Browsing "Older Posts"

  • Nama Malaysia terkenal di Israel

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA → Thursday, 31 July 2014

    SHAH ALAM - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.

    Akhbar Jerusalem Post dan Haartz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.

    Kesemua akhbar berkenaan  melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.

    Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.

    Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.

    Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia. -SH

  • Kenyataan Najib isu tragedi MH17

    By Admin →

    THE HAGUE - Berikut ialah kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada taklimat akhbar bersama dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17:

    "Seperti Netherlands, Malaysia kini berkabung. Kita berkabung atas kehilangan kesemua 298 jiwa dalam pesawat MH17.

    "Dan ketika kita menyaksikan kumpulan mayat pertama tiba di Eindhoven, perasaan kita meruntun untuk rakyat Netherlands, yang menanggung kehilangan besar.

    "Bendera yang berkibar separuh tiang menceritakan kisah tersendiri: tentang negara-negara yang kehilangan anak-anak bangsa. Dan kita bertekad untuk bekerja sama bagi membawa pulang semua mayat ke tanah air masing-masing. 

    "Malaysia bangkit bersama Netherlands, bersama Australia; bersama semua negara yang kehilangan rakyat masing-masing. Kita tegak bersama, bersatu dalam kesedihan, dan sedia membantu dengan apa jua cara.     

    "Terdahulu, Perdana Menteri Rutte dan saya bercakap mengenai aktiviti ketenteraan yang berterusan di kawasan nahas; ketidakupayaan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu; dan mayat manusia yang mungkin masih terdampar di sana.

    "Demi keluarga mangsa, adalah penting semua mayat dibawa keluar dengan secepat mungkin dari kawasan nahas itu.

    "Setiap mangsa harus diberi pengebumian yang penuh bermaruah dan sewajarnya," kata beliau.

    Menurutnya, keutamaan Malaysia dan Netherlands ialah untuk memastikan para penyiasat antarabangsa diberi akses penuh ke kawasan nahas supaya mereka boleh mengumpul bukti dan melakukan kerja-kerja penting.

    "Dengan itu, semua negara terbabit dalam penyiasatan itu dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku kepada MH17; dan hanya dengan itu kita akan mencapai keadilan bagi mangsa dan keluarga mereka", kata Perdana Menteri Malaysia itu. 

    "Konflik di Ukraine timur mungkin tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Tetapi orang-orang dalam pesawat berkenaan tidak ada kena mengena dengannya.

    "Kita menggesa agar dihentikan segera pertempuran di dalam dan sekitar kawasan nahas pesawat - oleh kedua-dua pihak, tentera Ukraine dan puak pemisah. - Bernama

    "Kita meminta semua pihak agar menghormati mangsa yang terkorban dan kewibawaan kawasan nahas itu bagi membolehkan penyiasatan dimulakan.

    "Perjalanan jauh menuju keamanan bermula dengan langkah ini," kata Najib.

    "Sepasukan 68 polis Malaysia tiba di Kiev hari ini. Mereka akan bekerjasama dengan pasukan Belanda dan Australia bagi mendapatkan akses ke lokasi berkenaan. 

    "Malaysia menyokong penuh penyiasatan antarabangsa, dan kita berterima kasih kepada Netherlands kerana peranan utamanya dalam pasukan antarabangsa.   

    "Mengeluarkan mayat mangsa secepat mungkin adalah prioriti bersama. Pakar-pakar Malaysia sudahpun membantu di sini, di Netherlands dengan tugas sukar melakukan identifikasi dan kita sedia menghulurkan lebih banyak bantuan jika diperlukan.   

    "Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Rutte dan rakyat Belanda atas segala apa yang telah mereka lakukan, dan terus lakukan, untuk mangsa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan tragik ini. - Bernama

  • Doktor beri penghormatan ke atas kematian seorang kanak-kanak

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Doktor di Shenzhen,China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain. 

    Keluarganya menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa sakit yang dia alami dari penyakitnya dan "dapat hidup dengan cara yang lain." Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan beliau pasti akan bersetuju.

  • Israel penipu besar, tuduh Malaysia

    By Yusz Man →

    Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

    Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

    "Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

    Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

    "Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

    Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

    Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

    Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

    Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

    Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

    "Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

    Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.-AWANI
  • PBB Baram patut chakah ngereja pengawa: Dennis

    By Yusz Man →

    MARUDI: Semua pampang tauka pati mit Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Baram diperansang bejalaika atur pengawa ti ukai semina nguntungka kaban parti nya aja tang mega peranak menua dikena ngenegapka kaul sereta kerejasama antara parti nya enggau rayat dia.

    Nengah atur pengawa nya, sida ulih meri penerang ke betul ngagai peranak menua nya ngambika sida bulih penerang ke betul ari perintah Barisan Nasional (BN).

    Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau madah, nengah atur pengawa ke baka nya pampang mit parti nya ulih begempung enggau parti komponen BN bukai baka SUPP, PRS enggau SPDP nyerakupka peranak ba kandang menua sida lebih agi raban bansa Orang Ulu di Baram.

    “Nya alai aku muji pengawa ti dipejalaika pampang mit PBB Long Lama Ili ke patut nyadika chunto pampang mit PBB bukai ditu ti tau pulaika pemaik ngagai parti enggau rayat,” ku iya.

    Dennis bejaku munyi tu lebuh bejadika Pengerami Ketuai Begulai enggau Rayat ke diatur Pampang Mit PBB Long Lama Ili, di Long Ikang.

    Berebak enggau nya, Dennis minta rayat di Telang Usan nyendiaka diri ngerebut peluang dalam ekonomi nengah pengawa numbuhka Pasar Baru Telang Usan ila ke mungkur kandang menua berengkah ari Long Julan nyentuk ke Long Apu.

    “Pelin besai Pasar Baru Telang Usan tu ila manah amat laban deka mai mayuh pemansang nyengkaum peluang ekonomi ngagai menua Baram,” ku iya.

    Beserimbai enggau pengerami nya, Dennis lalu ngungkupka geran RM5,000 ari perintah ngagai Gerija Long Ikang, RM5,000 agi ungkup Serakup Apai Indai enggau Pengajar Genturung Pendiau Long Ikang sereta dua buah injin pengisar padi.

    Dulu ari nya, Ketuai raban bansa Orang Ulu Pelilih Miri Temenggung Elizabeth Deng lebuh bejaku besemaya deka ngabas kandang menua ke ari baruh pegai iya pemadu nadai pan dua kali dalam sebulan enti sema nadai penanggul bukai.

    Ku iya, kandang menua baka Long Ikang, Long Banyok enggau Uma Akeh mega ari baruh bidang kuasa iya, nya alai endang nyadi tanggungpengawa iya ngabas kandang menua nya.

    Bela bisi ngulu pengerami nya, Pengulu Herbert Lawai Epoi, Pengulu Theadus Lenjau Kuleh enggau mensia mayuh bukai ba kandang menua nya.-BP
  • Manusia pelik lima beradik jalan merangkak mengejutkan saintis

    By mohd hamrizan →

    ANKARA - 'Merangkak' dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki mungkin agak lucu, namun perkara itu benar-benar berlaku dan dialami sebuah keluarga Turki yang menggunakan kaedah tersebut sebagai satu-satunya cara mereka untuk bergerak.

