KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, dengan seorang daripada mereka menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai "anjing Barisan Nasional".

Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.

"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.

Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia.

"Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan.

"Heinrich Himmler adalah antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.- BERNAMA

KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Ulama PAS Selangor mengutuk dan mengecam tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS negeri itu yang bertindak menandatangani akaun bersumpah (SD) menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Usul itu dipersetujui sebulat suara ahli dewan berkenaan yang bersidang di Dewan Al-Munirah, Johan Setia, di Klang, hari ini.

Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Ibrahim Baharuddin mengesahkan perkara itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Penerangan PAS Pusat, pendirian itu diambil selepas mendapati tindakan ADUN berkenaan, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin menandatangani SD itu dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS Selangor turut menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas dua ADUN berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

Saari dan Hasnul sebelum ini dilaporkan telah menandatangani SD bersama 28 lagi ADUN daripada PKR dan DAP untuk menyokong supaya Dr Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata pihaknya menjangkakan banyak lagi usul akan dikemukakan kepada jawatankuasa Disiplin PAS pusat berkenaan tindakan dua ADUN itu.

"PAS Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tak berdisiplin dua ADUN kita di Selangor.

"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing ADUN kita di Selangor...Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan. - BH

GEORGE TOWN, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad.

"Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior Faridalatrash ketika dihubungi BERNAMA.

Beliau berkata polis juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayerdi.

Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan.--BERNAMA




Georgetown – Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.

Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Semua anggota PPS dilihat memberi kerjasama dengan baik dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut.

“Mereka semua diminta ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Wong, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Khalid, polis akan mengambil tindakan menangkap anggota PPS jika mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu. - suara.tv

Lima anggota polis cedera ketika menjalankan tugas meleraikan rusuhan penyokong pasukan bola sepak Sarawak selepas perlawanan bolasepak sepak Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium negeri semalam.

Kejadian dilaporkan bermula selepas selesai perlawanan bolasepak tersebut lebih kurang jam 11 malam tadi apabila sekumpulan penyokong Sarawak seramai lebih kurang 2000 orang telah merusuh dan masuk kedalam padang sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa pintu pagar stadium.

Beberapa orang penyokong juga telah membakar flare, mercun dan membaling objek ke arah anggota keselamatan yang bertugas, walaupun diberi amaran untuk kumpulan tersebut enggan bersurai dan sebaliknya bertindak semakin agresif.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi, yang kemudiannya berkata Unit Pencegah Rusuhan (PORU) tiada pilihan lain selain melepaskan bom asap ke arah kumpulan yang merusuh berkenaan untuk meleraikan keadaan.

Namun setengah jam kemudian, kumpulan penyokong Sarawak sekali lagi telah berkumpul di hadapan pintu masuk utama stadium dan di tempat letak kereta di luar luar stadium dan bertindak merosakkan kenderaan-kenderaan Polis.

Sebelum ini, Sarawakiana melaporkan hanya dua kenderaan polis yang rosak dan terbakar dalam rusuhan tersebut namun jumlah terkini kenderaan yang dirosakkan oleh perusuh adalah sebanyak tujuh buah.

Setakat ini, lima lelaki tempatan berumur di antara 17 hingga 20 tahun di percayai terlibat dalam insiden rusuhan tersebut telah di tahan polis. - Sarawakiana

Lima orang penyokong Pasukan Bolasepak Sarawak telah di tahan polis dipercayai terlibat insiden mengamuk di luar Stadium Negeri Sarawak apabila Sarawak hilang kelayakan untuk meneruskan aksi dalam Piala Malaysia setelah seri dengan Perak 1-1 semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Fauzilan Abdul Aziz ketika di hubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian dan menyatakan kelima saspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sebuah kenderaan polis di bakar sementara sebuah lagi diterbalikkan apabila kumpulan tersebut mula mengamuk sejurus perlawanan kumpulan B Piala Malaysia tersebut tamat hampir tengah malam semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya Mohd Rafi Saibi dua buah enjin berserta 15 anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat Petra Jaya sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Kami mengelami masalah untuk tiba di tempat kejadian kerana laluan ke sana (dekat luar stadium) sesak dengan orang ramai," katanya lagi.

