Browsing "Older Posts"

  • Ketua Pemuda Perlis Buat Laporan Polis Beliau Diugut

    By Admin → Monday, 30 June 2014

    KANGAR, 30 Jun (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar hari ini membuat laporan polis mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengetahui mengenai ugutan membabitkan keselamatan dan nyawanya.

    Menurut Syed Atif seorang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Negeri memaklumkan kepada beliau bahawa Azlan yang ditemui anggota itu pernah melafazkan ungkapan yang memberi gambaran bahawa beliau (Azlan) mengetahui kes berkenaan (ugutan).

    Pertemuan itu berlangsung pada satu program di Pusat Khidmat ADUN Pauh pada malam 25 Jun, kata Syed Atif kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini.

    Beliau tidak pula menyatakan nama orang yang mengugutnya.-- BERNAMA

  • Lebih 100,000 Pekebun Kecil Telah Terima Bantuan Khas RM500 - Mohd Shafie

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR:  Kira-kira 42 peratus daripada 260,000 pekebun kecil di seluruh negara sudah menerima Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah setakat Jumaat lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Beliau berkata agihan bantuan khas sebanyak RM500 seorang itu dilaksana bermula pertengahan Jun lalu dan dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini.

    "Kita berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga pekebun kecil di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan pelancaran Laporan Awal Banci Pekebun Kecil Risda 2013 di sini.

    Menurut Mohd Shafie kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk bantuan khas yang dibayar secara 'one-off' itu.

    Pekebun kecil yang layak menerima bantuan itu ialah rakyat Malaysia yang memiliki keluasan kebun di bawah 2.5 hektar serta berdaftar dengan Risda.

    Kerajaan bagaimanapun memanjangkan bantuan itu kepada 43,000 penoreh getah yang tidak memiliki kebun menerusi peruntukan tambahan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

    Mengenai Laporan Awal Banci Pekebun Kecil Risda 2013 itu, Mohd Shafie berkata laporan tersebut bertujuan memantapkan lagi pangkalan data Risda dan ia merangkumi maklumat terkini bilangan pekebun kecil getah serta kelapa sawit, pemilikan tanah dan taraf sosioekonomi mereka.

    Katanya bancian itu menunjukkan setakat ini terdapat 437,773 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di seluruh negara membabitkan kawasan seluas 1.1 juta hektar.

    "Laporan bancian ini memberi gambaran jelas mengenai pembangunan industri getah dan kelapa sawit, selain dapat memudahkan kita menyusun atur bantuan dan latihan kepada kumpulan sasar," katanya.

    Laporan bancian tersebut adalah yang pertama melibatkan pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Sabah dan Sarawak berbanding sebelum ini hanya dilakukan di semenanjung sahaja, katanya.- BERNAMA
  • KDN Nafi Wujud Kes Culik Kanak-Kanak Untuk Penjualan Organ

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR, 30 Jun – Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.

    “Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.

    “Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.

    Wan Junaidi berkata menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.

    Katanya proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.

    Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.

    “Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya,” katanya.

    Justeru Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.

    Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan

    Sumber: UMNOOnline
  • Mesut Ozil bertatu?

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Brazil - Kedatangan bulan Ramadan yang berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia. Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

    Namun, ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam untuk beraksi pada edisi kejohanan Piala Dunia kali ini.

    Antara pemain beragama Islam yang lain dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.

    Namun, Ozil mengakui tidak akan berpuasa selain kini sudah bertatu di lengannya.

    Untuk beraksi bagi pasukannya beliau mengaku perlu mengambil diet yg diaarankan oleh jurulatih kecergasannya. Pada kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.

    Selain itu, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.
  • Raban nembiak patut nyereta mayuh aktiviti ke diatur gerempung

    By Yusz Man →

    SRI AMAN: Raban nembiak ke maya hari tu dilalau ngambika nyereta mayuh aktiviti baka ke diatur gerempung nembiak dikena nyeliahka sida ari ngereja pengawa ke nadai menuku.

    Menteri Muda Pemansang Menua Pesisir enggau Pengawa Berumah Datuk Francis Harden Hollis madah, lebuh raban nembiak nyereta gerempung sida tentu ulih ngisi maya lepa enggau pekara ke beguna sereta tetemuka pekara baru.

    “Nama utai ke dipeda kitai, tu mega chara dikena nyeliahka sida nembiak ari ngereja pengawa ke nadai menuku,” ku iya.

    Iya madah munyi nya rambau nutup Pekit Main Bol Keranjang Nembiak Umur 17 Taun Menua Sri Aman diatur Gerempung Main Bol Keranjang Menua Sri Aman bepalan ba Stadium Lau Ngee Mung ditu malam kemari.

    Ku iya, raban nembiak ke nyereta mayuh bengkah gerempung ukai semina ulih nyeliah sida ari dituntung penanggul rama tang mega ulih nempa sida nyadi ketuai ungkup menua tu jemah ila.

    Iya madah, raban nembiak patut nimbal peminta perintah ke ngasuh sida besaup enggau ketuai dalam ngaduka pemansang menua.

    “Endang udah nyadi juluk perintah deka meda raban nembiak nyadi orang ke menyana lalu nyadi penganti bala ketuai diatu nampung agenda pemansang menua dudi hari ila.

    “Nya alai, raban nembiak empu patut ngubah diri nyadi orang ke menyana ngagai menua setipak enggau pesan bala ketuai iya nya deka meda nembiak ke nyulut, pintar sereta jelai rita,”ku iya.

    Sama bisi datai ba pengawa tu iya nya Chairman Gerempung Temenggong Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng, Kapitan Tay Siaw Chuan sereta kaban gerempung ke bukai.-BP
  • DAP queries silence on Adenan’s pledge

    By Admin →
    KUCHING: The DAP wants Sarawak’s ministers to take a public stand on Chief Minister Adenan Satem’s pledge three days ago that he will not allow his immediate family members to apply for state land and timber concessions.

    Adenan gave the pledge to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) which came up with the suggestion conveyed to all Chief Ministers and the Menteri Besar.

    “We applaud the public pledge by Adenan,” DAP Sarawak chief Chong Chieng Jen said in a statement.

    “But it’s disturbing that no Sarawak minister has so far come forward to applaud Adenan for his anti-nepotism move or make a similar public pledge.”

    To make Adenan’s pledge more meaningful, DAP suggested that he also observe the following four measures:

    1. All cabinet ministers and assistant ministers must be directed not to have their immediate family members involved in application for state land and logging licences;

    2. Subject cases of land lease renewal and alienation of all state land for genuine public purposes like education, health, roads and charity, to the public tender process to generate maximum benefits to the state;

    3. All awards of logging licences and government contracts must be subject to public scrutiny; and

    4. All state ministers, assistant ministers and their immediate family members must make public declarations of assets regularly.

    A system and written policy for transparent, clean and good governance needs to be drawn up, said Chong.

    “The Sarawak government,” added Chong who is Kuching MP, state assemblyman for Kota Sentosa and DAP national vice-chairman, “must take due note of the fact that hundreds of thousands of hectares of state land and timber concessions have been alienated over the years to Sarawak Barisan Nasional leaders and their family members.”