    Lima daripada 19 beradik keluarga Ulas dari wilayah Hatay menderita penyakit misteri itu yang membuatkan mereka hilang keseimbangan dan kestabilan sekiranya berdiri tegak sekali gus memaksa mereka merangkak untuk bergerak.

    Keluarga itu hanya menyedari keganjilan tersebut pada tahun 2005 selepas 14 daripada anggota keluarga tersebut didapati normal, manakala lima lagi berjalan dengan cara merangkak.

    Portal Oddity Central melaporkan, keadaan itu membuatkan saintis bingung tentang penyakit yang dialami lima adik beradik tersebut.

    Adik-beradik Ulas pernah muncul dalam dokumentari filem BBC, The Family That Walks On All Fours pada 2006.

    Dokumentari itu mendedahkan, daripada lima beradik, dua perempuan dan seorang lelaki bergerak dengan cara merangkak sejak lahir, sementara masing-masing seorang lelaki dan perempuan boleh berjalan dengan tegak pada masa-masa tertentu.

    "Keadaan mereka agak pelik berbanding perkembangan manusia normal. Namun, saya kagum kerana mereka boleh menyesuaikan diri dengan dunia moden," kata pensyarah Nicholas Humphrey yang melawat keluarga Ulas sebanyak dua kali sepanjang pembikinan dokumentari itu. - AGENSI
  • Ketahui Kandungan Bahaya Dalam Roti!

    By uMieySurianie →
     
    Perlu diketahui bahawa terdapat beberapa jenis roti yang mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Kerana itulah pentingnya membaca rangkaian ramuan yang digunakan untuk menghasilkannya. Sekiranya ada bahan-bahan dbawah maka cuba elakkan dari membeli.
     
    L-eysteine
     
    • Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi.
     
    Potassium Bromate
     
    • Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan!
     
    Bijirin yang diproses
     
    • Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi.
     
    Azodicarbonamide
     
    • Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia.
     
    Fruktosa
     
    • Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan  memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi. -MW
  • Dikritik peminit gara-gara ber"Selfie" di tanah perkuburan

    By mohd hamrizan →

    Niatnya hanya cuma untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.

    Namun baru-baru ini, pelakon Farish Aziz bagaimanapun tersilap langkap apabila dia mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia itu ber’selfie’ di kubur dan mendakwa aktor itu bergambar sehingga terpijak kubur yang lain.

    Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.

    Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.

    Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:

    “Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenen; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau. P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan… Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.


    Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

    “Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati.” luahnya.
  • Sokong Palestin, Zayn Malik One Direction Diugut Bunuh Di Twitter!

    By uMieySurianie →
     
    LONDON, 30 JULAI 2014: Gara-gara memperkatakan tentang konflik di Gaza, salah Seorang bintang One Direction, Zayn Malik telah menjadi mangsa ugutan bunuh yang kedua daripada peminat Israel selepas Rihanna.

    Penyanyi berusia 21 tahun itu telah mendapat ugutan tersebut setelah dia berkongsi hashtag #FreePalestine bersama 13 juta penyokongnya di Twitter dan selepas itu, postingnya telah diretweet sebanyak 130,000.

    Namun, selepas posting itu dibuat, peminat Israel terus mengecam tindakannya itu dan mula menyelar penyanyi itu dengan pelbagai kecaman.

    Malah anda di antara peminat yang meminta penyanyi itu supaya membunuh diri dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk membunuh Zayn Malik.

    Zayn bukanlah selebriti pertama yang mendapat kritikan selepas menunjukkan sokongan terhadap Palestin. Sebelum ini, Rihanna telah mencetuskan kontroversi yang sama menerusi posting yang menyokong Palestin kepada 36.4 juta peminatnya beberapa minggu lalu.-Murai
  • Briged al-Qassam tolak pendamaian dengan Regim Zionis Israel

    By mohd hamrizan →

    GENTING GAZA - Sayap bersenjata pergerakan Hamas,Briged al-Qassam menolak genjatan senjata dengan Israel melainkan sekatan yang dikenakan di sini selama tujuh tahun ditarik balik, lapor agensi berita, PressTV.

    Komander briged, Mohammad Deif dalam satu rakaman audio stesen televisyen al-Aqsa semalam berkata, genjatan senjata tidak akan berlaku jika mereka tidak menyingkirkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

    “Kemenangan akan menjadi milik kami. Tentera rejim Israel tidak akan berasa selamat pada masa rakyat Palestin menderita," katanya.

    Tambah Mohammad, Hamas juga berkemampuan untuk menyerang balas di Tel Aviv berikutan serangan Israel yang tidak henti-henti ke atas Genting Gaza sejak 8 Julai lalu sehingga menyebabkan 1,200 penduduk Palestin terkorban.
  • Harimau Malaya kesuntukan masa

    By uMieySurianie →
     
    Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh mengakui tempoh persiapan sebelum perlawanan persahabatan bertemu Tajikistan pada 8 Ogos ini di Dushanbe terlalu singkat.

    Namun dia tetap mengharapkan komitmen padu semua 23 pemain yang akan memulakan latihan pusat esok.      
     
    Terlalu singkat, kita cuma ada empat hari sebelum berangkat ke Tajikistan. Jadi tidak banyak yang dapat dilakukan selain mengharapkan pengalaman dan keserasian yang sudah ada antara barisan pemain untuk mengharungi cabaran ini, katanya.

    Sebenarnya saya mempunyai perancangan lebih jauh untuk pasukan kebangsaan di mana pemilihan sebenar adalah ketika saingan Piala Malaysia nanti dan juga ketika temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

    Banyak lagi bakal diuji

    Senarai pemain yang ada sekarang adalah untuk perlawanan ini saja dan selepas itu lebih ramai pemain akan dipanggil untuk diuji. Setakat ini saya mempunyai beberapa nama untuk dinilai tetapi dalam tempoh singkat ini saya terpaksa mengharapkan pemain yang sudah biasa bersama.

    Dollah yang juga bekas pengendali PDRM berharap, semua 23 pemain yang disenaraikan itu akan melaporkan diri esok. Pada masa sama, dia juga meminta pemain dalam senarai simpanan turut bersedia.
    Setakat ini belum ada yang memohon pengecualian, kena tunggu Jumaat (esok) nanti, katanya. Ingin saya tegaskan, walaupun rata-rata pemain yang dipanggil adalah mereka yang sering mewakili negara, tidak semestinya kedudukan mereka terjamin untuk skuad kebangsaan.

    Saya akan membuat pemilihan lebih teliti sebaik Piala Malaysia bermula dan peluang terbuka kepada sesiapa saja yang dilihat berpotensi. Sasaran saya ialah membentuk skuad yang mantap sebelum Piala Suzuki AFF yang bermula November ini.-BH
  • PTRS berterima kasih kepada kerajaan bayar tunggakan elaun

    By Admin →
    SIBU: Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) amat berterima kasih kepada kerajaan kerana membayar tunggakan elaun bulanan kepada semua tuai rumah di negeri ini.

    Pengerusi PTRS Tuai Rumah Linus Melin Lembang, berkata elaun itu mula dibayar sejak pertengahan bulan ini sekali gus melegakan semua tuai rumah yang amat memerlukan elaun tersebut.

    “Elaun itu kami ibaratkan sebagai hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Saya selaku wakil semua ahli PTRS dan tuai-tuai rumah di sini berterima kasih kepada kerajaan negeri serta semua yang terlibat.

    “Pembayaran tunggakan elaun bulanan itu juga melegakan semua tuai rumah yang amat memerlukannya,” katanya semalam.

    Difahamkan, tunggakan elaun antara enam hingga 12 bulan itu dibayar kepada tuai-tuai rumah bermula pertengahan bulan ini.

    Bayaran elaun bulanan itu difahamkan tidak dibayar sejak pertengahan tahun lalu.

    Linus yang juga ahli Majlis Daerah Matu Daro berkata, pembayaran elaun itu juga menunjukkan kerajaan prihatin serta peka dengan masalah dihadapi ketua-ketua kaum di negeri ini.

    Sebagai tuai rumah, mereka amat mengharapkan elaun itu terutama bagi tuai-tuai rumah yang tidak mempunyai pendapatan atau pekerjaan tetap.

    “Saya ada menerima banyak panggilan daripada tuai-tuai rumah yang melahirkan rasa gembira dan lega selepas menerima elaun terbabit.

    “Mereka juga berterima kasih kepada PTRS yang telah bersuara dalam hal ini,” jelas beliau.

    Dalam pada itu, Linus berharap masalah pembayaran elaun tidak berlaku lagi pada masa akan datang demi membantu semua tuai rumah dalam menjalankan tugas mereka.

    “Kita amat berharap bayaran elaun ini tidak tertunggak lagi pada masa akan datang,” ujarnya sambil menambah, PTRS kini mempunyai 150 ahli.

    Setiap tuai rumah dibayar elaun sebanyak RM800 sebulan setelah mereka menerima surat pelantikan sebagai tuai rumah daripada kerajaan negeri.

    Sebelum ini, tuai rumah hanya menerima elaun sebanyak RM1,000 setahun sebelum elaun itu dinaikkan kepada RM450 sebulan sejak Mac 2006 dan RM800 pada 2013. - utusan borneo
  • 100 maut angkara dasar polisi China menekan Islam Uighur

    By mohd hamrizan →

    BEIJING - Sambutan Hari Raya Aidilfitri penduduk minoriti Islam Uighur tercemar apabila satu pertempuran ganas tercetus pada 1 Syawal kelmarin di bahagian barat Xinjiang, China yang menyebabkan hampir 100 orang terkorban dan cedera, menurut satu laporan hari ini.

    Media tempatan China memaklumkan, berpuluh-puluh penduduk dan penyerang maut serta cedera dalam serangan ganas di daerah Shache berdekatan gurun Taklamakan dalam wilayah berkenaan.

    Media turut melaporkan, sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan kapak menggempur sebuah balai polis dan pejabat-pejabat kerajaan di bandar Elixku, manakala beberapa yang lain memasuki pekan Huangdi dan menyerang orang awam serta memusnahkan kenderaan.

    Menurut agensi berita Xinhua, polis menembak mati anggota kumpulan bersenjata di lokasi kejadian, namun jumlah sebenar mangsa terkorban tidak diketahui memandangkan maklumat di Xinjiang sukar untuk disahkan.

    Jurucakap pertubuhan Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam kenyataan menerusi e-melnya berkata, hampir 100 orang terbunuh dan cedera dalam serangan itu.

    "Keganasan berlaku ketika penduduk Uighur membantah dasar polisi pemerintah yang melampau dan mereka ditindas oleh pasukan bersenjata yang mengakibatkan kematian dan kecederaan oleh kedua-dua pihak," katanya.

    Tambah Raxit, lebih 20 orang penduduk Uighur terkorban dan 10 yang lain cedera, manakala 13 anggota keselamatan terkorban atau cedera, sementara 67 orang lagi ditahan.

    Pekerja hotel dan restoran di Shache bagaimanapun tidak mengetahui tentang kejadian itu, manakala menurut Xinhua, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dilancarkan secara terancang.

    Kumpulan hak asasi me­nuduh kerajaan China menindas penduduk Islam Uighur, termasuk melarang mereka berpuasa di bulan Ramadan, namun kerajaan menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan, pihaknya telah meningkatkan pembangunan sektor ekonomi di penempatan penduduk minoriti itu. - AFP


  • Jerebu di Malaysia angkara kebakaran hutan di Riau dan Kalimantan Barat Indonesia

    By mohd hamrizan →

    JAKARTA - Kebakaran hutan di wilayah Riau dan Kalimantan Barat di Indonesia semakin buruk dan tidak terkawal, sekali gus mengundang ancaman jerebu yang berpanjangan ke negara jiran terutamanya Malaysia dan Singapura.

    Agensi berita Antara memetik kenyataan jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, imej satelit yang dirakamkan semalam menunjukkan 143 kebakaran berlaku di Riau dan 268 lagi di Kalimantan Barat.

    Menurut Sutopo, kebakaran hutan dan belukar di Riau setakat ini telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 848 hektar dan jumlah tersebut dijangka bertambah kerana masih terdapat maklumat kebakaran yang tidak dikira.

    Memetik data rasmi yang dikumpulkan BNPB, Sutopo berkata, pecahan kebakaran yang direkodkan di Riau meliputi 46 kes di Rohil, Bengkalis (24), Dumai (35), Indragiri Hilir (6), Indragiri Hulu (3), Kampar (2), Kuansing (7) dan Pelalawan (10).

    Di Kalimantan pula katanya, sebanyak 15 kes kebakaran berlaku di Bengkayang dan Kubu Raya, Kapuas (25), Kayong Utar (7), Ketapang (19), Landak dan Melawi (8), Pontianak (19), Sambas (65), Sekadau (5), Singkawang (2) dan Sintang (47).

    "BNPB telah meminta pihak pentadbiran di wilayah terlibat untuk lebih aktif mengekang kebakaran hutan dan belukar.

    "Langkah mencegah bencana itu lebih berkesan berbanding memadamkan api terutamanya di kawasan tanah gambut," katanya.

    Sementara itu, Pengarah BNPB, Syamsul Maarif telah mengarahkan penggunaan helikopter di Pontianak untuk memadamkan kebakaran selain penglibatan sukarelawan.

    "Di Riau sahaja, seramai 200 anggota tentera daripada unit tentera darat dan tentera udara serta 500 anggota polis dihantar untuk memadamkan kebakaran," katanya.

    Hampir setiap tahun, masalah kebakaran hutan dan belukar di dua wilayah terbabit menyebabkan jerebu yang turut menjejaskan kualiti udara di negara berjiran termasuk Malaysia dan Singapura.
  • Kaum Iban kahwin campur harus kekal budaya

    By Admin →

    SRI AMAN: Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang menasihati kaum Iban yang terlibat perkahwinan campur dengan kaum lain agar terus mengekalkan budaya dan adat resam kaum Iban supaya tidak pupus ditelan zaman.

    Mong berkata perkahwinan campur antara kaum Iban dengan kaum lain boleh menyumbang kepada kepupusan budaya dan adat resam kaum mereka disebabkan kurang minat mempertahankan khazanah itu.

    Tarian ajat misalnya adalah tergolong dalam budaya kaum Iban yang cukup popular dan tarian itu perlu dipertahankan semua kaum Iban walaupun mereka berkahwin dengan kaum lain pada suatu hari nanti.

    “Pastikan budaya kaum Iban diteruskan ke generasi seterusnya meskipun sudah berkahwin dengan kaum lain, jika ia tidak dilakukan maka sudah pasti budaya berkenaan akan pupus beberapa generasi berikutnya,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Kelas Ajat 2014 anjuran Persatuan Budaya Iban Sri Aman (PBISA) di sini kelmarin.

    Seramai 47 peserta menyertai Kelas Ajat yang dikendalikan Pengerusi PBISA Johnathan Issau itu.

    Mong mahu persatuan budaya negeri ini memainkan peranan aktif bagi menyedarkan kaum Iban tentang betapa pentingnya budaya tersebut diturunkan kepada generasi baharu jika mereka berkahwin dengan kaum lain.

    Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan menasihati penduduk kaum Iban di sini agar aktif melibatkan diri dalam bidang tenunan.

    Menurutnya, orang Iban di Kapit amat aktif melibatkan diri dalam bidang ini dan lantaran itu orang Iban di Sri Aman juga perlu berkecimpung dalam bidang tenunan.

    “Saya berharap penduduk Iban di sini dapat menjadikan tenunan sebagai satu bidang yang mampu menjana pendapatan keluarga pada masa akan datang,” katanya.

    Turut hadir Pegawai JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Pembantu Khas Ahli Parlimen Lubok Antu Kaunselor Zainie Aji dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Sri Aman Edmund Pirang.- utusan borneo
  • Lawatan kerja Najib ke Belanda bincang mengenai MH17

    By mohd hamrizan →

    AMSTERDAM - Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu akan terus diberi keutamaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengadakan lawatan kerja khas ke negara ini bermula esok.

    Lawatan kerja Perdana Menteri itu secara khusus adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini proses penyiasatan dan pengecaman mangsa bencana (DVI) sekali gus membincangkan dan mengukuhkan kerjasama dalam isu berkenaan dengan kerajaan Belanda.

    Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr. Fauziah Mohd. Taib (gambar) berkata, Perdana Menteri akan tiba di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol pada pukul 8 pagi esok, waktu tempatan.

    Beliau berkata, program pertama Najib bermula pada tengah hari melalui mesyuarat bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di pejabatnya di pusat pentadbiran The Hague.

    Katanya, Perdana Menteri kemudiannya akan mengadakan sidang akhbar ringkas bersama Rutte sebelum menandatangani buku ucapan takziah.

    "Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri dijangka membincangkan tentang jalinan kerjasama berterusan dalam isu MH17.

    "Hal ini penting kerana operasi di tapak nahas di Ukraine masih berterusan manakala bangkai pesawat MH17 berada di sana, sebab itu kerjasama perlu berterusan dengan mengambil kira aspek tersebut," katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

    Yang turut serta dalam lawatan kerja Perdana Menteri ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

    Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini berkata, Najib akan menemui Rutte untuk membincangkan sama ada ahli patologi Malaysia dapat membantu bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa.

    "Kedua-dua Perdana Menteri juga akan membincangkan tentang memperoleh akses penuh ke tapak nahas supaya pasukan antarabangsa dapat menjalankan penyiasatan yang komprehensif bagi menentukan punca nahas dan siapa yang bertangggungjawab," kata kenyataan itu.

    Mengulas lanjut, Fauziah berkata, Perdana Menteri dan Rutte selepas itu akan ke pangkalan tentera Hilversum, lokasi mayat mangsa MH27 ditempatkan untuk proses DVI.

    Sejurus sahaja tiba, kata Fauziah, Perdana Menteri akan meletakkan jambangan bunga bagi memperingati mangsa tragedi sekali gus muncul pemimpin dunia pertama yang berbuat demikian dan kerajaan Belanda amat menghargainya.

    Katanya, di pangkalan tentera itu, Perdana Menteri akan diberi taklimat oleh Ketua DVI Pusat Krisis Kebangsaan Belanda, Arie De Bruin yang dibantu tiga anggota pasukan DVI dari Malaysia.

    "Mereka akan memaklumkan status dan prosedur pengecaman dan dari situ akan dapat dijangka bila mayat mangsa warganegara Malaysia dihantar ke tanah air.

    "Semua maklumat itu akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri kepada keluarga mangsa di tanah air," katanya.

    Program terakhir Perdana Menteri adalah majlis makan malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama semua petugas dari Malaysia yang berada di sini bagi membantu melicinkan proses DVI mayat sebelum meninggalkan Amsterdam pada pagi Jumaat ini.

    -UTUSAN

  • Israel bom tempat perlindungan PBB rakyat Palestin

    By mohd hamrizan →

    PALESTIN - Serangan udara tentera Israel di seluruh Genting Gaza yang masuk hari ke-24 hari ini, mengakibatkan lagi 44 kematian termasuk 19 mangsa di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat perlindungan orang awam Palestin.

    Seorang pegawai PBB yang enggan dikenali mengesahkan serangan itu yang mengenai sebuah bilik air dan dua kelas di sekolah berkenaan yang terletak di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza.

    Selain itu, agensi berita Anadolu melaporkan, tentera Israel turut mengebom lima buah masjid dalam tempoh 24 jam di Gaza dengan alasan memusnahkan senjata dan terowong pejuang Hamas.

    Minggu lalu, rejim Zionis membedil empat pusat perlindungan PBB, mengakibatkan lebih 20 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera.

    Jurucakap agensi kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan kereta kebal di sebuah rumah di Tuffah, timur laut wilayah itu, mengakibatkan enam sekeluarga terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak.

    Jelasnya, kematian terbaharu itu menjadikan angka korban akibat kekejaman Israel meningkat kepada lebih 1,300 orang dan lebih 7,170 lagi cedera.

    Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mula goyah untuk meneruskan operasi ketenteraan di Gaza apabila beliau meminta pertolongan Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan gencatan senjata dengan pergerakan Hamas.

    Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, permintaan itu dibuat malam semalam apabila Netanyahu menimbulkan persoalan untuk mengadakan gencatan senjata, sekali gus mengakhiri konflik di Gaza.

    "Netanyahu sedia menerima gencatan senjata untuk membolehkan Israel dilindungi daripada serangan Hamas dan beliau sedar operasi ketenteraan di Gaza tidak memberi kelebihan kepadanya," katanya.

    Sebanyak 56 kematian dicatatkan di pihak Israel, 53 daripadanya anggota tentera, sejak krisis di wilayah Palestin itu tercetus.

    Namun, jumlah itu dipercayai lebih tinggi dan tidak dilaporkan media pro-Israel.

    Dalam pada itu, agensi berita, PressTV melaporkan, komander kumpulan sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged al-Qassam, Mohammad Deif menolak gencatan senjata dengan Israel melainkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak tujuh tahun lalu ditarik balik.


  • Mukah people say no sand dredging

    By Admin →
    MUKAH: Villagers of Kampung Litong in Mukah are strongly against the renewed sand dredging works at the mouth of the Mukah River for fear of soil erosion in the village.

    Its Village Chief, Jamahari Sahli claims that if dredging work resumes in the area then ​​the village will sink and disappear from the world map.

    “We are concerned about the future of our village and our children,” he complained. “We have taken up the matter with the authorities concerned but our pleas have fallen on deaf ears.”

    Jamahari said that he and the other residents were not in principle against any party developing Mukah.

    However, the future of the people in the village must also be taken into account, he added.

    Apparently, dredging work was done at the river mouth before. However, on that occasion, the villagers successfully applied for a retaining wall to be built along the coast to reduce the impact of erosion.

    “If there was no retaining wall, I believe the whole village would have been destroyed by severe soil erosion resulting in strong tidal waves from the ocean,” said Jamahari.

    “During the monsoon season, the waves are usually strong, high and hit the river banks at Kampung Litong.”

    If dredging resumes, more damage will occur in the area and it is possible that the retaining wall will sink into the river bed, he warned.

    “There are already some effects in the area like the palm trees in the area disappearing, many jetties damaged and broken down and the continuing erosion of the river banks,” he said. - FMT
  • MH17: Kerajaan akan uruskan mayat mangsa tanpa waris terdekat

    By Admin →
    KUCHING: Urusan pengkebumian mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang tidak mempunyai waris terdekat akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini berkata mayat mangsa nahas itu akan diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.

    Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini.

    Bagaimanapun, beliau berkata urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine mungkin mengambil masa.

    Katanya, mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.

    Rohani berkata:"Oleh sebab itu saya memohon maaf kepada semua waris mangsa sebab saya sendiri tidak pasti bila semua mayat terbabit dapat dibawa balik ke Malaysia."

    Sehubungan itu, beliau meminta keluarga mangsa bersabar kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza.
    "Mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja," kata Rohani.

    Katanya, walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.

    "Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik," katanya. - BERNAMA
  • Sibu Dan Sri Aman Catat Kualiti Udara Tidak Sihat

    By Admin → Wednesday, 30 July 2014
    KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Dua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada pukul 7 pagi tadi.

    Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang terbabit ialah di Sarawak, iaitu Sibu yang mencatat bacaan IPU 127 dan Sri Aman dengan bacaan 102.

    Sembilan belas lagi kawasan mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Nilai (52), Tanjung Malim (55), Pelabuhan Klang (87) dan Petaling Jaya (73).

    Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

    Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

    -- BERNAMA
  • ICAO tubuh pasukan petugas tangani isu keselamatan

    By Admin →
    KUALA LUMPUR - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas peringkat tinggi, dianggotai pakar negara dan industri, bagi menangani isu keselamatan penerbangan awam dan negara berikutan bencana yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

    Komitmen ICAO ini terkandung dalam perisytiharan yang dibuat pada mesyuarat Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), ICAO, Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa dan Pertubuhan Perkhidmatan Pandu Arah Penerbangan Awam (CANSO) di Montreal, Kanada, semalam.

    Perisytiharan itu memberi komitmen kepada pihak berkenaan untuk menilai semula proses berkaitan penerbangan di ruang udara zon yang dilanda konflik, kata IATA dalam kenyataannya.

    Mesyuarat peringkat tinggi itu dipanggil ICAO bagi membincangkan tindakan yang mampu mengekang potensi risiko terhadap penerbangan awam di zon yang dilanda sengketa.

    Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif IATA Tony Tyler berkata: "Tragedi MH17 yang ditembak jatuh merupakan suatu serangan terhadap keseluruhan industri pengangkutan udara.

    Syarikat penerbangan di seluruh dunia marah dengan perbuatan itu. Pesawat udara awam adalah kelengkapan keamanan. Ia tidak sepatutnya menjadi sasaran senjata perang. Perkara ini termaktub dalam undang-undang antarabangsa melalui Konvensyen Chicago."

    Kenyataan itu berkata pasukan petugas berkenaan akan mengkaji bagaimana maklumat yang berkaitan boleh dikumpul dan disebar secara berkesan.

    Katanya, ICAO diminta menangani keperluan memasukkan ke dalam undang-undang, melalui rangka kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), langkah untuk mengawal selia reka bentuk, pembuatan dan penggunaan persenjataan antipesawat udara moden.

    ICAO juga diminta menangani perkara berkaitan saluran yang selamat dan mampu berfungsi sepanjang masa dalam menyampaikan maklumat tentang ancaman kepada pihak berkuasa penerbangan awam dan industri.

    "Kami meminta ICAO melaksanakan dua tugas kritikal. Pertama, dan paling mendesak, adalah memastikan kerajaan menyediakan kepada syarikat penerbangan maklumat lebih baik, untuk digunakan dalam urusan membuat penilaian terhadap risiko daripada pelbagai ancaman yang dihadapi mereka.

    "Tugas kedua juga tidak kurang pentingnya, tetapi melibatkan jangka masa lebih panjang. Kami akan mencari jalan melalui undang-undang antarabangsa untuk mewajibkan kerajaan mengawal dengan lebih berkesan senjata yang boleh mendatangkan bahaya kepada penerbangan awam. Jika ini diwujudkan, maka industri kita akan menjadi lebih selamat," kata Tyler.

    Dalam usaha meningkatkan keyakinan industri terhadap pasukan petugas itu, Tyler memberi jaminan kepada orang ramai bahawa perjalanan melalui udara adalah masih selamat.

    "Setiap hari, kira-kira 100,000 penerbangan berlepas dan mendarat dengan selamat. Sistem yang menyokong penerbangan global menghasilkan kaedah pengangkutan paling selamat, yang pernah diketahui manusia.

    "Ia tidak memerlukan pembedahan secara besar-besaran. Tapi, kita perlu mengenal pasti dan merapatkan jurang tertentu dalam sistem sedia ada, walaupun ia jarang-jarang menjadi penyebab berlakunya kesilapan dan tragedi dahsyat," katanya.

    Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak nkapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. - Bernama
  • Fadillah anjur majlis tahlil doa kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17

    By Admin →
    KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, hari ini menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi udara Malaysia Airlines yang dihadiri 8,000 orang.

    Majlis itu diadakan di kediamannya, di Jalan Sultan Tengah, dekat sini sebelum mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

    Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya ketika ditemui pemberita berkata majlis sambutan hari raya tahun ini diadakan sedikit berbeza agar bersesuaian dengan situasi yang sedang dialami negara ketika ini.

    “Majlis sambutan hari raya tahun ini saya gabungkan dengan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17.

    “Selain itu majlis ini bertujuan untuk mendoakan agar Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman, stabil, selamat dan dijauhi bencana termasuk keadaan kemarau yang sedang dialami ketika ini,” katanya.

    Menurut Fadillah majlis tahlil itu diadakan dengan kerjasama madrasah dan kumpulan nasyid dari sekitar kawasan Parlimen beliau.

    Pada 8 Mac lalu, Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

    Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai jatuh ditembak di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. - BERNAMA
  • Sibu Catat IPU Sangat Tidak Sihat 214

    By Admin → Monday, 28 July 2014

    KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kualiti udara di Sibu, Sarawak semakin merosot pada sebelah petang dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

    Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 5 petang, IPU di kawasan itu meningkat kepada 214 berbanding 188 pada tengah hari.

    Enam kawasan lain merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (147), Kuala Selangor (110), Samarahan (108), Sri Aman dan Banting (106) serta Shah Alam (101).

    Sebanyak 37 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, antaranya, Batu Muda (98), Tanjung Malim (96), Cheras (90), Petaling Jaya (89), SMK Tanjung Chat (Kota Baharu)(88), Kuching (88), SK Jalan Pegoh (Ipoh)(87) dan Putrajaya (86).

    Enam lokasi mencatat IPU baik iaitu Kota Tinggi (33), Larkin Lama (50), Langkawi (28), Sandakan (45), Tawau (44) dan Limbang (49).

    Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

    Orang ramai boleh merujuk portal http://www.apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-- BERNAMA

  • Amaran Angin Kencang Dan Ribut Petir

    By Admin →

    KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka memberi kesan kepada aktiviti maritim, khasnya bot-bot kecil dan aktiviti laut.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi di sini, malam Isnin, angin kencang Barat Daya itu dengan kelajuan 40-50kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berterusan hingga awal pagi Selasa (29 Julai).

    Selain itu ribut petir diramalkan berlaku di perairan Reef North, Labuan, Sulu dan Perairan Pantai Barat Sabah dan ia dijangka berterusan hingga pagi Selasa.

    Kenyataan itu juga menyebut ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer berlaku di sekitar perairan Selat Melaka utara dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) akibat jerebu.

    Keadaan ini dijangka berterusan hingga pagi Selasa.-- BERNAMA

  • Najib berjaya dapat kebenaran polis antarabangsa kawal tapak nahas MH17

    By Admin → Sunday, 27 July 2014
    Kerajaan sudah mendapat persetujuan pemisah Ukraine bagi membenarkan polis antarabangsa ditempatkan di tapak nahas MH17 dan memberikan perlindungan untuk pasukan penyiasat.

    Pemimpinnya Alexander Borodai menyatakan persetujuannya ekoran perjanjiannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

    “Perdana Menteri Najib sudah bercakap dengan perdana menteri Belanda dan Australia, dan tiga negara yang sedang bersedih itu bersetuju bekerjasama secara rapat menempatkan pegawai polis,” menurut kenyataan itu.

    Najib pada 22 Julai lalu mengumumkan perjanjian tiga perkara dengan Borodai, iaitu penyerahan kotak hitam MH17 kepada Malaysia, pemulangan mayat mangsa dan jaminan keselamatan kepada penyiasat bebas antarabangsa di tapak nahas.

    Dua permohonan Najib iaitu mengeluarkan mayat daripada kawasan tragedi dan menyerahkan kotak hitam peswat yang membawa 298 itu sudah dipenuhi. - bnbbc
  • TERAS cabar SPDP pada pilihan raya jika diperlu

    By Admin →

    KUCHING: Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Tan Sri William Mawan Ikom berkata beliau bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mempertahankan parti.Malah, menurut Mawan, mereka bersedia mencabar Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika itu yang mereka perlu lakukan.

    Bagaimanapun, beliau berkata, parti akan menyerahkan segalanya kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjadi ketua mereka.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada parti bersedia untuk sebarang pertandingan secara terus menentang parti komponen BN pada PRN akan datang khususnya SPDP.

    “Bayangkan apabila sesuatu itu dapat dipakejkan semula, ia mencerminkan kebolehan kami yang amat tinggi untuk menggerakkan sesuatu. Sebab itulah kami wujud. Saya rasa kami berhak wujud dan pergi jauh,” ujarnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mawan yang juga Menteri Kanan dan Menteri Pembangunan Sosial berkata, TERAS lebih daripada sekadar mesra BN.

    “Kami berada dalam BN dan akan sentiasa bersama BN, jadi tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa kami tidak mesra BN.

    “Dan setakat ini kami kukuh sepenuhnya dalam kabinet,” ujar Mawan.

    Maka itu, katanya, ahli dan rakan dalam BN seharusnya berhenti berdendam terhadap mereka kerana mereka adalah rakan dan bukan musuh.

    “Saya ingin menyampaikan mesej ini kepada saudara, ahli atau rakan dalam BN bahawa mereka tidak harus takut terhadap kami.

    “Mereka tidak harus bimbang mengenai kami kerana kami bukan musuh anda tetapi rakan. Untuk bertindak sebaliknya bermakna mewujudkan lebih banyak masalah,” tegasnya.

    Sebagai parti serpihan SPDP, katanya, adalah semula jadi bagi TERAS untuk menghadapi konfrontasi secara terus daripada bekas parti, tetapi bukan parti lain.

    “TERAS adalah lebih daripada parti serpihan SPDP dan kita mungkin akan menyaksikan konfrontasi secara terus. Kita boleh memahami keadaan ini tetapi anda tidak boleh menghalang kami daripada menjalankan tugas kami.

    “Dan jika boleh apa sahaja yang ada dalam SPDP kita mahu ia diambil alih oleh TERAS.

    “Bagi SPDP untuk berkonfrontasi secara terus dengan kami, kami dapat memahaminya tetapi mereka yang tiada urusan dengan kami tetapi melemparkan hinaan dan dakwaan saya rasa adalah tidak wajar,” ujarnya. - utusan borneo

  • Tujuh Bekas Anggota SUPP Tarik Balik Semakan Kehakiman Untuk Balas Dendam Kepada SUPP

    By Admin → Saturday, 26 July 2014

    KUCHING, 25 Julai (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyifatkan langkah tujuh bekas anggotanya menarik balik permohonan bagi semakan kehakiman keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membatalkan pendaftaran parti itu sebagai membalas dendam.

    Setiausaha Agung SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dalam kenyataan yang diterima oleh Bernama malam ini berkata langkah itu tidak mengejutkan dan mereka tidak yakin dengan alasan yang diberikan oleh bekas anggota parti itu untuk mengambil langkah seperti itu.

    "Kami dengan ini tidak terkejut bahawa ketujuh-tujuh mereka membuat keputusan untuk menarik balik tindakan mahkamah. Penarikan ini adalah sebagai membalas dendam kepada parti kami," kata beliau.

    Menurut beliau, dakwaan ketujuh-tujuh bekas anggota itu - Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina, Dr Johnical Rayong, Shilling Banggit, Datuk Tiong Thai King, Suzanne Lee dan Sia Jii Ming - bahawa tindakan mereka adalah sebagai menunjukkan "sikap murah hati" adalah sesuatu yang melucukan.

    "Selepas mengeluarkan kenyataan yang banyak memburukkan parti dan kepimpinannya, kami tidak fikir bahawa kenyataan itu meyakinkan kami," kata beliau.

    Dalam permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pemohon mendakwa bahawa pada November 2011, sebelum parti mengadakan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali, ada aduan mengenai pelanggaran aturan dan penipuan dalam pemilihan parti.

    Mereka mendakwa bahawa mereka telah membawa pertikaian itu kepada Pendaftar Pertubuhan tetapi berlaku kelewatan oleh ROS untuk mengambil tindakan yang perlu.

    Pemohon antara lain, memohon deklarasi bahawa keputusan yang dibuat oleh ROS pada 30 April tidak mendaftarkan semula SUPP dibatalkan dengan serta merta.

    Bagaimanapun, ketujuh-tujuh mereka membuat keputusan untuk menarik balik permohonan awal hari ini dan dalam kenyataan yang diberikan oleh peguam mereka, mereka berkata adalah lebih baik untuk tidak meneruskan tindakan kerana mereka telah menyertai parti baharu Parti Rakyat Bersatu (UPP).

    "Perkara yang lepas jangandikenang dan berharap bahawa kami bersama-sama bergerak untuk mewujudkan kestabilan politik dan harmoni di Sarawak," kata mereka.-- BERNAMA

  • Tiada Alasan Syarie Untuk Mewajarkan Penukaran MB Selangor - Dewan Ulama PAS Pusat

    By Admin →

    KOTA BAHARU, 26 Julai (Bernama) -- Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.

    Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

    Begitu juga sejak beliau mula menjadi menteri besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.

    Sebarang usaha menukar menteri besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.

    Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

    Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

    Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.-- BERNAMA

  • Tiga Sektor yang boleh diceburi pelabur China di Sarawak

    By Admin →

    KUCHING: Sarawak menawarkan pelabur dari China untuk menerokaI tiga sektor yang berpotensi iaitu Eco-Pelancongan, Tenaga Hijau dan Pembangunan Infrastruktur di negeri ini. 

    Menteri Perlancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata bahawa negara China yang nyata sudah sebegitu maju dalam sektor-sektor tersebut boleh menceburinya dan membuahkan keuntungan kepada kedua-dua pihak; China dan Sarawak. 
    "Pelabur dari negara China amatlah dialu-alukan untuk melabur dan membina resort mereka sendiri di kawasan di tepi laut di mana kita akan kenal pasti sebagai koridor pelancongan dalam pelan induk kita selagi ianya mematuhi dan tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar kerana kita ingin memelihara persekitaran seadanya."

    Johari berkata ini pemberita dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat dari sekumpulan perwakilan dari China yang terdiri daripada 20 orang di pejabatnya di Wisma Sultan Tengah, Jalan Sultan Tengah berhampiran bandar di sini pagi semalam. 

    "Dengan beberapa empangan dimodelkan dari negara anda (di China), orang China boleh membantu dalam membangunkan infrastruktur di Sarawak," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Satok tersebut. 

    "Sektor yang lain yang boleh diceburi pelabur China adalah Bio-Tech kerana negara China terkenal dengan penyelidikan herba mereka dan Borneo, sebagai kawasan yang ketiga terbesar didunia dengan tumbuh-tumbuhan Tropika, ini sememangnya bidang yang berpotensi untuk diterokai." 

    "China dan Sarawak telah lama menubuhkan hubungan dua hala di mana kita mempunyai Konsulat China di sini di Kuching, Sarawak manakala dua Konsulat Cina lain kini dalam proses mewujudkan di Pulau Pinang dan Sabah." 

    Ahli-ahli delegasi yang terdiri daripada ahli perniagaan Guan Dong, China dalam respon mereka semasa perbincangan dengan Johari menunjukkan minat mereka yang bekerjasama dengan Sarawak dalam sektor-sektor mereka yang tersendiri. 

    Kebanyakan mereka telah diterangkan Kuching, Sarawak sebagai Bandaraya yang selamat, moden dan "tempo yang sederhana" yang amat sesuai untuk didiami. 

    Merujuk kepada tragedi kehilangan pesawat MH370 yang penumpang kebanyakannya warga Cina, Johari berkata ianya tidak menjejaskan jumlah pelancong melawat Sarawak jumlah warga China yang melawat di sini agak rendah.
     
    "Sehingga empat bulan pertama tahun ini, jumlah keseluruhan pelawat asing bagi Sarawak adalah sebanyak 1.9 juta," kata Johari sambil menambah bahawa terdapat sebenarnya sedikit peningkatan pelancong, jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas. 

  • Najib Ucap Tahniah Kejayaan Rangkul Pingat Pertama Sukan Komanwel

    By Yusz Man →


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah di atas kejayaan atlet angkat berat Mohd Zulhelmi Pisol yang menyumbang pingat pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow, Scotland.

    "Syabas Mohd Zulhelmi Pisol atas pingat pertama kontinjen Malaysia di #Glasgow2014 #SayaTeamMalaysia," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya, Jumaat.

    Mohd Zulhelmi dilaporkan membuat kejutan apabila meraih pingat perak kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg dalam acara di Scottish Exhibition dan Conference Centre Precint pada Khamis.

    Atlet berasal dari Pulau Pinang itu membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg.

    Dua atlet dari India Sukhen Dey dan Ganesh Mali, masing-masing meraih pingat emas dan gangsa.-BERNAMA
  • Tragedi MH17: Kerajaan-Kerajaan Negeri Turut Batal Rumah Terbuka Aidilfitri

    By Admin → Friday, 25 July 2014
    KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan-kerajaan negeri turut membatalkan atau menangguhkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014, ketika negara diselubungi kesedihan dengan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

    Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri semalam.

    Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

    Walaupun seluruh negara sedang bersedih atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.

    Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi perlulah bersederhana dan penuh tertib.

    Pesawat MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, terhempas di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai. Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

    Di JOHOR BAHARU, rumah terbuka Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal di kediaman rasminya di Saujana telah ditangguhkan ke 3 Ogos.

    Mohamed Khaled menerusi Twitternya berkata majlis itu diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang mulai 11 pagi hingga 3 petang.

    "Keputusan ini dibuat bagi menghormati kejadian yang menimpa pesawat MH17," katanya.

    Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengumumkan kerajaan negeri telah mengambil keputusan menangguhkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadualkan pada 1 Syawal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

    Sebaliknya, beliau menerusi kenyataan hari ini berkata majlis itu akan diadakan pada 9 Ogos di tempat yang sama bermula pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.

    Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Seri Iman yang dijadualkan 1 Syawal turut dibatalkan.

    Di LABUAN, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rosman Isli berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Labuan dibatalkan atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan selaras dengan keputusan Kabinet.

    Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan setiap tahun oleh Perbadanan Labuan dengan dihadiri semua lapisan masyarakat.

    Di SEREMBAN, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri dibatalkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Bagaimanapun, katanya rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, pada 2 Ogos akan diadakan mengikut jadual dari 10 pagi hingga 5 petang.

    Di PADANG BESAR, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri turut mengikuti keputusan kerajaan pusat membatalkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri yang dijadual berlangsung di The Residency, kediaman rasmi Menteri Besar di Kangar pada 7 Ogos.

    "Untuk tahun ini tiada Rumah Terbuka Hari Raya," kata Azlan yang ditemui selepas penyerahan kuih raya oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada agensi-agensi yang bertugas di sempadan Malaysia/Thailand pada Hari Raya ini, di sini.

    Di KOTA KINABALU, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman Aman mengumumkan pembatalan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri dan Jemaah Menteri Sabah yang dijadual pada Hari Raya kedua di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

    Di GEORGE TOWN, Majlis Rumah Terbuka kerajaan negeri Pulau Pinang bersempena Hari Raya Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas.

    Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Anggota Dewan Undangan Negeri boleh mengadakan sambutan Hari Raya di kawasan masing-masing secara sederhana.

    Di KUANTAN, Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang sempena Aidilfitri 2014 yang dijadual pada 1 Syawal di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini turut dibatalkan.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata majlis yang sepatutnya diadakan dari jam 11 hingga 4 petang itu dibatalkan sebagai tanda bersimpati dengan nahas pesawat negara MH17.

    Dalam masa sama, Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Adnan Yaakob yang dijadual diadakan pada 3 Syawal di Bentong turut dibatalkan.