Penyokong Sarawak yang nampaknya terlampau emosi telah membakar sebuah kenderaan MPV polis sementara menterbalikkan sebuah lagi kenderaan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan setakat ini, lima saspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian semalam telah diberkas dan kini dalam tahanan polis. - Sarawakiana
Foto

MIRI:  “Saya hampir pengsan sebaik menerima panggilan memaklumkan dia maut dalam nahas,” kata Lunggom Minari, 71, bapa kepada Chang, 38, yang terkorban bersama tiga lagi saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, berdekatan Kampung Beraya, dekat sini, kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 6.45 petang apabila kereta dinaiki enam bersaudara itu dalam perjalanan pulang ke bandar raya ini, selepas menziarahi ahli keluarga mereka di Bekenu, merempuh lori menyebabkan empat daripada mereka terbunuh.

Selain Chang, mereka yang terbunuh ialah Raymond Maling, 29; adiknya Abit, 20, serta seorang lagi penumpang dikenali sebagai Kamarul berusia 30-an.

Manakala Roslin Nelson, 40-an yang juga isteri Chang, serta lagi mangsa yang belum diketahui identiti, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian hujan lebat kereta Proton Iswara dipandu Chang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung sebuah lori.

Pertembungan itu menyebabkan empat daripada mereka tercampak keluar. Menurut Lunggom, dia tidak menyangka kunjungan anak bersama menantunya di rumahnya Khamis lalu detik pertemuan terakhir buat mereka sekeluarga

“Saya sedih dan terasa kehilangan selain tidak menyangka dia ‘pergi’ lebih awal daripada kami,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Miri, semalam.

Dalam pada itu, pemandu lori Thien Kui Soon, 53, berkata, dia dalam perjalanan dari Miri ke Mukah untuk menghantar barang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba memasuki laluan saya menyebabkan saya tidak sempat menekan brek.

Saya cuba mengelak hingga lori dipandu terbabas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Janathon Ringgit ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.-HM
NILAI: Umno akan memastikan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, adalah seseorang yang benar-benar layak dan boleh diterima masyarakat kawasan itu.
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti itu mengambil pendekatan bermufaakat dalam berbincang mengenai calon yang paling sesuai sebelum cadangan dikemukakan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan presiden parti untuk memilih calon yang benar-benar layak. Tugas kita dalam parti ialah untuk mencari calon paling layak yang boleh diterima masyarakat kawasan itu untuk memenangi kerusi itu buat BN (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Rasah di sini, pada Sabtu.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Allahyarham Noor Zahidi rapat dengan rakyat di kawasannya. -- BERNAMA

 

GEORGE TOWN: Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. - BERNAMA

ALGIERS: Sebuah pesawat Ukraine yang membawa tujuh orang terhempas di Gurun Sahara di Algeria pada awal pagi tadi.

Pesawat kargo jenis Antonov 12 yang sedang dalam penerbangan ke Equatorial Guinea, terhempas dekat sempadan Mali dan Niger pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Terdahulu laporan menyatakan pesawat itu kerana mengalami kerosakan teknikal di Lapangan Terbang Tamanrasset, bandar pedalaman dalam kawasan Gurun Sahara.

Sementara itu, pegawai berkata, anggota penyelamat menemui bangkai pesawat di kawasan pergunungan di bahagian selatan tetapi tiada laporan mengenai nasib penumpang. - AFP

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Sarawak mengeksport RM3.60 bilion nilai kayu dan produk kayu pada separuh pertama tahun ini, meningkat dua peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata produk kayu utama yang dieksport bagi tempoh itu ialah papan lapis (RM1.99 bilion) yang menyumbang 54 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport, diikuti kayu balak RM1.01 bilion (27 peratus), kayu gergaji RM270 juta (7 peratus) dan papan gentian kepadatan sederhana RM125 juta (3 peratus).

Beliau berkata sektor industri kayu merupakan penyumbang penting kepada sosio ekonomi negeri, keempat penting dari segi pendapatan eksport, selepas gas asli cecair, petroleum dan produk petroleum serta produk isirung sawit.

"Kerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada pembangunan produk kayu dalam usaha menjadikan sektor itu menyumbang lebih kepada pengembangan ekonomi negeri yang baik untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

"Pada satu tahap, pengeluar perabot di Sarawak perlu memacu lebih banyak pengeluaran dalam usaha untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar daripada industri perabot negara," katanya pada majlis perasmian Ekspo Kediaman dan Perabot Sarawak 2014 di sini Sabtu.

Awang Tengah berkata jumlah eksport perabot kayu Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM5.74 bilion dan Sarawak menyumbang hanya 0.4 peratus atau RM30 juta daripada bahagian pasaran, Sabah RM50 juta (0.9 peratus) dan hampir 99 peratus dari Semenanjung Malaysia (RM5.6 bilion).

Beliau berkata pada Jan-April tahun ini, Sarawak mengeksport RM15 juta nilai perabot iaitu hanya 0.6 peratus daripada jumlah pendapatan eksport kayu dan produk kayu dari Sarawak.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri membuat susulan berhubung misi pelaburan dan jualan kayu baru-baru ini ke Kazakhstan yang mempunyai potensi besar bagi perabot tempatan.

"Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya pelan untuk membangunkan kampung perabot dan bersedia untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan," katanya.-- BERNAMA

SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, Rabu ini.

"Saya tak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Sabtu.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelak memperoleh nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pakatan pembangkang.

Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan undi daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada PAS.

Berikutan itu pada Selasa lepas, beliau telah menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan tersebut.

Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan Menteri Besar baharu dibuat, dengan menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya 3 Sept ini.--BERNAMA

JOHOR BAHARU, 30 Ogos (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak memberi penghormatan seharusnya kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas sebanding dengan penghormatan mangsa MH17.

Sebaliknya, beliau berkata sumbangan kepada keluarga mangsa terkorban dalam insiden Lahad Datu jauh lebih besar daripada sumbangan kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17.

"Apa yang kita (kerajaan) lakukan, kita tidak mahu uar-uarkan kepada dunia tetapi banyak.

Satu hari nanti, keluarga (mangsa) akan rasa terpanggil untuk menyatakan apa yang kerajaan dah lakukan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, dekat sini Sabtu.

Beliau berkata antara sumbangan yang diberi adalah pingat, kenaikan pangkat, perumahan dan pendidikan anak mangsa.

Hishammuddin berkata maklum balas daripada keluarga mangsa insiden Lahad Datu mahupun keluarga mangsa MH17, rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan penghormatan yang diberikan.

"Jadi tuduhan-tuduhan itu, saya harap berpada-pada sebab sekiranya keluarga mangsa sendiri yang menyatakan apa yang sudah kita (kerajaan) lakukan, malu mereka (pembangkang) nanti.

"Mereka yang dahulupun hanya melontarkan tuduhan-tuduhan liar, sekarang pula nak jadi jaguh walhal kita dah bela mereka (mangsa Lahad Datu)," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno.

Dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari tahun lepas, sepuluh wira negara terkorban dalam Ops Daulat ketika mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Sementara itu, senarai nama kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 akan dikeluarkan Isnin ini selepas Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat koordinasi yang melibatkan 10 kementerian.

Beliau berkata beberapa pengesahan harus dibuat dengan jawatankuasa terlibat termasuk permintaan pihak keluarga yang tidak mahu terlibat dalam istiadat penghormatan.

Hishammuddin berkata kumpulan ketiga kali ini lebih besar daripada kumpulan kedua yang akan diberi penghormatan sama dan bakal disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

"Semua ini bukan mudah kita nak uruskannya. Itu sebab bila ada pihak yang cuba mempertikaikannya dan cuba buat perbandingan dengan insiden-insiden lain khususnya di Lahad Datu, saya yakin bahawa keluarga, anggota Angkatan Tentera Malaysia, mereka yang berada di syarikat Malaysia Airlines sendiri, maklum balas yang kita terima rata-rata cukup menghargai penghormatan yang kita berikan.

"Cuma ada pihak yang tertentu menangguk di air yang keruh, apatah lagi nak menangguk di air yang jernih dengan keadaan sebegini rupa. Ini amat menyedihkan tetapi kita akan terus lakukan apa yang kita mampu," kata beliau.

Pada Khamis, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.

Sehingga kini, 24 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke tanah air.

Pada kejadian 17 Julai itu, Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Sejumlah 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.-- BERNAMA

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bercadang melibatkan masyarakat Penan yang masih tinggal di kawasan pedalaman negeri ini dalam pembangunan industri penanaman dan kraftangan buluh, kata Menteri Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kerajaan negeri telahpun mengenal pasti penempatan kaum Penan seperti di Long Banga dan Long Kevok di daerah Baram, utara Sarawak, sebagai kawasan yang sesuai untuk industri penanaman buluh ini.

Menurutnya kaum ini sesuai untuk menjalankan aktiviti penanaman dan penghasilan kraftangan daripada bahan hutan ini berdasarkan bakat istimewa semula jadi mereka.

"Negeri kita kaya dengan pelbagai spesies buluh dan pada masa sama permintaan pasaran dunia terhadap produk buluh ini semakin meningkat," katanya dalam sidang media sempena Program Promosi Kraf Malaysia di sini Sabtu.

Beliau berkata selain masyarakat Penan, kaum lain yang tinggal di kawasan luar bandar di negeri ini turut digalakkan menanam buluh secara sistematik dan seterusnya dijual untuk keperluan industri hiliran.

Abang Johari berkata produk daripada hasil buluh seterusnya akan dapat dimasukkan dalam program Promosi Kraf Malaysia yang kini sudah dianjurkan untuk tahun keempat.

Katanya pada tahun ini program promosi melibatkan 81 usahawan dari Sarawak, Melaka, Selangor, Sabah dan Perlis menetapkan sasaran jualan berjumlah RM750,000.

Menurutnya sasaran ini agak konservatif memandangkan tahun lepas, program anjuran Kraftangan Malaysia ini berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM1.18 juta.

Program 10 hari ini berlangsung sejak 29 Ogos di Tebingan Kuching dan akan berakhir pada 7 Sept ini.-- BERNAMA

 
Pekan Noiva do Cordeiro di Brasilia yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk kelmarin.

Pekan yang terletak di tenggara Brazil itu didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

"Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki," katanya. - Agensi

Satu permainan yang bernama Euro Buk Simulator 2014 mendapat kecaman ramai kerana dikatakan diilhamkan daripada tragedi MH17.

Cara permainan game ini adalah, pengguna perlu menembak jatuh pesawat yang mempunyai logo MAS dengan sistem peluru berpandu jenis BUK.

Pemain memperoleh mata dengan mengumpul pasport yang jatuh hasil dari pesawat yang ditembak jatuh. Entah siapalah yang membuat permainan berkenaan tetapi sumber dari laman sesawang dari Belanda berkata permainan itu berasal dari negara tersebut.

Kini, permainan dan laman web permainan berkenaan telah dihapus oleh penggodam yang menulis "Kebebasan Internet ada Hadnya" di laman web permainan berkenaan yang telah digodamnya.
 
Sedar atau tidak, tahun ini sudah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Tema sambutan hari kemerdekaan kita pada tahun ini  adalah ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Dah cakap mengenai merdeka ni, kami ada lihat beberapa foto Nora Danish & Nabila Huda sambut kemerdekaan tau.

Percaya atau tidak, Nora dan Nabila dikepung oleh orang ramai kerana bersama-sama mengibarkan bendera di beberapa stesen LRT.

Screen Shot 2014-08-29 at 2.22.18 PM
 
Bukan dikepung sebab tak suka, tetapi mereka turut sama mengikut Nora dan Nabila menyebarkan semangat kemerdekaan dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Amy Search pun turut mentertai Nabila Huda dan Nora Danish. Sebuah video yang telah dimuat naik oleh Nora Danish dan telah menyakikan bukan main meriah dan seronok lagi mereka bertiga.

Malah, rata-rata pengikut Nora, Nabila dan Amy Search turut berbangga dengan apa yang mereka lakukan ni. Untuk pengetahuan, tujuan mereka mengibar bendera dan menyanyi adalah untuk sama-sama mengikuti Ops Gerak Merdeka.

Jadi korang tunggu apa lagi? Mari sama-sama fikir apa cara untuk kita semarakkan lagi semangat kemerdekaan kita seperti Nora, Nabila & Amy Search.-Oh Bulan!

video

PKR dan DAP masih konsisten dengan keputusan mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal manakala PAS yang bermesyuarat semalam menyatakan akan menghantar tiga nama untuk diperkenan Sultan Selangor.

Titah baginda gagal dipatuhi oleh PKR dan DAP yang masih dengan keputusan asal mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan sebagai Menteri Besar.

Banyak pihak melihat ‘kedegilan’ PKR dan DAP yang berterusan mahu mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai suatu penderhakaan dan cubaan untuk mewujudkan ‘tekanan’ kepada pihak istana dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Jika Sultan tidak memberi perkenan kepada calon daripada PKR, apakah PKR dan DAP sanggup menerima keputusan baginda yang memilih calon Menteri Besar daripada PAS?

Sekiranya PAS dipilih untuk mengepalai Kerajaan Negeri Selangor, PKR dan DAP harus akur dan tidak mempertikaikan keputusan Sultan.

Kuasa melantik Menteri Besar adalah kuasa Sultan dan parti yang menang hanya boleh mencadangkan nama dan isu pokoknya ialah mendapat perkenan baginda sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Oleh itu, Pakatan Rakyat harus berkompromi dalam menentukan calon Menteri Besar untuk elakkan pembubaran DUN.

Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.

"Pada 19 Ogos, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini pada Khamis.

Beliau berkata penggunaan daun ketum sebelum ini diletak di bawah Akta Racun dan tindakan meminda kesalahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah bagi membolehkan tindakan undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap pesalah daun ketum.

Negara perlu mempunyai undang-undang yang lebih ketat berkaitan penyalahgunaan dadah jenis itu memandangkan penggunaannya yang semakin meluas sehingga ke Sabah dan Sarawak dan boleh merosakkan generasi akan datang, katanya.

Wan Junaidi berkata di bawah Akta Racun, mereka yang didapati terlibat dalam memproses daun ketum hanya dikenakan denda sehingga RM10,000 yang dilihat tidak memberi kesan kepada masyarakat kerana pulangan daripada kegiatan memproses daun ketum boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada jumlah itu.

"Jumlah rampasan daun ketum oleh pihak berkuasa juga sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2012 sebanyak 5.22 tan daun ketum dirampas dan jumlah itu meningkat kepada 7.87 tan pada tahun 2013 dan sehingga Ogos 2014, sebanyak 6.9 tan daun ketum dirampas," katanya.

Beliau berkata dengan penguatkuasaan bahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya, mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.

Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta agensi-agensi terlibat dalam penguatkuasaan mengadakan sesi penerangan seperti seminar kepada masyarakat berhubung hukuman yang lebih berat untuk penyalahgunaan daun ketum itu.- BERNAMA
Ismail beramah mesra dengan anggota pasukan beruniform dan kakitangan agensi kerajaan yang hadir pada majlis pelancaran itu di Dataran Teksi Maran.

MARAN: Hari Perkabungan Negara dan bertafakur ketika ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 tidak sewajarnya dijadikan polemik kerana pasti tiada kesudahan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kerajaan kesal apabila ada segelintir kecil individu yang mempertikaikan perkara tersebut walaupun jelas ia tidak bertentangan dengan syarak.

Menurutnya, dalam suasana rakyat sedang bersedih, ada juga segelintir manusia yang masih tergamak bermain dengan isu yang boleh mengguris hati dan perasaan ahli keluarga mangsa.

Katanya, ia hanya sebilangan kecil kerana majoriti rakyat di negara ini merasa pilu dan hiba mengikuti detik-detik ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.

“Rakyat menzahirkan satu solidariti tanpa mengira bangsa, agama dan bangsa apabila sama-sama mahu berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa.

“Solidariti itu terhasil dari perpaduan yang telah lama kita pertahankan dan pasti akan memberi impak positif kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Kempen Jalur Gemilang peringkat daerah Maran, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Adun Luit, Nur Hidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, isu sedemikian bertukar menjadi polemik apabila diperdebatkan dalam dunia siber.-SH
Amalan pelik dengan mengikat kaki yang digunakan di China selama bertahun-tahun, untuk lelaki dianggap wanita dengan kaki kecil lebih menarik.

Amalan ini telah diharamkan oleh kerajaan China pada tahun 1911, tetapi terus diamalkan di seluruh negara sehingga tahun 1939, sebahagian dari mereka yang terakhir masih mengamalkan tradisi ini ...

 
 
 
 
 
 
 
 
Pelakon p0rn0 Jepun, Iku Sakuragi (21), adalah satu daripada sembilan pelakon yang mengikuti dalam acara mengumpul dana untuk kempen anti-AIDS.
 
TOKYO,  - Sekumpulan pelakon filem porno Jepun akan terlibat kempen mengumpul dana kempen perangi melawan AIDS minggu  ini. Para pelakon porno ini selama 24 jam akan membiarkan para peminat meramas payudara mereka.

Sembilan pelakon filem porno Jepun mengatakan mereka sangat gembira
untuk menyertai kempen  bertajuk "Stop! AIDS" yang akan disiarkan secara langsung di televisyen. Mereka hanya meminta agar para peminat meramas payudara mereka dengan lembut.

"Saya tidak sabar untuk acara tersebut., Tapi saya akan lebih gembira jika mereka melakukannya dengan lembut," kata seorang pelakon lucah, Rina Serina kepada Tokyo Sports.


Ia adalah ke-12 sejak acara itu telah dilancarkan pada tahun 2003, acara ini akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini. Mereka yang ingin menyentuh payudara pelakon ini perlu menderma wang untuk kempen menentang AIDS. 
 
Acara ini telah diadakan selepas kenyataan Ayaka Shiomura wanita ahli parlimen, yang mengkritik wanita yang tidak berkahwin, menimbulkan kemarahan penduduk.

"Saya tidak menyangka payudara saya boleh memberikan sumbangan positif untuk masyarakat," tambah Rina Serina yang gemar mengikat rambutnya itu.

Pelakon filem porno lain Iku Sakuragi juga menyatakan gembira terlibat dalam acara amal ini dan tidak keberatan jika payudaranya diramas ratusan orang. "Ini semua untuk amal. Ramas dan Menyumbanglah. Mari bergembira," kata pelakon berusia 21 tahun itu.

Acara unik ini akan bermula pada Sabtu (30/8/2014) pukul 19.00 waktu tempatan dan disokong oleh Yayasan Pencegahan AIDS Jepun.
 

DAP hanya bermain wayang disebalik tabir mengharapkan PAS dan PKR membantu mereka menguasai politik Malaysia dengan berselindung di belakang Anwar atau sesiapa sahaja yang bersedia menjadi alat mereka. Mereka berjaya praktikkannya di Perak suatu masa dahulu.

Nasib baik BN dapat merampasnya kembali. Di Selangor mereka jugalah yang sebenarnya yang berkuasa walaupun PKR memperolehi lebih banyak kerusi.

Melayu tewas lagi. Apabila Hassan Ali bangun menentang ketuanan DAP, beliau diancam untuk digugurkan.

DAP dan para pejuangnya dilatih dengan baik oleh Lee Kuan Yew salah seorang Yahadut Mizrah (rujuk Umat Terakhir) seorang dari elit Illuminati zionis Lee bloodline (dibongkar oleh Mistisfiles).

Ingatlah Lee Kuan Yew adalah watak sebenar disebalik perancangan teratur menjatuhkan Islam dari hati orang Melayu.

Matlamatnya merampas Malaysia dari orang Melayu. Melayu hanya dapat ditewaskan bila pegangan agamanya Islam hilang dari hati mereka.

Untuk itu satu tindakan menggalak pemuda pemudi melayan nafsu, banyak pusat maksiat dan hiburan wujud dengan rancak di Selangor dan Pulau Pinang.

Lee Kuan Yew amat berhajat menjadi PM Malaysia sejak dahulu lagi, PAP juga turut merancang dalam diam, DAP hanyalah ejen pelaksana.

Majoriti ahli DAP terutama para pemimpinnya beragama kristian dan menjadi mubaligh gereja secara diam, misi mereka berkait rapat dengan apa yang telah diatur oleh Jesuit Black Paus.

Berusaha sedaya upaya mengkristiankan orang Melayu.

Meruntuhkan syahadah mereka. Manusia yang rela menjadi ahli DAP paling mudah dimurtadkan. Kini kumpulan Liberalisma pula bakal dimurtadkan melalui cabang sullit kristian.dalam PKR.

Siasat siapakah Liz Wong?

Soros pula mahu kuasai Malaysia untuk kepentingan Yahudi sedunia sebagaimana yang berlaku di Iraq, Libya dan Mesir. Anwar dan beberapa kerat ahli politik telah berjaya dilantik sebagai proksi.

Inilah isu terselindung yang sukar dikesan atau gagal diperhatikan. Setelah kita selamat dari semua racun ini, dan Islam terselamat dari manusia syaitan yang bernaung di sebalik perikatan luciferian ini, kita akan fokus kembali kepada kejahatan dalaman UMNO dan kakitangan kerajaan.

Kita bongkar pula siapa ejen Soros yang ada dalam UMNO dan bagaimana dia berkerjasama dengan Yahudi Amerika. Kita tidak akan berdiam diri.

Sambil itu kita bantu perbaiki segala kepincangan agar Islam kembali di martabatkan oleh pemerintah. Itulah hikmah dari semua ini. Perkasakan kembali PAS supaya kembali kepada dasarnya.

Kita bantu PAS mendesak UMNO memperbaiki diri atau kalau boleh, ambil alih kuasa dari UMNO secara kompromi sebagai langkah menjadikan Islam terus unggul di bumi emas ini.