    “So, it’s not just enough for Adenan to make a pledge against such practices,” said Chong. “There must be a system and written policy drawn up for the implementation of transparent, clean and good governance.”

    “The test for Adenan is whether he is alone or backed by all his BN members in the combat against nepotism in Sarawak,” he added. - FMT
  • Punca sebenar Zizan Razak tinggalkan Melodi

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Umum mengetahui, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak secara rasminya sah meninggalkan rancangan Melodi sebagai pengacara sekitar tengahari Ahad, 29 Jun 2014 semalam dengan alasan sudah tamat kontrak.

    Bagaimanapun, ramai peminat tidak percaya alasan itu ialah punca sebenar beliau nekad meninggalkan Melodi.

    Menurut sumber lain, ada yang mendakwa perselisihan faham dengan rakan kongsi, Marina Juki tentang isu pembekuan akaun syarikat Wire Fame Entertainment (WFE) sebagai antara punca sebenar.

    Selain itu, Zizan turut didakwa mahu meninggalkan Melodi kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya dengan pihak Astro yang bernilai jutaan ringgit.

    Apapun, jawapan sebenar hanya ada dalam hati Zizan. Mungkin beliau lebih senang memendam rasa daripada mencanang cerita kepada pihak wartawan.



    sumber
  • Janin ditemui di pintu air JPS di Guar Perahu

    By Yusz Man →

    mayat_janin-

    BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki terkejut apabila bungkusan kain yang disangka sampah yang ditemui di pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) empangan Sungai Kulim, Guar Perahu di sini mengandungi janin bayi.

    Lelaki itu, yang lalu di kawasan berkenaan menemui janin itu pada 2.45 petang semalam, kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara tersebut.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, ketika ditemui, janin bayi yang cukup sifat itu dibungkus dengan kain putih.

    "Keadaan janin itu sudah berwarna biru dan kita percaya janin itu dibuang lebih daripada 24 jam, setakat ini, identiti dan bangsa tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Rusli juga berkata semasa pihaknya menjalankan siasatan di kawasan penemuan janin itu, polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga asing terapung di empangan berkenaan.

    Beliau berkata mayat itu, yang dibungkus dengan kain pelikat, ditemui kira-kira 50 meter daripada janin berkenaan.

    "Pasukan forensik telah menjalankan siasatan awal dan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mangsa dipercayai dibuang di empangan berkenaan lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayat," katanya.

    Rusli berkata janin dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

    Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung janin dan mayat lelaki berkenaan agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama
  • Mangsa kebakaran Kpg Lalang terima sumbangan.

    By Yusz Man →

    Foto ehsan Kr.Suhai Masri.
    GEDONG: Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri Datuk Naroden Majais telah mengunjungi mangsa kebakaran di Kpg Lalang,Gedong pada hari Jumaat yang lepas.

    Berikutan dengan itu keluarga Lias bin Tamin, 70 kini tinggal sehelai sepinggang selepas musibah tersebut menimpa mereka.

    Namun begitu, dia berasa bersyukur kerana insiden tersebut tidak mengorbankan ahli keluarganya dan mereka sekeluarga redha atas apa yang berlaku.

    Mangsa yang mengalami kerugian yang telah ditaksirkan lebih kurang RM200 ribu.

    Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri telah pun tampil dan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, barangan keperluan harian serta bahan makanan.

    Naroden  juga telah menyumbangkan sebanyak RM3 ribu dari sumbangan peribadinya dan pihak Jabatan Kebajikan Simunjan menyumbangkan bantuan makanan bagi meringankan beban mangsa.

    Turut hadir Pemanca Hj Shara Enai dan Penghulu Abg Ronee Abg Saadjli.

    Sumber: RTMSarawak
  • Penyanyi Indonesia, Opick Mampu Sara 24 Orang Anak?

    By uMieySurianie →
     
    KUALA LUMPUR, 30 JUN 2014: Penyanyi Indoneisa, Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus akui dia mempunyai 24 orang anak dan mampu menjaganya di rumah dengan bantuan pengasuh yang lain.
     
    Kesemua anak itu, dijaga dengan baik dan ditatang bagai minyak yang penuh bersama didikan agama yang sempurna serta kasih sayang yang seimbang.
     
    “Iya, saya memang mempunyai 24 orang anak, tapi bukan semua anak kandung saya, hanya 4 orang sahaja anak darah daging saya, selebihnya adalah anak angkat,” katanya kepada Murai di Majlis Pelancaran Album Ke 10 yang berjudul Sahabat Sejati di Curve Mutiara Damansara.
     
    Menurutnya, anak-anak angkat itu terdiri daripada anak-anak fakir miskin dan yatim piatu, lalu dibesarkan di rumahnya iaitu Baitul Umah di Jakarta Timur.
     
    Isterinya Dian Rusita Ningrum turut membantu Opick dalam menguruskan anak-anaknya itu supaya pandai bersolat, mengaji Al-Quran serta ilmu agama yang lain.
     
    “Ada di kalangan mereka sudah menghafaz Al-Quran sehingga 17 Juzuk, dan saya amat berbangga dengan pencapaian mereka, Insya Allah mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah,” katanya dengan nada yang tenang.
     
    Dalam pada itu, dia juga dalam rangka kerja mempromosikan album terbarunya yang mengandungi 10 buah lagu yang mengambil masa 8 bulan untuk dihasilkan.
     
    Antara lagu-lagu yang bakal popular Maha Pemurah, Tuhan Beri Kami Cinta, Sentuh Aku dan Kembalilah.
     
    “Istimewa album kali ini, saya berduet dengan anak perempuan saya yang sulung, Ghaniya DSalma Firdaus menyanyikan lagu Sahabat Sejati yang liriknya di tulis oleh dirinya sendiri.
     
    Opick juga tidak akan menghalang puterinya berusia 11 tahun itu untuk terus menyanyi dan akan menyokong serta membantunya menghasilkan lagu yang berunsur ketuhanan.-Murai.com
  • i-BR1M boleh dibuat dimana-mana pejabat IRBM

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Tuntutan Insurans Takaful Kumpulan Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan juga boleh dibuat dengan memfailkan borang khas boleh didapati di mana-mana pejabat pengendali Takaful atau dengan memuat turun dari www.malaysiantakaful.com.my atau http://www.hasil.gov.my.

    i-BR1M, yang menyediakan perlindungan sehingga RM30, 000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, telah diperkenalkan semasa pembentangan Bajet 2014 tahun lalu.

    Jumaat lepas, Ahmad berkata i-BR1M telah membayar RM20.37 juta dalam tuntutan yang melibatkan 6,483 kes antara 1 Jan dan 25 Jun tahun ini.
  • Markas pengganas Sulu terbakar

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Sabah - Satu kebakaran yang telah memusnahkan tempat persembunyian pengganas Sulu di pantai timur bandar Kunak kelmarin dipercayai berpunca daripada litar pintas di salah sebuah rumah kayu.

    Api yang marak pada pukul 1:30 pagi di Kg Pangkalan menyebabkan kira-kira 500 orang dari 89 keluarga tempatan kehilangan tempat tinggal.

    “Tiada sebarang kecederaan dilaporkan selepas api berjaya dikawal pada kira-kira pukul 05:20 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8 pagi,” menurut jurucakap Pejabat Daerah Kunak.

    Bomba dan Penyelamat Kunak dibantu oleh rakan-rakan mereka dari Tawau dan juga kakitangan pertahanan awam dan ahli-ahli Rela. Pejabat Daerah Kunak telah menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa.

    Dilaporkan sebelum ini bahawa lebih daripada 1,500 orang telah kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran itu memusnahkan 150 rumah kayu di kampung itu yang merupakan pusat operasi keselamatan besar-besaran minggu lalu untuk menahan enam orang yang disyaki pengganas Sulu.


    sumber
  • HTC One M8 Ace atau Vogue Edition lebih murah

    By mohd hamrizan →

    Telefon pintar HTC One M8 Ace atau Vogue Edition, adalah versi HTC One M8 yang lebih murah. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan HTC One (M7) dan mempunyai badan yang diperbuat daripada plastik.

    Tampil dalam warna putih, hitam, biru dan merah, telefon pintar keluaran HTC China ini dilengkapi spesifikasi sama dengan telefon pintar One M8, termasuk pemproses Snapdragon 801, kamera tunggal 13MP, kamera hadapan 5MP speaker berkembar BoomSound.

    Dari segi perisiannya, HTC juga menyertakan sebahagian perisian One M8 pada One M8 Ace, termasuk Extreme Battery Saving Mode. Pengguna juga boleh menggunakan gesture Motion Launch untuk membuka kekunci telefon pintar dengan mengetuk dua kali pada skrin.
  • Jurulatih Algeria naik berang dengan wartawan soalan mengenai bulan Ramadhan

    By mohd hamrizan →

    PORTO ALEGRE: Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic naik berang terhadap wartawan yang berulang kali mengajukan soalan sama ada pemainnya akan berpuasa di bulan Ramadan, sehari sebelum perlawanan pusingan kedua menentang Jerman.

    Algeria dijadualkan menentang juara dunia tiga kali itu di Porto Alegre, pada 4 pagi esok.
    “Tolong berhenti daripada bertanyakan saya mengenai Ramadan atau saya akan bangun dan beredar,” kata jurulatih kelahiran Bosnia itu. “Apabila kamu bertanya soalan, kamu kurang hormat dan saya mahu kamu fokus kepada bola sepak dan bukan perkara lain.


    “Ini bukan kali pertama saya melatih pasukan yang memiliki pemain Muslim, saya juga seorang Muslim. Saya sentiasa membenarkan pemain-pemain saya untuk membuat keputusan mereka sendiri.”

    Pengendali berusia 61 tahun itu sebelum ini keras dikritik media dari Algeria apabila dituduh menasihatkan pemainnya supaya tidak berpuasa.

    “Malangnya, saya membaca beberapa surat khabar dan salah satu daripadanya, yang berterusan merosakkan imej saya dan mempersoal maruah dan integriti saya. Mereka memupuk kebencian dan permusuhan terhadap Vahid dan rakan-rakannya dan ia menjijikkan,” katanya. - AFP
  • Jerman hilang Podolski

    By uMieySurianie →
    JERMAN menerima perkhabaran buruk apabila Lukas Podolski yang mengalami kecederaan otot gagal pulih menjelang pertembungan pusingan kalah mati berdepan Algeria di Porto Alegre, awal pagi esok.
     
    Penyerang Arsenal itu ditimpa malang semasa beraksi menentang Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu.
     
    Pengendali Die Mannschaft, Joachim Loew mengiakan perkembangan terbaharu ini dan tidak menurunkan Podolski pada pertemuan itu nanti.
     
    "Sudah tentu beliau terlepas babak 16 pasukan terbaik bersama Jerman. Doktor memberitahu ototnya tertarik ke atas dan kami enggan ambil risiko.
     
    "Podolski perlukan rehat dua atau tiga hari. Beliau mungkin akan kembali bermain jika Jerman layak ke suku akhir," katanya. Bagi rekod, Podolski sudah mengumpul 116 caps di peringkat antarabangsa.
     
    Sementara itu, Loew agak gelisah kerana Jerome Boateng turut dilanda kecederaan meskipun difahamkan boleh disenaraikan beraksi bertemu Algeria.-Sinar Harian
  • Huntelaar musnahkan impian Mexico.

    By Yusz Man →

    Mexico tersingkir gara-gara menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Klaas Jan Huntelaar untuk kemenangan 2-1 Belanda.

    Mendahului 1-0 ketika perlawanan berbaki dua minit di Fortaleza, anak buah Miguel Herrera begitu hampir untuk mara ke peringkat suku akhir sejak 1986 selepas terkandas di peringkat 16 sejak lima edisi lalu. Namun pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar menjadi watak pemusnah dengan kemasukannya.

    Tandukannya kepada Wesley Sneijder pada minit ke-88 menjadi detik kebangkitan buat skuad Oranje sebelum menyepak masuk sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Arjen Robben dikasari Rafael Marquez.

    Keputusan itu meremukkan impian Mexico yang mendahului menerusi tendangan deras Giovani dos Santos selepas tiga minit babak kedua berambung.

    Belanda kelihatan bergelut dengan cuaca panas yang mencecah 38 darjah celcius. Pasukan bimbingan Louis van Gaal itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58, tetapi Stefan de Virj gagal melepasi ketangkasan Guillermo Ochoa.

    Ochoa terus memainkan peranan besar apabila menafikan percubaan Robben pada minit ke-74.

    Sehinggalah drama pada penghujung berlaku, gawang Ochoa dibolosi ekoran kelalaian benteng pertahanan yang memberi ruang kepada Sneijder untuk gol penyamaan.

    Sumber:Olabola.
  • Kemelut Kesatuan Akan Cepatkan Kejatuhan MAS - Bekas Menteri Pengangkutan

    By Admin → Sunday, 29 June 2014

    KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

    Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

    "Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting.

    Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.

    Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

    Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

    Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".

    Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.

    "Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.

    "Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran," katanya.

    MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.

    Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.

    RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja".

    Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.

    Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion.

    Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang.

    Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan.-- BERNAMA

  • Anggota RELA, TLDM Disyaki Terlibat Kegiatan Militan - KPN

    By Admin →

    KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata anggota RELA berumur 46 tahun itu ditahan di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu lepas dan anggota TLDM berusia 29 tahun itu ditahan di Sandakan, Sabah, Jumaat.

    "Tangkapan terbaharu ini merupakan susulan kepada operasi khas ke atas anasir militan yang dilancarkan oleh bahagian Counter Terrorism (cawangan khas Bukit Aman) sejak 28 April lepas," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, lewat Sabtu.

    Beliau berkata anggota RELA itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam menghasilkan raifel buatan sendiri dan membekalkan peluru kepada anasir-anasir militan untuk menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar pada Disember tahun lepas.

    "Turut dirampas semasa operasi itu ialah sepucuk raifel buatan sendiri dan 433 butir peluru," katanya.

    Khalid berkata anggota TLDM itu pula ditahan kerana disyaki bertanggungjawab membantu anggota militan menyusup masuk dari Selatan Filipina ke Sandakan pada 11 Jun lepas.

    Menurutnya, polis juga menyerbu sebuah rumah di Shah Alam Sabtu yang disyaki menjadi 'safe house', tempat pertemuan dan transit oleh anggota-anggota militan asing yang mempunyai hubungan dengan anggota militan yang telah ditangkap sebelum ini.

    Seramai 19 orang ditangkap pihak berkuasa sejak operasi khas ke atas anasir militan dimulakan pada 28 April lepas.

    Kesemua suspek yang ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA iaitu berkaitan dengan keganasan Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, katanya.--BERNAMA

  • 100 Rumah Setinggan, 50 Rumah Kedai Musnah Terbakar Di Kunak

    By Yusz Man →

    Gambar hiasan

    TAWAU: Kira-kira 100 buah rumah setinggan dan 50 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, Kunak dekat sini awal hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.48 pagi dan dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

    "Kami turut menerima bantuan satu jentera bomba dan enam anggota dari balai Tawau.

    Kami sampai ke tempat kejadian pukul 1.51 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal lebih kurang 5.20 pagi dan operasi selesai sepenuhnya 7.59 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam siasatan, katanya. - BERNAMA
  • Kes OKU dikurung: Polis ambil keterangan keluarga

    By Admin →
    KOTA BHARU - Polis sedang dalam proses mengambil keterangan daripada ahli keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis semalam mengambil keterangan abang dan kakak kepada Nasitah Yahya, 44.

    "Kita akan cari saudara maranya yang lain untuk diambil keterangan. Wanita itu ada tujuh beradik semuanya," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

    Beliau berkata, tindakan lanjut termasuk kemungkinan menahan mereka yangterlibat dengan kes wanita OKU itu akan dibuat berdasarkan keterangan dan siasatan.

    Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 342 kanun Keseksaan kerana kurungan salah yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah dikurung di sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.

    Dia dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

    Nasitah kini ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk rawatan lanjut.

    Mazlan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang kini menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.

    Isteri kepada Mazlan, Datin Anizah Musa kini menjadi Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan yang baharu menggantikan Datin Siti Aishah Haron.

    Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan melalui Ops Cantas Khas sepanjang Ramadan di semua daerah.

    "Selain itu, wawasan saya adalah untuk memberi fokus kepada kes jenayah melibatkan dadah dan penyeludupan di kawasan sempadan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan pucuk pimpinan," katanya. - Bernama
  • Gambar-Gambar PM Najib ziarah Presiden PAS

    By Admin →

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib melawat presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang di IJN pada 12.30tgh hari tadi. 

    Perdana Menteri meluangkan masa 40 minit berbual dan bertanya khabar Datuk Seri Hadi dalam suasana yang mesra.

  • 5 Ramadhan pilihan Felixia untuk memeluk Islam.

    By Yusz Man → Saturday, 28 June 2014

    Model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, 27 ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam semalam, dia telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam adalah pada 3.Julai (Khamis) yang akan datang.

    Ini adalah sepertimana yang telah disuarakan oleh dirinya sendiri semalam. berikutan dengan itu dia juga memberitahu bahawa tarikh tersebut dipilih adalah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.

    "Saya akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis), 5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," tambahnya.

    Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia juga berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa. 

    Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

    "Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.
  • AZAM lancarkan rangkaian TV Online khas.

    By Yusz Man →

    KUCHING : Angkatan Zaman Mansang, AZAM Sarawak telah melancarkan Televisyen Online organisasi tersebut, ianya adalah untuk merebut peluang yang disediakan oleh teknologi moden dalam meningkatkan penyebaran maklumat dan komunikasi serta interaksi sosialnya.

     'AZAM Online TV" boleh diikuti di YouTube, platform video online yang mempunyai lebih 1 billion pengguna seluruh dunia.

    Saluran Televisyen Online ini merupakan pelengkap kepada aktiviti komunikasi AZAM yang dilakukan menerusi radio dan terbitan seperti rencana di suratkhabar.

    Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi AZAM, Tan SRi Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani melancarkan TV online itu di Kuching.

    Dalam ucapannya, beliau berkata TV Online itu akan membantu kerajaan dan agensi berkaitan dalam menyebarkan maklumat pembangunan dalam bentuk multimedia yang menawarkan isi kandungan yang menarik dan interaktif kepada komuniti.

    TV Online itu juga akan menyediakan maklumat baru mengenai Sarawak, penduduknya, budaya serta usaha pembangunan yang dilakukan untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

    Beliau juga berharap komuniti akan mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai Sarawak menerusi saluran yang betul, berasaskan fakta dan asli.

    Turut berucap pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Datu Aloysius J. Dris yang berkata AZAM mengalu-alukan pandangan dan cadangan orang ramai bagi membantu organisasi itu menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti menerusi TV Online.

    Sebagai permulaan, TV itu akan menawarkan siri pembangunan yang akan diselitkan dengan rencana, bagi tatapan umum.

    Sumber:RTMSarawak.
  • Sadung penerang ke betul sereta baru nengah ’AZAM Online TV’

    By Yusz Man →

    KUCHING: Kurang penemu tauka penerang pasal sekeda isu ti dipekunsi nengah media rama tauka internet ulih mai penusah sereta nguingka runding ngagai pekara ti negatif, nyengkaum pasal pengawa perintah ti deka ngemansangka rayat.

    Sekretari Perintah Nengeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani madah, enti penguna media rama tauka internet ngena kereban nya meda lalu naburka penerang ti betul, nya deka meri pemanah. Berindik ari nya, iya ngarapka ‘AZAM Online TV’ ti ditumbuhka Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) ulih muka peluang baru ngagai AZAM ngerapitka kaul enggau bala Netizen (penguna Internet) kelebih agi nembiak rebak baru ba pengawa ngerembaika penerang enggau pemansang ti dibai perintah.

    “Taja pan nengah internet ulih jampat bekunsi penerang, tang kekadang penerang nya engka enda betul tauka enda ulih diperetika laban kurang penemu pasal sekeda isu tauka enda chukup dipadah enggau silik. T

    Tu ulih mai penusah lalu nguingka ngagai runding ti negatif pasal sekeda isu.

    “Taja pia, aku pechaya ‘AZAM Online TV’ ulih mantu perintah sereta ejensi ti bekaul naburka penerang pasal pemansang nengah multimedia ti meri isi ke bebatang lalu ulih narit ati sereta interaktif ngagai mensia mayuh.

    “Internet tauka media rama tu beguna, laban kitai ulih bekunsika berita pasal pemansang enggau penerang betul ke nyadi di serata menua ti ulih dipeda tauka ditemu ukai semina orang ke diau ba mengeri nyengkaum di menua pesisir,” ku iya ke mega Chairman AZAM Sarawak.

    Morshidi bejaku munyi tu lebuh bejadika ‘AZAM Online TV’ enggau Youth Forum On Internet And Social Media: Internet in The Age of The Millennilas ti diatur AZAM Sarawak ba sebengkah hotel ditu, kemari. Nandu baru, iya madahka pangka ari ‘viral’ (ulih ngelekai) sereta ‘cut and paste’ (ambi lalu tampal), kelebih agi dalam media rama, enda ngira dini endur penguna endang ulih bekunsika penerang dalam beberapa sikin aja, ti ngundan pemanah enggau penyai.

    Ngenang penumbuh ‘AZAM Online TV’ iya ngarapka AZAM Sarawak ulih nyendiaka pekara baru pasal nengeri tu nyengkaum adat enggau main asal, raban bansa sereta pemansang ti nyadika nengeri tu menua maju nyerumba taun 2030.

    AZAM Sarawak patut nguna peluang tu ngempitka kaul enggau genap serak raban bansa, nengah program pemansang, ku iya.

    “Aku arap endar isi berita ti manah ulih narit ati ukai semina bala ke biak sereta peranak menua tu aja tang nyengkaum orang ari menua luar,” ku iya.

    Bela bisi ba pengerami nya kemari Ketuai Pemesai Eksekutif AZAM Sarawak, Datuk Aloysius J. Dris enggau ke bukai.-BP
  • Transformasi Pengangkutan Awam Catat Kemajuan, Penggunaan Meningkat - Muhyiddin

    By Yusz Man →


    KUALA LUMPUR: Pelaksanaan transformasi pengangkutan awam yang bermula 2010 memperlihat kemajuan memberangsangkan dengan nisbah mod pengangkutan awam bandar telah meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus empat tahun lalu.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia semakin menghampiri sasaran nisbah mod pengangkutan awam bandar 25 peratus menjelang 2015.

    "Pada akhir 2013 sasaran purata bulanan 400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak juga berjaya dilepasi dengan purata 437,525 penumpang berbuat demikian setiap bulan," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat "Park n Ride" Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang bernilai RM30 juta di sini Sabtu.

    Muhyiddin berkata peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam adalah disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenal kerajaan.

    Antaranya penambahan set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga gerabak kepada enam gerabak selain pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu seperti Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan. 

    "Inisiatif lain termasuk meningkatkan kesalinghubungan perjalanan dan menyediakan perkhidmatan bas bandar percuma yang berfungsi untuk menarik minat terhadap penggunaan pengangkutan awam dengan lebih meluas," katanya.

    Muhyiddin berkata dengan usaha intensif yang dilaksana di bawah kerangka Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)-Pengangkutan Awam Bandar, sasaran 750,000 penumpang pada waktu puncak akan dicapai menjelang tahun depan.

    "Selain itu, sasaran 75 peratus rakyat akan mempunyai akses kepada laluan pengangkutan awam tahun depan," katanya.

    Mengenai kompleks parkir bertingkat itu, Timbalan Perdana Menteri berkata ia satu contoh komitmen kerajaan dalam memastikan keselesaan rakyat menjadi keutamaan.

    "Kemudahan 'Park n Ride' Ampang ini memberi kemudahan dan keselesaan secara langsung kepada pengguna perkhidmatan LRT di Ampang dan kawasan sekitarnya," kata Muhyiddin.

    Kompleks dengan 1,140 ruang letak kenderaan itu telah mula beroperasi 1 Jun lepas. Turut hadir Menteri Pengangkutan yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Syarikat Prasarana Negara Bhd Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.
    -BERNAMA
  • Minum Air Buah-buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas - Pakar Dietetik

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR:  Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

    Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

    Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    "Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

    "Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya. 

    Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

    Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

    Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

    Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

    Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

    "Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

    "Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

    Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang. - BERNAMA
  • Adenan: Learn from Sarawak on religion

    By Admin → Friday, 27 June 2014
    KUCHING: There is no law in Sarawak that prevents Christians here from using the term ‘Allah’ to refer to God, Chief Minister Adenan Satem said.

    “I will not permit such a law in Sarawak as long as I am the chief minister,” he said during a meeting with the people at the Catholic Centre three months ago.

    The report has since gone viral in social media following the Federal Court’s decision on the use of the world Allah in the Catholic weekly, Herald.

    Adenan said he believed everyone was a child of God regardless of race and religion.

    He regarded “Allah” or “Tuhan” as the same God and there was no difference among his people.

    “God created us differently, but at the same time we are the same because we believe in the colourful garden. It will be very dull if all the colours were all white.”

    Thus, he called on the people to respect one another’s religion, beliefs and differences.

    Adenan said there were Melanau families here where the parents were Christians while their children Muslims, but they lived under one roof.

    “I don’t want that to change. I don’t want them to quarrel among themselves,” he said.

    He added that as chief minister he had to make sure everyone could practise their own religion in their own way without hindrance.

    “Whether it is mosques, churches, or temples, I will give some grant. I will never distinguish between them.”

    He told Saints Peter and Paul Catholic Church Mukah parishioners that he could give 10% of the things they asked for.

    “I cannot give all that you ask for, but have no doubt that I will never distinguish between mosques, or churches, or temples.

    “That is the way it ought to be. You are at liberty to practise your religion in your own way,” he said, adding that such religious freedom is enshrined in the Federal Constitution.

    Adenan said Sarawakians had been living in peace for hundreds of years without quarrelling over religious issues, and for that people in the peninsula had a lot to learn from Sarawakians. – The Borneo Post
  • "Pomade" minyak rambut untuk fesyen rambut vintaj trend terkini?

    By mohd hamrizan →


    Gaya rambut klasik seperti rambut Wak Doyok mahupun Cary Grant, bukan lagi fesyen luar biasa sebaliknya ramai lelaki hari ini lebih selesa dan yakin dengan potongan rambut nipis yang dikatakan tampak lebih dewasa dan profesional.

    Potongan rambut vintaj ala tahun 50an ini kembali menjadi 'IN' pada hari ini. Bagi anda yang mempunyai rambut lurus dan sedikit tebal, anda tidak mempunyai masalah untuk bergaya dengan potongan rambut vintaj. Caranya, belah rambut ke tepi, sapukan pomade dan biarkan ia semulajadi tanpa sikat dan sedikit bergelombang.

    Sesiapa yang mempunyai rambut berpotongan klasik ini biasanya pasti memiliki sebilangan koleksi pomade dari pelbagai jenama.

    Sebelum itu, apa itu pomade? Pomade merupakan zat berminyak dan berunsurkan lilin yang digunakan untuk menata gaya rambut. Penggunaan pomade benar-benar menjamin rambut anda kelihatan lebih rapi, berkilat dan kemas. Pomade yang mula popular sekitar tahun 1900an ini mengandungi sumber dari minyak kelapa, lanolin, wax dan pewangi.

    Berbeza dengan wax, gel atau penyembur rambut, pomade tidak mudah kering dan mengeras namun memerlukan sedikit masa untuk membersihkannya. Namun, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencuci rambut menggunakan produk khas (de-greaser). Anda juga boleh menggunakan air suam serta minyak zaitun untuk membersihkan rambut anda.

    Di Malaysia, antara pomade yang mudah didapati dan popular adalah Suavecito, Layrite, Bona Fide, Shiner Gold dan banyak lagi. Terdapat juga pomade buatan Malaysia seperti Malaya Pomade dan The Matt Pomade yang pertama berunsurkan halal dan suci.

    Perlu diketahui juga, pomade terdiri daripada pelbagai jenis dan bahan pembuatan di mana mempunyai perbezaan kesan dan kegunaan. Maka, jangan asal pilih tetapi sesuaikan dengan keperluan rambut.

    Rambut potongan klasik ini kelihatan 'fashionable' pada tahun ini lebih-lebih lagi ramai wanita suka lelaki yang mengikuti trend. Tip paling mudah adalah tipiskan bahagian kiri dan kanan rambut. Di bahagian tengah rambut pula dibiarkan sedikit panjang dan tebal. Sikat rambut ini ke tepi dan sapukan sedikit pomade. Baru ada gaya!
  • Presiden Korea Utara berang filem Holloywood perlekeh beliau

    By mohd hamrizan →

    Pemimpin Korea Utara nampaknya tidak terhibur dengan filem terbaru pelakon komedi Seth Rogen dan James Franco, dalam filem The Interview.

    Filem tersebut yang berkisar mengenai pembunuh upahan yang menyamar sebagai pembaca berita dalam misi untuk membunuh Presiden Korea Utara.

    Ekoran penerbitan filem tersebut, jurucakap bagi Presiden Korea Utara, Kim Jong Un memberitahu, pemimpin negara itu filem tersebut sebagai 'tindakan perang'.

    Korea Utara turut menegaskan, pihaknya menjanjikan 'balasan' jika filem tersebut ditayangkan.

    Dalam satu kenyataan oleh agensi berita KCNA, seorang jurucakap berkata, pembikinan filem itu adalah hasil dari seorang pengarah yang bersifat samseng.

    "Pembikinan dan tayangan filem ini berkisar tentang pembunuhan pemerintah tertinggi kami. Ini adalah tindakan perang dan ganas. Kami tidak akan bertolak-ansur," katanya.

    Sementara itu, jurucakap tidak rasmi untuk Kim Jong Un memberitahu The Telegraph, filem itu menggambarkan tindakan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Iraq, Syria dan Ukraine.

    Dalam perkembangan lain, Rogen berharap Jong Un akan terhibur dengan filem tersebut.

    "Saya harap beliau suka," katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman twitter beliau.
  • Ibu Remaja OKU Didakwa Di Mahkamah Sesyen

    By Admin →

    SEREMBAN, 27 Jun (Bernama) -- Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.

    Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .

    Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.

    Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

    Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

    Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.

    Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

    Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.-- BERNAMA

  • Aspek kebersihan wajar dipertingkatkan.-Annuar.

    By Yusz Man →
    Penyerahan kepada salah seorang penerima sumbangan-FotoRTMSarawak

    SIBU: Seramai 95 orang peniaga kecil di sekitar Bandar Sibu menerima sumbangan peralatan serta mesin khas untuk perniagaan mereka di Majlis Penyerahan yang diadakan di Dewan Sepak Takraw, jalan Bandong, Sibu.

    Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapaee.

    Ketika ditemui beliau menyatakan peralatan yang telah diberikan kepada mereka adalah salah satu alternatif dari pemberian wang tunai kerana dengan adanya sumbangan peralatan berupa mesin ini, penerima-penerima boleh memulakan dan membesarkan lagi perniagaan mereka sebelum ini.

    Penyerahan tersebut yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka dan beliau telah menjelaskan bahawasanya masa bagi penyerahan ini amatlah bersesuaian sekali kerana ketibaan Bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

    Beliau menambah , pihak FAMA kini juga mempunyai mekanisme khas untuk mengelakkan barangan bantuan yang telah diserahkan ini seperti menjual kepada orang lain.

    “Ini memang berlaku, tetapi dalam proses baru ini, kita ada perjanjian kepada para penerima sumbangan tersebut dimana setiap penerima dikehendaki menandatangani perjanjian supaya barang yang telah diberi akan digunakan dengan baik dan selepas tiga bulan pihak FAMA akan pergi kerumah para penerima untuk memastikan barangan tersebut masih ada dan digunakan.”

    Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Annuar juga ada memberitahu bahawa pihak FAMA akan menjalankan penyelidikan dari segi pendapatan penerima dalam menentukan tahap peningkatan pendapatan mereka setelah menerima bantuan mesin mahupun peralatan.

    Sumbangan ini adalah merupakan siri yang ketiga di kawasan Parlimen Sibu dimana ianya bernilai RM104ribu.

    Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa beliau telah memohon bajet tambahan untuk tahun ini. 

    Beliau juga menyeru supaya para peniaga-peniaga kecil sekitar Sibu supaya menitikberatkan aspek kebersihan dalam penyediaan produk makanan mereka.


    Sumber:RTMSarawak.
  • Payudara menggambarkan perangai wanita ?

    By uMieySurianie →
     
    Payudara dapat menggambarkan perangai wanita? Betul ke? Menurut seorang pakar daripada Itali menyatakan beliau dapat mengenali perangai wanita itu menerusi jenis bentuk dan saiz payu daranya.
     
    Menurut Laporan pakar seksologi Piero Lorenzoni, bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan perwatakan diri wanita itu. Payudara yang besar, payudara yang anjal, payudara kendur dan payudara montok adalah jenis-jenis payudara yang dimiliki kebanyakkan wanita.
     
    Piero mengkategorikan bentuk payudara kepada buah-buahan dan mengatakan lelaki boleh membuat bayangan masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.
     
    Sejauh manakah kebenaran kajian yang dibuat oleh pakar sekslogi ini?
     
    1) Lorenzoni menyatakan wanita yang mempunyai payudara besar serta bulat macam tembikai mungkin bersifat keibuan. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersama,” jelas Lorenzoni.
     
    2) Untuk lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria serta bersederhana, mereka bolehlah memilih wanita yang mempunyai payu dara berbentuk buah lemon yang agak menonjol. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang dan tidak sukakan kejutan,” tambah Piero.
     
    3) Manakala, Payudara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik dan kebiasaannya mereka lebih menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Wanita ini berciri setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” jelas pakar itu lagi.
     
    4) Wanita yang mempunyai payudara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan dalam seks serta sering mahu duduk di rumah. “Wanita jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kemesraan daripada bersetubuh,” tambahnya.
     
    5) Bagi wanita yang memiliki buah dada anjal dan besar berbentuk buah oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan hubungan seks dan wanita yang memiliki payu dara yang kecil seperti ceri biasanya agak lucu, amat teruja, penuh passion, cerdik dan pandai menghiburkan pasangan.
     
    6) Wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah mereka yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama.
     