    Di KOTA BAHARU, Umno Kelantan turut menyambut baik keputusan kerajaan membatalkan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

    Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembatalan tersebut melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH17.

    Sementara itu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda menyambut baik langkah kerajaan persekutuan dan negeri menangguh atau membatalkan majlis terbuka itu.

    "Kita turut memahami kesukaran yang dialami anggota keluarga yang terlibat dan ini satu contoh yang baik serta menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang begitu menjiwai perasaan rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

    Beliau berkata tindakan ini wajar kerana pada masa sama semua pihak masih menunggu jenazah mangsa nahas pesawat MH17 untuk diterbangkan pulang ke Malaysia.

    Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Dr Marimuthu Nadason turut bersetuju dengan keputusan kerajaan membatalkan majlis sambutan rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014.

    "Kita mengalu-alukan tindakan kerajaan setelah melihat apa yang berlaku kepada negara kita dan seluruh rakyat haruslah terus berdoa kepada semua mangsa tidak mengira agama dan bangsa," katanya.

    -- BERNAMA
  • Sungai tercemar akibat projek empangan

    By Admin →

    Peter Kallang, Pengerusi Save Rivers memberitahu Radio Free Sarawak (RFS) bahwa beliau telah menganalisis keadaan sungai di Murum, Bakun dan Baleh berhubung kesan pencemaran pada ekosistem jika empangan dan air sungai telah kering.

    Sehubungan itu beliau dan James Nyurang meminta Tan Sri Alfred Jabu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak kerana membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan perkata tersebut.

    Dalam perkembangan lain, seorang penduduk tempatan Timothy memberitahu RFS mengenai Syarikat Pelita TAAN Plantation yang melakukan aktiviti mengorek pasir ditepi pantai yang dekat tanah orang kampung di Bakumah Kuala Iganyang melupiti kira-kira 1100 lebih ekar.

    Kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah dan Syarikat terbabit telah kalah dalam perbicaraan.

    Setelah melihat kemenangan kes itu yang diwakili oleh Baru Bian, penduduk setempat sedar hanya pemimpin PR (PKR) sahaja yang dapat menolong dalam isu tanah.
  • 21 juta warga China sambut Hari Raya

    By mohd hamrizan →

    BEIJING - Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China dibenarkan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, di bawah Perlembagaan negara, kata Duta China ke Arab Saudi, Li Chengwen.

    Beliau memberitahu laman web arabnew.com, terdapat 10 etnik minoriti Islam di China.

    "Kebebasan beragama adalah hak bagi setiap rakyat dan dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang," kata Chengwen ketika mengucapkan tahniah kepada umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidlifitri, tidak lama lagi.

    Chengwen berkata, beliau faham kepentingan Ramadan kepada umat Islam sebagai menjiwai nasib golongan miskin dan bagi meningkatkan ketakwaan.

    Jelas Chengwen, China kini bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain bagi memastikan keamanan dan kebajikan di Asia Barat.

    Perwakilan khas China ke Asia Barat telah melakukan beberapa lawatan di rantau itu bagi mencari penyelesaian diplomatik dalam pelbagai krisis.

    Beliau berkata, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat sebuah negara merdeka dan mahu memastikan tiada pihak yang menjadi mangsa dalam peperangan tersebut.

    "Pada kesempatan ini, terimalah salam ikhlas dan ucapan selamat maju jaya kepada penduduk Arab Saudi dan umat Islam di negara-negara jiran.

    "Kami tidak akan lupa dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan umat Islam lain yang menderita," katanya.

    Katanya, China juga menyokong gesaan Arab Saudi dan negara-negara Arab lain supaya dilaksanakan gencatan senjata di Gaza dan penyediaan bantuan kemanusiaan.


  • Tayang Foto Separa Bogel, Miley Cyrus Buat Hal Lagi!

    By uMieySurianie →
     
    Kepada sesiapa yang meminati Miley Cyrus pasti sudah biasa dengan aksi jelir lidah dan menyarungkan pakaian yang cukup sekadar menutupi bahagian yang perlu.
     
    Baru sahaja Isnin lepas dia membuang foto-foto lamanya di dalam akaun Instagram.
    Bintang twerk ini dengan beraninya memuatnaik foto yang memperlihatkan dia menyarungkan seluar
     
    Daisy Dukes selepas siri muatnaik foto aksi jelir lidahnya berakhir.
    Tetapi semua itu tidak dapat menandingi foto yang menampilkan dia separa bogel.
     
     
    Tanpa sebarang baju atau kain menutupi bahagian daripada pusat ke atas, penyanyi berusia 21 tahun ini menggunakan latarbelakang gurun yang ada di depannya. Dengan tubuh yang sangat kurus bersama seluar yang sangat pendek berpinggang tinggi
     
    Pada awal hari, Miley dilihat tidak berhenti bergambar selfie dan penyanyi Wrecking Ball ini mencuba pelbagai jenis sudut yang menyerlahkan dirnya yang terlihat penat bersama garisan hitam di bawah mata
     
    Di dalam foto ini dia tidak meletakkan sebarang diskripsi untuk foto ini dan ramai yang membuat andaian bahawa dia mahu orang membayangkan sendiri tentang foto ini.-Murai
  • Benarkah yahudi 'manusia terpilih Tuhan'?

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan.

    2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai 'anti-Semitik'. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik

    3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

    4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.


    5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

    6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza. 7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

    8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.


    9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

    10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka.

    11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan.. Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.

    12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel.. dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.


    13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

    14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

    15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

    16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.


    17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

    18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

    19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

    20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

    Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan

    sumber
  • Kemalangan Jalan Raya : Kereta Remuk, Mujur Fizo Omar & Mawar Selamat

    By uMieySurianie →
     
    Sudah menjadi seperti rutin pula apabila setiap kali tiba musim perayaan, pasti jumlah kemalangan jalan raya akan meningkat secara mendadak.
     
    Mungkin dek kerana ghairah untuk segera sampai ke kampung, aspek-aspek keselamatan di jalan raya sering diketepikan sehingga terlibat dalam kemalangan tragis, sekaligus meragut nyawa insan tersayang.
     
    Agak terkejut juga kami semalam apabila tersebarnya foto-foto kenderaan peribadi Fizo Omar yang dikatakan terlibat dengan kemalangan yang agak teruk. Remuk juga kereta Audi tu.
     
    Kemalangan Jalan Raya : Kereta Remuk, Mujur Fizo Omar & Mawar Selamat

    Malah, ada juga peminat yang memberi komen di laman sosial bahawa dia terlihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.
     
    Kemalangan Jalan Raya : Kereta Remuk, Mujur Fizo Omar & Mawar Selamat
    Antara komen peminat di laman Facebook
     
     
    Bagaimanapun menerusi laman Twitternya, Fizo mengesahkan bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu. Malah, kesemua penumpang kenderaan tersebut juga selamat.

    Kemalangan Jalan Raya : Kereta Remuk, Mujur Fizo Omar & Mawar Selamat
    Status Twitter Fizo Omar

    Alhamdulillah. Nasib baik semuanya okay dan tiada kecederaaan serius yang dialami oleh para penumpang. Apapun, diharapkan agar semua pihak mengambil iktibar dengan insiden ini dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.-Oh Bulan