk," kata Blackwell.

Timbalan Ketua Polis Wichita, John Speer berkata, nahas itu bukan perbuatan disengajakan dan ia satu kemalangan. - AP

PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari keempat hari ini apabila pasukan pendakwaan mula berhujah pagi ini bagi menyanggah hujah pihak pembelaan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Hari ini, Muhammad Shafee akan bermula dengan membentangkan fakta kes.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Pasukan pembelaan mengakhiri penghujahannya tengah hari semalam selepas tiga hari berhujah di hadapan panel lima hakim.

Mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar, Sri Ram serta peguam N Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Pada Selasa lalu, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee dijangka akan meneruskan hujah pada Isnin dan kemudian pihak pembelaan akan membalas semula hujah pendakwaan.

Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Oktober hingga 29 Oktober berlanjutan selama empat hari dan dijangka selesai pada awal minggu hadapan.-BH

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mahu setiap ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di rumah panjang di negeri ini menubuhkan tabung khas pendidikan untuk anak mereka.

Menurutnya, penubuhan tabung pendidikan itu bertujuan membantu ibu bapa terutama di rumah panjang untuk menghantar anak ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

“Penubuhan tabung pendidikan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada anak rumah panjang untuk melanjutkan pengajian malah ia memberi nilai tambah kepada penduduknya sendiri jika anak-anak ini berjaya kelak.

“Sebab, mereka inilah generasi yang bakal membawa perubahan dan pembangunan di sini. Mereka sudah berjaya dalam pelajaran dan aplikasikan kebijaksanaan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jamuan Malam Warga Emas Disayangi serta Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Siang, Sri Aman di sebuah restoran terkemuka di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa tabung itu bukan jalan mudah untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa menghantar anak ke universiti sebaliknya mengekalkan peranan tabung berkenaan supaya dapat diwarisi generasi akan datang.

“Mungkin cucu mereka boleh menggunakan tabung itu kelak. Justeru, peranan tabung ini adalah untuk kemudahan bersama bukannya peribadi semata-mata,” katanya.

Masir berkata ahli JKKK di negeri ini harus sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan anak masing-masing.

Katanya sudah menjadi tanggungjawab JKKK untuk menerangkan kepada ahli masing-masing betapa pentingnya memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak selain memberi fokus kepada agenda pembangunan lain.

“Dalam kita semua mempersiap diri menjelang tahun 2020 nanti, anak kita perlu diperlengkap dengan pelbagai ilmu mencukupi kerana tanpa ilmu mereka akan ketinggalan,” tambahnya.

Turut hadir Pembantu Khas Ahli Parlimen Sri Aman Edmund Pirang, Pengerusi JKKK Taman Siang Edmeade Rojis serta ahli-ahli JKKK yang lain.

Pada majlis berkenaan, sekitar 20 warga emas daripada JKKK berkenaan serta 15 anak ahli JKKK yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun 2013 menerima hadiah dan insentif daripada JKKK. - UB
Gambar Hiasan

Kuwait: Polis semalam menahan seorang lelaki yang mencuri sebuah kereta mewah setiap bulan hanya untuk menggembirakan teman wanitanya.

Penangkapan itu dibuat selepas polis menahan teman wanita lelaki berkenaan memandu sebuah kereta curi.

Apabila disoal, wanita itu berkata, kereta berkenaan hadiah daripada teman lelakinya.

Dia juga memberitahu teman lelakinya memberinya kereta mewah berlainan setiap bulan.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu kereta dipandunya itu kereta curi.

Akhbar Al Watan melaporkan, wanita itu memberikan maklumat teman lelakinya yang membolehkan lelaki itu ditangkap.

Lelaki itu ketika disoal siasat mengaku memberitahu teman wanitanya bahawa dia jutawan.

Untuk meyakinkan kekasihnya, dia mencuri kereta mewah setiap bulan untuk diberikan kepadanya. - Agensi

KUANTAN: Bot tunda yang dilanggar sebuah kapal tangki minyak awal pagi tadi kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini, dipercayai pecah sebelum karam sehingga menyebabkan enam anak kapalnya hilang manakala seorang terselamat.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam berkata, pihaknya menemui serpihan kayu, tompokan minyak dan boya penyelamat tertulis 'YTC M5' di 2.5 batu nautika dari tempat kejadian dan tali tunda pada jarak 4.2 batu nautika.

"Kita menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11.15 pagi sebelum melakukan operasi SAR membabitkan radius kawasan tujuh batu nautika dari lokasi bot berkenaan dilaporkan dilanggar.

"Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Martins Sembiring, 30, manakala enam anak kapal yang masih hilang berusia dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun, lima daripadanya adalah warga Indonesia manakala seorang warga tempatan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Nasir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan kapal tangki yang melanggar bot itu kerana difahamkan kapal berkenaan terus beredar sejurus melanggar bot tunda yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Pahang itu. - HMetro

KUCHING: Buat pertama kalinya Parti Rakyat Bersatu (UPP) melalui enam cawangannya di bahagian selatan akan mengadakan majlis makan malam ahli iaitu ‘UPP Members Nite’ pada 6 November ini.

Pengerusi pengelola Tan Kay Hock berkata, majlis yang diadakan di Hotel Imperial bermula jam 6.30 petang itu dianjurkan enam cawangan bahagian selatan iaitu Batu Kawa, Batu Lintang, Bengoh, Kota Sentosa, Padungan dan Pending.

“Disebabkan kekangan venue, majlis kami hanya mampu memperuntukkan 125 meja sahaja iaitu setiap cawangan diperuntukkan hanya 20 meja dan lima meja untuk tetamu kehormat.

“Tujuan program adalah khas untuk majlis pelantikan ahli baharu dan pertemuan di kalangan ahli-ahli di enam cawangan berkaitan,” katanya pada sidang media yang dihadiri Penyelaras UPP Zon Selatan Temenggung Lu Kim Yong serta wakil enam cawangan UPP Bahagian Selatan di ibu pejabat UPP di sini, semalam.

Tambah beliau, program pada malam itu turut menyaksikan ucaptama daripada Pengerusi Jawatankuasa Perintis UPP Dato Sri Wong Soon Koh serta ucapan daripada wakil cawangan masing-masing.

Menurut Tan, ia merupakan aktiviti pertama UPP Bahagian Selatan selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada September lepas.

Katanya, bahagian selatan sehingga kini menerima permohonan ahli yang amat memberangsangkan dan sebagai tanda penghargaan mereka mengadakan majlis pelantikan berkenaan.

“Majlis juga diadakan sebagai platform kepada ahli baharu khasnya mereka yang baharu menyertai parti politik untuk berkumpul bersama para pemimpin parti.

“Melalui program ini mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang parti selain memahami objektif dan masa depan parti,” tegasnya.

Tan berkata, tiket bagi majlis makan malam itu kini sudah diedarkan di setiap cawangan dan bagi mereka yang berminat diingatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan ia terhad.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket di cawangan masing-masing dan tiket boleh didapati mulai hari ini (semalam) secara percuma,” katanya.

Sementara itu ahli jawatankuasa perintis, juga wakil UPP Cawangan Kota Sentosa Simon Lau berkata, parti yang kini dalam proses merekrut ahlinya bagaimanapun memberi tumpuan utama kepada mereka yang berminat dan baharu menyertai parti politik.

“Kami amat berminat untuk merekrut mereka yang betul-betul mahu berkhidmat kepada rakyat terutama generasi muda dan profesional yang sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana parti politik,” ujarnya. - UB

KOTA KINABALU: Penduduk di sekitar Penampang dekat sini gempar dengan satu kejadian tembakan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan berhampiran sebuah pasar raya di Penampang dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, difahamkan kumpulan lelaki berkenaan keluar dari sebuah pacuan empat roda berwarna putih lalu berhenti di tengah-tengah lorong di sebuah blok bangunan di kawasan terbabit.

Kumpulan itu dipercayai cuba melakukan jenayah samun dan rompakan di salah sebuah premis berhampiran.

Sumber memberitahu, sepasukan anggota polis yang berada di tempat kejadian bertindak melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan dua penjenayah terbunuh di tempat kejadian.

Menurutnya, dua yang terbunuh dipercayai merupakan kumpulan pengganas Sulu berpangkat ‘panglima’.

Pengamal media termasuk jurugambar yang berada di tempat kejadian bagaimanapun dihalang membuat liputan di lokasi kejadian sementara Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh yang berada di lokasi enggan memberikan sebarang kenyataan.

Kalangan media yang berada di tempat kejadian juga menyaksikan polis telah menutup kawasan tersebut di samping dua ‘mayat' diusung ke dalam kenderaan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang ditanya tentang kejadian itu menerusi WhatsApp juga ‘menutup mulut'.

Ketika ditanya sama ada kejadian itu sebagai latihan polis, beliau hanya menjawab: “‘Exercise’ (latihan) ada juga, di samping operasi memburu penjenayah."

Beliau turut menambah, pihak­nya akan menjelaskan tentang insiden itu dalam sidang akhbar di pejabatnya, esok.

Menerusi sidang akhbarnya iaitu beberapa jam sebelum kejadian tembakan itu berlaku, beliau ada memaklumkan polis kini sedang melakukan latihan mengekang penceroboh, penyeludupan dan penculikan menerusi Op Gempar. - UM
| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA