Browsing "Older Posts"

  • Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai MH370

    By Admin → Monday, 31 March 2014

    KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media mengenai pencarian Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) di Kuala Lumpur, Isnin:

    Pengenalan
    Sebelum saya memulakan taklimat hari ini, saya ingin mengulangi apa yang disebut Perdana Menteri Australia Tony Abbot pagi ini (31 Mac).Kerjasama antarabangsa yang sedang dijalankan untuk menjejaki MH370 tidak kurang kehebatannya.

    Tentera Malaysia, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, China, Jepun dan Korea berusaha menjejaki pesawat yang hilang.

    Saya juga ingin menjelaskan bahawa Indonesia telah memberi kebenaran kepada 94 penerbangan pesawat dari sembilan negara - untuk terbang melintasi ruang udara Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha mencari.

    Seperti disebut Perdana Menteri Australia, amat menggembirakan untuk menyaksikan pelbagai negara bekerjasama untuk satu misi kemanusiaan; untuk merungkai misteri luar biasa ini; dan merapatkan hubungan ahli keluarga mereka yang berada dalam pesawat.

    Lawatan Perdana Menteri ke Perth
    Pagi ini, Perdana Menteri berhubung dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

    Perdana Menteri Abbot memberi taklimat mengenai perkembangan terkini status operasi mencari, yang berlepas dari Perth.

    Perdana Menteri memutuskan untuk berlepas ke Perth pada Rabu untuk lawatan kerja ke pangkalan Tentera Udara Pearce meninjau dari dekat dan juga untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota yang terbabit dalam usaha pelbagai negara mencari pesawat, termasuk anggota dari Malaysia.

    Perkembangan terkini operasiTengah hari tadi (31 Mac), Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia memberi taklimat kepada saya mengenai penubuhan Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang baharu berpusat di pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth.

    JACC akan diketuai oleh Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, bekas Panglima Pasukan Pertahanan Australia.

    JACC akan menyelaraskan operasi antara semua agensi kerajaan Australia dan pasukan pencarian antarabangsa.

    Berhubung maklumat yang kami terima daripada pihak berkuasa Australia, kawasan pencarian hari ini (31 Mac) meliputi 254,000 kilometer persegi.

    Hari ini (31 Mac), sembilan pesawat tentera dan sebuah pesawat awam berlepas ke kawasan pencarian.

    Pesawat-pesawat tersebut ialah:
    - dua pesawat C-130 Malaysia.
    - sebuah pesawat Ilyushin IL-76 China.
    - sebuah pesawat G5 Pengawal Pantai Jepun.
    - sebuah pesawat P3 Orion Australia.
    - sebuah pesawat P3 Orion New Zealand.
    - sebuah pesawat awam New Zealand.
    - sebuah pesawat P8 Poseidon Amerika Syarikat.
    - sebuah pesawat P3 Orion Jepun.
    - sebuah pesawat P3 Orion Korea Selatan.

    Hari ini, 11 kapal juga dikerah ke kawasan pencarian:
    - Lapan kapal China:- Xue Long,- Kunlunshan,- Haikou,- Qiandaohu Jian,- Jing Gang Shan,- Haixun,- Dong Hai Jian,- Nan Hai Jian.

    Tiga kapal Australia:- HMAS Success,- HMAS Toowoomba- dan MV Barkley Pearl, yang kini dalam persinggahan di kawasan pencarian.

    Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Lekiu, dijangka tiba di kawasan pencarian pada 3 April.

    Kapal ADV Ocean Shield - dipasang dengan alat pengesan isyarat "Towed Pinger Locator" dan "Bluefin 21 autonomous underwater vehicle" (kapal selam kecil tanpa pemandu) - dijangka tiba di kawasan pencarian pada 3 April.

    Penemuan objek-objek berpotensi:
    Pada Sabtu, lima objek dikutip oleh HMAS Success dan Haixun. Bagaimanapun, tiada satupun daripada objek-objek itu didapati berkaitan MH370.Pada Ahad, pesawat P3 Orion Australia melaporkan mengenai penemuan secara visual tujuh objek berpotensi.

    Sebuah pesawat P3 Orion Korea juga melaporkan penemuan secara visual tiga objek berpotensi.

    Kapal China, Haixun, ditugaskan pada Isnin untuk mengutip objek-objek berpotensi itu.

    Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN
    Atas sifat saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, akan berlepas malam ini (31 Mac) ke Markas Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii.

    Saya akan menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 April.Mesyuarat dipanggil oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.

    Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya akan berkongsi dengan rakan sejawatan dari ASEAN, dan kerajaan Amerika Syarikat, maklumat mengenai perkembangan terkini operasi pencarian MH370.

    Saya akan menyampaikan kepada rakan-rakan ASEAN dan Amerika Syarikat, rasa penghargaan tertinggi Malaysia atas bantuan mereka yang tinggi nilainya dalam usaha mencari multi nasional.

    Saya juga akan menggunakan kesempatan ini untuk membincangkan kemungkinan menggerakkan lebih banyak aset tentera jika kita perlu melancarkan operasi meliputi fasa yang lebih sukar.

    Saya akan berbincang dengan Amerika Syarikat dan negara-negara sahabat dan sekutu, cara terbaik untuk memperoleh aset-aset yang diperlukan bagi kemungkinan melancarkan operasi mencari di laut dalam.

    Pertemuan dengan Wakil Khas Indonesia
    Hari ini (31 Mac), saya mengadakan pertemuan dengan Wakil Khas Indonesia dan Penasihat Khas kepada Menteri Luar, Puan Wiwiek Setyawati Firman, dan delegasinya.

    Anggota delegasi termasuk Tuan Yang Terutama Herman Prayitno, Duta Indonesia di Malaysia.

    Wakil Khas melahirkan penghargaan yang tulus ikhlas kepada Kerajaan Malaysia dan pasukan multi nasional yang menjalankan operasi pencarian.

    Wakil Khas juga menegaskan bahawa Indonesia memahami sepenuhnya kerumitan dan betapa besarnya cabaran yang mendatang, dan mengulangi sokongan yang tidak goyah kepada Malaysia.

    Ahli keluarga
    Semalam (30 Mac), sekumpulan ahli keluarga, yang orang tersayang mereka berada dalam MH370, tiba di Kuala Lumpur dari Beijing.

    Kerajaan dijangka mengadakan taklimat peringkat tertinggi tidak lama lagi bagi ahli keluarga ini untuk memberi maklumat mengenai perkembangan terkini berhubung pencarian MH370.

    Taklimat termasuk pakar-pakar antarabangsa yang tidak dapat hadir semasa taklimat di Beijing termasuk pakar dari China. Ia juga akan disiarkan secara langsung kepada keluarga lain di Beijing.

    Pencarian MH370 terus kekal sebagai usaha besar-besaran yang sukar membabitkan banyak negara dan agensi antarabangsaKebanyakan penyelidikan yang diguna pakai untuk mengesan MH370 disalurkan kepada pasukan penyiasat Malaysia oleh rakan-rakan antarabangsa kita.

    Penyelidikan ini amat rumit, membabitkan pasukan pakar-pakar tertinggi, kebanyakan mereka berpusat di negara-negara yang berlainan di seluruh dunia.

    Taklimat itu akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk mendengar dari dekat penjelasan pakar-pakar ini. Pakar-pakar berpeluang untuk menjelaskan mengenai penyelidikan, data dan metodologi yang memaklumkan operasi pencarian.

    Kesimpulan
    Kami faham bahawa bahawa sekarang adalah masa yang sukar bagi semua keluarga.

    Dan kami menghargai bahawa kebanyakan keluarga mahu melihat bukti fizikal sebelum menerima kenyataan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.Kami mendapati diri kami berada dalam keadaan yang sukar.

    Saya ulangi: Persoalan yang pada prinsipnya anggota keluarga mahukan jawapannya ialah persoalan yang kami tidak mempunyai jawapan -- terutama di mana orang tersayang mereka berada, dan di mana MH370 berada.

    Pada Sabtu, saya menemui ahli keluarga penumpang rakyat Malaysia dan warga China di Kuala Lumpur. Ia pertemuan paling sukar yang pernah saya hadiri.Anggota keluarga berada dalam keadaan amat sedih.

    Bagi kebanyakan mereka, keadaan yang dilalui sejak beberapa minggu kebelakangan tidak tertanggung. Tetapi satu mesej yang disampaikan kepada saya berulang kali ialah mereka tidak berputus harap.

    Dan saya berjanji kepada ahli keluarga bahawa Malaysia, yang bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa, tidak akan putus harapan. Kami akan meneruskan usaha kami untuk mencari MH370.

    Ini adalah janji bahawa Malaysia berazam untuk memenuhinya. Kami akan meneruskan pencarian dan kami akan meneruskan penyiasatan, dan kami tidak akan berputus asa sehingga kami mengetahui apa yang berlaku kepada MH370.--BERNAMA

  • Terbukti Perpaduan kaum di Sarawak sangat Kuat!

    By Admin →

    Selama ini, pelbagai kaum dan etnik di Sarawak hidup bersatu. Meskipun terdapat segelintir dari mereka yang berbeza pendapat dan fahaman politik, namun hidup rakyat aman tanpa perasaan prejudis terhadap bangsa lain, termasuklah kaum Cina.

    Mengapa perlu rosakkan keharmonian ini? Sudah tidak ada modal berkempen, kah? Mengapa perlu bermain isu sensitif yang mampu memporak-perandakan perpaduan kaum di Sarawak?

    Siapa kata kaum lain selain Melayu dan Melanau tidak pernah menjadi Ketua Menteri? Apakah kita lupa bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, Stephen Kalong Ningkan berbangsa Iban, Pehin Seri Taip Mahmud berbangsa Melanau ! Itu jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan kesamarataan hak bagi kesemua kaum di Sarawak, khususnya kaum pribumi.

    Sesungguhnya, keamanan dan perpaduan kaum di Sarawak lebih penting berbanding sifat racist seperti yang dijuarai pihak tertentu.

    Rakyat Sarawak perlu menghargai dan menjaganya supaya tidak menjadi barah di Bumi Kenyalang ini.

  • Bila Juruterbang Keluar Bertugas, Tidak Semestinya akan pulang - Balu #MH370

    By Admin →

    PUTRAJAYA:  Para anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dinasihati agar reda dengan sebarang kemungkinan berlaku terhadap pesawat yang hilang itu.

    Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

    Norhaslina Hashim, 47, meminta anggota keluarga berkenaan agar terus berdoa untuk orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat.

    Beliau berkata bagi dirinya, setiap juruterbang menghadapi risiko besar apabila mereka keluar bertugas dan anggota keluarga terutama isteri juruterbang telah dididik untuk berhadapan dengan risiko kehilangan suami apabila suami mereka bertugas.

    Beliau menceritakan bahawa sebelum berkahwin pada tahun 1989, beliau telah diingatkan oleh suaminya, Allahyrham Mejar Azlizan Abdul Manas untuk menerima apa sahaja berita buruk setiap kali beliau keluar bekerja.

    "Allahyarham mengingatkan saya dari mula kami berkahwin bahawa apabila beliau keluar bekerja, tidak semestinya dia akan pulang," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini, untuk membantu menguatkan semangat anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang itu.

    Dalam nahas yang menimpa Azlizan, pesawat helikopter Agusta A109E yang dipandunya yang membawa Pengerusi Kumpulan DRB Hicom ketika itu Tan Sri Yahaya Ahmad dan isterinya Puan Sri Rohana Othman dilaporkan hilang dari skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

    Mayat ketiga-tiga mereka ditemui dua jam selepas pesawat itu terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

    Norhaslina berkata dengan kejadian itu, pesanan suaminya bahawa apabila beliau keluar bertugas dan tidak semestinya akan pulang, benar-benar menjadi kenyataan.

    Kamarul Mizan Ipit, 50, pula menasihati semua pihak agar tidak menuding jari antara satu sama lain berhubung kejadian kehilangan pesawat itu.

    "Anggota keluarga perlu terus maju ke hadapan dan apa yang penting ialah percaya kepada takdir dan teruskan berdoa," katanya yang suaminya Mejar (B) Azhari Ghazali, 50, hampir menemui maut dalam nahas pesawat yang berlaku di Laut China Selatan pada tahun 1996. -astro

  • Kemenangan Yussibnosh lebih hebat dari Wan Azizah #PrkBalingian

    By Admin →

    Ternyata kemenangan calon BN Yussibnosh Balo di PKR balingian jauh lebih lebat dari Wan Azizah, meskipun Yussibnosh bukanlah tokoh hebat, dan bukan meraih undi dengan cara meminta simpati.

    Yussibnosh menang majoriti 6911 undi mengalahkan calon PKR di PRK Balingian, manakala Wan Azizah menang majoriti 5379 mengalahkan calon BN di PRK Kajang.

    Anwar, suami Wan Azizah dengan megah bercerita tentang kehebatan sokongan terhadap isterinya ketika berkempen di Mukah beberapa hari lalu. seolah-olah kemenangan Wan Azizah membayangkan betapa rakyat Malaysia sudah beralih arah menyokong keluarga Anwar sebagai pemerintah Malaysia.

    Berlatarbelakangkan isteri kepada pemimpin "bertaraf dunia", peluang Wan Azizah dilihat cukup mudah. apatah lagi dengan kemahirannya sebagai pelakon "Ratu Airmata".

    Ketika berkempen di PRK Balingian, Anwar menggunakan segala kesempatan untuk meraih simpati agar rakyat memilih parti PKR.

    Malah kes liwat yang melibatkan dirinya turut dijadikan intipati ceramah Anwar dihadapan penduduk rumah panjang.Namun reaksi sebaliknya yang ditunjukkan rakyat N51 Balingian terhadap parti keluarga Anwar.

    Kempen bubur lambuk yang mereka jadikan senjata untuk mendekati rakyat disaat-saat akhir, rupanya sekadar menghabiskan beras, jauh sekali membuahkan undi.Berbeza dengan personaliti Yussibnosh berlatarbelakangkan keluarga sederhana dengan perwatakannya juga sederhana.

    Tapi sokongan rakyat terhadap beliau jauh mengatasi Wan Azizah yang dikatakan "bertaraf dunia".

    Buat waktu ini, ternyata Yussibnosh jauh lebih hebat dari Wan Azizah...

  • #PrkBalingian: BN leaders say Balingian win shows people reject PKR’s politicking

    By Admin →


    SIBU: Voters in Balingian rejected PKR as they want development, stability and harmony that only Barisan Nasional (BN) can deliver several state BN leaders concluded yesterday.

    They said the people realised that the opposition were all about politicking rather than rendering sincere service to people.

    To state BN youth chief Datuk Fadillah Yusof, the big win was a reflection of many factors.

    “The trust of the people in Balingian not only on the policies of BN but the hope and belief that BN can bring benefits to the people in Balingian in all aspects of development from physical to human development and welfare of the people.

    “More importantly, unity, stability and harmony was what the people voted  for,” Fadillah, who is also Works Minister and Petra Jaya MP, told The Borneo Post yesterday.

    State BN secretary-general Datuk Dr Stephen Rundi said the landslide victory showed that the people rejected the opposition.

    “Yes, indeed that was exactly what we told our people in Balingian and they proved and showed that the ‘Pakatan Pembankang’.

    has no place in their hearts…better forget about “impian Sarawak”…it is not mere politicking but sincere service to the rakyat that is important,” added  Dr Rundi, who is also Assistant Minister of Public Utilities (Electricity and Telecommunications).

    PBB supreme council member Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pointed out that the huge majority is an endorsement of BN by the people in Balingian.

    “Balingian is a good constituency to gauge the people’s support as the voters’ racial and religious background are quite balanced. We have a good balance of Muslim and Christian voters as well as a good balance of Malay/Melanau, Dayak and Chinese voters.

    “BN won in all polling districts, including Mukah where we lost in the last general election and this is a reflection that a considerable number of Chinese voters are back with BN.

    “The winning also is a testimony that the people accept the new leadership of Tan Sri Adenan (Satem) as the CM of Sarawak,” Abdul Karim, who is Assistant Minister of Youth Development and Asajaya assemblyman, said.
    He thanked voters in Balingian and the dedicated BN machinery.

    “The voters of Balingian have made a good choice and I am sure the BN state government and the new YB will not forget them,” he said.

    Meanwhile, Nangka assemblyman Dr Annuar Rapaee said the people of Balingian had derailed the opposition and PR’s ‘Impian Sarawak’.

    He added that the win was an important prelude to the state election in 2016.

    “The result is very important indicator for the new chief minister and the next election. As long as Sarawak is BN stronghold, BN will still be in power for many years to come,” noted Dr Annuar.

    - originally posted in Borneo Post, 31 March 2014
  • #PrkBalingian: Big Balingian win an inspiration for state election for BN

    By Admin →


    KUCHING: The victory achieved with higher majority in the Balingian by-election will inspire the State Barisan Nasional to do better the 11th state election due in 2016, says Chief Political Secretary to the Chief Minister Abdullah Saidol.

    He said the bigger number of votes garnered by BN in Chinese areas in the constituency as encouraging sign that the Chinese community are back supporting BN and endorsing the leadership of Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem as Chief Minister and State BN chairman.

    “Their support indicates they welcome the appointment of Tan Sri Adenan as new chief minister, and their way of saying ‘thank you’ to former assemblyman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” he said yesterday.

    BN candidate from Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Yussibnosh Balo, won the seat with 6,911 vote-majority.
    He polled 8,194 votes while his opponent Abdul Jalil Bujang from Parti Keadilan Rakyat (PKR) managed 1,283 votes.
    Abdullah, who is also State Barisan Nasional Backbenchers Club chairman, said the big majority win achieved by BN was the result of hard work by the BN election machinery during campaigning period.

    “Even though we were confident of a win, we did not get complacent, and we were instructed by the Chief Minister to continue working hard in order to achieve an impressive win,” he said.

    He also noted the close cooperation between the State BN component parties in ensuring an effective and organised campaign strategy, while all the BN elected representatives involved in helping the campaign were also told by the chief minister to pay close attention to problems faced by the people in Balingian.

    “The win was also made possible because of the candidate (Yussibnosh) is a local and close the people due to his previous work as district officer. The people accepted him and voted for him,” he said.

    Meanwhile, PBB veteran Dato Peter Minos said the massive BN victory in Balingian showed that rural voters are still pro-BN and not keen on opposition parties such as PKR.

    He also attibuted  the win to Adenan’s strong stance such as not wanting Umno to enter Sarawak, warning against extremists and bigots, and opinion for oil royalty to be increased to 20 percent, as winning points which captured the hearts of voters.

    “Tan Sri Adenan’s strong stance, including on defending Sarawak’s autonomy, are great and sweet music to Sarawakians. Many say the new CM is firm, strong and decisive, and they like it.

    “Sarawakians want the state to have religious freedom, racially harmony and progressing well in the economic and education fields under a strong leader like Tan Sri Adenan,” he said.

    He also mentioned that during the campaigning period, the feeling on the ground was that the people in Balingian feel safe under BN which has done a lot for them in development while PKR was only good in making hot and empty noises and only picked on BN’s faults.

    -originally posted in Borneo Post, 31 March 2014
  • Isu royalti minyak perlu perbincangan menyeluruh

    By Admin →

    KOTA BELUD - Perbincangan menyeluruh diperlukan sekiranya isu berhubung cadangan menaikkan royalti minyak untuk Sabah ingin ditimbulkan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.   

    Beliau berkata sebagai pemimpin tempatan dari Sabah, beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan menaikkan royalti minyak namun berpendapat pelbagai aspek perlu dibincang dan diperhalusi sewajarnya. 

    "Saya bersetuju dengan pandangan pemuda Barisan Nasional (Parti Bersatu Sabah, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko). Cuma mekanismenya perlu diperhalusi.

    Yang lebih penting bagi saya ialah jumlah peruntukan yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah itu.   

    "Apakah (peruntukan pembangunan kepada Sabah) lebih banyak daripada negeri-negeri lain? Royalti minyak bukan satu-satunya sumber pendapatan negeri tetapi ia juga dalam bentuk peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud di sini hari ini.   

    Beliau mengulas kenyataan tiga sayap pemuda PBS, PBRS dan Upko yang mencadangkan supaya kerajaan persekutuan menaikkan royalti minyak negeri Sabah kepada 20 peratus.

    Menurut Abdul Rahman parti pembangkang sengaja memainkan isu royalti minyak di Sabah untuk menyedapkan hati dan demi kepentingan politik mereka semata-mata namun mereka gagal mengemukakan mekanisme pelaksanaan menaikan royalti berkenaan walaupun sudah banyak kali diminta.   

    Katanya pembangkang sepatutnya mengemukakan mekanisme pemberian royalti tambahan sebanyak RM12.5 bilion setahun kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu sekiranya royalti minyak dinaikkan kepada 20 peratus daripada lima peratus sekarang dan tidak terhenti setakat membuat tuntutan kenaikan 20 peratus semata-mata.   

    Pada majlis itu Abdul Rahman menyerahkan elaun sara hidup RM200 seorang kepada 556 nelayan. - Bernama

  • Mawan Didesak Letak Jawatan Presiden SPDP Berhubung Kemasukan Semula Pemimpin Yang Disingkir

    By Admin →

    KUCHING, 30 Mac (Bernama) -- Satu kumpulan yang mendakwa anggota dan penyokong daripada 30 bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) hari ini menuntut Presiden parti Tan Sri William Mawan meletak jawatan berhubung pengembalian semula jawatan empat pemimpin yang disingkirkan dua tahun lalu kerana ingkar perintah.

    "Daripada perspektif kami, ia dilakukan secara terburu-buru dan tidak mengikut perlembagaan parti," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama.

    Mereka mendakwa kemasukan semula itu adalah bercanggah dengan keputusan perhimpunan agung tiga tahun sekali (TGA) dan mesyuarat agung tahunan (AGM) bahawa empat anggota yang dipecat tidak boleh dikembalikan semula kecuali kedua-dua forum yang sama memutuskan sebaliknya.

    Empat pemimpin terbabit ialah anggota Dewan Undangan Undangan negeri (ADUN) Tasik Biru, Peter Nansian, Adun Marudi, Sylvester Entri, Adun Bekenu, Rosey Yunus dan Adun Batu Danau, Paulus Gumbang.

    Pemimpin kelima, bekas anggota Parlimen Mas Gading Dr Tiki Lafe, tidak dikembalikan semula kerana beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

    Kumpulan itu juga menuntut penjelasan munasabah daripada Mawan, timbalan presiden Datuk Seri Tiong King Sing dan majlis tertinggi parti berhubung pengembalian semula jawatan sambil menyatakan bahawa tindakan itu sebagai satu penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang.

    "Jika presiden tidak mempunyai iltizam politik dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah, kami secara hormat menuntut beliau meletak jawatan daripada memegang jawaan tertinggi parti," kata kumpulan itu.

    Menurut kenyataan itu parti itu milik semua anggota parti dan setiap seorang daripada mereka mempunyai hak untuk bersuara mengenai cara parti dikendalikan.

    "Ia (parti) bukan milik seorang individu, kumpulan anggota individu atau sebuah keluarga bagi mana-mana individu," kata kenyataan itu.

    Kumpulan itu berkata parti itu tidak kurang mempunyai anggota muda yang berbakat untuk mengambil alih sebagai pemimpin.-- BERNAMA

  • PM Ucap Tahniah Atas Kemenangan Yussibnosh Balo #PrkBalingian

    By Admin →

    KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo atas kemenangannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

    "Kita akan terus bersama memakmurkan Sarawak," kata Najib, yang juga Pengerusi BN, dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

    Semalam, BN mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6,911 undi.Yussibnosh, 48, memperoleh 8,194 undi berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

    Pilihan raya kecil itu diadakan susulan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.-- BERNAMA

  • PKR Akui Calon Faktor Utama Kemenangan Besar Barisan Nasional Di Balingian

    By Admin →

    MUKAH, 29 Mac (Bernama) -- Keputusan pimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan Yussibnosh Balo sebagai calon pilihan raya kecil merupakan faktor utama kemenangan besar BN, kata seorang pemimpin PKR Sarawak.

