Browsing "Older Posts"

  • Lawatan Obama luar biasa - Dr Mahathir

    By Admin → Wednesday, 30 April 2014

    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berakhir kelmarin, sebagai satu lawatan yang luar biasa. 

    Katanya, tindakan Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dalam lawatannya telah menggambarkan Obama begitu diplomatik dan pandai mengambil hati. 

    "Dia (Obama) sangat diplomatik dan pandai ambil hati orang. Sebab itu dia menang (sebagai Presiden AS)," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan buku 'A UN Chronicle' tulisan diplomat terkemuka Tan Sri Razali Ismail bersama Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini. 

    Dr Mahathir berkata, selepas Presiden Lyndon B Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu, tidak ada presiden AS yang melawat negara ini. 

    "Tetapi Obama pilih untuk buat lawatan. Lawatan ini dapat dedahkan kepada Obama tentang Malaysia. Mungkin Obama pun selama ini hanya banyak dengar tentang Malaysia namun tidak tahu apa-apa," katanya. 

    Obama, Presiden ke-44 AS mempunyai jadual kerja yang padat ketika berada di negara ini.

    Pada hari pertama tiba Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Dataran Parlimen. Pemimpin kuasa besar dunia itu dirai dalam jamuan negara bersama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu. 

    Pada hari kedua lawatan, Obama bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya. Selain itu Obama turut menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya. 

    Aturcara hari terakhir lawatan Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai AS$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans. 

    Buku A UN Chronicle yang dilancarkan itu mengandungi catatan pengalaman Razali yang pernah menjadi pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1996 hingga 1997. 

    Razali dalam ucapannya berkata beliau berharap buku berkenaan akan menjadi rujukan berguna kepada diplomat Malaysia pada masa ini, bakal diplomat, golongan akademik dalam jurusan kajian antarabangsa dan pelajar. 

    Katanya, antara pengalaman yang dicatatkan dalam buku itu ialah bagaimana beliau berkhidmat di PBB ketika era kepimpinan Dr Mahathir yang sangat proaktif memperjuangkan nasib negara-negara sedang membangun. - BERNAMA 

  • Lima Bandar China Sertai Pesta Perdagangan Di Sibu Bulan Depan

    By Admin →

    SIBU, 30 April (Bernama) -- Lima daripada 11 bandar raya di China yang dijemput Majlis Perbandaran Sibu (SMC) untuk menyertai pesta perdagangan selama sembilan hari mulai 21 Mei depan di sini, telah mengesahkan penyertaan mereka.

    Pengerusi SMC Datuk Tiong Thai King berkata lima bandar raya berkenaan akan membuka 30 daripada 50 gerai pameran yang disediakan di Pusat Sivik di sini, untuk mempromosi dan menjual produk serta perkhidmatan masing-masing.

    Bercakap sebelum mesyuarat bulanan majlis itu di sini hari ini, beliau berkata pesta perdagangan itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

    Beliau turut mempelawa syarikat dan usahawan tempatan untuk mengambil bahagian dalam pameran berkenaan.Ia dianjurkan bersama-sama SMC dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu.

    Mengenai isu berasingan, Tiong berkata orang ramai tidak sepatutnya mengambil tindakan untuk menghalang tugas pegawai awam dalam menjalankan kerja mereka.

    Beliau merujuk kepada kejadian warden tempat letak kenderaan SMC yang diserang secara lisan dan fizikal oleh orang awam kerana mengeluarkan saman terhadap mereka yang melakukan kesalahan meletak kenderaan.

    Menurut Tiong, warden berkenaan hanya menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada dalam memastikan kelancaran urusan tempat letak kenderaan di bandar ini."Mereka mempunyai hak untuk dihormati.

    Kami menasihatkan mereka untuk membuat laporan polis, sekiranya mereka didera secara lisan ataupun fizikal," katanya.-- BERNAMA

  • Maia Estianty dan Mulan Jameela Bakal Wujudkan Ratu Reunion?

    By Admin →
     JAKARTA, 30 APRIL 2014: Barangkali ada yang terkejut atau tidak percaya dengan tajuk yang dibaca di atas artikel ini, namun satu hal yang nyata, tiada apa pun yang mustahil berlaku di dunia ini.

    Meskipun pada saat ini, Maia Estianty dan Mulan Jameela masih belum lagi berkongsi pentas yang sama tatkala membuat persembahan, namun semua itu akan menjadi kenyataan menerusi acara Grand Launching Rajawali Televisi (RTV) yang akan berlangsung di Jakarta Convention Center (JCC) Senayan pada 3 Mei 2014 ini.

    Biarpun membuat persembahan secara solo dan bukannya berduet, namun kebanyakan pemerhati di dalam industri muzik Indonesia percaya bahawa ia adalah satu permulaan bagi Maia Estianty dan Mulan Jameela untuk kembali berbaik semula serta menjernihkan keadaan yang selama ini keruh.

    Apatah lagi kedua-dua mereka pernah bersahabat baik. Namun, hubungan mereka mula berantakan selepas Maia Estianty mendapat menghidu bahawa Mulan Jameela dalam diam-diam telah mendekati serta menjalinkan hubungan dengan bekas suami Maia Estianty iaitu Ahmad Dhani serta mengahwini komposer, pemuzik serta penyanyi Dewa 19 yang sentiasa mencetuskan kontroversi itu.

    Apakah mereka bakal bersatu semula sebagai Ratu sepertimana waktu dulu-dulu?
  • Pelakon Filem Lucah Bertukar Jadi Makhluk Asing

    By Admin →
    Tokyo – Akibat terlalu taksub dengan kecantikan, seorang pelakon filem lucah di Jepun sanggup melakukan pembedahan plastik berulang kali hingga wajahnya seiras dengan makhluk asing dalam filem Harry Potter, Dobby.

    Gelaran Dobby diberikan kepada Rina Nanase oleh pengikutnya dalam twitter selepas dia memuat naik wajah terbarunya selepas pembedahan di bahagian hidung.

    Nama Dobby itu menyebabkan Rina menjadi berang dan menyifatkan mereka yang memberikan gelaran tersebut sebagai cemburu dengan pembedahan yang dijalankannya.

    Pelakon yang berusia 25 tahun dan menggunakan nama Rumi Kanda, sebelum ini tidak berahsia mengenai rupanya dan pembedahan kosmetik yang dilakukannya.

    Dia telah menjalani pembedahan di bahagian mata, hidung dan dagu.

    Ramai yang mengkritiknya kerana wajah terbarunya itu amat berbeza dengan wajah asalnya, yang lebih manis dan menawan.

    Meskipun dia tidak merasakan pembedahan yang dilakukan itu memberikan kesan yang besar kepada wajahnya, namun Rina terkejut apabila mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya.- Mynewshub
  • Langkah PAS laksana hudud akan timbulkan pergeseran

    By Admin →
    KUALA LUMPUR: Cadangan PAS untuk melaksanakan hudud bukan sahaja akan meningkatkan pergeseran dalam masyarakat, malah tidak akan membantu negara untuk menikmati masa depan lebih cerah, kata Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong.

    Beliau berkata berdasarkan perkara inilah GERAKAN perlu berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan semua kemungkinan yang akan timbul sekiranya hudud dilaksanakan.

    “Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa GERA-KAN menghormati agama Islam…tapi kami rasa hudud tidak akan membantu negara, malah akan terus memecahbelahkan negara.

    “Oleh kerana saya melihat DAP dan PKR hanya bersuara melalui akhbar, tapi tidak melakukan sebarang usaha, kenapa tidak kami (GERAKAN) yang melakukannya secara langsung?

    “Kami mahu berjumpa Abdul Hadi dan menyatakan kepada beliau kenapa perkara ini tidak sesuai di negara pelbagai kaum seperti Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Menara PGRM di sini semalam.

    Sebelum ini, terdapat laporan bahawa PAS Ke-lantan, melalui anggotanya di Parlimen, merancang membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (2) 1993 menjelang Disember.

    Bagaimanapun, hasrat PAS itu menerima kritikan hebat, bukan sahaja daripada parti berasaskan bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN) seperti GERAKAN dan MCA, tetapi juga daripada rakan rapatnya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.

    Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat berhenti daripada membuat kenyataan tidak perlu tentang isu itu bagi mengelak orang ramai menganggap wujud perbalahan dalam kalangan parti gabungan itu.

    GERAKAN menyeru anggota Parlimen dari kedua-dua pihak supaya menolak cadangan itu dan melindungi kesucian Perlembagaan Persekutuan.

    Sementara itu, pada sidang akhbar sama, Pengerusi Jawa-tankuasa Antara Agama GERAKAN Datuk Goo Hoie Han berkata parti itu menentang cadangan tersebut kerana undang-undang berkenaaan dianggap bertentangan dengan perlembagaan dan boleh menimbulkan konflik.