    Namun ia hanyalah kajian  yang dibuat secara rawak sahaja.
     
  • Berkemungkinan Dipenjara Seumur Hidup Akibat Selamatkan Itik

    By uMieySurianie →
     
    Tindakan mulia seorang wanita dari Kanada berusia 25 tahun, Emma Czornobaj menghentikan kenderaannya di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik mungkin membawa padah kepadanya.
     
    Emma didapati bersalah di atas kesalahan yang dilakukannya empat tahun lalu itu dan berkemungkinan besar bakal dipenjarakan seumur hidup.
     
    Ini kerana tindakan melulunya itu telah membawa kepada kematian tragik dua beranak yang menunggang motosikal iaitu Andre Roy, 50, dan Jessie, 16, yang mengekori belakang keretanya sebelum Emma bertindak menghentikan kenderaan miliknya secara melulu di tempat kejadian.
     
    Namun pihak pembelaan merayu kepada mahkamah agar mengurangkan hukuman terhadap Emma kerana tindakannya berhenti secara melulu adalah disebabkan rasa kasih dan prihatinnya terhadap binatang.
     
    Selain itu, pihak pembelaan juga mengatakan sekiranya Andre memandu dengan kelajuan yang ditetapkan, pasti tidak berlaku kematian kerana dipercayai si mati memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di sana.
     
    Pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian ini adalah sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengambil kira segala aspek keselamatan sebelum bertindak menjadi ‘hero’ yang akhirnya membawa kepada kematian orang lain. – MYNEWSHUB.MY
  • Potong jari kaki untuk kelihatan cantik

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    High heels disukai para wanita kerana membuat mereka tampil lebih cantik dan lebih percayakan diri. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan high heels semakin melampau.

    Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.

    "Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata.

    Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang.

    Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini tela tersebar hingga ke negara lain.

    Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City".

    Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.


    Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.

    "Prosesnya satu jam dan saya tidak merasakan apa-apa tetapi saya mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina.

    "Setelah itu juga tak ada rasa sakit tapi jariku diletakkan dawai selama 5 minggu dan jari lain terkena jangkitan sehinggalah aku minum antibiotik," Paulina menambah.

    Setelah dawai dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali.

    Kini Paulina merasa puas setelah melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.-dairishare
  • Luahan hati orang pertama menemui Muhammad Firdaus

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Dari laporan SinarHarian, seorang wartawan berjaya menemuramah Faizal Fazri, Pengarah Imigresen dan orang pertama yang menjumpai Firdaus.

    Jom baca laporan penuh di bawah:

    SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

    Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

    Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

    Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

    Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

    Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

    Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

    Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

    Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

    Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

    Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

    Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

    Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

    Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

    Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

    Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

    Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

    Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

    Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

    Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

    Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

    Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

    Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini...

    Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU).
  • Sarawak Janji Turun Dengan Lebih Mantap Dalam Kempen Piala Malaysia

    By Yusz Man →


    KUCHING: Jurulatih Sarawak Robert Alberts berjanji akan menampilkan pasukan lebih mantap bagi menghadapi kempen Piala Malaysia, bermula September ini.

    Katanya tiga pemain import - Muamir Salibasic, Gabor Gyepes dan Hassan El Mohamad, yang tidak beraksi dalam empat atau lima perlawanan Liga Super akibat kecederaan, akan dapat bermain kembali apabila bermulanya kempen Piala Malaysia.

    "Dengan kehadiran pemain luar, pasukan kami akan lebih kuat...ini tidak boleh diragukan.

    Kami mempunyai pemain luar yang hebat dan kehadiran mereka di sini bukan sekadar untuk mencukupkan jumlah.

    "Saya harap saya akan mempunyai pasukan lengkap untuk menghadapi Piala Malaysia," katanya selepas menyaksikan Sarawak kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Liga Super di Stadium Negeri di sini, Rabu malam.

    Alberts berkata pemainnya akan diberi rehat yang cukup (hingga 7 Julai) sebelum kembali berlatih untuk menghadapi kempen Piala Malaysia.

    Sementara itu, ketika mengulas tentang kekalahan Sarawak kepada JDT, Alberts berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang kehilangan tiga pemain import.

    "JDT menurunkan semua pemain luar mereka, sedangkan kami tidak dapat berbuat demikian dan ini memberi kesan besar kepada pasukan kami.

    "Mereka mempunyai pemain luar yang mantap dan walaupun kami juga ada pemain luar, tapi mereka tidak dapat bermain kerana cedera," katanya.- BERNAMA
  • Aksi Sarawak tetap dapat pujian

    By uMieySurianie →
    KUCHING: Johor Darul Takzim (JDT) mencatat nama selaku juara baharu Liga Super bagi musim 2014 selepas menundukkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri kelmarin. Skuad kendalian Bojan Hodak mengesahkan ke­juaraan setelah berjaya men­gumpul 44 mata, meningg­alkan pesaingnya Selangor di tangga kedua dengan 41 mata sementara Sarawak berpuas hati di tangga ketujuh dengan 30 mata.
     
    Ia kejayaan pertama Hodak selepas beliau mengambil alih tugas dari bekas jurulatih Cesar Jemenez.
     
    “Saya sangat gembira se­lepas tertekan sepanjang musim kerana kita diletakkan harapan untuk memenangi semua pertandingan.
     
    “Kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi ia hasil usaha keras Cesar Jemenez, pihak pengurusan dan pemain JDT sendiri,” katanya ketika ditemui kelmarin. Di sebalik kejayaan menewaskan Sarawak di la­man sendiri, Hodak tetap memuji aksi anak-anak buah Robert Alberts yang ham­pir mengecewakan impian mereka untuk menjulang kejuaraan pada tahun ini.
     
    “Sarawak memberi tentan­gan sengit dan mereka ber­main dengan baik. Sokongan padu dari penonton semakin menyemarakkan semangat pemain-pemain mereka.
     
    “Tetapi saya yakin dengan kemampuan pemain saya dan impian untuk memburu ke­juaraan menjadi perangsang kepada mereka memberi persembahan terbaik sekali gus mengutip tiga mata pent­ing,” tambahnya.
     
    Sementara itu, pengen­dali Sarawak Robert Alberts melahirkan rasa puas hati den­gan persembahan anak-anak buahnya sekali pun mereka tewas 0-1 di tangan JDT.
     
    Alberts menyifatkan aksi pemainnya dalam perlawanan tersebut adalah yang terbaik kerana mereka masih mampu memberi tentangan sengit kepada JDT yang rata-rata dibarisi pemain berstatus bintang.
     
    “Keputusan ini menyang­kal ramalan pakar dalam sebuah akhbar tempatan kononnya kita akan dibelasah 0-8. Semua orang bercakap mengenai perkara tersebut dan ia cukup mengecewakan saya dan penyokong di sini,” katanya kelmarin.
     
    “Sebaliknya, pemain kita berjaya memberikan ten­tangan sengit meskipun JDT mempunyai kekuatan yang jauh lebih baik.”
     
    Pengendali dari Belanda itu juga berpuas hati dengan pencapaian Sarawak pada musim ini dengan menduduki tangga ketujuh selain berjaya mengekalkan slot ke Liga Super pada musim depan.
     
    Katanya, fokus Sarawak kini tertumpu ke arah per­sediaan menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijangka bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
     
    “Sarawak akan lebih mantap kerana ramai pemain tonggak kembali beraksi pada Piala Malaysia,” tambahnya.
     
    Menurutnya , Gabor Gyepes, Hassan Mohamed, Muamer Salibasic dan Lot Abu Hassan dijangka pulih sepenuhnya dari kecederaan menjelang bermulanya kem­pen tersebut.
     
    Gol kemenangan JDT di­jaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66 ekoran kealpaan di benteng perta­hanan Sarawak.
     
    Meskipun ketinggalan, Sarawak enggan mengalah dan mengasak kubu JDT dari setiap ruang dalam usaha mencari gol penyamaan.
     
    Perlawanan tegang seketika dalam masa kecederaan apabila pengadil Shamsudin Ibrahim enggan menghadiahkan sepa­kan penalti kepada Sarawak meskipun bola jelas terkena tangan pertahanan JDT.
     
    Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan akhirnya ber­hasil apabila Ryan Griffiths berjaya menguis masuk bola selepas insiden itu.
     
    Namun, jaringan itu di­batalkan kerana pengadil mendakwa penyerang Sarawak itu berada dalam posisi ofsaid.-Utusan Borneo
  • Nabila Huda merajuk dan padam semua gambar di Instagram

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    I’ve had it. Hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama. No more story of my life for u to feed on. So u can stop with all of the speculations, bad mouthing, judging, allegations, insulting and more. Thanks to those who believe in me. I’m moving on with my life. How bout you do?

    Luahan Nabila Huda di laman intasgramnya baru-baru ini. Nabila Huda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia bertindak memadamkan semua gambar di dalam laman Instagramnya.

    Pada minggu lalu, kontroversi tercetus apabila Amy Search meninggalkan komen pedas pada salah sekeping foto yang dimuat naik Nabila.

    Mungkin kerana terlampau terbuka berkongsi segala macam perkara di media sosial menyebabkan dirinya dan keluarga dikritik, pelakon popular Nabila Huda telah bertindak memadam kesemua foto dilaman Instagram peribadi miliknya.

    Namun, rata-rata peminat Nabila yang melebihi 300k pengikut kurang bersetuju dengan tindakan beliau kerana lebih suka Nabila berkongsi gambar-gambar beliau di instagram.


  • Kad Hari Raya Lagenda Budak Setan 3 Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik

    By uMieySurianie →
    Dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan dan usaha meningkatkan derma bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, Red Box karaoke dengan kerjasama Tarantella Pictures, GSC Movies dan Astro Shaw telah melancarkan ‘Kad Ucapan Hari Raya Sambil Beramal’ untuk tabung Red Energy Charity Fund, iaitu tabung amal kumpulan Red Box karaoke yang telah ditubuhkan sejak 2009.
     
    Kad ucapan ini dijual di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria karaoke sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan harga RM3.
     
    Setiap RM2 daripada kad ini akan disumbangkan kepada tabung ini dan selebihnya digunakan untuk kos penghantaran kad ke seluruh Malaysia melalui POS Malaysia.
     
    Secara tidak langsung, kempen ini turut membantu rangka promosi filem terbaru 'Lagenda Budak Setan 3' dalam usaha penerbit mendekati golongan sasaran. Sebanyak 3,000 kad telah dicetak dan diedarkan.
     
    Dijangkakan sebanyak RM5,000 dana dapat dikumpulkan dalam masa sebulan ini. Sumbangan yang terkumpul itu nanti bakal diserahkan kepada golongan kurang bernasib baik pada majlis berbuka puasa bersama pelakon 'Lagenda Budak Setan 3'.
     
    Pengunjung yang membeli kad terbabit juga berpeluang memenangi persalinan dan 'makeover' tajaan Zalora Malaysia bernilai RM4,000.
     
    Selain itu pemenang turut berpeluang menghadiri Malam Gala Lagenda Budak Setan 3.-Media Harian
  • Walaupun ditimpa kemalangan, tetap "selfie' dulu

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    BEL AIR : Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

    Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik.

    Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

    Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok.

    Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.

    Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam.

    Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

    Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

    Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran.


    - Agensi
  • Ketagihan Kafein bahaya jika sukar dibendung

    By mohd hamrizan →

    Lebih ramai yang menganggap minuman berkafein lebih memberi manfaat terutama dari segi tenaga. Setiap kali mengantuk atau badan lesu, kopi mahupun teh adalah pilihan pertama kononnya boleh mengembalikan tenaga tanpa mengetahui bahaya kafein jika diambil keterlaluan.

    Kebanyakan pakar bersetuju bahawa simptom ketagih minuman berkafein bermula dari keadaan tidak merbahaya sehingga ke tahap yang sukar dibendung. Jika anda merasakan anda begitu ketagih dan sukar mengawal pengambilan kafein, ada baiknya anda bertemu doktor cara untuk memulihkan tabiat ini.

    Simptom ketara apabila anda ketagih kafein apabila sakit kepala mula menyerang antara 12 hingga 24 jam selepas mengambil kafein. Ada sesetengah individu lambat merasa sakit kepala dan ada juga yang cepat merasa sakit kepala seperti kepala mahu 'meletup'. Dianggarkan 50% pengamal kafein akan mengalami sakit kepala dan perkara ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran kafein dan ia berbeza mengikut individu.

    Jika anda perasan, pengambilan kafein yang banyak menyebabkan anda kerap membuang air kecil sehingga boleh menyebabkan dehidrasi atau kurang air dalam badan. Masalah dehidrasi dalam jangka masa panjang akan memberi kesan terhadap kesihatan sehingga mengganggu kekuatan tenaga badan dan melemahkan fungsi organ.

    Mungkin ramai yang tahu dan kurang menyedari bahawa kafein yang berlebihan akan menyebabkan kadar degupan jantung menjadi pantas. Dalam jangka masa panjang, ia mungkin boleh merosakkan jantung ekoran ketidakupayaan berfungsi seperti biasa. Apabila degupan lebih pantas daripada normal, ia boleh melemahkan tubuh badan.

    Bukan tidak boleh minum kopi atau teh tetapi biarlah berpada-pada dan bukannya menjadikan minuman berkafein ini sebagai satu rawatan pemberi tenaga. Jika anda mahu kekal bertenaga, rehat secukupnya dan bersenam adalah lebih baik daripada mengamalkan minuman kafein setiap masa!
  • Kereta polis Indonesia guna Lamborghini?

    By mohd hamrizan →

    JAKARTA 27 Jun - Pasukan polis Indonesia mempamerkan dua buah kereta mewah berkuasa tinggi dengan logo polis negara tersebut di sebuah pusat beli-belah di sini, sekali gus menarik perhatian setiap pengunjung di kawasan berkenaan.

    Kehadiran kereta Lamborghini dari model Gallardo dan Aventador itu, turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak langkah polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.

    Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis. - Agensi