    Naib presiden PKR Sarawak, See Chee How berkata Yussibnosh mempunyai kelebihan ke atas calon PKR Abdul Jalil Bujang memandangkan calon BN merupakan bekas penjawat awam sebelum menyertai politik manakala Abdul Jalil seorang ahli perniagaan yang menetap di Bintulu.

    "Beliau (Yussibnosh) memang biasa dengan orang tempatan dan mengetahui keadaan kawasan dan berdasarkan analisis kami, Yussibnosh calon yang terkuat," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah malam ini.

    BN mengekalkan kerusi Balingian dengan majoriti 6,911 undi mengalahkan PKR dengan 72 peratus pengundi keluar mengundi.

    Pada pilihan raya negeri 2011, penyandang dan bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengekalkan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi dengan 69.98 peratus pengundi keluar mengundi.

    Bagaimanapun, See yang juga pengarah pilihan raya negeri PKR mempertahankan pemilihan Abdul Jalil memandangkan parti itu melihat beliau sebagai mesra rakyat dan mampu menjadi wakil rakyat yang baik jika diberi peluang.

    "Kami akan membuat penilaian untuk menganalisis keputusan itu," katanya.

    Katanya kempen yang dijalankan BN begitu agresif dengan semua pemimpin negeri dan persekutuan berkumpul di Mukah termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun berkempen.

    Abdul Jalil yang turut hadir di Dewan Suarah Mesra Mukah itu berkata keputusannya tidak begitu buruk berbanding undi yang diperoleh calon PKR pada pilihan raya negeri 2011 yang hanya memperoleh 871 undi berbanding 1,283 undi pada pilihan raya kecil ini.-- BERNAMA

  • #PrkBalingian: BN Majoriti Menang Bergaya Di DUN N.51 Balingian

    By Admin → Saturday, 29 March 2014


    Barisan Nasional (BN) yang mempertandingkan calonnya Yussibnosh Bin Balo yang optimis untuk menang bagi pilihanraya kecil (PRK) yang sedang berlangsung di DUN N.51 Balingian hari ini dimana beliau menentang calon Pakatan Rakyat Abdul Jalil Bin Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya mengekalkan kerajaan sedia ada dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

    Yussibnosh 48,  yang begitu dikenali oleh para pengundi dan merupakan seorang calon BN anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian dan sangat dihormati. Beliau seorang yang mempunyai personaliti yang begitu rendah diri dan ternyata sudah pun dilihat akan membawa pembangunan kepada DUN Balingian melalui pengalaman serta hubungan beliau dengan penduduk dikawasan N.51 Balingian nanti.

    Hal ini terbukti kerana sebelum ini beliau yang merupakan seorang pegawai daerah Dalat dan pelbagai kemajuan telah diberi olehnya semasa memegang jawatan tersebut.

    Oleh yang demikian jika kita melihat pada kesungguhannya dalam berkempen serta faktor-faktor peribadinya amat menyakinkan pengundi di N.51 Balingian bahawasanya beliau akan memperjuangkan kebajikan dan pembangunan setempat dalam meneruskan amanah yang diberikan oleh pengundi.

    Sokongan dari kaum iban juga kian bertambah kerana isterinya sendiri berasal dari suku kaum iban. Majoriti daripada  pemimpin BN dan PBB  ternyata telah dirasa terus oleh para pengundi bagi memastikan kemenangan milik Yussibnosh yang lebih dikenali dengan nama Yus DO Dalat.

    Tepat jam 10.30 Jalil yang kelihatan berjalan keseorangan tanpa diiringi oleh sesiapa pergi melawat setiap kawasan petiundi disini. Reaksinya yang seperti mencurah air kedaun keladi itu tela menarik perhatian.

    Yang terkini dalam kira-kira jam seawal 1 petang ketika dalam perjalanan balik, rata-rata sekali para jentera PKR telah kelihatan mula menerima kekalahan besar Jalil disini dengan menurunkan bendera dan banner.

    Melihat kepada trend pengundi sudah dapat dijangka BN bakal meneruskan kesinambungan menduduki kerusi N.51 Balingian.
  • #PrkBalingian: Pakatan Rakyat Awal-awal Lagi Angkat Kaki Di Balingian

    By Admin →
    Suasana pengundian di Dun N51 Baligian hari ini menyaksikan suasana tenang dan proses mengundi sejak awal pagi tadi dilihat berjalan dengan lancar, dan sehingga kini proses mengundi di beberapa tempat masih lagi berlansung.

    Seramai  5,198 orang pengundi atau 38.89% pemilih berdaftar telah mengundi sejak dari pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pagi. Jumlah itu meningkat pada pukul 11 pagi apabila sejumlah 6,330 orang keluar mengundi iaitu 3,026 orang lelaki dan 3,304 perempuan dengan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 47.36%. Jumlah itu kemudian meningkat pada pukul 11.15 pagi apabila seramai 7,085 pengundi atau 53.01% daripada 13,233 orang sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

    Hal ini menyaksikkan calon Parti Keadilan Rakyat iaitu Abdul Jalil Bujang daripada Bintulu tidak senang duduk malah dilihat merayau-rayau seorang diri di pusat membuang undi seperti sudah tahu akan hilang wang pertaruhan kelak.

    Tiada jentera parti berkenaan dilihat mengiringi beliau. Kemanakah perginya jentera parti tersebut? Adakah sibuk mengemas barang mahu pulang? Jika ya, mungkin itu relevan sebab aura kekalahan teruk Pakatan Rakyat sudah dapat dirasakan.

    Pada awal-awal sebelumnya jentera Pakatan Rakyat yang berkampung di Bandar Mukah melaung-laungkan bahawa calon Barisan Nasional akan pengsan apabila melihat banner besar calon mereka di Bandar Mukah. Perkara ini mereka war-warkan sewaktu kehadiran Mat Sabu. Dengan gah mereka berkata, akan menang besar kalau lihat daripada banner gergasi mereka di tepi jalan.

    Akan tetapi, hari demi hari ceramah sambutan Pakatan Rakyat di Bandar Mukah tidak mendapat sambutan. Malah sewaktu kehadiran jeneral besar mereka iaitu Anwar Ibrahim, hanya 50 orang sahaja yang dengar ceramah berkenaan itupun daripada jentera parti sendiri!.

    Namun lain pula pada hari ini, dimana belum lagi habis proses mengundi, mereka sudah awal-awal “bungkus” segala poster dan bendera parti yang mereka gantung di pokok dan tepi-tepi jalan.

    Mungkin juga kerana poster dan bendera mereka sebelum ini tenggelam di dalam lautan bendera serta poster Barisan Nasional yang dilihat lebih mendominasi kempen? ataupun itu memang petanda benar-benar kalah.?.
  • #PrkBalingian: N51 BALINGIAN REJECTS ANWAR AND PKR'S REFERENDUM

    By Admin →
    Today is a momentous day, which will decide not only the fate of N 51 Balingian constituents, but also all Malaysians who have placed a keen eye on our political scene. As of noon today, it was reported by the Tan Sri Abdul Aziz and the Election Commission that more than 60% of the votes were cast, and that a historic 80% turnout rate is expected once the polls are closed at 5 pm. This unprecedented rate of turnout was very clear at the various polling centers, where most constituents chose to start their day early and cast their votes as early as 8 in the morning and exercise their rights. 

    In their campaigns and rallies here, the key phrase that has been muttered by PKR is "referendum". PKR, through their leader Anwar Ibrahim sought to use Balingian as a medium of which the constituents can voice out their supposed dissatisfaction towards the current Barisan Nasional government. This writer noted in an earlier article that this phrase is chosen because they want to create a parallel between our political scene and the resent uprising in Ukraine and the situation affecting the peoples of Crimea, a small island south of Ukraine whose populace wishes to be part of Russia instead. In this article, this writer will show that not only is this parallel completely misleading, but also assess the effectiveness of their strategy.

    Does Balingian need a referendum? Mere days after campaign season started, Barisan Nasional, came in and answered the constituents pleas in what this writer thinks is a tour de force. Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin announced that two new schools will be built and Mukah's airport will be renovated in accordance to the increasing flux of tourists into the district. Did the government have to resort to threats and provocation, a la Putin? All of the populace's grievances were answered swiftly, and there is no reason for the rakyat to risk their bargaining power in the polls.

    The voters know that Yussibnosh is better equipped to deal with the challenges that comes with sustainable development in the constituency, plain and simple. Abdul Jalil, try as he might, will cave in under the enormous pressure of following in the footsteps of Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Already during the campaign, this writer and also the voters have seen just how little control Jalil actually has over his own machinery. Even during polling day, he was found in his own company, seemingly being left alone to do his own business. Is this the person Anwar wants the populace to rally around in defiance of Barisan's governance?

    The rakyat knows better than to place their future in the hands of Abdul Jalil, Anwar Ibrahim and Pakatan Rakyat. They entered the wrong horse for the race, and now is seemingly trying to cut their losses. If a referendum is needed, it will be to ask for PKR to mount a more credible challenge next time around. 

  • Rakyat sarawak tidak kisah Anwar ke penjara kerana meliwat #PrkBalingian

    By Admin →

    Sekalipun Anwar kelihatan terdesak untuk meraih simpati, sehinggakan setiap kali Anwar berceramah di Sarawak, pasti akan menyentuh tentang kes liwat yang melibatkan dirinya.

    Namun reaksi rakyat Sarawak terhadap Anwar dalam isu tersebut tidak seperti yang Anwar dan PKR harapkan.

    Lihat saja di PRK Balingian, sambutan terhadap Anwar amat menyedihkan, tidak secocok dengan gelaran "pemimpin bertaraf dunia" seperti yang PKR iktirafkan. Bayangkan, ceramah pemimpin bertaraf dunia yang dimomokkan PKR hanya dihadiri sekitar oleh 50 orang, itu pun hanya jentera parti sendiri dan pihak berkuasa keselamatan.

    Tindakan Anwar menggunakan kes liwat untuk meraih simpati dihadapan penduduk DUN Balingian, rupanya ibarat meludah ke langit, yang akhirnya sekadar untuk 'mengotorkan' diri sendiri.

    Cara kempen dan ceramah Pembangkang yang memburuk-burukkan pemimpin BN, hanya menambah rasa meluat rakyat terhadap Anwar dan pembangkang.
     
    Ternyata, bagi rakyat Sarawak isu Anwar akan ke penjara kerana meliwat bukanlah perkara yang mereka perlu fikirkan.

    Kerana apa yang penting bagi rakyat Sarawak, mereka mahu pemimpin yang akan membela nasib rakyat. Bukannya rakyat yang dipaksa membela nasib dan cita-cita peribadi seorang pemimpin seperti Anwar.

    Keputusan PRK Balingian adalah manifestasi, betapa rakyat Sarawak tidak kisah Anwar akan dipenjara kerana meliwat!

  • PMS: Penipuan NGO Terbongkar #PrkBalingian

    By Admin → Friday, 28 March 2014


    Tindakan bebarapa NGO dan aktivis yang kononnya memperjuangkan masalah rakyat akhirnya terbongkar. Mereka menjadikan isu alam sekitar yang melibatkan kilang peleburan aluminium Press Metal Sdn Bhd (PMS) di Balingian sebagai bahan untuk menonjolkan diri.

    NGO dan akvitis terbabit adalah jentera propaganda kepada parti politik pembangkang.

    Tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian serta sokongan rakyat di Sekitar Mukah dan Balingian.

    Taktik desperado digunakan untuk mengekploitasi isu PMS melalui media sosial seperti blog, facebook dan rakaman video yang disebar melalui Youtube.

    Mereka sedar penduduk Balingian dan Mukah menolak sebarang fahaman politik luar, maka dengan taktik ini saja jentera kempen PKR dan DAP boleh digerakkan dengan bertopengkan NGO tempatan seperti SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA).

    Matek Anak Geram dari SADIA yang bercita-cita tinggi ingin jadi wakil rakyat PKR, menggunakan isu penceramaran air dan udara kesan dari operasi kilang Press Metal Sdn Bhd (PMS) sebagai propaganda politik.

    Matek dibantu individu bernama Leerang Bato pada 2 dan 3 Feb 2012, untuk memanipulasi segala fakta alam sekitar berkaitan kilang PMS.

    Bukti Penipuan

    Beberapa pelakon diupah untuk ditemubual sebagai mangsa pencemaran operasi kilang PMS.

    Penipuan #1
    Pembangkang telah mengupah seorang gadis yang berasal dari Rumah Panjang sekitar kilang untuk mengakui bahawa beliau mengalami penyakit kulit selama 6 bulan kesan dari pencemaran PMS.

    Sebenarnya gadis tersebut tidak pernah membuat pemeriksaan di Hospital, malah beliau tidak tahu punca sebenar sakit yang dialaminya. Sekadar diupah oleh pembangkang untuk berkata demikian.

    Paparan video itu menyatakan kilang PMS melepaskan asap pada pukul 7.30 hingga 9.00 setiap pagi.

    Penipuan #2
    Seorang bekas pekerja kilang PMS bernama Cynthia yang berasal dari rumah panjang Rh Rawing mengadu sakit ketika mengandung.

    Namun siasatan kami mendapati ramai pekerja PMS yang mengandung, tapi tidak mengalami sakit seperti yang didakwa Cynthia.

    Dakwaan Cynthia yang berbelit-belit ternyata menampakkan lagi penipuan yang sengaja dirancang.

    Bahkan, kenyataannya yang memberitahu kilang PMS melepaskan asap pada pukul 9 pagi ternyata bercanggah dengan kenyataan terdahulu yang mengatakan pukul 7.30 pagi.

    Penipuan #3
    Matek ak Geram dari SADIA yang bercita-cita jadi pemimpin politik mendakwa terdapat 4 orang penduduk yang baru 3 bulan bekerja di kilang PMS menghidap kanser tahap 3 akibat percemaran operasi kilang aluminium tersebut.

    Matek sengaja menimbulkan ketakutan kepada penduduk, dengan mengaitkan kesan pencemaran kilang PMS. Sedangkan penyakit kanser memerlukan masa yang lama untuk menyerang sel tubuh, bukan dalam masa 3 bulan sudah sampai tahap 3.

    Malah tiada pengesahan perubatan untuk membuktikan kanser yang dimaksudkan Matek berpunca dari operasi kilang PMS.

    Penipuan #4
    Tambi anak Geram muncul sebagai pelakon upahan dalam video yang disebarkan di Youtube. Tambi menggesa agar kerajaan menutup kilang PMS dan Ketua Menteri ketika itu, Pehin Sri Taib Mahmud perlu berundur kerana bertanggungjawab terhadap penubuhan kilang PMS.

    Menurut Tambi, banyak ikan dan udang mati akibat pencemaran kesan dari operasi PMS.
    Tanpa sebarang bukti, Tambi anak Geram turut mendakwa 1 tan ikan telah mati dan menjejaskan pendapatan sekitar 40 hingga 50 nelayan akibat pencemaran tersebut.

    Dakwaan itu turut menyebut, tiada sebarang tumbuhan atau sebarang specis kehidupan seperti ikan atau udang boleh hidup berhampiran kilang PMS.

    Namun bukti menunjukkan sebaliknya, kolam yang berdekatan PMS adalah tempat kegemaran memancing, dan ada pertandingan memancing dianjurkan dikolam berhampiran.

    Siasatan kami juga mendapati, Tambi Anak Geram adalah abang kepada Matek Anak Geram, yang menjadi perancang kepada semua propaganda tersebut.

    Penipuan #5
    Dr John Brian, seorang ahli Jawatankuasa Pusat Parti DAP, mendedahkan bukti dokumen kesan pencemaran terhadap penduduk sekitar kilang aluminium, tapi pendedahan itu tidak spesifik berkaitan kilang PMS.

    Dr John Brian cuba mencipta persepsi negative terhadap PMS, dengan menyatakan maklumat bersifat umum tentang kesan beberapa jenis gas terhadap manusia.

    Namun Dr John Brian tidak mengetahui secara jelas jenis gas yang dilepaskan kilang PMS.

    Dengan reputasi 2 kali ditolak rakyat dalam Pilihan Raya sebelum ini, Dr John Brian tidak mahu rakyat melihat cita-cita politik beliau. Sebaliknya cuba mengiktiraf dirinya sebagai pakar demi memanipulasi isu alam sekitar, agar rakyat membuka ruang.

    Isu ini bukanlah pencemaran Press Metal Sdn Bhd, kerana kilang tersebut mematuhi piawaian antarabangsa dalam menangani isu alam sekitar.



    -artikel asal dikeluarkan oleh Sarawak Online, 28 Mac 2014
  • #PrkBalingian: BN mahu Semua Pengundi turun - Muhyiddin

    By Admin →


    MUKAH: Sasaran Barisan Nasional (BN) meningkatkan jumlah undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian kini lebih bertumpu memastikan pengundi turun seramai mungkin dalam usaha menjadikan kemenangan BN kelak lebih bergaya.

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menjelang hari mengundi pada Sabtu ini hampir semua kawasan telah diliputi jentera pilihan raya yang bergerak dari setiap penjuru.

    “Dalam tempoh kurang 48 jam yang tinggal ini kita hendak tingkatkan jumlah yang turun mengundi untuk memastikan undi BN akan meningkat.

    “Usaha kita adalah untuk tarik lebih ramai pengundi turun menunaikan tanggungjawab,” katanya pada sidang media pada Program Pelancaran Inap Desa dan Perjumpaan Bersama Rakyat di Tanjung Pedada di sini, semalam.
    Meskipun BN diyakini berupaya mengekalkan kerusi Balingian, beliau mengingatkan semua pengundi agar tidak mengambil sikap ambil mudah lantas tidak turun mengundi pada Sabtu ini.

    Menurutnya, usaha menyampaikan mesej itu kepada pengundi di luar kawasan juga telah dilakukan agar mereka balik mengundi pada 29 Mac ini.

    Calon BN Yussibnosh Balo bertembung dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR Abdul Jalil Bujang.

    Muhyiddin yang berada di Mukah semalam buat kali kedua selepas hari penamaan calon pada 17 Mac lepas berkata lagi jentera pilihan raya juga berjalan lancar seperti dirancang.

    Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isu pemilihan calon BN akan menjejaskan undi terhadap BN kelak.

    “Calon bukan isu lagi dan tidak pernah jadi masalah. Sambutan pengundi terhadap calon BN pun okay,” katanya.

    Menurutnya, PKR juga jelas ketandusan isu di sini apabila pembangunan di kawasan Mukah dan Balingian sudah jelas berubah berbanding 30 tahun lepas.

    Sambil mengajak pengundi tidak memberi satu pun undi kepada PKR, beliau berkata parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu wajar ditolak oleh pengundi di kawasan Balingian.

    “Kedudukan PKR sekarang kian lemah sesuai dengan gelarannya Parti Kian Runtuh kerana makin ramai yang meninggalkan parti,” katanya.

    Malah parti itu menurutnya umpama parti anak beranak kerana kuasa kebanyakannya dikongsikan di kalangan keluarga Anwar.

    “Dia letak isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon menggantikannya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang,” katanya sambil menambah, meskipun menang jumlah undi kepada PKR telah merosot lebih 1,000.

    Berbanding BN yang mempunyai pelan peralihan kuasa yang lancar dan tidak mewariskan jawatan kepada ahli keluarga, Muhyiddin berkata situasi Kajang dan Balingian tidak sama.

    Pilihan Raya Kecil Balingian diadakan sebagai satu proses peralihan kuasa Ketua Menteri daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada penggantinya Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.
  • #PrkBalingian: Mukah Bakal Menikmati Pembangun Sektor Pelancongan

    By Admin →


    MUKAH: Bandar Mukah dan kawasan sekitarnya akan menikmati pembangunan sektor pelancongan apabila kerja-kerja pembinaan Lapangan Terbang Mukah yang baharu siap, kata Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.


    Menurutnya, sektor pelancongan di kawasan ini masih boleh diteroka terutama daripada aspek budaya masyarakat Melanau dan ia boleh direalisasikan dengan kemampuan lapangan terbang baharu menampung pesawat lebih besar berbanding cuma jenis Twin Otter sekarang.



    “Pembinan lapangan terbang baharu akan memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan di Mukah,” 

    katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Inap Desa dan Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Tanjung Pedada di sini semalam.


    Program itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



    Abang Johari berkata pada tahun lepas Sarawak menyaksikan kedatangan pelancong lebih empat juta orang, iaitu peningkatan enam peratus berbanding tahun sebelumnya.



    Katanya inap desa merupakan satu produk pelancongan yang boleh diterokai oleh penduduk kampung di Sarawak.



    Inap desa menurutnya kian popular terutama di kalangan pelancong asing kerana mereka dapat merasai pengalaman tinggal bersama keluarga yang menjalani kehidupan sebagai petani atau nelayan di kampung-kampung.



    “Tarikan pelancong ke Sarawak ialah keamanan dan perpaduan di kalangan kaum yang berbilang jenis,” ujarnya.
    Justeru, beliau meminta agar tarikan itu dipelihara dan orang ramai tidak terpengaruh dengan hasutan pihak luar yang sengaja mahu menggugatnya.



    Justeru, pemimpin BN di Sarawak menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang akan menghalang orang luar memasuki Sarawak jika didapati ingin mengganggu keharmonian kaum dan agama.
  • #PrkBalingian: Tanah TOL di Balingian bakal jadi hak milik kekal - KM

    By Admin →


    MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem memberi jaminan bahawa semua tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di kawasan Balingian akan ditukar kepada hak milik kekal pada tahun ini.

    Adenan berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Datu Sajeli Kipli menjalankan proses yang perlu agar ia dapat dilakukan dalam tahun ini.

    “Di Balingian terdapat banyak TOL yang dimiliki oleh individu.

    “Apa yang telah dijanjikan oleh Ketua Menteri sebelum ini akan diluluskan oleh Ketua Menteri yang baharu. 
    “Sudah tentu saya tidak boleh memberikan esok tetapi ia perlu dilakukan pada akhir tahun ini,” kata Adenan pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah bagi kampung tradisional di Kampung Sesok dekat sini semalam.

    Beliau berkata secara berseloroh: “Jika ia tidak dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini anda boleh mengetuk kepala saya.

    “Bagaimanapun, jika anda tidak mengundi calon BN saya akan mengetuk kepala anda,” katanya.

    Adenan juga menambah bahawa sebaik sahaja TOL telah ditukar ke dalam tajuk tetap, pemilik perlu membayar yuran minimum untuk hak milik tanah kekal.

    Beliau juga berkata kerajaan negeri tidak meluluskan geran tanah hanya semasa Pilihan Raya Kecil tetapi sebaliknya telah melaksanakannya selama ini.

    Dalam pada itu, beliau berharap rakyat akan menyokong calon BN-PBB Yussibnosh Balo pada hari pengundian 29 Mac ini.

    “Sila datang dan mengundi calon BN dan tidak hanya mengatakan anda akan menyokong tanpa mengundi,” katanya.

    Pada majlis itu, Ketua Menteri menyampaikan 246 hak milik tanah kepada pemilik dari kawasan itu.

    Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebanyak 44,860 geran tanah untuk 282 kampung tradisional telah diluluskan.

    Daripada jumlah itu, 41 daripadanya adalah terletak di Mukah dengan 7,261 helai sijil.

    “Sarawak merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang memberi hak milik tanah kekal kepada pemilik tanah,” katanya.

    Atas sebab itu, katanya kerajaan negeri melalui JTS telah disasarkan untuk menjalankan kajian perimeter pada 150,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tahun ini. Dan daripada jumlah itu, 7,000 hektar adalah di Mukah.

    Beliau berkata JTS telah menyiapkan kajian perimeter seluas 369,000 hektar di 267 kawasan di seluruh negeri.

    Awang Tengah berkata setakat ini, kerajaan negeri telah meluluskan 700,000 hektar tanah NCR yang akan dikaji.

    “Kami telah menjalankan kerja-kerja kami secara senyap-senyap selama ini dan bukan hanya pada masa pilihan raya. Semua ini perlu terancang,” katanya.