    “Negara ini bersifat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya. Kenapa hendak perkenalkan undang-undang yang boleh mewujudkan polarisasi di Malaysia?

    “Kenapa hendak diubah struktur asas negara ini seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tanya beliau. — Bernama

  • SPRM Sarawak Tahan Pemilik Syarikat Bot Ekspres 'Kawan Mas'

    By Admin →
    KUCHING, 30 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas', bot ekspres yang karam di Sungai Rajang, berhampiran Giam Bungan di Belaga, 28 Mei tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.

    Pengarah SPRM negeri Datuk Bahri Mohamad Zin berkata lelaki itu ditahan 6 petang semalam hasil siasatan unit risikan SPRM selepas bot yang membawa 222 penumpang dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit itu karam, kejadian yang turut mengakibatkan tiga penumpang maut.

    "Selepas siasatan hampir setahun, pemilik syarikat terbabit seorang lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Sibu petang Selasa.

    "Pemilik bot didapati mempunyai enam buah bot ekspres, keenam-enam bot menerima subsidi minyak kerajaan. Mengikut syarat subsidi keenam-enam bot perlu beroperasi, tetapi kerana mengejar keuntungan empat bot tidak beroperasi, hanya dua digerakkan untuk membawa penumpang termasuk apabila tiba musim perayaan," katanya.

    Akibat tindakan itu, bot yang diberi kebenaran membawa hanya 64 penumpang, kerap kali terpaksa membawa penumpang berlebihan sehingga ada yang terpaksa duduk di atas bumbung bot terutama pada musim perayaan, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

    Bahri juga berkata hasil siasatan awal mendapati diesel bersubsidi dijual kepada pihak industri, kilang-kilang balak di Sibu dan Kapit, malahan siasatan mendapati diesel bersubsidi itu turut dijual kepada pihak luar menerusi transaksi di perairan negara.

    "SPRM percaya kegiatan ini sudah lama berlaku. Insiden bot karam itu telah menjadi sebab kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Berdasarkan pengalaman SPRM, syarikat itu sudah membuat 'untung' terlalu banyak," katanya sambil menambah unit forensik perakaunan SPRM juga sedang menjalankan siasatan akaun syarikat terbabit.

    Bahri berkata selain siasatan unit forensik perakaunan SPRM, pihaknya juga mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mendapatkan semua dokumen tuntutan dibuat syarikat terbabit bagi membuktikan sebahagian minyak diesel bersubsidi itu dijual kepada pihak tidak berkelayakan untuk membelinya.

    SPRM kini sedang mendapatkan reman ke atas lelaki berkenaan dan kesalahan pemilik syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, katanya.

    -- BERNAMA
  • Tragedi Feri Karam Presiden Mohon Maaf

    By mohd hamrizan →


    Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf kepada rakyat berhubung tragedi feri Sewol yang karam di kawasan perairan selatan negara ini, dalam satu kenyataan kepada Kabinet negara ini, yang disiarkan menerusi televisyen Korea, hari ini.

    Geun-hye berkata, kerajaan gagal untuk mencegah bencana itu dan tidak cekap dalam melaksanakan tindak balas kecemasan.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf atas kegagalan untuk mencegah kemalangan itu daripada berlaku dan tindak balas kecemasan yang tidak mencukupi.

    “Saya meminta maaf kepada rakyat dan sedih atas kehilangan banyak nyawa yang amat berharga,'' katanya, sebagaimana dilaporkan portal BBC.

    Permohonan maaf Geun-hye dibuat di tengah-tengah kemarahan dan kritikan orang ramai berhubung kemalangan itu dengan kebanyakan mangsa merupakan pelajar dari sebuah sekolah tinggi di sini.

    Dalam kejadian pada 16 April lalu, feri Sewol yang membawa 476 penumpang karam di perairan berhampiran Kepulauan Jindo dengan 174 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 mayat berjaya dikeluarkan dari feri itu setakat ini.

    Geun-hye pada masa sama berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah kementerian baharu bagi mengendalikan kemalangan pada skala besar pada masa depan, lapor agensi berita Korea, Yonhap.
  • Mahkamah Mesir Penjara Penyokong Morsi

    By mohd hamrizan →


    KAHERAH 30 April - Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas 29 defenden yang digelar sebagai penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, atas beberapa kesalahan termasuk membuat kekecohan.

    Hukuman tersebut berhubung kait dengan tunjuk perasaan besar-besar yang diadakan selepas berlakunya penggulingkan terhadap Mursi oleh pihak tentera pada Julai tahun lalu.

    Keputusan itu dibuat sehari selepas sebuah mahkamah di selatan negara ini mencadangkan supaya lebih 700 penyokong Mursi yang ditahan dikenakan hukuman mati.
  • Parlimen Libya Diserang Lelaki Bersenjata

    By mohd hamrizan →


    TRIPOLI 30 April - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan Parlimen Libya semalam serta melepaskan tembakan bagi memaksa ahli-ahli Parlimen membuang undi untuk memilih Perdana Menteri baharu.

    Jurucakap Parlimen, Omar Hmeidan berkata, beberapa orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu, selepas kumpulan lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan calon yang tewas dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri negara berkenaan melepaskan tembakan.

    Menurut saksi, ahli-ahli Parlimen berlari meninggalkan bangunan tersebut, sejurus sahaja kejadian itu berlaku.
  • Adaptasi Teknologi Di Hujung Jari Generasi Y Di Era Globalisasi

    By mohd hamrizan →


    PENGGUNAAN teknologi yang salah akan mengundang kelahiran generasi masa hadapan yang hanya berminat dengan hiburan semata-mata dan langsung tidak menitik beratkan pembudayaan ilmu.

    Sebelum luka menjadi nanah, sebelum nasi menjadi bubur adalah suatu tanggungjawab generasi X selaku generasi semasa untuk memberi input positif kepada generasi Y melalui pelbagai dorongan sihat agar mereka dapat membudayakan penggunaan teknologi untuk menggali ilmu pengetahuan.

    Sesungguhnya, pembangunan dunia semakin pesat dan arus kemodenan memungkinkan teknologi baru dicipta hampir setiap ketika sehinggakan ada kalanya alam maya mula terasa sempit.

    Membicarakan mengenai dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sudah pasti pemikiran kumpulan-kumpulan perintis 'dunia tanpa sempadan' yang mencetuskan kelahiran world wide web (www) pada era akhir 1980-an dan awal 1990-an barang kali tidak menjangka pencapaian luar biasa dunia ICT pada hari ini. Setelah hampir tiga dekad berlalu, dunia teknologi kini ternyata sudah mencapai suatu dimensi baru.

    Daripada hanya telefon ATUR, sambungan internet kaedah dial up, permainan konsol dan laman-laman web yang statik lagi membosankan, industri ICT berevolusi kepada telefon bimbit yang mempunyai kapasiti melayari internet, sambungan internet jalur lebar, permainan konsol 3D dan kini laman web multi fungsi (Web 2.0) seperti paparan berita terkini, forum, blog, perkumpulan komuniti atas talian dan komunikasi video.

    Bagi kumpulan generasi Y yang merangkumi kumpulan anak muda 18 tahun ke bawah, jargon seperti Yahoo Messenger, Blogspot, Twitter, MySpace, Spacebook, PS3 dan XBox barang kali bukan lagi sesuatu yang asing.

    Tak keterlaluan jika dikatakan, elemen-elemen sebegini bagai 'santapan' harian anak-anak pasca abad ke-21. Melihat dari suatu sudut negatifnya, kita khuatir jika fenomena teknologi yang bertali arus ini menjadi tanpa kawalan lantaran melalaikan dan akhirnya, memudarat anak bangsa kita.

    Manfaatkan Teknologi Ke arah Kebaikan

    Pengalaman saya semasa mengendalikan program motivasi PMR di salah sebuah sekolah menengah di Putrajaya pada Khamis, 2 Julai lalu seakan-akan mengiakan keresahan saya.

    Daripada penyelidikan dan pemantauan, kami dapati hampir 90 peratus pelajar memiliki telefon mudah alih sendiri. Rata-ratanya pula cenderung ke arah perisian permainan PSP dan PS3 terkini serta 'ketagihan' aplikasi Web 2.0 seperti Facebook dan Friendster.

    Statistik pula menunjukkan keputusan peperiksaan penggal kedua menjunam berbanding dengan keputusan peperiksaan penggal sebelumnya. Ia cuma bagi sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah sahaja. Bagaimana agaknya jika diambil kira sekolah-sekolah yang lain?

    Justeru, saya berharap langkah Kementerian Pelajaran menggubal sistem pembelajaran negara tidak akan melupakan saranan agar perkembangan teknologi terkini diterap penggunaannya kepada pelajar-pelajar dalam cara yang positif iaitu mengundang kepada pemantapan dan pembudayaan ilmu.

    Teknologi sekiranya sekadar diaplikasikan untuk berhibur, tentulah tidak berfaedah. Sepatutnya, budaya menggunakan internet bagi tujuan meng'google' ilmu pengetahuan dan maklumat terkini perlu diutamakan.

    Dengan jutaan laman web membanjiri dunia maya, teknologi perlu dipergunakan semaksimum mungkin untuk kebaikan, menggali ilmu dan informasi terkini di serata dunia.

    Dalam hal ini, kemampuan bahasa Inggeris pelajar juga dapat ditingkatkan. Walaupun pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan internet adalah kaedah pembelajaran yang dikira 'santai', namun ia tidak boleh dianggap sebagai rutin 'kebiasaan' sehingga menjadikan generasi Y 'ketagih' dan sanggup memberontak jika keinginan mereka untuk berinternet tidak diturutkan.

    Seperkara lagi yang tidak boleh diabaikan adalah apabila internet disalah gunakan untuk meng-Google maklumat yang sesat lagi terpesong.

    Justeru, pemantauan ibu bapa dituntut untuk mendorong penggunaan Internet secara betul dan tepat.

    Perluaskan Jalur Lebar dan Wujudkan 'Sedikit Sempadan'

    Kerajaan, di sebalik istilah dunia tanpa sempadan, mungkin boleh menilai kaedah untuk mewujudkan 'sedikit sempadan' dalam sistem perkhidmatan jalur lebar negara supaya generasi Y tidak mudah terdedah kepada perkongsian maklumat yang salah.

    Natijah sebenar untuk melahirkan generasi kaya ilmu pengetahuan mungkin tidak akan dapat direalisasikan jika teknologi tidak sampai ke semua peringkat. Masalah kekangan kewangan ternyata masih wujud dan terus menghalang anak-anak luar bandar mengecapi perkembangan informasi terkini berbanding teman-teman di bandar.

    Bagi yang mampu memiliki perkhidmatan jalur lebar mudah alih seperti perkhidmatan Celcom dan Maxis Broadband ada kalanya berhadapan dengan keterbatasan capaian perhubungan kerana tiada pencawang talian bukan sahaja di luar bandar malahan juga di sesetengah kawasan di dalam bandar.

    Untuk mengatasi isu ini, kerajaan perlu menimbangkan secara serius cadangan yang sudah pun dilaksanakan di beberapa negara asing seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang menggunakan laluan elektrik sebagai sumber capaian internet jalur lebar.

    Sudah pasti kos penggunaan jalur lebar melalui laluan elektrik ini tidak perlu terlalu tinggi agar masyarakat luar bandar yang kurang berkemampuan tidak ketinggalan.

    Insya-Allah, dengan sedikit pemantauan dan galakan sihat, adalah tidak mustahil untuk kita mengecapi cita-cita murni bgi melahirkan generasi baru yang membudayakan ilmu melalui teknologi ICT.
  • Mencerna Apa Itu Transformasi.

    By mohd hamrizan →
    SUATU kaji selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Centre mendapati 52 peratus daripada responden yang dikaji selidik tidak tahu tentang program transformasi ekonomi dan daripada 48 peratus yang tahu, 80 peratus daripada mereka memberitahu tidak tahu banyak tentang program tersebut.

    Kurang daripada setengah 47 peratus daripada mereka yang dikaji selidik menganggap program-program transformasi ini akan membawa negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi.

    Ada dua pilihan kepada yang berkenaan untuk melayan maklum balas ini. Pertama, tidak usah dipedulikan kerana maklum balas begini tidak penting dan hanya akan mematahkan semangat mereka yang berfahaman bahawa transformasi ini adalah satu-satunya usaha yang bakal membawa perubahan besar. Kedua, mengambil kira maklum balas ini kerana mereka yang memberikan maklum balas pada hari terbuka program transformasi tempoh hari mempunyai kepentingan sendiri.

    Kalau hendak diambil kira maklum balas ini, perlulah sesuatu dilakukan supaya maklumat yang penting sampai kepada fahaman rakyat seperti yang dikehendaki.

    Dalam ilmu komunikasi penghantar mesej tidak boleh membuat andaian yang penerima maklumat mempunyai kerangka rujukan sama seperti penghantar maklumat. Banyak maklumat yang dihantar boleh disalah interpretasi atau tafsir atau ditokok tambah mengikut kerangka rujukan si penerima.

    Dalam kajian tersebut dinyatakan walaupun sudah banyak maklumat disebarkan tentang program transformasi ekonomi ini tetapi masih rendah lagi tahap kefahaman rakyat. Ini bermakna banyak lagi maklumat yang perlu disampaikan kepada rakyat.

    Mungkin roadshow ke setiap negeri perlu diadakan supaya wakil-wakil dari kampung dan daerah dapat menghadiri ceramah ini. Lapisan masyarakat yang bakal dijemput ini tentulah berbeza dengan mereka yang hadir pada hari terbuka tempoh hari.

    Apakah penting atau tidak pentingnya rakyat biasa memahami apa yang dilakukan? Atau mereka yang terbabit dengan pelaksanaan program ini sahaja yang perlu ambil tahu, seperti penjawat awam dari peringkat atas sehingga bawah. Mereka ini bakal melaksanakan program-program berjiwa besar.

    Kemudian kita juga berhadapan dengan penyebar maklumat yang tidak dipelawa seperti di dalam blog-blog dan alam siber.

    Mereka ini sedikit sebanyak akan melentur pemikiran masyarakat awam. Mahasiswa adalah satu-satunya kumpulan rujuk yang berpengaruh yang membaca blog-blog ini dan bila balik bercuti menceritakan kepada ibu bapa mereka fahaman mereka yang tidak semestinya pengertian yang dikehendaki oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Dua minggu lalu, saya ada menulis tentang risiko program besar-besaran ini.

    Pertama risiko daripada pelaksanaannya dan kedua risiko dari segi kewangan. Walaupun kerajaan dijangka membelanjakan lapan peratus daripada RM1.3 trilion dalam masa 10 tahun ini bererti sebanyak RM104 bilion perlu digembeling. Kita memerlukan pertumbuhan tidak kurang enam peratus setiap tahun sehingga 10 tahun untuk mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Pertumbuhan ini banyak bergantung kepada respons daripada sektor swasta kita.

    Kita tidak boleh berharap sangat dengan pelabur asing kerana pelabur asing ini banyak juga kerenah mereka dan kalau mereka tahu yang kita ini terlampau ‘terdesak’ sangat, mereka tentu akan jual mahal. Tinggallah syarikat kita yang diharap akan menjana pertumbuhan yang dijangka itu. Apakah mereka ini akan sanggup bertukar haluan dan mengarahkan pelaburan mereka balik ke sini?

    92 peratus daripada RM1.3 trilion ialah satu angka yang besar. Mereka yang terbabit dengan projek-projek kemasukan ini akan terpaksa menjual bon kepada orang ramai dari luar dan dalam negeri untuk membiayai projek-projek mereka. Ambil contoh MRT yang bernilai RM36 bilion, tentu sebahagian daripada pakej kewangan pembiayaan melibatkan penjualan bon untuk tempoh matang beberapa tahun.

    Baik orang luar mahupun orang dalam negeri, mereka akan menjual bon sebagai salah satu jalan pembiayaan. Tidak ada seorang pun yang akan meletakkan ‘hard cash’ untuk sesuatu projek, kecuali mungkin PNB dengan menara 100 tingkatnya.

    Ada baiknya kita melihat apa yang berlaku di Dubai dengan pelbagai rancangan mega mereka yang akhirnya terbengkalai dan bon mereka tidak dapat ditebus balik. Kini, sesetengah hartanah di sana dijual pada paras 20 peratus nilai asal mereka.

    Dubai juga mempunyai hasrat untuk menjadi tempat yang terulung di Timur Tengah dengan ramai orang bank berkejar ke sana memberikan pinjaman sehinggalah ‘belon’ hartanah mereka pecah.

    Siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada Menara Warisan 100 tingkat tersebut misalnya? Macam bangunan KLCC hendak menyewa untuk ruang pejabat pun ramai yang tak mampu. Kemudian ruang untuk jualan, berapa kerat sangat orang Melayu yang mampu berniaga di sana.

    Sewa tetap akan terus naik sehinggalah tidak terdaya untuk menyewa lagi. Sebagai suatu institusi yang bertanggungjawab dengan pelaburan, bukankah PNB patut melihat peluang-peluang untuk mengembangkan sayap mereka keluar negara dalam bidang-bidang yang menguntungkan dan berkongsi pulangan daripada pelaburan luar tersebut dengan pemegang unit.

    Kita lihat dalam tahun 2008 dulu semasa krisis kewangan global, banyak institusi antarabangsa seperti Citicorp, UBS, Morgan Stanley tersungkur sehingga memerlukan penyelamat. Kita patut mengambil peluang tersebut dan memperluaskan portfolio pelaburan kita ke luar negara, terutama sekali yang mampu memberikan pulangan yang menguntungkan. Memanglah hartanah pun suatu pelaburan tetapi di mana letaknya bidang kepakaran PNB? Hartanah atau pelaburan portfolio?
  • Wong Desak Persidangan Perwakilan SUPP Ditunda

    By Admin →

    KUCHING, 29 April (Bernama)-- Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh mahu supaya persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) yang dijadualkan pada November tahun ini, ditunda sehingga pemilihan 2011 diisytiharkan sebagai sah.

    Wong, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak berkata penangguhan itu bermakna pemilihan cawangan atau parti tidak boleh diadakan buat sementara waktu.

    Oleh kerana berlaku banyak kepincangan semasa pemilihan parti pada 2011 yang belum diselesaikan, kami menyerahkannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuat keputusan.

    "Dua cawangan parti (Piasau dan Bekenu) telahpun dibatalkan pendaftaran oleh ROS termasuk cawangan Piasau yang presiden parti (Tan Sri Peter Chin) sendiri adalah pengerusi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perasmian forum pelajar bagi sekolah menengah persendirian Cina di sini hari ini.

    Oleh itu, beliau berkata, SUPP tidak harus meneruskan cadangan untuk mengadakan persidangan perwakilan akan datang.

    Berhubung kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bahawa musuh sebenar SUPP ialah DAP dan bukan dari kalangan pemimpin dan anggota parti, Wong berkata ia adalah komen yang adil daripada ketua Menteri.

    "Puak kami bukan berjuang bagi jawatan dalam parti tetapi apa yang kami mahu ialah membetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh kumpulan lain (puak Chin) pada pemilihan parti pada 2011," kata Wong.

    Wong juga bersetuju dengan formula supaya kedua-dua kumpulan mempunyai jumlah perwakilan yang sama dalam jawatankuasa kerja pusat parti (CWC) sementara SUPP menyelesaikan isu yang membabitkannya dan membuat persediaan bagi pemilihan parti akan datang.

    Beliau berkata formula itu diterima kumpulannya kerana ini akan memberi masa yang cukup kepada kedua-dua pihak untuk memastikan bahawa persidangan perwakilan tiga tahun sekali dan pemilihan cawangan berlangsung secara bebas dan adil.

    Penangguhan persidangan perwakilan tiga tahun sekali itu dibenarkan jika kedua-dua pihak bersetuju dan mendapat persetujuan daripada ROS, kata beliau.

    Wong bersama lima anggota yang dipilih memulau pemilihan parti pada Disember 2011 dan membuat laporan kepada ROS dengan mendakwa berlaku kepincangan.Mereka enggan menerima Chin dan kumpulannnya sebagai anggota jawatankuasa sambil berkata pemilihan mereka adalah tidak sah.-- BERNAMA.

  • MH370: Dakwaan penemuan di Teluk Benggala akan disiasat - Hishammuddin

    By Admin →

    KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan rakan antarabangsanya untuk menilai kredibiliti laporan yang mendakwa penemuan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Teluk Benggala semalam.

    “Selaras dengan pendirian konsisten Malaysia yang akan mengesahkan sebarang penemuan baru sejak hari pertama operasi mencari pesawat MH370, kita sedar akan laporan penemuan serpihan di Teluk Benggala tersebut.

    China dan Australia turut maklum dengan laporan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Tambahnya, usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER yang masih belum membuahkan hasil itu menunjukkan betapa operasi tersebut amat kompleks dan sukar.

    “Malaysia akan berbincang dengan rakan antarabangsanya termasuk Australia, bagaimanakah cara operasi mencari baharu ini, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott akan dijalankan.

    Perbincangan ini akan merangkumi isu seperti kerahan asset yang mempunyai daya cari laut dalam, kos operasi dan medium terbaik pihak berkuasa dalam memastikan ahli keluarga penumpang pesawat malang itu diberikan maklumat terkini perkembangan operasi pencarian,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Kok Soo Chon telah dilantik sebagai Ketua Penyiasat bagi Pasukan Penyiasat Antarabangsa.

    Pasukan terbabit disertai beberapa wakil dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Perancis, Australia, Singapura, Indonesia dan juga dari Boeing, Rolls Royce dan Inmarsat.

    Pasukan itu akan menilai, menyiasat dan menentukan punca sebenar insiden tersebut agar insiden yang serupa tidak berulang di masa hadapan.

    “Saya ingin menegaskan bahawa siasatan ini bukan untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti insiden tersebut kepada mana-mana pihak.

    Pembentukan pasukan penyiasat bebas ini penting untuk kerajaan dan bukan sekadar untuk memastikan sisasatan secara telus dan teliti tetapi juga boleh dipercayai,” tambah Hishammuddin. - Astro

  • Hudud: Sarawak ikut keputusan Perdana Menteri

    By Admin → Tuesday, 29 April 2014

    KOTA SAMARAHAN - Sarawak akan mengikut keputusan dan pendirian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan.

    Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri tidak menolak pelaksanaan Hudud, kerana sebagai orang Islam hukum yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ditentang.

    "Pelaksanaan Hudud itu mesti mengikut perkembangan semasa supaya semua pihak termasuk mereka yang bukan Islam betul-betul memahami hukum tersebut.

    "Seperti apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, hukum Hudud tidak pernah dilaksanakan sebaliknya ia merupakan satu proses yang berjalan dengan sendiri dan pelaksanaannya dilakukan kepada semua orang," katanya.

    Daud berkata keadaan itu berbeza dengan hasrat PAS yang ingin melaksanakan undang-undang Hudud itu secara persendirian di Kelantan dan hanya dikuatkuasa kepada mereka yang beragama Islam. 

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya pendirian Sarawak sama ada menyokong atau menolak usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau selewat-lewatnya Disember ini. 

    Terdahulu Daud merasmikan Seminar Fatwa Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat Sarawak di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini. 

    Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya hukum Hudud dilaksanakan sedemikian di Kelantan, ia akan mengundang pelbagai komplikasi, iaitu mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam. 

    "Sepatutnya penerangan dan pemahaman mengenai hukum Hudud itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu kepada seluruh masyarakat dan dalam hal ini Pusat Penerangan Islam (IIC) harus memainkan peranan.

    "Sekiranya masih ada yang takut mengenai hukum Hudud, sama ada orang Islam atau bukan Islam, membuktikan bahawa pemahaman rakyat mengenai hukum itu masih belum jelas," katanya. 

    Daud berkata dalam masa yang sama, penerangan mengenai Islam harus ditunjukkan menerusi amalan dan sikap umat Islam sendiri, supaya mereka yang bukan Islam menghormati dan tertarik dengan agama Allah ini. - Bernama

  • Fenomena 'Selfie' melanda dunia

    By Admin →

    ISTILAH selfie kini menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang gemar mengambil gambar sendiri dan dikongsi di laman-laman sosial untuk tatapan dan komen oleh rakan-rakan alam maya.

    Apa itu selfie? Selfie adalah perbuatan menangkap gambar sendiri menggunakan telefon bimbit atau webcam atau apa jua alat elektronik yang mempunyai kamera dan kemudiannya dimuat naik ke laman-laman sosial individu tersebut seperti instagram, facebook, wechat dan sebagainya. Pada asalnya,ia dikenali sebagai self-potrait di dalam bahasa Ing­geris dan kemudiannya disingkatkan menjadi selfie.

    Sejarah selfie ini dikatakan bermula sejak 1920 yang mana gambar selfie pertama diambil oleh Joe Byron di atas bumbung sebuah bangunan di New York. Kemudiannya gambar selfie tersebut ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk dijadikan tatapan orang ramai.

    Kini selfie telah menjadi suatu fenomena yang kian popular di seluruh dunia terutamanya bagi mereka yang suka menangkap gambar sendiri. Malah fenomena ini tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa.

    Jika seseorang itu menangkap gambar sendiri untuk tatapan diri sahaja dan tidak dimuat naik di mana-mana laman sosial, maka ia bukanlah diistilahkan sebagai ­selfie. Melainkan individu tersebut memuat naik gambar yang diambil ke dalam laman-laman sosial untuk dipertontonkan oleh rakan-rakan alam maya.

    Persoalannya adakah perbuatan selfie ini mendatangkan faedah atau membawa padah kepada seseorang?

    Pada 3 Mac lepas, berlaku kejadian dua gadis mati lemas ketika mandi di Sungai Lebir Manik Urai Lama, Kuala Krai. Insiden itu berlaku gara-gara kedua-duanya asyik merakam gambar selfie bersama-sama. Menurut kenyataan rakan mangsa, mereka dikatakan bergambar menggunakan telefon bimbit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus sungai.

    Di London pula, seorang remaja lelaki, Danny Bowman, 19, yang terlalu taksub selfie menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar. Dia juga sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan dan menurunkan berat badannya sehingga 12 kilogram semata-mata untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna apabila bergambar.

    Selain itu, ada juga segelintir masyarakat yang bergambar selfie tidak kena pada tempatnya. Contohnya merakamkan aksi selfie ketika dikejar kerbau di Texas. Golongan ini tidak mementingkan keselamatan asalkan dapat selfie walaupun perlu berhadapan dengan situasi ekstrem yang boleh membahayakan diri sendiri.

    Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi, Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berpendapat selfie mungkin menunjukkan ciri-ciri narcisstic (suka diri sendiri) yang ada pada diri seseorang.

    Dalam erti kata lain, mereka ingin menonjolkan keistimewaan yang dimiliki yang kadangkala tidak terserlah di mata orang lain jika tidak ditonjolkan secara begitu.

    Katanya lagi, orang yang mempunyai kecelaruan personaliti mempunyai sifat-sifat yang perlukan pujian dan sanjungan berterusan daripada orang lain dan me­nyimpan kepercayaan bahawa mereka ialah seorang yang istimewa dan berhak mendapat tempat di hati masyarakat.

    Namun, jika dilihat di negara barat kini terdapat trend terbaharu lebih ekstrem iaitu ‘sellofies’ yang mana seseorang itu mengambil gambar sambil memakai sellotape di seluruh muka kemudian memuat naik di laman-laman sosial untuk tatapan orang ramai. Individu yang mengikut trend ini sanggup bersusah-payah membalut wajah mereka dengan sellotape sehinggakan wajah kelihatan hodoh semata-mata untuk dijadikan bahan ketawa dan nampak melucukan di mata orang ramai.

    Inilah natijah apabila dunia semakin maju, alat elektronik semakin canggih, malah pemikiran manusia semakin jauh ke hadapan yang kadangkala melebihi batas pemikiran seseorang itu.

    Sudah menjadi lumrah manusia yang sentiasa ingin mencetuskan suatu inovasi yang boleh diaplikasikan dan menjadi ikutan ramai dalam kehidupan seharian seperti trend selfie ini. Namun seseorang itu perlulah bijak berfikir apabila ingin mengikuti trend terbaru yang diperkenalkan sama ada ianya mendatangkan faedah atau membawa padah kepadanya.

  • Gambar Pesawat terbakar berpatah balik ke Perth

    By Admin →

    PERTH: Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

    Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan. 

    Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island. 

    Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

    Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

    Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. 
    "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

    "Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News

  • Dadah RM300 Jadi 'Tiket' Pesta Seks Liar

    By Admin →
    PETALING JAYA: Bukan wang tunai, tetapi bekalan dadah bernilai RM300 menjadi 'tiket' untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertai pesta seks liar di sekitar ibu negara.

    Antara dadah popular yang ditetapkan penganjur adalah Eramin 5, ecstacy, ketamine, ganja dan methamphetamin.

    Pengunjung pesta seumpama itu yang hanya dikenali sebagai Ryan, berkata wang tunai bukan suatu kemestian untuk menyertai parti itu kerana penganjur lebih berminat dengan dadah sebagai bayaran masuk.

    "Penganjur akan memaklumkan kepada kami lebih awal," katanya.

    Beliau yang berusia 33 tahun dan mula menyertai pesta seks sejak 10 tahun lalu, berkata amalan ini bukan baharu tetapi mudah bagi penganjur untuk menyembunyikan kegiatan seperti ini.

    Katanya, selain dadah, ada penganjur yang menggalakkan peserta pesta seks itu datang dengan separuh bogel kononnya supaya menepati tema.

    "Biasanya wanita yang turut serta akan mengenakan pakaian ketat dan senteng," katanya sambil menambah ada pengunjung pesta itu dalam kalangan keluarga kaya dan anak orang ternama dan selebriti tempatan.

    Katanya lagi, parti itu akan bermula dengan hidangan alkohol dan disusuli dengan dadah yang akan memudahkan mereka bergaul secara bebas.

    Seorang lagi pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, berkata mudah untuk mendapat teman wanita 'segera' jika berkujung ke pesta seumpama itu.

    Setakat ini, polis masih menyiasat laporan mengenai pesta seks liar yang sedang dirancang di pangsapuri mewah dan premis tertentu, di empat bandar utama Semenanjung pada 4 Mei ini. -mStar
  • Mengenali Daerah Kecil Pantu

    By Admin →
    Bagi yang pernah melalui perjalanan ke Bahagian Sri Aman, anda mungkin menyedari dan terlihat papan tanda di sebuah simpang yang tertulis ' Pantu' . Mungkin tidak ramai yang mengetahui terdapatnya sebuah daerah kecil bernama Pantu di dalamnya.

    Menurut penduduk di daerah ini, Pantu mendapat namanya daripada nama sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan ini.

    Pokok Pantu, yang banyak tumbuh di sini dan masih boleh didapati sehingga sekarang merupakan sejenis pokok yang menyerupai pokok rumbia tetapi ia tidak berduri dan umbutnya boleh dimakan. Mitos turut mengatakan pokok pantu mempunyai buah yang boleh di makan.

    Daerah Kecil Pantu boleh dihubungi melalui jalan raya yang baik dengan perjalanan kira-kira sejauh 65km dari Sri Aman dan 139km dari bandaraya Kuching. Ia juga boleh dihubungi melalui sungai.

    Keluasan kawasannya ialah 734.23km2 meliputi kawasan Jaong, Sungai Tengang, Lachau dan Ran. Suatu ketika dahulu, daerah kecil ini merupakan sebuah kawasan perlombongan pernah digiatkan sehingga ke zaman pemerintahan Jepun.

    Pada awalnya, Pantu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Lingga sebelum ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Pantu.

    Ditubuhkan pada tahun 1974, Pejabat Daerah Kecil Pantu yang beroperasi di bangunan baru yang siap dibina pada tahun 2002 memainkan peranan penting melalui beberapa fungsi dalam mentadbir Daerah Kecil Pantu sehingga sekarang.
  • Baru Bian terkejut berlaku blackout, manipulasi undi di Sarawak

    By Admin →
    Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian terkejut apabila dimaklumkan mengenai penipuan yang berlaku semasa proses pengiraan undi termasuk terjadi 'blackout' di beberapa cabang di negeri itu.

    Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'kelalan ini, beliau tidak mengetahui perkara tersebut selain tidak menerima sebarang laporan daripada anggota parti.

    "Apa? Blackout? Saya tidak menerima laporan begitu... saya tidak mendapat sebarang maklumat tentang semua itu," katanya dengan nada terkejut kepada Antarapos.

    Justeru beliau menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu menyiasat segera dakwaan tersebut yang turut didakwa melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali semasa proses pengiraan undi untuk pemilihan PKR 2014.

    "Respons saya begini sebagai Pengerusi PKR Sarawak tidak menerima laporan sebegitu, sekiranya ada laporan yang dikemukakan dengan JPP harus disiasat.

    "Apa jua tuduhan yang tidak mengikut undang-undang mesti disiasat dan harus diambil tindakan.

    "Tetapi bagi saya tidak menerima atau dimaklumkan dengan semua itu sampai hari ini... ini kali pertama saya dengar tentangnya," kata calon bagi jawatan Naib Presiden PKR ini.

    Semalam Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata siasatan sedang dijalankan dan hasil siasatan akan diumumkan secepat mungkin.

    JPP tegasnya tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

    "Kami JPP tidak akan bertoleransi pada kes seperti ini. Sebagai parti reformasi kita tidak boleh lakukan apa yang kita suka.

    "Pihak JPP akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

    Bagaimanapun Bian memaklumkan mengetahui tentang insiden yang berlaku di Cabang Batang Sadong selepas diberitahu oleh seorang wartawan yang menghubunginya.

    "Batang Sadong itu saya dapat tahu kelmarin, itu pun dari seorang wartawan dan ia bukan berlaku di seluruh cabang.

    "Itu sahaja saya dengar dari seorang wartawan yang menghubungi saya mengenai Batang Sadong," katanya.

    Untuk rekod, perkara itu terlebih dahulu didedahkan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang turut mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

    Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

    "Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

    "Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," tegas Che Gu Bard.- Antarapos
  • Seorang Wanita Ditahan, Menjadikan 10 Anggota Militan Ditangkap

    By Admin →
    KAJANG, 29 April (Bernama) -- Seorang lagi individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pagi Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang.

    Semalam, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 25 hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita yang ditahan hari ini merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi serta waktu dia ditahan.

    "Setakat pagi tadi, kami sudah menahan 10 orang yang dipercayai ada hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan," katanya.

    Beliau memberitahu sidang media selepas majlis 'Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara', pelancaran unit pengiringan bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC.

    Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan.

    Tambahnya, maklumat risikan juga mendapati mereka mempunyai rangkaian di luar dan dalam negara, dan telah menyertai beberapa misi jihad di negara yang sedang bergolak.

    "Mereka menyamai apa yang dilakukan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berselindung atas nama misi kemanusiaan," katanya.

    Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan misi mengesan saki baki kumpulan itu yang dipercayai lebih daripada 10 orang.

    Ketika ditanya mengenai cara anggota kumpulan itu direkrut, beliau berkata PDRM menyelidiki semua punca pengambilan yang dilakukan daripada individu, kumpulan atau laman sosial seperti Facebook dan tidak akan ada unsur kompromi kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

    Ahmad Zahid berkata setelah siasatan selesai, beliau akan meminta Bukit Aman mendedahkan mengenai kumpulan itu, yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu.

    Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

    "Saya yakin di bawah Sosma kita akan dapat membendung gejala keganasan di negara ini yang mengamalkan kesederhanaan dalam Islam," katanya.

    -- BERNAMA
  • Ulama Pas sokong Muhyiddin

    By Admin →

    KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Kelantan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ditubuhkan sebuah jawatan kuasa di peringkat kebangsaan bagi meneliti isu-isu teknikal berkaitan cadangan melaksanakan  hudud di negeri ini.

    Ketuanya, Datuk Hassan Mohamood berkata, jika jawatan kuasa itu memang bertujuan untuk mempermudah dan melicinkan pelaksanaan hudud, ia memang disokong.

    "Saya akan cadangkan kepada (kerajaan) Kelantan untuk hantar wakil menyertai jawatan kuasa itu kerana pada zahirnya, ia memudahkan pelaksanaan hudud.

    Dewan Ulama tidak ada masalah, kami sokong,” katanya.

    Kelmarin, Muhyiddin ketika lawatannya ke negeri ini mencadangkan penubuhan sebuah jawatan kuasa untuk meneliti dan memperhalusi  pelaksanaan hudud selain mengambil kira aspek perundangan.

    Hassan berkata, dari aspek prinsip dan teknikal, Kelantan sudah bersedia untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

    Ditanya mengenai kerjasama dengan Umno dalam urusan itu, beliau menyatakan bahawa Pas sedia untuk bersama dengan parti itu memberikan penjelasan mengenai hudud kepada orang ramai.

    “Saya yakin pelaksanaan hudud tidak merugikan mana-mana pihak mahupun Pas dan Umno tetapi ia dapat mengukuhkan lagi umat Islam di seluruh negara,” katanya.

    Mengenai DAP, beliau yakin DAP dan orang bukan Islam suatu hari nanti akan turut menyokong juga Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang akan dikuatkuasakan tahun depan.

    "Saya yakin mereka (DAP dan bukan Islam) akan terima  setelah diberikan penjelasan dan memahami hudud secukupnya. Walaupun ada pihak yang melihat DAP cuba menentang pelaksanaan hudud, bagi Hassan itu bukan masalah.

    “DAP tidak menentang, itu adalah pandangan dan bukan keputusan Majlis Pakatan Rakyat yang minta kita (Pas) keluar. Itu tidak ada masalah,” katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang menggesa Pas keluar secara terhormat daripada Pakatan Rakyat (PR) jika mahu meneruskan cadangan melaksanakan hudud di Kelantan.

    Hassan ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menganjurkan Majlis Penerangan dan Penjelasan Kanun Jenayah Syariah II Peringkat Kelantan yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, esok.

    Beliau menjelaskan, pimpinan Pas Pusat sudah membuat rangka  penjelasan bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga NGO bukan Islam, MCA, MIC  selain umat Islam sendiri untuk lebih memahami pelaksanaannya. - SH

  • Jawatankuasa Ditubuh Bagi Harmonikan Undang-undang Berkaitan Siber - Jailani

    By Admin →

    KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di bawah Jabatan Peguam Negara bagi meneliti pendekatan sesuai, khusus bagi menangani isu berkaitan siber, persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata disertai agensi penguatkuasaan berkaitan, jawatankuasa itu akan berperanan menilai dan menyusun semula beberapa akta bagi mengelak berlakunya pertindihan bidang kuasa yang menyukarkan sesuatu tindakan diambil terhadap penyalahgunaan Internet.

    "Jawatankuasa ini akan menyemak semula semua akta sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan keberkesanan undang-undang tersebut dalam menangani isu-isu dalam talian."... dalam bahasa mudah, jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengharmonikan undang-undang berkaitan siber," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

    Mohd Ali ingin tahu jumlah kes fitnah siber, tindakan dan perancangan kementerian dalam menangani penularan kes sedemikian.

    Selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), jawatankuasa itu turut disertai Cybersecurity Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain berkaitan.

    Jailani berkata walaupun mungkin ada kementerian atau agensi berkaitan mempertikai penubuhan jawatankuasa itu, namun beliau berpendapat penyusunan semula beberapa akta dan meletakkannya di bawah satu 'bumbung' adalah lebih baik, khasnya dalam mengatasi 'kelompongan' dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan.

    Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memandang serius ancaman yang dilakukan pihak tertentu melalui medium Facebook, Twitter dan Youtube dan sehingga kini sebanyak 2,026 laman web telah disekat kerana didapati menyalahi pelbagai undang-undang berkaitan siber.

    Jailani berkata sebanyak 2,850 aduan membabitkan penyalahgunaan Internet direkodkan sejak awal tahun lalu sehingga Mac lepas. Sebanyak 792 daripadanya adalah kes melibatkan penyalahgunaan media sosial.

    "Walaupun jumlah ini kurang satu peratus daripada keseluruhan 19.2 juta pengguna Internet di negara ini, kerajaan tetap memandang serius dan mengambil berat ancaman yang dibawa media soial," katanya.-- BERNAMA

  • Syarikat Australia Percaya Temui Bangkai MH370

    By Admin →
    Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu.

    GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.

    Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

    Menurut jurucakap syarikat itu, David Pope, "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu."

    Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

    "Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti," kata Pope.

    Sementara itu, seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

    "Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777... ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia 7News .

    MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lalu dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian, ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

    Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

    Satu operasi pencarian antarabangsa dilakukan bagi mencari pesawat yang hilang, dengan yang pertama di Laut China Selatan dan kemudian selepas ia dikatakan menyimpang dari laluan penerbangan, pencarian beralih ke dua koridor, meliputi koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

    Susulan analisis data satelit yang belum pernah belaku sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 terbang ke koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".-mStar
  • Pelatih parah pesawat terhempas

    By Admin →
    Seorang pelatih pusat latihan penerbangan, Asia Pacific Flight Training (APFT) cedera parah apabila pesawat ringan yang diterbangkannya terhempas di satu kawasan lapang berdekatan Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

    Dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin tadi, pelatih berkenaan, M Shankar, 20, yang cedera di bahagian kepala dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).

    Mangsa yang berasal dari Kampung Pandan, Selangor sedang menerbangkan pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 itu sendirian dalam sesi latihan sebelum ia terhempas.

    Beliau dipercayai gagal mengawal pesawat itu selepas mengesan kerosakan pada enjin sebelum pesawat itu menjunam.

    Juruterbang pelatih itu tersepit hampir 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

    Penduduk yang menyaksikan kejadian turut mendakwa tidak mendengar bunyi enjin pesawat ketika ia terhempas
  • Blackout di Batang Sadong: PKR akan disiasat

    By Admin →
    Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR akan segera menyiasat mengenai dakwaan wujudnya kejadian mencurigakan ketika pengiraan undi pemilihan parti itu di Batang Sadong Sarawak baru-baru ini.

    Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, beliau dan ahli jawatankuasanya akan berangkat ke Sarawak hari ini bagi menyiasat aduan tersebut.

    "Jika ada bukti, kita akan ambil tindakan segera.

    "Saya tidak akan bertoleransi mengenai perlanggaran disiplin parti. Jika sesiapa yang melanggar garis panduan ini kita akan ambil tindakan yang tegas," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

    Terdahulu menurut laporan mengatakan bahawa berlaku kejadian mencurigakan ketika proses pengiraan undi berlangsung di Batang Sadong.

    Dimana dikhabarkan berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku.

    Sementara itu, ketika menyentuh tentang keputusan keseluruhan pemilihan PKR kali ini, beliau berkata beliau akan menunggu sehingga mendapat borang 14 (borang kiraan jumlah undi rasmi) baru beliau akan memaklumkan kepada umum.

    "Kita akan umumkan secepat mungkin, dalam 20 jam lagi.

    "Keputusan boleh dilihat dilaman sesawang rasmi PKR," jelasnya.- SH
  • PAS Tidak Seharusnya Takut Kepada DAP dan PKR Untuk Laksanakan Hudud

    By Admin →
    HASRAT Pas untuk melaksanakan hukum hudud melalui pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat meletakkan parti itu di persimpangan, sama ada meneruskan cita-cita tersebut yang menjadi teras perjuangan Islamnya atau akur dengan tekanan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk melupakan hasrat tersebut demi pakatan.

    Sememangnya, Pas dalam dilema antara mempertahankan maruah parti yang semakin dicabar oleh sekutunya atau terus menjadi ‘hamba politik’ dalam pakatan pembangkang demi meraih kuasa. DAP sudah jelas memberi peringatan kepada Pas supaya meninggalkan pakatan tersebut jika mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan manakala PKR pula secara konsisten mahu Pas akur dengan persetujuan yang dicapai berhubung perkara berkenaan.

    Dalam istilah mudahnya, jika Pas mahu terus berada dalam pakatan, lupakan hukum hudud buat selama-lamanya. Tidak usahlah Pas hendak bernostalgia apatah lagi mengungkit sumbangan parti itu kepada pakatan selama ini, semua ini tidak ada dalam perkiraan PKR dan DAP.

    Bagi kedua-dua parti itu, mereka senada menolak hukum hudud dan Pas mesti patuh kepada kehendak mereka. Suara Pas seolah-olah tidak dipedulikan.

    Oleh itu di manakah maruah Pas jika mahu terus berada dalam pakatan sedangkan sudah terbukti PKR dan DAP tidak pernah menghormati perjuangan Islam Pas apatah lagi menghargai pengorbanan Pas selama ini dalam memantapkan kedudukan politik pakatan?

    Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP, mereka ternyata tidak mahu mendengar apa juga hujah Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud, waima usaha Pas untuk bermuzakarah bagi me­nerangkan perkara itu.

    Sikap PKR dan DAP itu jauh lebih buruk jika mahu dibandingkan dengan UMNO yang sudah menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak menolak hukum hudud tetapi mahu persediaan yang rapi dilakukan bagi mengelakkan salah faham khususnya dalam kalangan bukan Islam.

    Tetapi malangnya, ada dalam kalangan pemimpin Pas masih memandang sinis kepada UMNO dengan menganggap sokongan yang diberikan oleh parti itu kepada hukum hudud sekadar usaha bagi meraih undi orang Melayu.

    Namun apa yang anehnya, kenapakah pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berkata-kata terhadap penentangan terbuka oleh orang yang dianggap ‘tidur setilam dan sebantal’ dengan mereka. Apakah keberanian sesetengah pemimpin Pas hanya dengan UMNO sahaja tetapi ‘kecut perut’ apabila berhadapan dengan PKR dan DAP?

    Justeru tidak perlulah, pemimpin Pas memandang serong terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO hatta sokongan kepada hukum hudud sekali pun. Jangan hanya tunjuk berani dengan UMNO sedangkan yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud bukannya UMNO tetapi PKR dan DAP.

    Atas sebab itulah, semua pihak memberi tumpuan sejauhmanakah keberanian Pas untuk berhadapan dengan penentangan ke­dua-dua parti tersebut. Sebagai sebuah parti yang bermaruah, Pas diharapkan tidak akan tunduk semata-mata kerana bimbang kehilangan kedudukan untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP jika pembangkang menawan Putrajaya.

    Apa gunanya berkongsi kuasa, kalau Pas terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya? Apa gunanya bergembira kerana memperolehi kuasa, kalau Pas sekadar menjadi ‘pak turut’?

    Sememangnya tiada siapa pun yang meminta Pas meninggalkan pakatan, kalau Pas berpendapat dengan cara itu sahaja mereka boleh berkuasa dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, teruskanlah kerjasama itu tetapi soalnya apakah Pas akan memperolehi keuntungan melalui perjuangan dan pengorbanannya?

    Pemimpin dan ahli Pas perlu faham hukum hudud satu-satunya sisa perjuangan parti itu selepas matlamat menubuhkan negara Islam terpaksa ‘dikuburkan’ akibat penentangan keras DAP dan PKR. Oleh itu apa mungkin perjuangan menegakkan hukum hudud ini juga akan ‘dikafankan’ kerana penentangan kelompok berkenaan? Kalau itulah yang berlaku maka selepas ini mungkin perjuangan politik Pas pula menunggu masa untuk ‘ditalkinkan’ oleh sekutunya.

    Semua senario ini seharusnya memberi kesedaran kepada Pas untuk tidak lagi tunduk kepada PKR dan DAP, cukup-cukuplah selama ini pemimpin kedua-dua parti itu dilihat lebih dominan dalam pakatan pembangkang, biarpun sejarah perjalanan politik Pas membuktikan pemimpin dan parti itu jauh lebih hebat daripada sekutunya.

    Seperkara lagi, jika betul pakatan pembangkang begitu mendabik dada mengatakan mereka memperjuangkan demokrasi sebenar maka mereka perlu memberi peluang kepada Pas membentangkan rang undang-undang ber­­­­­kaitan hukum hudud seperti mana UMNO memberi ruang kepada Pas membuat persediaan.

    Janganlah soal demokrasi ini hanya terpakai apabila melibatkan kepentingan PKR dan DAP sahaja tetapi apabila Pas mahu mempraktikkan amalan demokrasi itu, mereka berhujah pula soal Perlembagaan Persekutuan.

    Sepatutnya, Pas diberi peluang berbuat demikian kerana setakat ini belum ada kerangka yang jelas apa yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, berilah ruang kepada Pas untuk menjelaskannya sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat. Janganlah melayan Pas bagaikan ‘parti yang tidak bermaruah’!

    Namun begitu tumpuan kini diberikan pemimpin dan ahli Pas yang diharapkan istiqamah dalam perjuangan mereka untuk menegakkan hukum hudud. Jika benar mereka pejuang Islam dan mahu menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini. Inilah masanya untuk Pas membuktikan Islam bukanlah alat politik apatah lagi kuda tung­gangan kepada mereka bagi meraih kuasa.

    Jika kali ini Pas tunduk kepada kehendak DAP dan PKR dengan memberi 1001 alasan kenapa rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hukum hudud tidak dapat dilakukan, maka terbuktilah Pas adalah parti yang paling tidak bermaruah dan tidak berprinsip dalam arena politik tanah air.

    Sudah tentulah Pas tidak mahu keadaan itu berlaku, justeru mereka perlu bertegas dengan sekutunya. Pas perlu faham, sejarah politik negara sudah membuktikan parti itu mampu berjuang sendirian tanpa sokongan parti lain.

    Dan berdasarkan rentetan perjalanan kerjasama dengan PKR dan DAP, kedua-dua parti itu lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya.

    Berikutan itu Pas tidak boleh membiarkan parti itu terus diperbodohkan dengan mengerah pemimpin dan ahlinya menyokong agenda politik PKR dan DAP termasuklah perhimpunan pada 1 Mei ini tetapi apabila Pas memerlukan sokongan mereka bagi melaksanakan agenda parti itu, ia ditolak mentah-mentah seolah-olah Pas hanya layak dilayan bagaikan ‘lembu dicucuk hidungnya’.
  • Adam AF, Fiza Elite Sah Bercerai!

    By Admin →

    Adam AF dan pelakon Fiza Elite sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sebentar tadi menurut laporan terkini Harian Metro melalui Twitter.

    Fiza Elite pada minggu dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai namun bekas anggota kumpulan Elite itu mahu pun Adam AF enggan mengulas lanjut akan kesahihah perkara itu dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik.

    Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September tahun lalu selepas hanya berkenalan selama dua bulan. Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya terjadi.-ROTIKAYA
  • PKR pangkah kertas undi dalam bilik Hotel

    By Admin → Monday, 28 April 2014
    Maklumat ini adalah hasil sebaran pasukan pemantau PKR yang dikatakan telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut bilik hotel telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

    Pasukan pemantau itu mendapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti serta dipercayai sudah memangkah kertas undi untuk dimasukkan kedalam sebuah kotak.

    Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

    Tapi apakah PKR dan Anwar akan mengaku perbuatan tersebut, apakah akan ada tindakan terhadap pihak terbabit?

    Anwar dan PKR pasti akan menyalahkan media perdana atau blogger pro BN kerana menyebarkan pendedahan tersebut.

    Ini bukan pertama kali penipuan dalam pemilihan PKR didedahkan, bahkan pemilihan terdahulu ahli-ahli PKR sampai mengamuk baling kerusi hinggakan ada yang tercedera.

    Namun selepas itu mereka akan sama-sama menafikan penipuan yang berlaku dengan cara menyalahkan pihak yang menyebarkan berita.

    Bagi PKR, mereka akan terus membuta tuli mengatakan pemilihan tersebut bersih dan adil...

    Kami tertunggu-tunggu PKR menafikan hal ini. - (dari blog)
  • "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-80 TLDM," - NAJIB

    By Admin →
    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-80 kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    "Angkatan TLDM telah berkhidmat dan berkorban demi tanah air selama lapan dekad. Selamat menyambut ulang tahun ke-80 kepada perajurit kita," katanya di laman Twitter beliau malam Ahad.

    TLDM merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.

    Ia ditubuhkan kerajaan British pada 1934 dengan gelaran Malayan Naval Forces (MNF) untuk membantu mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan politik di Asia pada masa itu.

    MNF kemudian dikurniakan gelaran 'Diraja' oleh Ratu Elizabeth II pada 1952 menjadi Royal Malayan Navy (RMN) atas perkhidmatan cemerlang ketika darurat, sebelum diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958.

    RMN dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia pada 16 September 1963, setelah pembentukan Malaysia.

    -- BERNAMA
  • OBAMA TOLAK AJAKAN 'SELFIE'

    By Admin →
    Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menolak ajakan seorang remaja perempuan untuk selfie atau foto bersama. Padahal remaja yang merupakan puteri seorang perajurit AS itu sudah menunggu selama beberapa jam.

    Mika Taylor dan beberapa orang temannya sedang menunggu kedatangan Obama di Pangkalan Tentera AS Yongsan di Seoul, Korea Selatan . Ketika itu remaja berusia 13 tahun itu menunggu Obama sambil membawa sepanduk bertuliskan, 'MR. PRESIDENT MAY A HAVE A SELFIE WITH YOU?'

    Namun setelah lama menunggu, kesempatan untuk selfie dengan Presiden Obama tidak kesampaian oleh Taylor dan teman-temannya. Obama menolak secara halus keinginan Taylor.

    "Jika saya bersedia selfie dengan kamu, maka saya harus melakukannya dengan yang lain," ujar Obama,

    "Ambil foto saya saja ketika lalu," lanjutnya.

    Presiden Obama sepertinya enggan mengambil selfie lagi. Sebelumnya,selfie Obama dengan seorang atlet baseball David Ortiz, menimbulkan kecaman. Ortiz yang baru saja menandatangani kontrak iklan bersama Samsung, dituduh menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk.

    Sebelumnya, kecaman berkaitan selfie Obama juga terjadi pada Disember 2013 lalu. Ketika itu Obama mengambil foto bersama dengan Perdana Menteri England David Cameron dan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning Schmidt, ketika menghadiri upacara penghormatan bagi mantan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela. Sumber – (faj) okezone
  • Sarawak catat pelaburan RM6.8 bilion

    By Admin →
    Jumlah pelaburan suku pertama tahun ini, atasi jumlah diterima negeri lain

    LAWAS: Ekonomi Sarawak terus berkembang apabila mencatat pelaburan asing berjumlah RM6.8 bilion pada suku pertama tahun ini.

    Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jumlah itu mengatasi jumlah diterima Selangor mahupun Pulau Pinang dan negeri-negeri lain.

    Katanya pencapaian tersebut dicapai kerana adanya kepimpinan baik dan berwawasan diasaskan oleh bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melalui politik pembangunan.

    “Kini semua dasar yang baik itu diteruskan oleh Ketua Menteri baharu, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem bagi memastikan ekonomi Sarawak terus berkembang dan mampu menarik kemasukan pelabur asing,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sarawak di sini kelmarin.

    Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Zaini Mohamad, Timbalan Residen Bahagian Limbang Hamidah Halpi dan Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim.

    Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua berkata rakyat perlu akur bahawa sejarah membuktikan kekuatan perpaduan, persefahaman antara kaum dan agama di negeri ini.

    Katanya perpaduan kukuh ini menjadi satu kekuatan yang sukar digugat sejak penguasaan Parti Perikatan dan sekarang Barisan Nasional (BN).

    “Kita bukannya takut dengan pemimpin pembangkang terutama dari Semenanjung Malaysia, tetapi kita sayang dengan rakyat dan mahu memastikan perpaduan serta persefahaman sekian lama tidak dicemari oleh permainan politik perpecahan yang dibawa oleh pihak luar itu.

    “Kuasa Imigresen adalah hak yang kita persetujui sejak awal pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak.

    “Kita juga perlu faham Sabah dan Sarawak sebenarnya bersama membentuk sebuah negara Malaysia bersama negeri persekutuan lain dan kita bukannya masuk Malaysia,” tambahnya.

    Pada masa sama, Awang Tengah mahu K1M menjadi rujukan kepada masyarakat kampung menyebarkan maklumat tepat dan benar tanpa dicemari fakta yang banyak diperolehi dalam laman-laman media sosial.

    Katanya K1M perlu menjadi pelopor kegiatan yang mendatangkan faedah selain menjadi contoh setiap kejayaan dalam semua aspek seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

    “Setiap kejayaan akan menjadi perangsang kepada masyarakat melihat K1M bukan hanya terlibat dalam aktiviti membaiki rumah, membina jeti dan sebagainya sebaliknya menjadi contoh kepada kejayaan lebih besar kumpulan tersebut,” jelasnya.

    Aspek kejujuran harus ditonjolkan dalam membimbing anak-anak buah di peringkat kampung dan sentiasa berusaha memahami kegiatan jabatan kerajaan yang terdapat di daerah masing-masing bertanggungjawab secara langsung terhadap pembangunan.

    “Hubungan erat antara masyarakat dan jabatan akan menjadi landasan mempercepatkan proses pembangunan,” katanya.

    Sebanyak 234 K1M daripada 33 daerah seluruh negeri ini menghadiri konvensyen itu.

    Pemilihan Lawas sebagai tuan rumah dilihat amat relevan bersesuaian dengan Tahun Melawat Sarawak (TMS) 2014 kerana Lawas merupakan gerbang utara negeri ini dan sebuah daerah yang pesat membangun.- utusan borneo
  • Pesta Kaul Mukah berjaya tambat hati pengunjung

    By Admin →
    MUKAH: Pengunjung Pesta Kaul Mukah 2014 memiliki pandangan masing-masing terhadap perayaan yang disambut masyarakat Melanau setiap tahun itu.

    Tinjauan di tapak Pesta Kaul semalam menyaksikan ramai masyarakat berkunjung untuk melihat keunikan budaya dan perayaan tersebut.

    Seorang pengunjung dari Bintulu, Cathrine Linyau, 50, berkata Pesta Kaul Mukah merupakan pesta yang amat menarik kerana mampu mengumpulkan semua lapisan masyarakat di Sarawak untuk bersama-sama memeriahkannya.

    “Saya pergi ke Pesta Kaul setiap tahun dan melihat suasananya meriah dan pelbagai kaum bertandang ke sini untuk bersama-sama melihat sambutan pesta yang sangat popular ini.

    “Selain itu, Pesta Kaul Mukah mempamerkan pelbagai produk kraf tangan buatan anak tempatan,” katanya ketika ditemui di tapak Pesta Kaul di sini semalam.

    Roselind Ngian Dana, 50, dari Sibu pula berkata Pesta Kaul merupakan satu tempat menyatukan masyarakat berbilang kaum walaupun dianjurkan Persatuan Melanau namun diterima dan dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.

    “Tahun ini merupakan kali pertama saya menyaksikan Pesta Kaul dan saya melihat sambutan masyarakat di sini dan luar amat baik,” katanya.

    Pesta Kaul Mukah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Majlis Makan Beradat disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

    Sementara Maedeline Nguh, 65, dari Miri memberitahu bahawa Pesta Kaul mampu memberi hiburan kepada masyarakat sama ada dari dalam atau luar negara.

    “Pesta Kaul merupakan satu pesta yang mampu menghiburkan masyarakat dengan pelbagai aktiviti hiburan selain mempamerkan budaya dan keunikan sambutan pesta itu sendiri.

    “Selain itu, saya memuji sikap masyarakat di sini yang sangat ramah dan mesra dengan pengunjung,” katanya. -utusan borneo