Cuba kaitkan agenda mereka dengan pergerakan sosialis dan komunis. Banyak persamaannya walaupun dalam kesamaran.


sumber

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ialah pada 25 Sept. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.

Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

"Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di sini hari ini.

PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi). - BERNAMA
 
Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88 tahun kini berada di dalam keadaan koma selepas diserang angin ahmar. Jamil yang popular menerusi filem ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ dan ‘Si Tanggang’, dimasukkan ke sebuah hospital jam 1 pagi semalam selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di Janda Baik, Pahang. Beliau masih tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke unit kecemasan hospital berkenaan.
 
Sama-samalah kita doakan agar kesihatan Datuk Jamil Sulong bertambah baik selepas ini. Semoga beliau dipanjangkan umur. Kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi dugaan ini.-Beautifulnara
 

KUANTAN: Wanita Islam di negara ini perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan ajakan pihak yang menggunakan jihad dan Islam sehingga menjadi mangsa kegiatan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata amat menyedihkan jika benar dakwaan bahawa ada wanita Malaysia terlibat dalam kumpulan militan itu.

"Walaupun perkara itu tidak pasti kesahihannya namun saya ingin menyeru kepada semua wanita, jangan pergi buat perkara itu kerana ia menjatuhkan martabat seorang wanita. Agama Islam tidak pernah mengajar kita buat benda seperti itu.

"Saya menyeru kepada semua wanita agar jangan mudah terpedaya kerana Islam tidak pernah mengajar jihad yang seperti itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Felda Bukit Kuantan di sini pada Khamis.

Rohani mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider semalam yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.- BERNAMA
 
Beberapa minggu selepas kematian Robin Williams, penulis terkenal New York Times, Dave Itskoff diberi tangungjawab untuk menghasilkan biografi pelakon tersohor Hollywood itu.
 
Menerusi pengumuman yang dibuat oleh penerbit Henry Holt minggu ini, mereka tidak memberikan sebarang tajuk atau tarikh buku ini akan dilancarkan. 
 
"Robin Williams adalah hero saya. Dalam pertemuan dan perjumpaan dengannya sebelum ini, dia adalah seorang yang sopan, pemurah dan dalam masa yang sama kelakar. 
 
Biografi ini pasti akan merangkumi seluruh kisah hidup Williams," ujar Otzkoff dalam kenyataannya.-MH

KUCHING: Agrobank mencatatkan pencapaian yang amat menggalakkan dalam operasinya di Sarawak dengan jumlah pembiayaan baharu yang diluluskan sehingga Julai tahun ini melebihi RM100 juta.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata bilangan pelanggan Agrobank di Sarawak juga semakin bertambah seiring peningkatan aktiviti dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

"Agrobank terus komited untuk mendukung mandat membangunkan sektor pertanian negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Agrobank di sini sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh 44 tahun penubuhannya, Agrobank memainkan peranan penting dalam menyediakan pembiayaan untuk sektor pertanian di Malaysia, dengan segmen pembiayaan pertanian menyumbang 10.2 peratus atau RM3.6 bilion daripada keseluruhan RM31.7 bilion pasaran pembiayaan pertanian pada 2013.

Menurutnya Agrobank merupakan institusi kewangan pembangunan (DFI) yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membangunkan bidang pertanian dengan menyediakan pembiayaan dan kemudahan kredit terutamanya kepada usahawan pertanian.

Beliau juga berkata Agrobank sedang giat menjalankan proses penukaran akaun pembiayaan dan deposit konvensional kepada akaun produk yang patuh syariah dalam usaha ke arah operasi perbankan Islam sepenuhnya pada 2015.

"Pihak bank berharap dengan perubahan ini pelanggan bank akan berasa lebih yakin menggunakan produk pembiayaan dan deposit kami yang mematuhi prinsip syariah," katanya.

Dalam satu majlis di sini hari ini, Wan Mohd Fadzmi menyerahkan wang zakat perniagaan Agrobank Sarawak berjumlah RM107,734.38 kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang menerimanya bagi pihak Tabung Baitulmal Sarawak di Astana Negeri di sini.- BERNAMA

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain.

Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.

“Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.

Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.

“Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya.

Ditanya sekiranya perlu seorang menteri besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut.

“Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya.

Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.

Beliau berkata, istana berkecil hati dan tersinggung dengan serangan berterusan daripada pihak tertentu.

“Istana berdiam diri tetapi segelintir pihak membuat kenyataan anti-Istana.

“Kenyataan tersebut menyinggung perasaan. Mereka ini perlu membaca Perlembagaan negeri dan memahami konvensyen Istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen berhubung situasi itu.

“Peguam tertentu dari parti-parti politik diupah untuk mentafsir perkara menurut apa yang pelanggan mahu,” katanya.

Sumber itu berkata, bagaimanapun, Sultan Selangor tidak bimbang kerana krisis tercetus oleh parti menteri besar ketika ini sebelum beliau dipecat.

Kerajaan negeri masih berfungsi sepenuhnya.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi menteri besar, manakala baginda sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat.

“Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran menteri besar dari Pakatan Rakyat.

Pada Julai lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Melabelkan Khalid sebagai “jahil dalam undang-undang Islam dan peranan Mais”, baginda menitahkan supaya ahli jawatankuasa Pas pusat itu mengkaji sejarah dan undang-undang negara sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekecohan di kalangan umat Islam.

-Mstar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak terjebak dengan permainan pihak tertentu yang menjadikan isu membandingkan penghormatan terhadap mangsa tragedi pesawat MH17 dengan mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Perdana menteri menegaskan bahawa sekalipun negara memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat MH17, kerajaan tetap menyanjung jasa polis dan tentera yang terkorban dalam insiden Lahad Datu itu.

"Ada sahaja orang nak memecahbelahkan kita. Dalam peristiwa Lahad Datu orang yang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tapi bila berlaku MH17 bila kita beri penghormatan teristimewa, dia kata kenapa tak bagi penghormatan yang sama kepada para anggota tersebut walhal pada awalnya dia kata itu sandiwara," katanya.

"Dalam peristiwa Lahad Datu, kita telah beri bantuan lebih daripada biasa... jangan jadikan itu isu...ini adalah soal kita bersama," kata Najib ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini Khamis.

Najib berkata beliau telah melakukan sehabis baik berhubung insiden MH17 dengan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan iaitu berhubung dengan ketua pemberontak.

"Jadi dasar luar kita ini, kuasa besar pun kita berhubungan, negara sedang membangun pun kita ada hubungan hatta kita perlu berunding dengan kumpulan pemberontak pun kita runding kerana kita percaya kepada kebaikan.

"Jika saya tak buat peranan ini mustahil kita akan dapat balik jenazah-jenazah ke pangkuan keluarga tersayang," kata perdana menteri.

Najib berkata usaha itu dilakukan kerana ketika beliau berjumpa seorang demi seorang keluarga mangsa, hatinya sebak dan hiba lalu beliau berjanji akan lakukan apa sahaja untuk membawa mangsa nahas MH17 pulang.

"Jadi saya minta daripada kumpulan pemberontak tanpa menjanjikan apa-apa... saya tak bayar satu sen pun. Saya kata tolong dan dia kata akan tolong dan serahkan kotak hitam dan mayat hanya kepada pasukan Malaysia," katanya.

Beliau melihat tragedi pesawat MH17 dan MH370 jelas menunjukkan kebersamaan rakyat dalam menghadapi saat kesedihan negara dengan menolak segala perbezaan politik tanpa mengira agama dan bangsa.

"Insiden itu perlu dijadikan iktibar buat semua.

"Bila negara diuji dengan pelbagai dugaan, sebagai ketua kerajaan (saya minta) bantulah saya...untuk sama-sama membina masa depan umat Islam yang cemerlang," katanya.- BERNAMA

Nampaknya budaya selfie di negara ini semakin menjadi-jadi bukan setakat di bangunan-bangunan tinggi sahaja, sebaliknya hingga ke tengah jalan yang sedang sesak.

Gambar seorang gadis cantik yang melakukan perkara itu kini sedang viral di laman sosial khususnya Facebook dan Twitter.

Tindakannya itu mendapat pelbagai komen daripada para netizen.

Ada yang menganggap perbuatan gadis itu sebagai perkara biasa yang tidak perlu diperbesar-besarkan, namun ada juga yang menganggap ia sebagai berbahaya.
 
Pada zaman sekarang macam-macam benda pelik suka dilakukan dan telah dijadikan kreativiti yang diciptakan untuk menjadi satu trend yang ingin dikenali ramai.
 
Face sitting iaitu jadikan muka sebagai bangku. Roman Shusterman telah memperkenalkan idea ini kepada ratusan gadis untuk keamanan dunia di Union Square. 
 





 
 
 
 
 
 
 

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA